Kali ni cikla nak share info pasal horoskop si lelaki - Cemburu ganggu emosi. Ala, saja-saja je tau, tak boleh nak percaya sangat. Kalau sama tu mungkin kebetulan aje.
Apa yang pasti semuanya Allah yang tentukan, betul tak? Oklah, jom kita tengok.
|
Horoskop si lelaki - Cemburu ganggu emosi. Sumber Google. |
LIBRA (24 Sept - 23 Okt):
Pentingkan imej yang bertatatertib. Dia rela kekalkan penampilan yang baik sebab sedar perasaan cemburu akan menjejaskan imejnya. Kalau boleh dia tak nak menimbulkan perselisihan dengan kekasih sebab cemburu kerana takut akan menjejaskan hubungan mereka. Pendek kata, si lelaki Libra ni boleh control cemburu dia demi menjaga keharmonian hubungan dengan yang tersayang.
SCORPIO (24 Okt - 22 Nov):
Lelaki Scorpio ni kuat cemburunya. Makin dalam rasa cinta terhadap pasangan makin kuat cemburunya. Dia sangat menghormati kekasihnya serta rasa cintanya terhadap pasangan memang takde tandingan. Tapi, cemburunya pun tak kurang hebatnya. Aduhh, bahaya gak ni!
SAGITARIUS (23 Nov - 22 Dis):
Haa, lelaki Sagitarius ni pun tak kurang juga cemburunya walaupun hanya sepintas lalu. Maknanya, cemburu tak lama. Datang cepat, pergi pun cepat. Dia selalu cemburu sebelum tahu hal sebenar. Tapi, bila dah tahu hal sebenar, cemburu pun reda. Walaupun begitu, lelaki Sagitarius ni akan meninggalkan kekasih yang membuatnya cemburu kalau ada matlamat baru, oppss!
CAPRICORN (23 Dis - 20 Jan):
Lelaki berbintang ini mempunyai sifat pendiam sebab dia rasa rendah diri dengan kehidupannya. Bila dia cemburu, dia tak akan menunjukkan rasa cemburu itu sebaliknya dia akan meluahkan dengan cara lain seperti bersukan atau aktiviti bersama kawan-kawan. Kira jenis pendamlah ni.
AQUARIUS (21 Jan - 19 Feb):
Biasanya lelaki Aquarius akan menggunakan kata sindiran untuk menunjukkan rasa cemburunya. Jangan fikir dia tengah bergurau tau sebab bila topik perbualannya asyik tertumpu pada 'seseorang' je. Kalau macam tulah gayanya, sah-sahlah dia sedang cemburu, wah wah wah.
PISCES (20 Feb - 20 Mac):
Sebenarnya, lelaki yang lemah lembut dan baik hati lagi kuat cemburunya. Jangan terkejut tau, sebab indeks cemburunya lelaki Pisces ni amat memeranjatkan. Kalau pasangannya curang padanya, dia akan menjadi seperti wanita yang menangis teresak-esak. Air matanya saja dah cukup untuk menenggelamkan anda. Kira lembut hati lah ni kan, hihi.
ARIES (21 Mac - 20 April):
'Ariesman' mempunyai sikap diktator secara semulajadi. Sudahlah suka memerintah orang, dia suka mengawal orang lain tak kiralah dalam apa jua keadaan. Bila berdepan dengan 'musuh', dia akan bertindak dengan pantas supaya lawannya berundur daripada terus memikat pasangannya itu. Wah kalau ni lagi drastik giler kan, hehe.
TAURUS (21 April - 21 Mei):
Seorang yang bersikap peramah dan tersangatlah jujurnya. Tapi, jangan sesekali fikir dia tak reti nak cemburu tau. Lelaki Taurus ni sangat pantang kalau dia tau pasangannya keluar dengan orang lain, huhu.
GEMINI (22 Mei - 21 Jun):
Lelaki Gemini anggap cemburu sebagai satu 'game' je, sebab dia pun suka bermain-main dan mudah bertukar pasangan. Oleh itu, dia benci cinta yang dipaksa-paksa. Malah, dia tak akan melepaskan peluang berkenalan dengan wanita lain walaupun dah ada kekasih. Hai, ni pun bahaya gak ni. Jadi, indeks cemburu lelaki berbintang ni kurang berbanding dengan lelaki berzodiak lain.
CANCER (22 Jun - 23 Julai):
Seorang yang memiliki sifat yang bertentangan dengan lelaki Gemini. Dia tak akan berjauhan dengan pasangannya malah lebih suka berkepit sebab sentiasa dibelenggu perasaan tak selamat. Yelah, takut kekasihnya di'usha' orang lain. Bayangkan ajelah kalau kekasihnya tinggalkannya, cemburunya pasti akan meng'huru-hara'kan dunia, haha.
LEO (24 Julai - 23 Ogos):
Seorang yang ego tapi sangat tabah. Ececeh, dia tak akan cemburu disebabkan hal yang remeh sebab dia tak akan membenarkan air mukanya jatuh kerana cemburu. Walaupun pasangannya membuatnya marah, tapi dia tetap akan kekal tenang dan berbincang. Wah, kalau ni best cool je, hehe.
VIRGO (24 Ogos - 23 Sept):
Wah, cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan! Opocott, heehee. Sebab, dia tak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Ehehe. Cemburu seolah-olah jadi perkara biasa bagi dia. Walaupun dia amat-amat mencintai pasangannya, namun dia tetap akan bergaduh besar dengan kekasihnya sebab cemburu, waduhh.
Ada yang macam sama kan? Hehe, oklah nanti kita sambung lagi. Nanti kalau ada info pasal horoskop cemburu dan wanita pulak, cikla share.
*Nota kaki: Jangan ingat perempuan dengan cemburu berpisah tiada tau. Lelaki pun sama, hehee.
Sumber: RAPI.
2 comments: