Showing posts with label my pregnancy. Show all posts
Showing posts with label my pregnancy. Show all posts

17/08/2016

Welcome my little princess!

Alhamdullillah, semalam cikla dah selamat melahirkan permata hati yang keempat. Welcome my little princess! Awal seminggu dari due. Ibu dan baby sihat. Agaknya baby dah tak sabar nak tengok ibu ayah kakak abangnya kot. Hehe. Syukurlah, semua  selamat. Terima kasih Allah kerana Kau memudahkan semuanya.

Welcome my little princess!
Welcome my little princess!

Baby girl, lahir 12.45 tengah hari 16-08-16, berat 3.355 kg. *nama tengah fikir. Hehe. Terima kasih pada yang mendoakan.

11/08/2016

I'm 38 weeks pregnant now!

Wah, masanya semakin tiba. I'm 38 weeks pregnant now! Seriously, tetiba rasa nervous pulak. Doakan urusan cikla dipermudahkan ye. Aamiin  Oklah, sekian dulu, wassalam.

29/07/2016

My pregnancy story : Get ready... 36 weeks already!

Semalam cikla pergi klinik buat monthly check-up. Dah 36 minggu dah rupanya.

My pregnancy story : Get ready... 36 weeks already!
My pregnancy story : Get ready... 36 weeks already!  Sumber Google.

My pregnancy story : Get ready... 36 weeks already!
My pregnancy story : Get ready... 36 weeks already!  Sumber Google..

Cepat je masa berlalu kan. Rasanya baru je tau diri ni mengandung lagi, melalui pelbagai rasa dan 'dugaan', tak lama lagi dah nak melahirkan. 

Minggu ni pun, macam macam berlaku, dengan insiden jatuh motor lagi *nak tau cerita baca SINI tapi syukurlah semuanya selamat dan berada dalam lindungan rahman dan rahim ya Esa.

So far, check-up semalam ok. Tak kiralah bacaan HB, urine, tekanan darah, berat ibu dan keadaan jantung serta kedudukan si kecik ni ok. Nurse cakap pun, kepala baby memang dah ke bawah. Orang cakap dah 'stick'. 

Yang bergerak-gerak tu badan, kaki, tangan baby. Masih lagi aktif. Preparation untuk bersalin pun dah ready dah. Orang cakap masa bersalin ni kadang kadang tak ikut due pun. Itu cuma estimate je. 

Mungkin cepat, mungkin lambat. Tapi, dari pengalaman cikla bersalin sebelum ni memang awal dari due, kecuali bersalin anak sulung overdue. So, semuanya berkemungkinan kan. Standyby aje.

My pregnancy story : Get ready... 36 weeks already!
Persiapan untuk bersalin di hospital dah ready!

Macam biasa, korang doakanlah semuanya dipermudahkan ye. Aamiin.

27/07/2016

My pregnancy story : Malang tak berbau!

Hari ni ada satu kejadian yang mencemaskan berlaku kat mak buyong ni. Isk isk. Cikla jatuh motor. MasyaAllah memang cuaklah time tu. Bukan apa, risau baby dalam perut ni. Cikla masa tu dengan Damia, anak kedua cikla.

Ceritanya macam ni. Kejadian berlaku masa cikla hantar kakak Batrisyia sekolah petang. Masa tu kakak Batrisyia dah turun motor dan dah nak masuk sekolah pun. 

Cikla masih lagi atas motor dengan Damia. Masa tu Damia duduk depan, masa dah nak gerak tu dia sibuk nak duduk belakang pulak. 

Orang cakap dah nak kena kan, cikla boleh lupa nak free kan gear motor tu. Masa dia turun tu, dia ter'press' motor. Apa lagi tergolek lah kami berdua. 

Cikla memang 'terduduk' kat situ. Kaki tersepit sikit kat handle motor. Mujurlah ada yang membantu tegakkan motor dan angkat cikla. Allah, memang risau sangat dah.

Damia pulak menangis tak henti-henti. Terkejut agaknya. Ramai yang tanya, 'awak okey ke'. Dan diaorang suruh pergi klinik buat checkup. Takut baby ada apa-apa. Risau jugak dengan si Damia tu, takut kena ekzos. Check-check badan tangan dia semua, tak apa yang cedera. 

Balik rumah, rasa sakit pulak kat pinggang. Mungkin sebab jatuh terduduk kot. Kebetulan hubby cikla balik tengahari tu, so ajaklah dia pergi klinik kejap. 

Ye lah, walaupun tak rasa apa apa, dan baby pun gerak macam biasa tapi risau jugak. Ini pertama kali cikla jatuh setelah nak masuk 4 kali mengandung. Memang risau sangat sangat. Hati berdebar debar nak tau.

Sampai kat klinik, alhamdullilah takde apa-apa yang berlaku kat baby. Baby ok, syukurlah. Semua doktor check. Keadaan baby, kedudukan uri dan air ketuban. Ok semuanya. Nampak dah rupa baby dah. Nampak telinga, mulut, hidung. Tak sabar pulak nak melahirkan dia. Hehe...

My pregnancy story : Malang tak berbau!
My pregnancy story : Malang tak berbau! Hasil scan tadi. Syukurlah, baby tak apa-apa. Lega rasa di hati.

Lepas ni, cikla kena dan akan lebih berhati-hati. Walaupun dah last last trimester ni, orang cakap macam-macam boleh berlaku kan. Memang takut jugaklah tadi kalau apa apa yang buruk berlaku, alhamdullilah selamat. Terima kasih ya Allah.

Due date dah nak dekat ni. Korang doakan dipermudahkan semuanya ye. 

14/07/2016

My Pregnancy Story : Makin dekat, makin nervous, 34 minggu sudah.

Hari ni cikla pergi checkup pregnant lagi. Dah masuk 8 bulan ni memanglah kena pergi checkup 2 minggu sekali. Orang cakap dan nak tunggu hari, memanglah kena sentiasa dipantau. Keadaan baby termasuklah ibunya.

My Pregnancy Story : Makin dekat, makin nervous, 34 minggu sudah.
My Pregnancy Story : Makin dekat, makin nervous, 34 minggu sudah. Image credited to google.

Mujurlah klinik desa dekat, bolehlah pergi sendiri. Naik motor je. Takdelah nak susahkan suami. Kesian suami, terkejar ke sini ke sana. Selagi boleh buat sendiri, memang cikla akan buat sendiri.

My Pregnancy Story : Makin dekat, makin nervous, 34 minggu sudah.
My Pregnancy Story : Makin dekat, makin nervous, 34 minggu sudah. Peneman setia cikla. Si adik tinggal. Bawak sorang je pun ni pun dah cukup. Hehe.  #kakakdamia

Checkup hari ni, alhamdullilah ok. Berat pun dah naik. 2 minggu lepas masa checkup 32 minggu ‹klik SINI untuk baca entri pasal ni› berat turun. Urine, HB, keadaan baby pun semua ok.

Syukurlah.

Tipulah kalau cikla cakap yang cikla tak gementar, debar debar bila menunggu hari melahirkan. Mesti ada yang cakap, "Ala, dah nak masuk 4 pun. 

Pengalaman banyak oo. Mesti ok punyalah." Memanglah dik, akak dah bersalin 3 kali sebelum ni tapi kata orang lain anak, lain pengalaman bersalinnya.

Macam anak sulung cikla, cikla overdue. Kena induce. Memang pengalaman tak boleh nak lupa sampai bila bilalah. 

Anak kedua dengan ketiga, alhamdullilah cikla bersalin senang sikit jugaklah. Sakit sekejap, lepas tu terus bersalin. Masuk labour room pun kejap je.

Ni dah masuk 34 minggu ni, baby pun asyik mengeras je. Lepas tu makin aktif. Sekarang ni pun, kalau nak tidur memang tidur mengiring ajelah yang selesa. Kalau tidur terlentang memang rasa tak selesa sangat. Rasa macam mengah, susah nak nafas.

Tadi pun masa checkup, bila cikla cakap dengan misi pasal ni, misi cakap memang macam tu sebab perut kita dah besar kan. Kalau nak tidur terlentang jugak kena alas pinggang dengan bantal nipis. Kalau tak memang macam sesak je rasanya.

Ermmmm.

Apa yang penting, cikla harap semoga bersalin kali ni pun, dipermudahkanlah. Aamiin. Doakan cikla ye.

01/07/2016

My Pregnancy Story : Kandunganku sudah 32 minggu.. Alhamdullillah....

Semalam cikla checkup pregnant lagi. Sekarang ni, dua minggu sekali cikla kena pergi checkup. So far, semua ok tapi berat pulak yang problem sikit. Berat turun. Alamak, agaknya sebab puasa kot. 

My Pregnancy Story : Kandunganku sudah 32 minggu.. Alhamdullillah....
My Pregnancy Story : Kandunganku sudah 32 minggu.. Alhamdullillah.... Kredit Google. 

Dan hari ni jugak cikla rasa macam letih dan lemah sikit. Nanti 2 minggu lagi kena datang klinik lagi untuk pantau berat. Huhu. 1hb 8 pulak appointment dekat hospital untuk scan jantung pulak. Harap takde apa yang seriuslah. 

Cikla ada cerita pasal ni kat SINI. Doakan cikla ye. Thanks for reading.

16/06/2016

My Pregnancy Story : 30 minggu already... Baby ok, ibunya pulak tak ok... Dugaan...

Hari ni cikla pergi checkup mengandung macam biasalah. Pergi klinik dalam pukul 11 lebih gitu. Lepas daftar, timbang berat, check urine, HB semua. 

Lastly jumpa doktor. Alhamdullillah, semua ok. Berat ok (58.4 kg je), bacaan HB pun ok (12.5 kalau tak silap cikla). Baby pun dah 30 minggu dah. Kejap je masa berlalu. 

