Penampilan wanita dan zodiak.

Sebelum ni cikla ada share sikap cemburu lelaki dengan zodiak. Kali ni, cikla nak share pulak ciri penampilan atau gaya wanita dalam berfesyen dengan zodiak. 

Tapi, sebelum tu, cikla nak ingatkan setiap yang berlaku hanya Allah yang Maha Mengetahui, tapi kalau ada yang sama mungkin kebetulan je.

Penampilan wanita dan zodiak.
Penampilan wanita dan zodiak. Kredit Google. 

CAPRICON : Wanita Capricon lebih menghargai kualiti daripada kemewahan. Mereka sentiasa ingin menarik dan nampak elegen. Selekeh dan serabut serabai ni bukan gaya pilihan mereka. Mereka sukakan pola dan potongan menarik.

AQUARIUS : Wanita Aquarius seorang yang unik, panjang akal walaupun sedikit kaku. Mereka juga seorang yang tampil berani dengan gabungan pola bermotif dan bercorak.

PISCES : Wanita Pisces amat mementingkan kasut ketika bergaya.

ARIES : Wanita Aries seorang yang aktif dan berani. Topi dan shawl merupakan aksesori sempurna sebagai pelengkap gaya.

TAURUS : Wanita Taurus dikenali dengan watak yang keras kepala dan menolak perubahan. Mereka lebih tertarik pada busana dari bahan yang tak panas, suka pada warna neutral tapi tertarik juga pada warna pop.

GEMINI : Wanita Gemini cenderung bergaya berani tapi mudah bosan. Busana corak bercetak dan geometri sesuai dengan mereka dan dipadankan dengan ciri2 feminin.

CANCER : Wanita Cancer tertarik dengan pakaian berciri gaya retro yang feminin dan cantik. Suka warna seperti putih, kelabu dan hijau.

LEO : Wanita Leo sentiasa ingin perhatian. Busana yang dramatik dan mewah sesuai dengan mereka termasuklah busana berbunga dengan skinnie jeans. Tambahan aksesori seperti bangle yang sederhana sebagai pelengkap gaya.

VIRGO : Wanita Virgo teliti dan selalu inginkan kesempurnaan. Mereka akan menghindari fesyen yang terlalu menonjol atau tak terlalu menjolok mata. Lagi pula, mereka suka pada penampilan yang kelihatan lembut dan klasik.

LIBRA : Wanita Libra sangat romantik, berjiwa sosial, penuh cinta dan perhatian. Warna musim pertengahan sangat sempurna untuk mereka.

SCORPIO : Wanita Scorpio sangat berdikari dan berani serta pantang menyerah. Gaya klasik lebih sesuai untuk mereka. Kaca mata hitam sebagai pelengkap gaya.

SAGITARIUS : Wanita Sagitarius bijak berkata2 dan selalu ingin tahu. Mereka berani mencuba pelbagai gaya. Namun keselesaan jadi keutamaan.Busana ungu amat sesuai dengan mereka.

So, macam mana? Kalau macam cikla, cikla berbintang Virgo, rasanya macam ada kena sikit dengan ciri yang dinyatakan. Cikla kalau boleh nak sentiasa nampak kemas dan elok je. Tak suka serabai, comot-comot ni. 

Cikla juga suka gaya ringkas. Kalau sebelum ni tak pregnant, kalau keluar pergi memana, cikla lebih suka sarung jeans dan blouse or t-shirt je. 

Tapi, sejak dah jadi mak-mak ni macam suka je pakai long skirt, palazo atau dress atau jubah. Ni dah pregnant, konon-konon ada hati nak pakai jeans. Haha, lupakan aje ok. Hehe.

Walauapapun, dalam nak berfesyen pun kita kena bataskan had-had kita terutama aurat. Ia amat penting. 

Tak kisahlah kalau kita sentiasa mengikuti perkembangan fesyen semasa dan terkini tapi semuanya perlulah sesuai dengan kita. Jangan nanti orang tengok kita pelik aje.

Sumber info: R.A.PI.

No comments:

Powered by Blogger.