Apa habaq semua? Cikla harap semuanya sihat-sihat belaka. Cikla, Alhamdullillah sihat. Tengah-tengah berpantang ni, cikla macam takde masa sangat nak update belog. Nampak macam dah berkurun tak jengah belog ni. 

Time tengah santai-santai dengan baby Ammar, tetiba datang idea nk tulis sesuatu. Sebelum tu, jom kita hayati bait-bait kata kat bawah ni.


Anak....
Anak.... Sumber gambar dari internet.

Baiklah, cikla selalu dengar orang cakap anak umpama kain putih, kita sebagai ibubapa yang bertanggungjawab mencoraknya. Putih ka, hitam ka. Bila pikir-pikir memang ada betulnya. 

Apa yang anak kita jadi itu adalah hasil dari didikan atau asuhan makpaknya. Kalau baik ajarannya, baiklah jadi. Macam tulah sebaliknya. 

Tapi, bagi pendapat cikla zaman sekarang ni macam dah lain sikit. Sebab budak budak sekarang lebih mudah terpengaruh. Dengan kawan-kawan, media massa lagi.

Bukan nak cakap mak paknya tak ajar. Masa kecik, start dari tadika (5 atau 6 tahun) dah start disekolahkan. 

Kalau anak cikla, 4 tahun cikla dah masukkan tadika. Kat sekolah macam-macam dah diajar. Belum lagi ilmu agama. Serba-serbi diajar. Mengaji. Halal haram. Tapi bila dah besar lain pulak ceritanya. 

Huish, macam-macam dah sekarang ni. Nak cerita pun dah seriau. Nauzubillahiminzalik.

Walau apapun, tak semua kot macam tu. Ada jugak yang excellent menjadi anak yang berguna bila dah besar. 

Pendek kata, diri sendiri yang kena pandai beza mana baik mana sebaliknya. Tepuk dada, tanya iman. Cikla harap takde yang terasa dengan statement cikla. Ni cuma pendapat cikla je. Mungkin pendapat orang lain tak sama.