My pregnancy story : Trimester pertama; alahan demi alahan.

Sebelum ni cikla ada share di SINI mengenai kehamilan awal cikla. Alhamdullilah, memang Allah telah memberikan rezeki ni kepada cikla dan suami. 

Disebabkan tak confident sebab dua kali check guna pregnancy test, dua dua bagi keputusan samar-samar (satu garis clear, satu garis kabur), so cikla nekad nak check untuk kali ketiga. Konon konon last check lah tu. 

Check punya check, berdebar jugak tengok dua dua garis tu memunculkan dirinya. Akhirnya, sah cikla hamil. Diri tak berhenti ucap syukur padanya sebab berikan rezeki ini kepada kami.

My pregnancy story : Trimester pertama; alahan demi alahan.
My pregnancy story : Trimester pertama; alahan demi alahan.

Sebenarnya cikla nak kongsikan apa simptom yang cikla alami bila mengandung kali ni. Maklumlah, cikla mengandung sebelum ni tak berkesempatan untuk share ni semua. 

Niat bukanlah nak menunjuk-menunjuk tapi mungkin perkongsian cikla ni boleh dijadikan panduan jugak untuk ibu-ibu yang pertama kali mengandung. 

Kadang-kadang kita tak perasan yang kita ni mengandung kan, sebab ada orang yang mengandung memang steady je, tak mabuk, tak loya.

Masa cikla mengandung dua kali (Batrisyia dan Damia) sebelum ni, memang steady je. Tak mabuk tak loya. Takdelah lemah dan letih sangat. Makan pun selera je. Tapi, bila mengandung anak ketiga (Ammar), wah dah pandai mabuk loya. 

Pernah masa awal mengandung Ammar dua tahun lepas, ada satu hari tu cikla demam sampai tak boleh bangun. Mujurlah ada incik suami time tu dia cuti, dialah yang menguruskan anak-anak kami. 

Alhamdullilah, masuk 4 bulan, dah segar balik dah. Dah takde rasa loya, selera makan pun bertambah. Tapi, mengandung yang ni lain pulak cikla rasa. 

Antara perubahan yang cikla alaminya sendiri adalah;

  1. Rasa loya dan mual. Cium bau ikan dan makanan (sesetengahnya) memang tak boleh. Perut lapar, tapi tekak tak selera.
  2. Rasa macam separa mabuk. Maknanya macam fenin-fenin lalatlah. Rasa nak landing je, huhu.
  3. Bila tidur malam tekak kering sangat. Boleh dikatakan kering ayak lioq lah kata orang utara. Tadi cikla bagitau misi, beliau cakap kena minum air masak 3L satu hari. Nak nak pulak, musim panas sekarang ni.
  4. Asyik nak terkucil je. Kejap kejap pergi toilet. Kejap kejap pergi toilet. Adoiii, bertabahlah.
  5. Cepat letih dan penat. Biasalah ibu mengandung memang macam ni kan. Awal awal mengandung semua kena jaga, sebab masih peringkat awal.
  6. Teringin nak makan itu ini. Haha. Part ni memang best. Cakap je nak makan apa, insha Allah incik suami dapatkannya. Tapi, kan bila dah dapat tu makannya sikit je. Geram tak? Hahaha. Takpelah kan. Layankan ajelah kerenah mak buyong ni kan, hehe.
  7. Emosi macam up and down. Biasalah kan, anak-anak dah meningkat besar ni makin banyak akalnya. Itu belum lagi bab sepahkan rumah. Memang win. Haa, time tu apa lagi, mamanya terjadi "tarzan" lah kejap, huhu. Tapi betul ke orang tua-tua cakap kalau nak dapat adik, yang kakak atau abangnya akan meragam dan buat perangai? Entahlah, wallahualam.

My pregnancy story : Trimester pertama; alahan demi alahan.
My pregnancy story : Trimester pertama; alahan demi alahan.


So, pagi tadi cikla dah selamat buat buku merah. Seeloknya ibu-ibu semua, kalau kita dah tau diri mengandung tu, cepat-cepatlah buat buku merah (nak-nak pulak kalau kita mengandung umur 30 ke atas). 

Bukan apa, takut kalau ada apa apa masalah, senang nak detect dan pantau dari awal. Biasalah, kadang-kadang masalah ibu mengandung ni macam-macam. 

Tadi pun misi sempatlah jugak bagi advice, peringkat awal ni kena jaga betul betul. .

Sebab kandungan masih belum kuat. Jangan angkat benda berat berat, amik makanan seimbang dan berkhasiat termasuk buah dan sayuran, dan part yang paling 'best' kena minum susu, hehe. 

Haruslah minum susu kan. Kalau nak dapatkan gigi dan tulang yang kuat. Baik untuk baby jugak. Lagi satu, jangan stress. Kena happy happy je tau

My pregnancy story : Trimester pertama; alahan demi alahan.
My pregnancy story : Trimester pertama; alahan demi alahan.


Dah selesai daftar semua, apa lagi mulalah 'aktiviti' makan pil obimin. Pil ni memang penting dan ibu mengandung memang kena ambil. 

So, jangan ngelat makannya tau mak-mak semua. Demi kesihatan baby jugak. Minggu depan, kena check up ke doktor pulak. Kena scan bagai, back tu routine masa mengandung sebelum tu, nice.

Sebenarnya, bila cikla tau cikla mengandung, dah start nervous dah. Walaupun dah nak masuk empat. Biasalah kan, kerenah mengandung ni lain lain. 

Setuju tak cikla cakap, tak kan sama pengalaman kita mengandungkan anak pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya. Setiap satu tu menyimpan kenangan yang berbeza-beza.

Korang doakan yang terbaik ye. Semoga semuanya berjalan lancar dan baik sehingga cikla melahirkan baby ni, insha'Allah. 

6 comments:

  1. Setuju sangat dengan Cikla.. Lain anak lain pembawakkannya... Tahniah ye Cikla.. semoga baby dan Cikla sihat..

    ReplyDelete
  2. Tahniah kak..dah 4 syukur
    Lya tah bila la dpt rasa ni smua, usaha da mcm2 tpi tu la rezki x sampai lgi nak da baby sndiri..tawakal ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq lya... alhamdulillah... btw, jgnlab sedih2. InshaAllah, mesti ada,rezeki tu. Apa yg penting doa dan usaha. Ada org bertahun kawin pun xdpt lg. Bersabar ok. Cikla doakan lya akan dpt baby jugak. Amin....

      Delete
  3. tahniah CiKLa.. dh nak masuk 4 dah. Alhamdulillah. semoga dipermudakan segala urusan ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks.. alhamdulillah rezeki kan... inshaAllah semoga semuanya dipermudahkan.. amin

      Delete

Powered by Blogger.