• Home
  • Lifestyle
    • Ilmu
      • Agama
      • Muhasabah Diri
      • Petua
    • My Story
    • Info
    • Tips
    • Resepi
    • My Reviews
  • Awareness
    • Social
    • Thyroid
  • Collab
Sebagai isteri dan ibu, salah satu tugas harian yang naqmoak macam kecil tapi boleh mengambil masa yang lama ialah menguruskan pakaian. Start dari membasuh, menyidai, mengangkat dan kerja-kerja melipat, menyusun, hingga memastikan semuanya siap untuk dipakai, ia memerlukan strategi bijak supaya tak mengambil separuh hari! Kalau dibiarkan alamat memang bertimbunlah macam gunung Everest. Hahaha.

Kalau korang hanya ada 1 jam, jangan risau. Dengan perancangan dan sistem yang betul, korang boleh uruskan baju diri sendiri, anak dan suami dengan cekap. Berikut adalah tips praktikal yang boleh korang praktikkan. 

Tips menguruskan baju sendiri, anak dan suami dalam masa 1 jam.

1. Sediakan zon khusus untuk pakaian.

Pastikan ada satu tempat khas untuk:
  • Baju bersih yang belum dilipat.
  • Baju kotor.
  • Baju untuk diseterika (kalau perlu).
Ini memudahkan proses kerana korang tak payah nak cari-cari pakaian di merata tempat. Sediakan bakul berlabel mengikut kategori atau individu.

2. Gunakan teknik “Sort and Fold” serentak.

- Pisahkan dahulu ikut pemilik: baju suami, anak, diri sendiri.
- Lipat terus mengikut kategori semasa mengasingkan. Jangan tunggu hingga akhir baru nak lipat.

Contoh:
  • 10 minit: Asing dan lipat baju anak.
  • 15 minit: Asing dan lipat baju suami.
  • 10 minit: Asing dan lipat baju sendiri.
Tip: Gunakan kaedah 'lipatan KonMari' supaya jimat ruang dan mudah nampak baju.

3. Libatkan anak kalau mereka dah cukup besar.

Kalau anak berusia 4 tahun ke atas, ajar mereka:
  • Kenal pakaian sendiri.
  • Masukkan ke dalam bakul atau laci mereka.
Bukan saja menjimatkan masa korang, malah mereka belajar berdikari.

4. Gantung pakaian yang mudah kecut atau berkedut.

Kurangkan kerja melipat dengan menggantung terus pakaian seperti:
  • Kemeja suami.
  • Baju sekolah anak.
  • Jubah atau blouse korang.
Siapkan satu rel gantung khas untuk pakaian yang perlu digantung sejurus diangkat dari jemuran.

5. Set jadual atau hari khas untuk setiap tugas.

Contoh rutin mingguan:
  • Isnin dan Khamis: Cuci dan lipat baju anak.
  • Selasa dan Jumaat: Baju suami.
  • Rabu: Baju sendiri.
  • Sabtu: Iron baju (kalau perlu).
Kalau nak buat semuanya dalam satu hari, pastikan 1 jam tersebut tak terganggu dan dilakukan waktu korang paling bertenaga seperti pagi selepas sarapan.

6. Gunakan timer atau lagu sebagai panduan masa.

Letak timer atau mainkan playlist 60 minit. Ia membantu korang fokus dan kekal pantas. Contohnya:
  • Lagu pertama hingga ke-5: Urus baju anak.
  • Lagu ke-6 hingga 10: Baju suami.
  • Lagu ke-11 hingga akhir: Baju sendiri dan kemas kembali ruang.

7. Simpan baju ikut sistem warna atau jenis.
  • Anak: Baju tidur, sekolah, main. Asing ikut laci atau label.
  • Suami: Baju kerja, rumah, jalan.
  • Anda: Tudung, blouse, seluar.
Ini memudahkan waktu nak cari dan jimatkan masa di kemudian hari.

So, menguruskan baju tak semestinya jadi tugas yang memenatkan kalau ada sistem dan disiplin masa. Luangkan hanya 1 jam dengan fokus dan korang akan lihat perbezaannya. Cuba praktikkan tips ini dan sesuaikan ikut gaya hidup korang. Kalau korang berjaya urus pakaian dengan cekap, korang akan ada lebih masa untuk diri sendiri dan keluarga. 

Moga dapat membantu.
Tips penting untuk elak kuah sambal sotong berair banjir. Tips ni adalah dari hasil kajian sendiri orang yang share tips ni, dia niaga bertahun tahun (tapi kena ingat cara masing masing masak tak sama) tapi ini tips dia untuk dapat sambal merah mak ngah macam dalam gambar.

Tips sambal sotong.
Tips sambal sotong. Kredit gambar Ayue Jalal. 

1. Masak sambal selama sejam lebih (guna api kecil) sampai betul-betul naik minyak, tumis dengan gula merah dan gula biasa.

2. Kalau banyak ambil masa 2,3 jam juga, dia guna lada kering jenis berkilat ( yang pedas).

3. Nak elak kuah sotong berair, rebus sikit air bila dah mendidih campak sotong tu, dalam seminit dua angkat; sekejap je jangan lama lama nanti liat atau mengecil sotong tu.

4. Lepas tu guna air sotong tu (jangan buang tau) tumis sikit-sikit dalam sambal tu, supaya sambal tu ada rasa manis sotong, bila dah naik minyak, baru lah tuang sotong tadi. Cara ni memang renyah tapi hasilnya puas hati.

5. Lepas masuk sotong dalam 2 -3 minit angkat. Siap tak payah lama-lama, dan saksikanlah  kejadiannya. Cantik sangat.

6. Korang boleh gunakan tips ni ni untuk masak sambal udang jugak, sebab seafood kan keluar air bila masak jadi sambal macam tak naik serinya.

