Setuju tak kalau cikla cakap, kebanyakan orang akan bertukar karektor bila berada di atas jalan raya. Contoh terdekat adalah encik suami. Emmm, kalau tiba time hangin satu badan dia habis semua orang yang lambat bawa kereta dekat depan dia kena marah. Cikla dekat sebelah urut dada je. Bawa bersabar banyak-banyak ye. Asyik marah je, nanti cepat tua. Hehe.
Bagi cikla, bila memandu kita sebenarnya kena lebih banyak bersabar dalam pemanduan. Bukan apa, akibat dari ketaksabaran kita tu nanti menjadikan orang lain yang tak bersalah menjadi mangsa. Mangsa apa? Mangsa kecuaian kitalah!
Walaupun cikla ni tak tau memandu kereta, tapi tahu jugalah sikit-sikit mengenai peraturan jalan raya. Huhu! So, cikla nak share dengan korang 8 tabiat buruk dan kesalahan yang selalu dilakukan oleh pemandu Malaysia. Jom check, manalah tau tetiba kita termasuk dalam 8 tabiat itu. Haha. Haaa, kantoi sudah!
|
Gambar diubahsuai dari carian Google. 8 tabiat buruk dan kesalahan yang selalu dilakukan oleh pemandu Malaysia. |
Pertama : Tak mematuhi lampu isyarat.
Haa, kalau yang ni memang cikla selalu jumpa. Bila nampak lampu kuning, sepatutnya ready untuk stop kan. Bukannya makin tekan minyak. Bukan apa, malang tak berbau kan. Mungkin tabiat kita ni boleh menjadi punca kepada kemalangan. Cikla ingat lagi, dulu cikla pernah nampak kemalangan berlaku disebabkan oleh tabiat macam inilah. Lori kontena melanggar seorang penunggang motosikal yang nak jalan bila lampu hijau dilaluannya. Tetiba, lori tu boleh tekan minyak sebab nak kejar lampu isyarat. Padahal dah merah dah masa tu. Cikla tak tau pula apa nasib penunggang tu...
Kedua : Memotong di garisan berkembar.
Kalau korang nak tau dan mungkin ada yang dah tau, garisan berkembar itu menandakan selekoh yang berbahaya ataupun lintasan kenderaan. Tapi, ada sesetengah pemandu main 'langgar' je. Kalau nasib tak naik, dah excident!
Ketiga : Berhenti di lorong kecemasan.
Dah namanya lorong kecemasan, dah tentu ia digunakan semasa kecemasan saja kan. Betul tak? Lorong ini akan digunakan oleh ambulans atau bomba supaya mereka dapat sampai ke tempat kejadian secepat yang mungkin. Tapi itulah. Ada sesetengah orang yang suka sangat menyalahgunakan lorong ini sesuka hati. Sudahlah melambatkan perjalanan pihak berwajib untuk membantu mereka yang kesusahan, malah risiko kemalangan lagi terpaksa di hadapi. Huhu.
|
8 tabiat buruk dan kesalahan yang selalu dilakukan oleh pemandu Malaysia. Kredit Google. |
Keempat : Tak mematuhi had laju.
Cikla perasan, kalau dekat highway kan selalu ada tanda had laju yang mesti dipatuhi oleh pemandu. Sebenarnya, had laju ini bagus supaya ia menambah baik ke selamatkan pengguna jalan raya sekaligus mengurangkan kadar kemalangan dan kematian yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya. Akan tetapi, masih ada yang suka melanggar had laju. Dah macam litar lumba dah gayanya.
Kelima : Mengekori terlalu dekat.
Haa, ini satu masalah lagi. Suka sangat follow dekat sangat dengan kereta depan. Cuba kalau kereta tu tiba-tiba brek mengejut. Tak ke berdentum. Huhu. So, amalkan peraturan 3 saat untuk mendapatkan jarak yang selamat.
Keenam : Tukar lorong secara tiba-tiba tanpa menggunakan signal.
Uisshh, bahayanya kan. Bagi cikla, penggunaan signal memang penting supaya orang yang berada dibelakang kereta kita tahu yang kita mahu menukar lorong. Kadang-kadang kan, kita tak perasan pun adanya penunggang motosikal di kawasan titik buta pemandu. Iyelah, kita tak nampak kan. Kalau terus nak tukar lorong, mungkin boleh excident ooo.
|
8 tabiat buruk dan kesalahan yang selalu dilakukan oleh pemandu Malaysia. Kredit Google. |
Ketujuh : Makan dan minum dalam kereta.
Walaupun takde undang-undang khas yang melarang aktiviti makan dan minum semasa memandu, ia sebenarnya lebih elok dielakkan sebab perbuatan sebegini boleh mengganggu konsentrasi pemanduan korang. Manalah tau, time korang nak buka bungkusan makanan itu, mata asyik ralit tengok makanan tak pasal-pasal tumpuan hilang dan tangan teralih stereng. Allahu, bahaya kan!
Kelapan : Guna telefon bimbit semasa memandu.
Kalau yang ni cikla rasa ramai je yang buat kan. Betul tak? Baik mengaku. Haha. Memanglah kadang-kadang kita memerlukan bantuan Google Maps atau Waze untuk membantu kita mencari lokasi tempat yang kita nak pergi, tapi elakkan dari berbalas mesej ataupun menjawab panggilan semasa memandu. Itu semua boleh dilakukan kemudian kan. Betul tak?
Jom kita latih diri kita menjadi seorang pemandu yang berhemah demi keselamatan diri sendiri dan orang lain.
Kredit Akhbar Sinar Harian.
3 comments: