Just 4 Fun: Jom test personaliti kita!

Cikla nak ajak korang uji personaliti korang dengan menjawap test di bawah. Alah, jom la perah sikit otak tu, hehe. 

Lagipun, test ni akan menggambarkan siapa dan bagaimana diri korang sebenarnya. Apa yang penting korang jawab dengan jujur ye. Ok, jom kita tengok dan jawablah sekali. 

Sebelum tu, korang tenangkan fikiran, tarik nafas, tarikkk, hembussss, tarikkk, hembuss. Ok dah.

Just 4 Fun: Jom test personaliti kita!
Just 4 Fun: Jom test personaliti kita! Kredit Google. 

Cuba korang bayangkan 5 perkara ni berlaku secara serentak:

1) Air sedang mendidih di dapur.
2) Air paip sedang melimpah di bilik air.
3) Bayi menangis.
4) Telefon berbunyi.
5) Ada orang ketuk pintu rumah.

Secara jujur dan ikhlasnya, antara 5 perkara di atas yang mana lebih penting dan korang dulukan? Susun perkara 1-5 ikut kepentingannya/keutamaan yang korang fikirkan.

Ok.. ni jawapan cikla tau..
3-1-2-5-4

Korang nak tau tak apa ciri dari jawapan korang tu?

  • Kalau korang pilih 1 sebagai keutamaan.... ini menandakan korang mementingkan keselamatan/kebolehan si dia untuk membimbing korang.
  • Kalau korang pilih 2 sebagai keutamaan.... ini menandakan korang mementingkan kekayaan, wang ringgit dan harta.
  • Kalau korang pilih 3 sebagai keutamaan.... ini menandakan korang mementingkan cinta dan kasih sayang.
  • Kalau korang pilih 4 sebagai keutamaan.... ini menandakan korang mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan korang.
  • Kalau korang pilih 5 sebagai keutamaan.... ini menandakan korang mementingkan paras rupa, fizikal luaran dan personaliti pasangan kita.

Haaa, camne? Kalau cikla, jawapan cikla perkara 3 sebagai keutamaan nampaknya cikla ni seorang yang pentingkan cinta dan kasih sayang. Hehe.

Tapi, memang penting apa kasih sayang dan cinta untuk kita bina hubungan yang sejahtera dan kekal hingga ke Jannah, ececehhh. 

Korang try lah test ni plak dan kalau sudi share lah dengan cikla. Cikla nak tau gak kan (saja je nyibuk). Hehe.

*Nota kaki: Test ni adalah berkaitan dengan ciri/sifat/perkara yang korang utama atau pentingkan dalam memilih pasangan korang. Harap maklum!

#testsaja2hilangkanbosan.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews