'Santai Tapi Sampai'

18 September 2016

Resepi dendeng daging mudah.

Masih mood raya ke? Raya haji dah seminggu berlalu kan, tapi rasanya masih ada lagi lebihan daging kurban yang tersimpan rapi dalam peti sejuk tu. Betul tak? Kadang-kadang sampai buntu, tak tau nak masak apa. Kari dah, sup pun dah. Apa kata korang cuba pulak resepi ni. Senang je kot. Resepi ni cikla dapat dari kakak ipar cikla. Boleh dikatakan setiap tahun menu ni mesti ada, tak kiralah masa raya puasa ataupun raya haji. Jom kita tengok bahan-bahannya dulu.

Bahan Utama:

1 kg daging (potong ikut suka).

Bahan A :

4 biji bawang besar.
3 ulas bawang kecil.
1 ulas bawang putih.
1 inci halia.
5  batang serai.

Bahan B :

6-10 tangkai cili kering.

Bahan C :

1/3 botol kicap kipas udang manis.
Sedikit minyak untuk menumis.

Resepi dendeng daging mudah.
Resepi dendeng daging mudah.

Cara membuatnya.

Daging dipotong ikut suka, kemudian direbus sampai empuk. Bila dah empuk, toskan daging dan goreng sekejap dalam kuali dengan sedikit minyak. Biar nampak macam garing-garing sikit. Selepas tu, angkat daging dan tumbuk daging dalam lesung batu. Ikut sukalah, nak hancur halus gitu atau kasar-kasar sikit. Dah siap, ketepikan dulu. 

Kisar bahan A dalam blender. Kemudian, panaskan sedikit minyak. Tumis bahan A yang dikisar tadi sampai kering airnya, tapi jangan sampai hangit. Tumis sampai naik minyak. Bahan B dibersihkan dan dikisar. Lepas tu, tumis cili tu dengan sedikit minyak dalam kuali berasingan. Jangan campur dengan bahan A. Tumis sampai naik minyak dan kering airnya.

Daging yang dah siap ditumbuk tu dimasukkan dalam kuali, kemudian masukkan kicap manis dan gaulkan sebati. Kalau boleh biarkan basah-basah gitu. Perapkan daging dengan kicap selama lebih kurang 10 minit. Lepas diperap, campurkan daging dengan bahan A dan bahan B, kemudian gaul rata. Rasa, kalau kurang lembap boleh tambah kicap. Kalau rasa dah ok, siap dah dendeng awak tu.

Itulah dendengnya, macam kat dalam gambar tu. Dendeng ni sedap dimakan dengan apa aje. Dengan nasi impit pun sedap, dengan lemang, ketupat nasi, ketupat palas, bahkan dengan nasi putih panas panas pun sedap.  Lagipun, dendeng ni tahan lama. Boleh disimpan lama. Selamat mencuba.

16 comments:

  1. ni rupanya dendeng daging. selalu dengar kawan sembang pasal ni tapi tak pernah tengok lagi rupa dia. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak rasa kena cubalah buat. Sonang jo.. Hihi

      Delete
  2. Tk prnah try buat. Nice sharing cik la

    ReplyDelete
  3. simplenya.. ni yang rasa nak try nihhhh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg simple walaupun mcm byk step kan.. Kena tumbuk bagai. Tapi, cikla jamin mmg sedap sgt tau... Cubalah...

      Delete
  4. Saya ada dapat daging korban..Bolehlah try masak daging saya dapat ni guna resipe Cikla share ni. Resipe ni nampak macam senang. Bahan pun senang jugak yang memang dah ada kat dapur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg senang.. Bdk2 pun boleh mkn sbb tak pedas sgt. Nanti dh buat share tau... Slmt mencuba...

      Delete
  5. singgah pagi..
    wah!sedapnyaaa...

    ReplyDelete
  6. Yey yey boleh cuba nanti.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat mencuba... Confirm sedap punya...

      Delete
  7. Siqah suka makan dendeng daging tapi tak reti masak. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah ni. senang je... sedap pun sedap... hihi

      Delete
  8. daging dipotong ikut suke? haha..nice sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh potong nipis sbb cepat empuk. Lagipun nnti nk tumbuk or siat siat daging tu...

      Delete