Tips berjimat semasa mengadakan majlis kahwin.

Semua orang mesti mahukan majlis perkahwinan yang meriah dan gah kan? Tak dinafikan kos majlis kahwin semakin lama semakin meningkat. Belanja kahwin dan kenduri walimaturus, semua kena ambil kira. 

Dulu masa zaman cikla pun boleh dikatakan kos agak mahal gak. Apa yang penting, kita buat majlis kahwin biarlah seadanya. Jangan nak ikut orangkan. Ikutlah kemampuan memasing. Bak kata pepatah, 'ukur baju dibadan sendiri, hehe.

Kos kenduri dulu dengan sekarang memang jauh beza. Kalau dulu belanja kahwin baru RM3k pun dah cukup nak buat kenduri besar. 

Tapi sekarang, RM10k pun belum tentu cukup. Semuanya bertitik tolak pada kekangan kewangan

Kalau nak majlis kahwin tu grand and tiptop kenalah usaha sikit cari ongkosnya kan. Barulah setanding dengan apa yang kita inginkan.

Tips berjimat semasa mengadakan majlis kahwin.
Tips berjimat semasa mengadakan majlis kahwin. Kredit Google.

Oklah, kat sini cikla nak share beberapa tips yang mungkin boleh bakal bakal pengantin gunakan untuk menjimatkan duit dalam kerja kahwin.

Tips 1 :
Tetapkan jumlah tetamu, sebab kita boleh rancang bajet dengan baik. Bukan apa, kalau kita tetapkan jumlah tetamu, bajet untuk makanan, cenderahati dan kad kahwin dapat ditentukan. 

Yang paling baik senaraikan dulu kawan dan saudara dulu supaya lebihan kad kahwin dapat dikurangkan. Takde lah rugi kan?

Tips 2 : 
Buat majlis tiga dalam satu. Rasanya dah menjadi trend sekarang kan orang buat majlis tunang, nikah dan sanding pada hari yang sama. 

Maknanya majlis tunang dengan nikah boleh diadakan serentak manakala majlis sanding pada keesokan harinya. Ini bukan sahaja dapat menjimatkan kos, malah boleh menjimatkan masa dan tenaga.

Tips 3 : 
Buat sendiri. Maknanya buat hantaran sendiri, cenderahati dan hiasan bilik pengantin sendiri. Haaa, inilah masanya nak tunjuk ke'kreatif'an kita. Hehe. 

Mana tau ada bakat-bakat yang terpendam kan. Kalau takde idea, cari je sumber atau contoh contoh kat internet dan majalah. Banyak apa, 'nak seribu daya, tak nak seribu dalih, ye tak?

Tips 4 :
Tempah awal. Tempahan fotografi, katering dan kad kahwin dibuat masa ada promosi atau pameran perkahwinan. Bukan apa, ia biasanya ada diskaun. Jadi lebih menjimatkan.

Tips 5 : 
Majlis gotong-royong, kalau kat kampung orang panggil rewang. Ia lebih menjimatkan sebab kita hanya perlu keluar kos untuk beli bahan basah dan aktiviti seterusnya dilakukan bersama. Ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama saudara dan jiran.

Tips 6 : 
Berbalas hantaran, ini merupakan salah satu sebab mengapa kos perkahwinan naik. Jadi, jangan berbalas hantaran dengan jumlah yang banyak. Cukuplah sekadar lima berbalas tujuh. Ada sesetengah tu lagi sikit, tiga berbalas lima.

Tips 7 : 
Sewa atau buat baju baru. Kalau pakaian untuk nikah dan sanding, cukuplah sekadar menyewanya saja kan? 

Kita bukan nak pakai lama pun. Habis majlis pulangkan aje. Tapi kalau nak buat baju baru pun ok jugak, tapi pastikan baju kita dapat disewa atau dijual kepada orang lain jika sudah tak dipakai. Kan boleh dapat balik kos masa kita buat baju tu.

Tips 8 : 
Tak perlu membazir. Biasanya pengantin akan buat majlis tukar baju sekadar untuk ambil gambar. 

Tapi tak salahkan, untuk jimat kos apa kata baju nikah dan baju sanding pun boleh gak apa kita pakai untuk sesi posing nanti. Betul tak?

Tips 9 :
Beli-belah ketika ada promosi, ini termasuklah barang hantaran sebab ia sangat menjimatkan kos. Tapi janganlah main beli je, kena jugak pastikan ia berkualiti dan tak mudah rosak. Nanti rugi pulak kena beli lagi.

Tips 10 : 
Tak perlu hiburan. Kalau bajet tak cukup tak perlulah nak berkaraoke atau berpancaragam bagai. Kalau takde takpe gak kan. Apa yang penting kelangsungan majlis yang berjalan lancar.

Tips 11 : 
Sedia senarai semak. Ini sangat penting dan perlu disediakan awal. Bukan apa, dengan adanya senarai semak kita dapat tahu jumlah wang yang dah dibelanjakan dan kita dapat tahu apa yang dah settle atau betul. Senang sikit kan, takdelah kelam-kabut.

Walau apapun, bagi cikla biarlah semuanya dalam serba sederhana. Majlis walimaturus ni memang penting tapi biarlah semuanya berpada-pada dan janganlah sebab nak menunjuk-nunjuk sampaikan kita terpaksa berhutang sana sini. 

*Nota kaki: Bersederhanalah walau dalam apa jua keadaan. Jauhi riak dan sikap menunjuk2 sebab ia akan menjauhkan kita dari redha Allah.

**Sumber tips: Ruangan rencana, Harian Metro.

No comments:

Powered by Blogger.