Hai, entah apa-apa entah kan? Setelah sekian lama baru nak introduce diri. Hehe, takpelah kan. 

Pertama sekali, korang boleh panggil saya Cikla. Dan itulah jugak gelaran anak-anak sedara pada diri saya. Umur saya 32 tahun (tua dah, hehe). 

Asal Selangor dan sekarang menetap di Banting bersama keluarga mertua. Saya seorang full housewife, wifey and mummy kepada 3 orang anak. 2 perempuan dan seorang lelaki. Saya suka membaca dan memasak. Hehe. 

Minat menulis tapi sekadar suka-suka je. Boleh dikatakan sebagai hobi. Saya seorang yang happy go lucky tapi macam agak sensitif jugak. Tegas dan garang sikit.

The blog owner...
The blog owner...

Ermm, lagi apa ek? Cikla rasa cukuplah tu kan? Nanti panjang-panjang mengantuklah korang membacanya, ye tak? Hehe.

Salam perkenalan.