Masuk je bulan Mei, orang akan bercakap tentang hari ibu. Tapi, bagi cikla tak perlulah nak tunggu bulan Mei atau Hari ibu baru nak raikan ibu kita. Hari-hari pun boleh apa. Lagi baguskan. Gembira je hati ibu kita kalau anaknya selalu amik berat pasal dia, tanya khabar.
Kalau ada duit lebih sikit tu bawalah dia pergi jalan-jalan ke, melancong ke, hehe. Sebenarnya banyak cara macam mana kita nak senangkan hati ibu kita dan jangan lupa ayah kita gak tau.
Selamat hari ibu... |
Sebenarnya dikesempatan ini cikla nak ucapkan selamat hari ibu pada emak cikla, Puan Nora Asmah binti Ismail. Walaupun mak cikla ni tak pernah pun nak bukak internet apatah lagi blog-blog bagai ni, hehe. Terima kasih mak sebab lahirkan orang kat dunia ni. Bersusah payah, berkorban untuk membesarkan orang.
Orang doakan mak panjang umur, sihat selalu dan bahagia dunia akhirat. Sayang mak ketat-ketat, muahhh. Tak terbalas rasanya semua pengorbanan mak pada orang. Inilah gambar mak kita. Comel kan, hehe. Sayang mak.
Selamat hari ibu... |
Oklah, korang camne? Dah wish kat ibu memasing ke? Hehe, sekian dulu ye. Nanti kita sambung lagi. Take care uols.
hari2 sentiasa hari ibu..:)
ReplyDeleteHaah.. itu cikla setuju sgt2...
DeleteKan..bg sy tiap tiap ari ari ibu
ReplyDeleteTau xpe.. slmt hari ibu untuk mimi jugak... ^_^
Delete