Tadi pun dah scan baby. Dah nampak dah baby apa. Tapi, rahsia dululah, hihi. Baby bagi can pulak ibunya tengok. Kalau sebelum ni, masa pregnant kalau scan memang baby 'menyorok' aje, hehe. Air ketuban cukup dan berat baby pun ok. Dalam 1.8 kg.
  
Bila jumpa doktor, macam biasa doktor pun buat checkup. Semualah, termasuk jantung si ibu. Check punya check, doktor cakap bunyi degupan jantung cikla macam lain sikit. Biasa kalau degup  jantung normal kan 'dup dap dup dap dup dap', tapi ni macam lain sikit. 

My Pregnancy Story : 30 minggu already... Baby ok, ibunya pulak tak ok... Dugaan...
My Pregnancy Story : 30 minggu already... Baby ok, ibunya pulak tak ok... Dugaan...  Kredit Google. 

Memang lately, kalau cikla ligat sikit buat kerja nafas macam tercungap cungap sikit. Nak kata cikla ada semput, memang takde. Nak kata cikla ada masalah jantung sebelum ni pun takde jugak. Lagipun, masa pregnant yang lepas memang takde masalah.

Allahu, dugaan apa pulak ni. Risau jugak. So far, baby memang ok. Tadi pun doktor suruh buat ujian ECG sebab nak tengok corak degupan jantung ok ke tak. Bila dah buat, tengok coraknya ok, cuma ada sikit macam tak ok. 

Dah lepas ni doktor suruh pergi hospital untuk buat scan jantung pulak. Berdebar dan risau pulak rasa. Ditambah pulak rasa berdebar tunggu bersalin. Berganda gandalah rasa debaran tu. Huhu. Korang doakan cikla ok ye. Semoga semua dipermudahkan.

Korang yang pernah pregnant ada pengalaman macam cikla tak? Share lah ye.

01/06/2016

My Pregnancy Story : Menghitung hari.... dah 28 minggu... Alhamdullillah...

Hari ni cikla pergi checkup lagi. Alhamdullillah. Dah 28 minggu pun.

My Pregnancy Story : Menghitung hari.... dah 28 minggu... Alhamdullillah...
My Pregnancy Story : Menghitung hari.... dah 28 minggu... Alhamdullillah...  28 minggu pregnant. - Image credited to www.yourbabylibrary.com

Mengandung kali ni jujur cikla rasa macam cepat je. Pejam celik pejam celik, dah 7 bulan pun. Biasalah kalau dah masuk 7 bulan, langkah langkah penjagaan kena dipertingkatkan lagi. 

Lagipun, dah start kena kira pergerakan baby pun. Tadi pun misi dah ajar cara cara nak kira walaupun cikla dah mengandung kali keempat. Hihi. Ikut prosedur katanya. Takpelah, refresh balik kan. Kot kot lupa. 

Sebenarnya penting tau untuk ibu kira pergerakan baby ni. Nantilah cikla share sebab apa penting untuk kira di lain entri ye. Apa yang cikla boleh kata, memang penting sangat.

Tadi masa checkup, syukurlah semuanya ok. Dari bacaan HB, berat ibu sampailah ke jantung baby semuanya ok. Teruja pulak menunggu baby ni lahir. Hehe. 

Tapi, sejak baby dah membesar ni, ibunya pulak macam malas je. Mata asyik nak tidur.. Buat keje sikit dah penat. Perut tak lapar sangat tapi haus sentiasa. Lepas tu, susu memang tak boleh 'masuk'. 

Aduhh. Betullah orang cakap lain anak, lain pembawakannya. Bersabarlah ibu.

Semoga semuanya dipermudahkan.

19/05/2016

My pregnancy story : Sudah 26 minggu.... Alhamdullilah....

Semalam cikla pergi monthly pregnancy checkup. Alhamdullilah, dah masuk 26 minggu pun. Syukurlah, setakat ni semuanya baik baik aje, and cikla hope semuanya akan dipermudahkan sampai cikla melahirkan nanti. Aamiin. 

Rasa macam kejap je dah nak masuk trimester ketiga. Rasanya baru je dapat tahu diri ni pregnant, and sekarang ni dah pun masuk 6 bulan dah. Pregnant  kali ni takdelah banyak sangat 'ragam' dan ' kerenah' nya. Cuma kadang-kadang rasa letih je, and mengantuk sokmo. Pembawakan budak barangkali. 

Tapi, bagi cikla pregnant kali ni memang banyak 'dugaannya'. Mana taknya, dulu masa mengandung anak baru berapa. Sekarang ni anak dah 3 nak masuk 4 pun. So, kadang-kadang penatnya sebab melayan kerenah anak anak yang 3 orang tu. 

Lain anak, lain ragamnya. Ahmad Ammar pun dah banyak akalnya. Makin ligat dan aktif. Kakaknya yang 2 orang tu pulak, makin banyak ragamnya, dua-dua kuat merajuk dah sekarang. Adussss, pening ibunya nak layan semua. Hihi.

My pregnancy story : Sudah 26 minggu.... Alhamdullilah....
My pregnancy story : Sudah 26 minggu.... Alhamdullilah.... Image credited to google.

Semalam masa checkup, semuanya ok. Dari badan berat badan (58 kg je) sampailah ke bacaan HB dan lain lain. Jantung baby pun dah boleh dengar, dup dap dup dap. Baby pun sihat. Dah pandai tendang-tendang manja pun. Kadang-kadang mengeliat kot. Geli perut pun ada. 

Sebenarnya, inilah moment terindah yang tak boleh digambarkan macam mana seronoknya dan tak boleh nak lupa. Cikla pun takde masalah. Tapi, serius cakap, walaupun cikla dah pernah melahirkan 3 kali sebelum ni, perasaan gementar masih lagi ada bila memikirkan saat saat nak melahirkan nanti. 

Makin dekat tarikh due, makin berdebar debar pulak. Hihi. Walauapapun, doakan cikla ye. Semoga semuanya dipermudahkan dan selamat. 

My pregnancy story : Sudah 26 minggu.... Alhamdullilah....
My pregnancy story : Sudah 26 minggu.... Alhamdullilah.... Image credited to google.

Mengandung yang ni cikla macam tak boleh pulak nak 'telan' air susu. Loya je nak telan, rasa nak keluar balik je. Tapi, setiap kali checkup, misi mesti suruh minum susu. 

Entah susu apa ntah yang boleh 'kena' dengan tekak cikla ni. Korang ada cadangan tak? Kepada ibu ibu yang sedang mengandung, take care tau. Semoga dipermudahkan semuanya nanti.

25/02/2016

My pregnancy story : Monthly check-up, alhamdullilah 3 bulan sudah.

Entri ni ditulis masa cikla tengah tunggu turn. Walaupun tak ramai, tapi biasalah kan kat klinik ni nurse tak ramai. Ada dua orang je. Ni pun tinggal sorang. Yang sorang lagi mungkin ada kerja luar. So, tunggu ajelah.

My pregnancy story : Monthly check-up, alhamdullilah 3 bulan sudah.
My pregnancy story : Monthly check-up, alhamdullilah 3 bulan sudah.


My pregnancy story : Monthly check-up, alhamdullilah 3 bulan sudah.
My pregnancy story : Monthly check-up, alhamdullilah 3 bulan sudah.

Kalau dah mengandung, inilah rutin setiap bulan yang kena dilalui. InshaAllah sampailah melahirkan nanti. Pagi ni cikla bawak si kenit ni. Nak tinggal kat rumah takde orang nak tengok. So, kenalah angkut sekali hero sorang ni. 

Budak-budak, bukannya suka tunggu lama-lama. Mulalah dia bosan, usik itu usik ini. Kalau dulu dia ni memang takut dengan nurse, tapi sekarang dah tak heran dah dia. Macam kat rumah dah lagaknya, huhu.

Oklah korang. Jap lagi turn cikla. Harap takde masalah.

30/01/2016

My pregnancy story : Bila keloyaan melanda....

Adoii, entah kenapa hari ni rasa "down" sangat. Tak larat. Ni asyik baring je. Bila bangun, rasa macam mabuk dan loya nak uwekkk. 

Ya Allah, dugaan sungguh cikla mengandung kali ni. Tadi pun lepas breakfast, itu pun makan sikit je. Terus baring. 

Nurse datang tadi buat home checkup pun kepala macam pening-pening lalat. Bangun buat kerja sikit, sidai kain masak nasi uruskan anak cikla, then baring lagi. Takde tenaga langsung rasanya. Mungkin sebab cikla kurang makan kot.

My pregnancy story : Bila keloyaan melanda....
My pregnancy story : Bila keloyaan melanda.... Gambar hiasan credited to Internet.

Memang since malam tadi, cikla dah tak selera nak makan. Permintaan nak makan itu ini bukan main, tapi bila makanan ada depan mata, jamah sikit je, pastu, dah tolak tepi. Memang rasa nak makan tapi tekak macam tak boleh telan. 

Kelmarin first checkup dengan doktor, berat turun 100 gm (52.9 kg). Risau jugak kalau berat turun ni, sebab nanti mesti kena jumpa doktor untuk pantau berat. Bab nak pergi jumpa doktor tu yang agak malas, huhu. Scan baby,  nampak dah baby. Kecik je. Rasa nervous pulak, hehe.

Semoga cikla tabah menghadapi detik-detik pertama awal trimester ni. Doakan cikla ye. Thanks sebab sudi baca luahan hatiku ini.

21/01/2016

My pregnancy story : Trimester pertama; alahan demi alahan.

Sebelum ni cikla ada share di SINI mengenai kehamilan awal cikla. Alhamdullilah, memang Allah telah memberikan rezeki ni kepada cikla dan suami. 

Disebabkan tak confident sebab dua kali check guna pregnancy test, dua dua bagi keputusan samar-samar (satu garis clear, satu garis kabur), so cikla nekad nak check untuk kali ketiga. Konon konon last check lah tu. 

Check punya check, berdebar jugak tengok dua dua garis tu memunculkan dirinya. Akhirnya, sah cikla hamil. Diri tak berhenti ucap syukur padanya sebab berikan rezeki ini kepada kami.

My pregnancy story : Trimester pertama; alahan demi alahan.
My pregnancy story : Trimester pertama; alahan demi alahan.

Sebenarnya cikla nak kongsikan apa simptom yang cikla alami bila mengandung kali ni. Maklumlah, cikla mengandung sebelum ni tak berkesempatan untuk share ni semua. 

Niat bukanlah nak menunjuk-menunjuk tapi mungkin perkongsian cikla ni boleh dijadikan panduan jugak untuk ibu-ibu yang pertama kali mengandung. 

Kadang-kadang kita tak perasan yang kita ni mengandung kan, sebab ada orang yang mengandung memang steady je, tak mabuk, tak loya.

Masa cikla mengandung dua kali (Batrisyia dan Damia) sebelum ni, memang steady je. Tak mabuk tak loya. Takdelah lemah dan letih sangat. Makan pun selera je. Tapi, bila mengandung anak ketiga (Ammar), wah dah pandai mabuk loya. 

Pernah masa awal mengandung Ammar dua tahun lepas, ada satu hari tu cikla demam sampai tak boleh bangun. Mujurlah ada incik suami time tu dia cuti, dialah yang menguruskan anak-anak kami. 

Alhamdullilah, masuk 4 bulan, dah segar balik dah. Dah takde rasa loya, selera makan pun bertambah. Tapi, mengandung yang ni lain pulak cikla rasa. 

Antara perubahan yang cikla alaminya sendiri adalah;

  1. Rasa loya dan mual. Cium bau ikan dan makanan (sesetengahnya) memang tak boleh. Perut lapar, tapi tekak tak selera.
  2. Rasa macam separa mabuk. Maknanya macam fenin-fenin lalatlah. Rasa nak landing je, huhu.
  3. Bila tidur malam tekak kering sangat. Boleh dikatakan kering ayak lioq lah kata orang utara. Tadi cikla bagitau misi, beliau cakap kena minum air masak 3L satu hari. Nak nak pulak, musim panas sekarang ni.
  4. Asyik nak terkucil je. Kejap kejap pergi toilet. Kejap kejap pergi toilet. Adoiii, bertabahlah.
  5. Cepat letih dan penat. Biasalah ibu mengandung memang macam ni kan. Awal awal mengandung semua kena jaga, sebab masih peringkat awal.
  6. Teringin nak makan itu ini. Haha. Part ni memang best. Cakap je nak makan apa, insha Allah incik suami dapatkannya. Tapi, kan bila dah dapat tu makannya sikit je. Geram tak? Hahaha. Takpelah kan. Layankan ajelah kerenah mak buyong ni kan, hehe.
  7. Emosi macam up and down. Biasalah kan, anak-anak dah meningkat besar ni makin banyak akalnya. Itu belum lagi bab sepahkan rumah. Memang win. Haa, time tu apa lagi, mamanya terjadi "tarzan" lah kejap, huhu. Tapi betul ke orang tua-tua cakap kalau nak dapat adik, yang kakak atau abangnya akan meragam dan buat perangai? Entahlah, wallahualam.

My pregnancy story : Trimester pertama; alahan demi alahan.
My pregnancy story : Trimester pertama; alahan demi alahan.


So, pagi tadi cikla dah selamat buat buku merah. Seeloknya ibu-ibu semua, kalau kita dah tau diri mengandung tu, cepat-cepatlah buat buku merah (nak-nak pulak kalau kita mengandung umur 30 ke atas). 

Bukan apa, takut kalau ada apa apa masalah, senang nak detect dan pantau dari awal. Biasalah, kadang-kadang masalah ibu mengandung ni macam-macam. 

Tadi pun misi sempatlah jugak bagi advice, peringkat awal ni kena jaga betul betul. .

Sebab kandungan masih belum kuat. Jangan angkat benda berat berat, amik makanan seimbang dan berkhasiat termasuk buah dan sayuran, dan part yang paling 'best' kena minum susu, hehe. 

Haruslah minum susu kan. Kalau nak dapatkan gigi dan tulang yang kuat. Baik untuk baby jugak. Lagi satu, jangan stress. Kena happy happy je tau

My pregnancy story : Trimester pertama; alahan demi alahan.
My pregnancy story : Trimester pertama; alahan demi alahan.


Dah selesai daftar semua, apa lagi mulalah 'aktiviti' makan pil obimin. Pil ni memang penting dan ibu mengandung memang kena ambil. 

So, jangan ngelat makannya tau mak-mak semua. Demi kesihatan baby jugak. Minggu depan, kena check up ke doktor pulak. Kena scan bagai, back tu routine masa mengandung sebelum tu, nice.

Sebenarnya, bila cikla tau cikla mengandung, dah start nervous dah. Walaupun dah nak masuk empat. Biasalah kan, kerenah mengandung ni lain lain. 

Setuju tak cikla cakap, tak kan sama pengalaman kita mengandungkan anak pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya. Setiap satu tu menyimpan kenangan yang berbeza-beza.

Korang doakan yang terbaik ye. Semoga semuanya berjalan lancar dan baik sehingga cikla melahirkan baby ni, insha'Allah. 

30/12/2015

My pregnancy story : Alhamdullillah, rezeki....

Rasanya macam terlalu awal pulak cikla nak share 'cerita' ni kat korang semua. Tapi, tak salah kot sebab cerita gembira kan. Korang agak-agak apa ceritanya ye? Hehehe. 

Setakat ni keluarga cikla (emak abah dan adik beradik dah tau cerita ni). Suami cikla bising jugak, dia kata awal lagi, tak payah nak heboh-heboh dulu. Nanti jadi macam dato CT. Ala, itu semua, rezeki kan. Semua Allah dah tentukan. Apa yang penting kita doakan yang baik baik aje. Aamiin.

Ermmm, sebenarnya cikla rasa cikla pregnant lagi. Kalau ada rezeki, ini permata hati yang keempat. Memang sebelum ni cikla lewat period seminggu lebih dan rasa macam tak sedap badan. 

Badan macam demam tak demam, and tekak rasa mual. Sometimes. Tekak ni, merayau nak makan macam-macam. Semua teringin. Tapi bila dah dapat, makan sikit je. Sabor jelah.

My pregnancy story : Alhamdullillah, rezeki....
My pregnancy story : Alhamdullillah, rezeki....

Nampak macam satu clear satu tak clear kan dekat pregnancy test tu. Tapi dulu, masa first check mengandung adik ammar pun macam tu jugak. Double check, alhamdullilah ada. 

Masa memula tu cikla agak-agak je. Sebab, kalau ikutkan memang tak rancang pun. Kalau Allah nak bagi, cikla dan suami terima aje. Anak kan rezeki, betul tak? 

Hari ni memang rasa down sangat. Badan lemah, dan rasa nak demam. Anak cikla kakak Damia dengan adik Ammar pun demam sama. Mungkin berjangkit dengan ibu dia ni ha. 

Walau apapun, korang doakanlah yang terbaik ye. Nanti cikla update lagi 'cerita' selanjutnya.

27/08/2014

Persiapan untuk orang baru....

Oh, rasanya macam dah tak sabar nak sambut kelahiran orang baru. Excited. Tapi still berdebar gak. Hehehe. Walaupun ini yang ketiga, tapi perasaan teruja memang ada. Membara rasa dijiwa. Ececeh. 

Sekarang ni cikla almost dah nak masuk 9 bulan. So, cikla dah start buat persiapan untuk my baby. Saja je cikla nak share. Hope takde yang menyampah hokeyyy. Hehe.

Persiapan untuk orang baru....
Persiapan untuk orang baru....

Persiapan untuk orang baru....
Persiapan untuk orang baru....

Barang-barang macam towel, blanket dengan kain lampin dah beli dah. Baju-baju pun dah ready dah. Tapi, orang cakap baju tak payah beli banyak-banyak, sebab baby cepat membesar. Nanti kejap je tak muat. Hehe.

Persiapan untuk orang baru....
Persiapan untuk orang baru....

Sarung tangan, sarung kaki dengan topi pun dah ada. Peralatan lain macam shampoo, losyen, bedak dan sebagainya pun dah ada. Tinggal minyak-minyak macam Vicks dan minyak telon je belum beli. Yang lain semua dah get readyyy. Yeah.

Persiapan untuk orang baru....
Persiapan untuk orang baru....
Persiapan untuk orang baru....
Persiapan untuk orang baru....

Oh ye, tak lupa juga tilam dan bantal. Hehe.

Persiapan untuk orang baru....
Persiapan untuk orang baru....

Tapi kan, kali ni cikla suka kaler-kaler macam blue or green. Kalau dulu macam lebih kepada pink. Doakan yang terbaik untuk cikla dan baby ye.

21/08/2014

8 bulan sudah....

Syukur alhamdullillah. Kini cikla dan pun masuk 8 bulan lebih mengandung. Ada lebih kurang 5 minggu lagi cikla akan melahirkan. Excited dan tak sabar. Tapi, rasa gementar memang ada. Berdebar2 je. 

Walaupun cikla dah pernah bersalin sebelum ni. Orang kata pengalaman bersalin tak kan sama. Anak pertama lain pengalamannya, anak kedua lain pengalamannya dan begitulah seterusnya.

8 bulan sudah....
8 bulan sudah....
8 bulan sudah....
8 bulan sudah....

Tak sabar tunggu kelahiran orang baru. Semoga semuanya selamat. Aamiin ya Rabb. Doakanlah ye.

*image kredit to Facebook.com/infoibuhamil & www.BabyGaga.com.

05/06/2014

Dah 24 minggu dah!

Sebenarnya, cikla saja nak share yang mana hari ni ngam-ngam 24 minggu @ 6 bulan dah baby membesar dalam rahim ni. Syukur alhamdullillah. Rasanya macam baru je cikla disahkan mengandung lagi, dan hari ni dah masuk 6 bulan dah pun.

Pagi tadi cikla pergi checkup baby. Alhamdullillah semua ok. Berat ok, HB ok dan tekanan darah ok. Lega rasanya. Kalau sebelum ni masa awal pregnant memang alahan teruk jugak la. Loya, nak muntah dengan demam. 

Lepas dah ok, berat pulak tak naik-naik. Yelah, sebab takde selera nak makan. Lepas ada selera. Berat badan lak naik banyak sangat sampai 2 kilo lebih. Tapi, syukurlah masa checkup tadi berat badan dah ok. Yeahhh.

Dah 24 minggu dah!
Dah 24 minggu dah!

Lepas tu biasalah kan, ibu mengandung mesti mesti amik obimin. Dulu masa cikla pregnant first sampai 4 jenis kena makan ubat. Dengan "asid folic"nye. "Vitamin"nye. Tapi sekarang start pregnant anak kedua dan yang ini. Ubatnya sejenis je. Ok gak. 

Dalam sebiji ubat tu ada berbagai fungsinya. Hehehe. Cikla pun memang tak amik ubat or supplement lain. Just makan ubat yang klinik bagi je.

Dah 24 minggu dah!
Dah 24 minggu dah!


Cikla harap semua akan berjalan lancar sepanjang cikla pregnant sehinggalah melahirkan nanti. Doakan cikla ye.

*Nota kaki: Serius still lagi rasa berdebar dan takut bila teringat masa cikla melahirkan anak pertama dan kedua dulu walaupun dah 2 kali melaluinya. Nervoussss.

01/05/2014

Kenapa tak naik2?

Sebenarnya cikla saja nak share kenapalah berat cikla ni lambat sangat naiknya. La ni cikla pregnant dah nak masuk 5 bulan. Pergerakan baby pun dah dapat rasa kekadang. 

Bestnya. Tapi yang herannya berat susah beno nak naik. Last checkup untuk 4 bulan ari tu, berat naik 300g je. Sebelum tu langsung tak naik-naik.

Masa cikla pregnant  sebelum ni ok je. Semua ok. Cikla pregnant dua-dua sebelum ni pun berat masa cukup bulan pun tak sampai 70kg dan baby cikla dua-dua lahir lebih 3kg. Kakak 3.6kg. Adik 3.3kg. 

Kenapa tak naik2?
Kenapa tak naik2? Kredit Google.

Cuma masa nak masuk 7 bulan tu cikla kena kencing kotor. Dua-dua kali pregnant camtu. Tapi pregnant yang ni tak tau la. Cuma wat masa sekarang ni masalah berat tak naik-naik. 

Rutin makan cikla rasa macam biasa. Selera makan pun ada. Cuma kadang-kadang time malam je cikla skip makan. Pasal tak lapar sangat.

Misi siap kata kalau tak nak makan sekalipun kena makan jugak. Takpelah. Cikla cuba la, demi baby, hehe. Hujung bulan ni next checkup. Harap-harap naiklah beratku ini. Oklah, sekian dulu. Wassalam.

**Nota kaki: Kalau kawan-kawan semua ada tips boleh tambah selera makan meh la kongsi dengan cikla. I'm appreciated that!

03/02/2014

Akhirnya.... semuanya benar!

Cikla harap semua sihat ok. Cikla camne la, still loya, letih, tak larat dan lain-lain. Sebenarnya cikla just nak confirmkan apa yang cikla update semalam tu benar.

Disebabkan rasa tak puas hati dengan result sebelum ni, cikla pujuk hubby cikla belikan one more pregnancy test untuk men"clear"kan apa yang selama ni macam tak pasti. 

Nah, bangun je pagi tadi (i mean siang tadi la), cikla dengan pantas melakukan ujikaji.

Akhirnya.... semuanya benar!

Akhirnya.... semuanya benar! Pregnancy test show positive result.
 
Memang excited, ye la kan. Lagi satu memang kali ni betul-betul nak confirmkan pasal dah tak larat dengan simptom-simptom yang ada. 

Dengan lafaz bismillah cikla tengok dengan hati berdebar-debar. Ceh, dah macam drama suspen lak. Pling pling. Keputusan positif. Patutlah terok benor alahannye. Walau apapun cikla amat bersyukur dengan "rezeki" yang Allah berikan.

Apa yang penting semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Aamiin. Baiklah, jumpa lagi nanti ye. Waallahualam.

02/02/2014

Macam tak larat je... adoiii....

Apa khabar hari ni? Korang dah lunch? Cikla kat sini tak berapa sihat la. Dua tiga hari ni macam tak larat je. Badan sakit2. Tekak loya-loya. Bila bau makanan pun macam nak uwekk je. Ramai cakap ni simptom pregnant. 

Tapi cikla dah check dah. Result macam tak meyakinkan aje. Mana taknya, kalau pregnant, ada dua line yang very celar kat pregnancy test tu, tapi kes cikla ni lain skit. Satu clear, tapi lagi satu macam clear macam tak. 

Tu yang macam 50-50 je. Tapi masalahnye sekarang, simptom pregnant memang macam ada.

Macam tak larat je... adoiii....

Period lewat almost 2 weeks, dengan loya nak muntahnye. Adoi, memang tak larat. Lagi teruk alahan dari pregnant sebelum ni. Badan lemah je. Kalau boleh nak baring je, tidoqq. 

Cikla ada gak ask kawan cikla, Dr. Mcna. Dia doktor. Dia cakap kalau pregnancy test tu show weak result, consider positive result. Dia suruh check lagi 2 weeks, untuk confirmkan.

Btw, cikla tak kisah lah. Kalau pregnant cikla terima dengan hati terbuka, begitu gak sebaliknya. Janji semuanya selamat dan ok. Jumpe lagi nanti. Ni pun ada rase nak uwekkkk lagi ni. Tatatititutuuuuu. Waallahualam.

22/04/2013

Memang tak boleh lupa....

Masa landing macam ginilah yang paling best. Sambil-sambil tengok kerenah anak dan layan vcd, tetiba lak cikla nak wrote something kat sini. Satu pengalaman yang cikla tak boleh lupa sampai bila-bila, iaitu pengalaman melahirkan! Sebenarnya hari ini cikla dapat anak buah baru.

Anyway, tahniah untuk adikku dan isteri, encik Khairis dan puan Ekin sebab baru aje menimang cahaya mata sulung diaorang. Baby boy, 3.2 kg dan namanya Khalish Aqeef. 

Bila dah jadi mama dengan ayah, bertambahlah tanggungjawab espeacially si suami. Emmm, bila dengar orang sakit nak bersalin, automatik cikla teringat kenangan mase cikla bersalin puteri-puteri cikla. 

Melahirkan dua anak, pengalaman memang berbeza. Masa melahirkan si kakak, NUR BATRISYIA ZULAIKHA memang obviously macam2 perasaan bercampur-aduk. Gembira, berdebar, takut. Semua ada. 

Masa mengandungkan si kakak, cikla overdue, lewat seminggu dari tarikh bersalin. Apa lagi, kena induce ler. Sehari sebelum bersalin tu, tidur kat wad semalam. Lepas subuh keesokan hari, masuk labour room, doktor check dan dah bukak 2 cm, then doktor pecahkan air ketuban. 

Lepas air ketuban pecah, memang tak sakit. Tapi, bila nurse induce ubat, serta-merta sakit. Kontraksinye memang tak dapat gambarkan camna rasanya. Yelah, baby first, pengalaman memanglah zero. Tak tahu apa pun. Nak push pun tak pandai.

Mujurlah, doktor dan nurse masa tu bagi sokongan dan teach me. Tq so much nurse dan doktor Hospital Banting. Malu memang dah tak boleh nak fikir dah. 

Yang cikla fikir masa tu, nak cepat-cepat melahirkan dan excited nak tengok muka baby. Akhirnya, pukul 10.10 pagi, lahirlah baby cikla yang pertama. Berat 3.6 kg. Bila tengok muka baby, hilang semua rasa sakit. Itulah yang paling tak boleh lupa.

Memang tak boleh lupa....
Memang tak boleh lupa.... Kredit Google. 

Puteri cikla yang kedua pula, senang sikit masa bersalinkannya. Mungkin dah ada pengalaman masa melahirkan yang pertama. Yang kedua ni awal sikit dari due date. 

Hihi, tak sabar nak tengok dunia agaknya. Sebelum bersalin, sempat lagi berjalan-jalan. Balik dari berjalan, rasa sakit dan hubby terus hantar pergi hospital. 

Sampai-sampai terus masuk labour room, doktor check dah bukak 10 cm, memang time to deliver. Pecah aje air ketuban, terus rasa sakit dan kontraksi makin kuat. Pukul 6.10 petang, lahirlah puteri kedua cikla, NUR FARISYIA DAMIA. 

Sebenarnya nikmat melahirkan ni memang indah. Sakit yang mengasyikkan. Lahirnya anak ke dunia umpama kain putih, kitalah sebagai mak pak yang mencorakkannya. 

Anak juga adalah permata dan amanah yang dikurniakan untuk kita hargai dan sayangi. Suami pun hargailah pengorbanan isteri semasa melahirkan anak-anak anda. Memang tak ada tandingannya.