Selamat menyambal.

Kredit  gambar dan tips : Ayue Jalal.
Pernah tak tengah masak, tiba-tiba api dapur gas korang jadi warna oren? Lepas tu, tengok-tengok, belakang kuali dah hitam legam macam baru lepas barbeku! Haha, memang stres. Tapi jangan terus fikir nak beli dapur baru. Cikla baru je tahu satu trik mudah yang boleh selesaikan masalah ni. Serius, jimat dan senang gila!

Api dapur bertukar oren? Jangan panik, cuba cara ni dulu!
Api dapur bertukar oren? Jangan panik, cuba cara ni dulu!

Apa yang korang kena buat, cuma pusingkan dapur tu sikit. Dekat bahagian bawah dapur gas tu, ada satu benda yang ada anak panah. Ha, korang pusing je benda tu sampai dia tutup lubang tu. Nak senang faham, tengok la gambar ke-2 yang Cikla share tu. Lepas dah adjust, cuba hidupkan balik api dapur tu.

Api dapur bertukar oren? Jangan panik, cuba cara ni dulu!
Api dapur bertukar oren? Jangan panik, cuba cara ni dulu!

Api dapur bertukar oren? Jangan panik, cuba cara ni dulu!
Api dapur bertukar oren? Jangan panik, cuba cara ni dulu!

Api dapur bertukar oren? Jangan panik, cuba cara ni dulu!
Api dapur bertukar oren? Jangan panik, cuba cara ni dulu!

Tadaaa! Api dah jadi biru macam biasa. Tak payah dah nak pening kepala cari dapur baru. Kuali pun dah selamat, takde lagi kes hitam macam kena bakar terus.

Moga bermanfaat.

Kredit : Sharina Binti Othman.
Hidup ni memang penuh cabaran, kan? Kadang-kadang rasa macam kita je yang kena uji lebih dari orang lain. Tapi, jangan risau! Masalah tu sebenarnya normal je dan itu lumrah kita sebagai manusia selain dari melatih hati kita jadi lebih kuat. So, jom belajar cara nak bahagiakan diri walaupun otak tengah serabut.

Mula-mula, tarik nafas panjang. Ye, betul. Bukan sebab nak jadi dramatik, tapi sebab nafas dalam-dalam ni boleh ‘reset’ minda kita. Lepas tu, cuba fikir macam ni: “Alaa, masalah ni esok lusa hilang jugak. Takkan nak serabut sampai uban naik?” Kadang-kadang kita ni overthink lebih, sampai masalah kecik pun nampak macam gunung Everest.

Macam mana nak bahagia walau masalah bertimbun? Cubalah cara ni!

Next, buat benda yang buat hati korang happy. Dengarlah lagu favourite, tengok drama kelakar atau makan makanan yang sedap tapi jangan sampai jadi stress eating pulak! Kalau tak, nanti masalah bertambah sebab baju tak muat pula. Haha. Kalau korang jenis suka keluar, jalan-jalan tepi pantai ke, taman bunga ke, memang boleh buat mood ceria balik.

Jangan lupa, luahkan masalah korang pada kawan yang boleh dipercayai. Kalau tak ada, tulis je dalam diari atau taip kat telefon. Ingat, emosi yang dipendam lama-lama boleh jadi macam durian. Bau dia makin kuat, lama-lama meletup!

Akhir sekali, cuba tengok masalah korang dari sudut lain. Kadang-kadang apa yang kita rasa ‘tragedi’ sebenarnya peluang nak belajar sesuatu. Bayangkan kalau korang tengah marah sebab kunci kereta hilang, tapi akhirnya korang jumpa duit RM50 dalam poket lama. Syukur kan?

Hidup ni tak sempurna, tapi dengan mindset yang betul, korang boleh bahagia walau masalah tengah menari depan mata. Kalau semua tak jalan juga, ingatlah tidur sekejap pun terapi yang underrated! Selamat mencuba, semoga lepas ni senyuman korang makin lebar! 
Jagung rebus memang antara snek yang paling senang dan sedap untuk dinikmati. Tapi nak hasilkan jagung yang juicy dan manis tu ada juga caranya tau. Kalau tak kena gaya, jagung boleh jadi keras atau hilang rasa asli dia. So, cikla nak share cara rebus jagung yang betul.

Cara rebus jagung supaya sedap dan kekal manis. Ini tipnya.
Cara rebus jagung supaya sedap dan kekal manis. Ini tipnya. 

1. Jangan letak garam masa rebus.

Ramai salah faham, letak garam masa rebus jagung boleh buat rasa lebih sedap. Salah tu geng! Garam masa rebus akan buat isi jagung jadi keras. Kalau nak rasa masin, tunggu dah masak, baru taburkan sikit garam halus kat atas dia. Barulah tak spoil tekstur jagung tu.

2. Nak rasa lagi sedap? Tambah gula!

Masa rebus jagung, cuba letak sedikit gula dalam air rebusan. Tak perlu banyak, cukup sekadar nak boost lagi rasa manis semula jadi jagung tu. Hasilnya, confirm lebih puas hati!

3. Simpan jagung segar dengan betul.

Kalau baru beli jagung segar, jangan biarkan lama kat luar. Jagung yang dibiarkan terdedah akan cepat hilang manisnya. Terus simpan dalam peti sejuk, lagi-lagi kalau kulit dia masih hijau dan segar. Jagung segar ni ada ‘sweet spot’ yang kena jaga.

4. Teknik rebus jagung yang betul.

Pastikan air rebusan dah betul-betul mendidih sebelum masukkan jagung. Lepas masukkan jagung, tunggu air mendidih balik, kemudian kecilkan api. Rebus dalam keadaan reneh atau simmer dalam 5 hingga 10 minit je dah cukup. Jangan lama sangat, nanti isi jagung jadi lembik.

5. Selepas masak, tambahkan perisa.

Lepas angkat jagung yang dah masak, boleh sapukan butter untuk tambah rasa lemak. Kalau suka, taburkan sikit garam halus dan serbuk lada putih. Kombinasi ni memang ngam, buatkan jagung lebih ‘umphh’ bila makan panas-panas.

6. Kalau tanam sendiri jagung, ini tips dia.

Untuk yang tanam jagung sendiri, sebaiknya petik waktu pagi. Pada waktu ni, jagung lebih segar. Kalau tak nak rebus terus, simpan jagung dalam peti sejuk supaya rasa manisnya kekal terjaga.

Senang je sebenarnya nak rebus jagung dengan hasil yang sedap dan sempurna. Lepas ni, cubalah tips ni dan tengok hasilnya. Jagung rebus yang sedap dan manis pasti buat anda tersenyum puas hati!

Moga bermanfaat. 

Kredit tip dan gambar to owner. 

Memilih bingkai cermin mata yang sesuai boleh jadi satu tugas yang mencabar, terutama sekali bila terdapat pelbagai pilihan di pasaran. Berikut adalah beberapa panduan untuk membantu korang membuat pilihan yang terbaik.

1. Kenali bentuk wajah.
Langkah pertama dalam memilih bingkai cermin mata yang sesuai adalah mengenali bentuk wajah. Terdapat beberapa bentuk wajah yang biasa seperti:

- Wajah bulat: Wajah yang lebih lebar di pipi dan kurang sudut. Bingkai segi empat atau berbentuk kotak sesuai untuk wajah ini kerana ia menambah struktur dan sudut pada wajah.
  
- Wajah oval: Wajah yang seimbang dan simetri. Kebanyakan bingkai akan sesuai dengan bentuk wajah ini, tapi bingkai berbentuk segi empat atau oval biasanya kelihatan paling menarik.
  
- Wajah segi empat: Wajah yang mempunyai rahang dan dahi yang kuat dan lebar. Bingkai bulat atau oval akan melembutkan sudut-sudut wajah ini.
  
- Wajah hati: Wajah yang lebar di bahagian dahi dan sempit di bahagian dagu. Bingkai yang lebih lebar di bahagian atas dan nipis di bahagian bawah (seperti cat-eye) akan mengimbangi bentuk wajah ini.

2. Pilih warna yang sesuai.
Warna bingkai juga memainkan peranan penting dalam penampilan korang. Pertimbang warna kulit, warna rambut, dan warna mata korang. 

- Kulit cerah: Warna bingkai yang lembut seperti coklat muda, merah jambu atau biru lembut sesuai.
  
-Kulit gelap: Warna-warna terang dan kontras seperti hitam, biru gelap atau merah boleh menyerlahkan penampilan korang.
  
- Kulit sawo matang: Warna tanah seperti coklat gelap, hijau atau burgundy akan sesuai.

Bingkai cermin mata bukan sahaja perlu selesa dipakai, tapi juga perlu melengkapkan penampilan korang.

3. Keselesaan is the key!
Tak kira seberapa cantik bingkai tersebut, kalau ia tak selesa dipakai, korang mungkin tak akan kerap memakainya. Pastikan bingkai tak terlalu ketat di hidung atau telinga dan pilih bahan yang tak menyebabkan iritasi kulit.

4. Sesuaikan dengan gaya hidup korang.
Kalau korang sejenis yang aktif dalam aktiviti luar atau sukan, pilih bingkai yang tahan lasak dan ringan. Bagi mereka yang bekerja di pejabat, bingkai yang bergaya dan profesional mungkin lebih sesuai.

5. Jangan takut bereksperimen.
Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Kalau korang biasanya pakai bingkai yang sederhana, cubalah sesuatu yang lebih berani atau warna yang lebih menonjol. Korang mungkin terkejut dengan betapa baiknya ia kelihatan!

Moga bermanfaat. 
Rambut gugur selepas bersalin? Ah, inilah "hadiah" tak diundang lepas si kecil lahir. Tapi jangan risau, ini perkara biasa. Rambut gugur sebab hormon yang dulu stabil tiba-tiba buat drama balik selepas bersalin. Jom tengok beberapa tips untuk atasi masalah ini.

Tips atasi rambut gugur lepas bersalin.

1. Jangan stres! - Mungkin susah nak elak stres dengan bayi yang baru lahir dan tidur yang tak cukup. Tapi ingat, stres boleh buat rambut gugur lagi teruk. Bayangkan rambut gugur sebab stres, lepas tu stres sebab rambut gugur. Putaran tak berkesudahan!

2. Pemakanan sihat, rambut kuat! - Nak rambut kuat, makan pun kena kuat! Tambahkan makanan yang kaya dengan zat besi, zink dan protein dalam diet. Tapi ingat, kuat makan tak semestinya kuat rambut, ya? Kena seimbang.

3. Urut kepala, imagine ala spa kat rumah. - Urut kepala guna minyak rambut untuk melancarkan peredaran darah. Anggaplah ini sebagai mini spa di rumah, siap boleh rileks sekejap dari kejar si kecil. Siapa tahu, urut kepala boleh jadi alasan untuk dapatkan "me time" yang diidam-idamkan!

4. Elakkan alat pemanas. - Iron rambut? Hair dryer? Kalau boleh kurangkan guna semua alat ni. Rambut dah lemah, jangan seksa lagi dengan panas berlebihan. Kalau boleh, biar je rambut kering secara semula jadi, macam semangat baru seorang ibu!

5. Gaya rambut yang mesra ibu-ibu. - Potongan rambut pendek atau 'bob cut' boleh jadi pilihan. Tak payah nak risau lagi rambut bersepah kat lantai, dalam pinggan atau melekat kat baju baby. Selain mudah diurus, gaya rambut baru pun boleh buat mood bertambah ceria.

6. Rambut gugur sementara je. - Ingat, masalah ini sementara saja. Hormon akan stabil semula dan rambut pun akan tumbuh balik. Sabar sikit, nanti rambut lebat semula, tak perlu dah risaukan sikat penuh rambut setiap kali menyikat.

7. Berdoa sambil menyikat. - Setiap kali sikat rambut yang gugur, berdoa semoga rambut yang tumbuh lebih kuat dan sihat. Kalau doa tak mujarab, at least dapat juga ketenangan hati, itupun dah cukup bagus, kan?

Jadi, jangan stres sangat dengan rambut gugur selepas bersalin. Anggaplah ia sebagai salah satu cabaran kecil dalam perjalanan menjadi ibu yang hebat! Lama-lama, rambut akan kembali lebat dan cantik semula. 

Sementara tu, fokus pada si comel yang semakin hari semakin membesar dan membawa kebahagiaan. Begitulah!
Cikla kadang pelik macam manalah orang tu boleh telan makanan yang mempunyai tahap kepedasan melampau ni. Tengok aje video-video viral kat fb tu selamba je dorang makan makanan yang ada penuh cili kat dalam pinggan. Kadang sampai menyala merahnya. Huhu. Kita yang tengok ni pulak yang rasa bak cirit birit. 

7 tips kurangkan tahap kepedasan dalam masakan.
7 tips kurangkan tahap kepedasan dalam masakan. Kredit image 
Google.

So, pada mereka yang tak suka pedas dan masakan korang terlebih pedas, cikla nak share beberapa cara macam mana nak kuranglan kepedasan itu. 

1. GULA ATAU MADU
Untuk kurangkan rasa pijar pedas, tambahkan beberapa sudu gula atau madu dalam masakan.

2. LEMON, CUKA, ASAM JAWA
Makanan masam mengurangkan kepedasan. Cuka, asam jawa, asam keping atau jus lemon antara yang boleh dimasukkan dalam masakan. Namun jangan terlalu banyak sehingga merosakkan rasa lauk.

3. KENTANG
Masukkan sebiji kentang dan masak bersama sehingga empuk. Kentang mampu menyerap kembali rasa pedas dan dapat membetulkan rasa makanan.

4. BAWANG BESAR
Hirisan bawang besar mampu mengurangkan rasa pedas pada sambal. Namun jumlahnya bergantung kepada jenis masakan juga.

5. TOMATO
Untuk mengurangkan kepedasan pada sambal belacan anda boleh memasukkan sebiji tomato ke dalamnya.

6. LEBIHKAN SAYUR
Untuk makanan berkuah seperti tom yam lebihkan sayuran di dalamnya untuk mengurangkan pedas. Nanas boleh juga digunakan untuk mengurangkan rasa pedas ini.

7. CARA PILIH CILI
Memilih cili juga membantu untuk mengurangkan rasa pedas. Pilih cili kering berbentuk lurus dan berkilat dan bukannya jenis kerinting.

Moga berguna dan bermanfaat. 

Kredit to Owner. 
Lamanya blog cikla ni bersarang. Hihi. Okeylah, untuk permulaan entri ni kekonon nak amik mood mulakan blogging balik, cikla nak share petua mudah yang rasanya kebanyakan orang mengalaminya. Jom baca. 

Kadang-kadang kan bila tumit pecah ni pedihnya memang aduhh menusuk ke kalbu gitu. Nak berpijak pun sakit. Betul tak? Mungkin dah cuba macam-macam krim ubat semua tapi tak jalan, apa kata try petua ni pulak. Mana tau serasi. Sekurang-kurangnya kuranglah sikit kepedihan tu. Hihi. 

Hilangkan pecah pada tumit kaki semudah ABC. Jom cuba.
Hilangkan pecah pada tumit kaki semudah ABC. Jom cuba. Kredit Google. 

1) Lumur sedikit asam jawa di tumit kaki kemudian rendam kaki dalam air suam berisi garam (seelok-eloknya guna garam bukit). Lakukan sekerap mungkin sampai tumit kaki jadi licin.

2) Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Amalkan setiap hari sehingga berpuas hati.

3) Panaskan lemak ayam sampai jadi minyak. Sapukan pada tumit setiap malam sebelum tidur.

4) Lenyekkan beberap butir nasi dan tempek pada bahagian yang merekah. Ulang beberapa kali sehari setiap hari.

5) Hiris 5 biji buah kedondong dan tumbuk bersama 2 cm kunyit hidup sampai hancur. Letakkan bahan yang telah ditumbuk di  atas daun sirih dan lipatkan. Layur lipatan daun tersebut atas api perlahan. Apabila suam-suam panas, tampalkan pada tumit kaki dan balut dengan kain. Amalkan seminggu sekali.

6) Perah jus dari bawang merah dan sapukan pada tumit kaki yang pecah. Amalkan selalu sampai tumit kaki jadi elok. 

7) Gosok buah belimbing buluh pada tumit setiap kali sebelum mandi. Biarkan seketika dan gosok dengan kain untuk hilangkan kulit kasar.

8) Campurkan sedikit yang telah dihancurkan dengan air ramasan sirih. Setelah itu sapukan pada tumit kaki dua kali sehari. Lakukan sekerap yang boleh sehingga nampak perubahannya.

9) Ramas beberapa helai daun pisang yang kering dan gosokkan pada tumit kaki. Amalkan selalu.

10) Masukkan beberapa keping asam gelugur dan beberapa sudu cuka ke dalam baldi kecil berisi air sejuk. Rendamkan kaki selama 10 minit. Amalkan setiap hari.

11) Gosok getah betik muda pada tumit kaki. Biarkan kering selama 10 minit dan bilas dengan air bersih. Amalkan 2 kali seminggu.

Selamat mencuba. 
Mak mak pasti mencari petua atau cara yang boleh bantu kerja dorang terutama di dapur. Betul tak? Jom baca perkongsian ni sampai habis, no 11 memang cikla selalu tengok orang dalam video masak-masak buat. 

Cuba 11 tips ni di dapur, pasti kerja memasak korang jadi lebih mudah.
Cuba 11 tips ni di dapur, pasti kerja memasak korang jadi lebih mudah. Kredit gambar dari Google. 

1. Pastikan kek sentiasa lembut. -Tutup bahagian kek yang terdedah dengan kepingan roti dan pencungkil gigi. Kemudian kek tersebut akan kekal lembut dan segar.

2. Masak ikan panggang tanpa melekat. - Letak ikan pada kepingan lemon. Selain ia akan bagi rasa yang menarik dan sedap untuk hidangan, cara ni jugak boleh bantu ikan  tak melekat pada grill.

3. Kupas halia cepat. - Kupas halia dengan sudu. Hasilnya, halia tersebut tak dibazirkan kalau nak berbanding dengan cara korang guna pisau. Jadi, tak ada la halus je halia tu nanti.

4. Jadikan telur segar untuk lebih lama. - Sapu kulit telur dengan minyak sayur-sayuran sebelum korang masukkannya kat dalam peti sejuk. Cara ini ia membuatkan telur kekal segar untuk beberapa minggu.

5. Elakkan pisang dari terlebih masak? - Korang bungkus pangkal pisang dengan plastik. Cara ni akan memjadikan pisang tahan 3-4 hari lebih lama. 

6. Cairkan mentega beku. - Panaskan cawan menggunakan air panas  dan letakkan di atas mentega. Percayalah, ia akan lembut dalam masa beberapa minit.

7. Simpan biskut supaya sentiasa rangup - Biskut yang dah lemau atau masuk angin confirm dah tak sedap kan? So, untuk elakkannya dari terjadi, korang letak sepotong epal dalam balang. Tengok macam mengarut, tapi apa kata korang try dulu. Senang je kan?

8. Buat kiub ais yang unik. - Korang bekukan hirisan lemon dalam kiub ais macam ni. Bila nak minum, senang je nak buat ais lemon tea.

9. Elak bawang putih dan bawang jadi berkulat. - Letak bawang merah dan bawang putih dalam beg kertas tercucuk supaya ia tak rosak dengan cepat.

10. Simpan sayuran supaya ia kekal segar dan hijau. - Sebelum korang menyimpan syuran dalam peti ais, korang bungkus sayur tu dulu. Cara ni akan bantu sayuran korang kekal fresh dan tahan lebih lama.

11. Kupas bawang putih hanya dalam beberapa saat. - Korang masukkan bawang tu  dalam bekas bertutup dan goncang. Hanya beberapa goncangan, terleraialh kulitnya. Tak caya, cer buat.

Selamat mencuba. 
Ada orang kalau skrin TV dia kotor sikit, berhabuk sikit mulalah tak senang duduk. Iyelah kan, mana selesa pandangan kalau skrin TV kotor lagi lagi bila menonton cerita kegemaran. Cara yang paling senang nak bersihkan skrin TV, capai je kain atau tisu pastu lap. Betul tak? Korang tau tak sebenarnya ada cara nak bersihkan skrin TV dengan betul, bukan apa kalau salah cara boleh merosakkan skrin TV korang secara kekal. Ada jugak yang salah adakalanya boleh membatalkan jaminan TV korang. 

Mesti korang sayang TV kat rumah korang kan? Lebih-lebih lagi korang bersusah payah mengumpul duit sendiri untuk membelinya. Jadi, korang mesti bersihkan skrin TV dengan baik supaya ia tak rosak dan bolehlah digunakan dengan lama. 

Nak tau cara yang betul bersihkan skrin dan TV? Meh baca ni.

Jom check apa  perkara yang perlu dielak dan dilakukan bila korang nak bersihkan skrin TV.

Pertama : Jangan guna tuala dan tisu untuk bersihkan TV.

Korang tau tak, kebanyakan skrin TV jenis LCD, LED dan OLED ni sensitif pada tekanan dan ia juga terdedah kepada calar. Jadi, material tisu dan tuala juga boleh merosakkan skrin TV tau. Korang disyorkan guna kain mikrofiber bagi membersihkan skrin TV tak kiralah dari jenis LCD, OLED, plasma atau paparan CRT lama. Kain jenis ini juga sesuai untuk tanggalkan cap jari dan kotoran pada skrin tanpa merosakkannya. Selain itu, elak gosok skrin terlampau kuat sebab skrin TV ni bersifat rapuh. Pastikan korang lap skrin selembut mungkin.

Elak sembur larutan terus ke skrin TV.

Jangan sembur sebarang cecair pembersihan terus ke skrin TV.  Ini kerana, menyembur larutan terus ke TV boleh tinggalkan kesan kekal pada skrin. Ia jugak boleh menyebabkan bahagian dalaman TV rosak. Cara yang betul adalah, sembur cecair pada kain dulu, pastu baru lap skrin TV slow slow. Korang jangan guna  produk yang ada kandungan ammonia, alkohol ataupun aseton sebab benda ni semua boleh rosakkan salutan anti-silau TV korang.

Matikan TV semasa membersihkannya.

Semasa membersihkan TV, pastikan TV korang dimatikan dulu. Perkara ni penting sebab ia boleh mengurangkan kemungkinan berlaku sebarang kemalangan elektrik atau renjatan. Bila skrin gelap, ia secara tak langsung akan memudahkan korang kesan dan buang kotoran yang ada pada skrin.

Lap skrin satu arah sahaja.

Masa bersihkan skrin TV,  lapnya terlebih dahulu dalam satu arah je, contohnya lap skrin menggunakan kain yang disembur larutan secara menegak. Pastu, untuk bersihkan cecair pada skrin korang harus lakukannya dalam arah bertentangan, contoh lap ke bawah. Cara ini bagus untuk pastikan takde tempat pada skrin tertinggal untuk dibersihkan.

Tukar kain selepas lap skrin.

Habuk yang melekat pada kain boleh meninggalkan calar pada skrin apabila korang gunakannya kain yang sama lagi untuk mengelap. So, pastikan korang menukar kain pembersih selepas beberapa kali lap supaya ia dapat menangkap semua habuk yang ada, selain ia dapat elakkan korang meninggalkan tompok calar pada skrin.

Biarkan skrin kering.

Tompok basah pada skrin sebenarnya boleh mencipta silau yang mudah dilihat bila TV dihidupkan. Perkara ini sudah tentu akan "menyeksa" penglihatan dan pandangan korang kan? Haha. Jadi, setelah korang selesai bersihkan skrin TV, biarkan ia kering sepenuhnya dulu sebelum korang memasangnya semula.

Moga bermanfaaat. 

Sumber: Gadgetsnow.
Sebenarnya, nak pilih warna kain yang sesuai dengan kulit kita ada tipsnya tau. Jom check satu-satu.

Pertama, untuk korang yang memiliki warna tone kulit putih, korang memang untung sangat. Sebab, korang boleh mengayakan kebanyakkan warna tanpa sebarang masalah. Warna seperti hijau, merah, hitam dan biru amat bersesuaian dengan warna kulit korang. Tapi, korang elakkan memakai warna-warna pastel yang terlalu lembut seperti soft green atau kuning cair sebab ianya akan membuat korang nampak pucat.

Tip memilih warna kain yang bersesuaian dengan tone warna kulit.
Tip memilih warna kain yang bersesuaian dengan tone warna kulit. Kredit gambar teamABT

Kedua, kalau korang yang memiliki warna kulit kuning langsat, korang amat sesuai pilih kain warna cerah seperti pink, biru dan kuning.  Tapi, korang kena elakkan memakai warna-warna seperti oren, hitam, gold dan kelabu sebab warna-warna ini akan membuat korang nampak kusam dan tak bermaya.

Ketiga, korang yang berkulit sawo matang, paling cun pilih warna kain yang sedikit gelap dan warna pastel. Pastu, warna tudung seperti lavender, pastel ataupun maroon amat sesuai untuk warna kulit korang dan pastinya warna ini dapat membuat wajah korang lebih cerah dan cantik! 

Tip memilih warna kain yang bersesuaian dengan tone warna kulit.
Tip memilih warna kain yang bersesuaian dengan tone warna kulit. Kredit gambar teamABT

Tapi ingat, korang kena elakkan daripada memakai warna-warna yang seakan-akan warna kulit korang contohnya warna coklat cair, kuning, hijau tua ataupun merah sebab ia akan membuat kulit korang kelihatan kusam.

Moga bermanfaat. 

Kalau kena bengkak susu, nangis ooo. Boleh demam. Nak disentuh sakit, apatah lagi kalau baby nak hisap. Boleh meraung dibuatnya. Cikla taulah sebab cikla pernah kena dulu. Boleh emosi dibuatnya. So, kalau kena camni apa nak buat? 

Dulu adalah petua orang lama yang cikla try, katanya amik sikat, pastu buat sikat kat miss B yang bengkak tu selain dari tuam. Pastu, pump susu tu. 

Haa, lagi satu letak kubis. Tapi ada yang kata boleh keringkan susu badan pulak kalau letak kubis tu. Waallahualam. Tapi, korang mungkin boleh try tip ni jugak, mana tau boleh membantu kan. 

Bengkak susu? Apa nak buat? Jom cuba 13 tip ini mungkin boleh membantu anda.
Bengkak susu? Apa nak buat? Jom cuba 13 tip ini mungkin boleh membantu anda. Kredit Google.

1. Susukan baby dengan kerap sekurang-kurangnya dua jam sekali.

2. Kosongkan payudara yang sakit sepenuhnya. Kalau lepas menyusu pun payudara masih penuh, perah untuk mengosongkannya.

3. Kalau sakit sangat untuk menyusukan baby, perah sama ada guna pam atau tangan sebagai cara mengosongkan payudara.

4. Sebelum menyusukan baby, tuam dengan sesuatu yang suam dan urut payudara yang terbabit perlahan-lahan.

5. Korang juga boleh mandi dengan air suam dan sikat atau urut payudara yang bengkak tu masa mandi. Urutan mestilah mengarah ke bahagian puting.

6. Urutan akan bantu payudara untuk dikosongkan dengan lebih maksimum dan mengurangkan simptom.

7. Sepanjang mengalami radang susu dan saluran tersumbat, usaha supaya payudara tak ditekan kuat atau terhimpit. Adoii, lagi sakit ni kalau terhimpit.

8. Elak memakai bra dengan ketat. Takyah laa nak berkorset korset bagai buat sementara waktu ni. Hazabb ooo!

9. Sentiasa mendahulukan payudara yang sakit semasa menyusukan baby untuk merangsangnya. Kalau ia menyakitkan, korang boleh bagi baby hisap payudara yang sakit tersebut sehingga tercetusnya pancutan (let down) dan kemudian baru tukar kepada payudara sebelah.

10. Susukan baby dengan posisi badan yang betul dan pilih posisi yang boleh bagi ruang untuk korang mengurut bahagian yang tersumbat atau terjadi radang.

11. Buat picitan lembut bahagian payudara (breast compression) semasa menyusu.

12. Urutan semasa menyusukan ialah daripada arah bahagian yang sedang sakit kepada puting.

13. Lepas menyusu, korang mesti memerah sama ada menggunakan tangan, iaitu teknik Marmet atau boleh guna pam payudara. Benda ni boleh bantu kosongkan payudara dengan lebih efektif dan menggalakkan penyembuhan.

Tapi kan, kalau dah cuba macam-macam cara masih tak ok jugak, better pergi jumpa doktorlah untuk dapatkan rawatan.

Bukan apa, takut ada masalah lain pulak contohnya, masalah saluran tersumbat pada kedua belah payudara, puting merekah sebab ada jangkitan kuman, keluar darah atau nanah di dalam susu, payudara kemerah-merahan dan suhu badan korang meningkat secara mendadak. 

Take care ibu-ibu.
1. Jika engkau bertemu dengan SESEORANG, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu : "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

2. Jika bertemu ANAK KECIL, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku."

3. Jika bertemu orang TUA, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

4. Jika bertemu dengan seorang yang BERILMU, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

5. Jika bertemu dengan seorang yang BODOH, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

6. Jika bertemu dengan orang KAFIR, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk."

Pendek kata, konsep sangka baik ialah tak memandang diri lebih baik, lebih bagus, lebih afdhal dan lebih tinggi dari sesiapa pun sebab kita tak mengetahui benar-benar dari Loh Mahfuz adakah kita akan meninggal dengan husnul khatimah atau su'ul khatimah. 

Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. 

Jika ternampak sesuatu yang boleh membawa kita bersangka buruk kepada manusia lain maka carilah 70 alasan untuk kita terkeluar dari sangkaan buruk tersebut agar kita dapat bersangka baik dengannya.

Seseorang yang bersangka baik, dia tetap benar di sisi Allah walau sangkaannya itu tersalah namun seseorang yang bersangka buruk akan tetap salah di sisi Allah walau sangkaannya itu tepat dan benar.

Satu-satunya yang kita boleh bersangka buruk ialah nafsu kita sendiri. 

Carilah aib dan kekurangan diri sendiri, jika kita sibuk dengan keaiban kita masing-masing nescaya kita tidak akan ada masa untuk mengintai dan memperkatakan keaiban orang lain.

Semoga kita diberi sifat mata lebah yang sentiasa melihat dan mencari kebaikan bunga dimana-mana dan bukan mata lalat yang sentiasa memandang dan mencari kotoran dan najis diserata tempat.

(Akhi Kamarul)

C&P
Musim-musim wabak pandemik sedang berleluasa ni, kita perlulah sentiasa alert dengan kebersihan rumah kita termasuklah memastikan lantai rumah bersih. 

Namun, cikla akui dalam banyak-banyak kerja rumah bab mengemop adalah hal yang paling 'melemahkan' kan? Betul tak? 

Bukan pe, aktiviti ni dianggap renyah dan paling lama untuk disiapkan lebih lebih lagi kalau rumah korang tu jenis bertingkat. Perghhh, lemah kelapa lutut. Hihi.

Tapi, korang jangan risau. Cikla ada beberapa cara dan tip jangan korang boleh praktikkan untuk menyelesaikan masalah korang tu. Nak tau? Meh baca sampai habis. 

5 tip mudah memastikan lantai rumah bersih bersinar-sinar.
5 tip mudah memastikan lantai rumah bersih bersinar-sinar. Gambar diubahsuai dari carian Google. 

1. Guna cuka dengan sabun pencuci lantai.

Kalau korang nak tau, cuka bukan je digunakan untuk menyeimbangkan rasa masakan kita namun dia ni jugak power membersihkan lantai rumah korang. 

Korang just campurkan sedikit cuka makan dalam sebaldi air berisi air sabun pencuci lantai dan mop lantai macam biasa. 

2. Guna softener atau pelembut pakaian.

Mungkin ada yang tak tau, pelembut pakaian ni boleh mengilatkan lantai rumah dengan cara mencampurkannya dengan air suam. 

Selain lantai berkilat memancar memacar, ia juga boleh menjadikan rumah korang berbau wangi semerbak. 

3. Guna serbuk penaik dan cuka.

Benda dua ni teror hilangkan karat pada jubin seramik dekat bilik mandi korang tu. Just tuangkan campuran tu pada tempat yang kotor dan biarkan sekejap. 

Lepas tu just bilas dengan air dan lap dengan menggunakan kain kering. Hasilnya? Silalah cuba kalau nak tau kan. Hihi.

4. Guna soda penaik dan lemon.

Campuran ni pun bagus nak kilatkan dinding jubin dan pintu bilik mandi korang. Celupkan berus gigi terpakai yang dah tak digunakan lagi dalam serbuk penaik dan gosok pada kotoran di tempat yang berkenaan. Lepas tu, basuh dengan air. 

Tip lain, seminggu sekali cuci permukaan jubin dengan menggunakan lemon dan biarkan seketika sebelum dicuci dengan air bersih. 

5. Guna lemon dengan garam.

Campuran kedua bahan ni boleh menggantikan bahan peluntur tau. Caranya, campurkam setengah cawan jus lemon dengan setengah cawan air. Lepas tu, campurkan suku cawan garam. 

Then, siram campuran tersebut pada dinding dan jubin. Biarkan lebih kurang 10 minit atau sehingga keluar semua kerak kerak dan daki daki hitam pada kawasan tersebut. Bilas dan ulang langkah tadi sehingga korang mendapat hasil yang memuaskan  hati. 

Selamat mencuba. 

Kredit info : Ruangan Dekotaman, Harian Metro. 
Bagi cikla, rasa marah tu normal. Tapi kalau asyik marah je, orang sekeliling pun jadi menyampah kan. Haha. Mana taknya, salah sikit marah. Itu marah ini marah. Lama-lama kawan pun lari. Haa, kesoranganlah jadinya. 

So, macam mana nak atasi rasa marah ni? Ini dia. 

Tak tau macam mana nak kawal dan atasi sikap marah? Korang kena baca ni.
Tak tau macam mana nak kawal dan atasi sikap marah? Korang kena baca ni. Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Mengubah posisi duduk.

Cara ini ada diterangkan dalam hadis berikut. Rasulullah SAW bersabda: 

“Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim).

Ambil wudhu’.

Rasulullah SAW bersabda: 

“Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud).

Mendiamkan diri ketika marah.

Cara mendiamkan diri ternyata mampu mengurangkan rasa marah. Kalau korang nak tau, panas baran ni jadi bila tindakan demi tindakan boleh sebabkan suasana jadi lebih tegang. So, mendiamkan diri adalah jalan terbaik. 

Berfikiran positif.

Sebaiknya, elak daripada menjerit atau bersuara lantang masa marah sebab ia akan menyebabkan keadaan jadi semakin tak terkawal, pastu tambah tambah lagi emosinya. 

So, think positive. Think yang marah bukanlah cara penyelesaian. Rendahkanlah suara dan jangan guna kata yang mungkin menyinggung perasaan orang lain.

Luahkan pada masa dan tempat yang sesuai.

Carilah tempat yang sesuai untuk luahkan masalah tanpa perlu ada rasa marah. Contoh, luahkan masalah pada teman terdekat yang dipercayai. 

Setiap orang ada cara tertentu untuk luahkan tapi pastikan ia positif dan membawa kebaikan pada diri kita dan orang sekeliling.  

Rileks dan bertenang.

Tarik nafas juga mampu kurangkan rasa marah. Ia akan membolehkan kita kawal emosi ketika marah.

Senyum.

Senyuman mampu mengurangkan rasa marah. Walaupun senyum nampak macam senang je nak buat kan, tapi senyuman tak mudah diukir pada wajah orang yang sedang marah. Namun percayalah, dengan senyuman juga perasaan marah kita akan menjadi reda. 

Moga bermanfaat. 
Ada makanan boleh menjadi cepat basi disebabkan oleh beberapa sebab, contohnya tercemar oleh kuman atau najis dan virus. 

Pastu, ia jugak boleh disebabkan oleh bahan asal makanan itu sudah busuk atau tak fresh seperti santan masam, cili kisar yang dah tercemar atau tak disimpan di tempat sejuk. 

Kalau korang nak tau jugak, makanan yang kaya protein dan lemak seperti daging, ayam, seafood yang tak dimasak dengan sempurna pun boleh menjadi punca makanan cepat rosak atau basi. 

Makanan cepat basi? Meh cuba tip ni.
Makanan cepat basi? Meh cuba tip ni. Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Apa kata korang try tip yang mungkin boleh pratikkan untuk elakkan 'kejadian' ni berlaku. 

1. Elak guna sayur yang cepat berair seperti timun dan tomato.

2. Kalau makanan berkuah, masak makanan tersebut sampai mendidih atau dalam tempoh yang lama. Masukkan bahan yang lembut dan mudah empuk ketika memasak. 

3. Bila siap masak, angkat dan jauhkam daripada bahang api. 

4. Jangan biarkan makanan tersimpan dalam periuk atau kuali. 

5. Guna senduk yang kering masa menceduk makanan.

6. Jangan guna sudu basah atau tangan. Masakan tak boleh terkena tangan atau air mentah untuk mengelakkan pencemaran. 

7. Jangsn masukkan kembali makanan yang dah disenduk ke dalam periuk. 

8. Sebelum memasukkan makanan dalam bekas dan bertutup pastikan ia betul betul sejuk. 

9. Biasanya makanan yang berasaskan santan mudah basi. So, masukkan satu atau dua asam keping ke dalam makanan semasa atau bila dah hampir selesai memasak.

Moga bermanfaat. 
Mungkin ada yang tak tau, dalam psikologi momentum pagi kita adalah sangat relate dengan emosi. So, untuk menaikkan momentum mood kita, mulakanlah dengan membuat sekecil-kecil perkara. Apakah perkara tu? Jom check satu-satu. 

Nak tau tip mulakan momentum pagi korang? Meh baca ni.
Nak tau tip mulakan momentum pagi korang? Meh baca ni. 


1. Jom bersyukur. Bangun je tidur, bak kata orang tua-tua, celik je mata tu mulakan dengan bersyukur. Sebab, sebelum kita mulakan aktiviti rutin, contohnya Solat Subuh, minda kita dikatakan masih di level "alpha state" iaitu keadaan di mana gelombang paling rendah. So, keadaan ni adalah yang terbaik untuk kita cipta positive energy. Ucapkan "Alhamdulilah".

2. Maniskan wajahmu dengan senyuman paling menawan. Pipi kita ada otot. Otot tu kenalah dilatih selalu. So, kalau lepas ni korang terpaksa senyum lama lama akan terbiasa dengan senyum. Termasuklah senyum kepura-puraan.

3. Positive self talk. Berkata yang baik-baik pada diri sendiri, sebab ia akan mewujudkan imiginasi keterujaan untuk korang mulakan pagi korang, sambil tu korang tarik nafas sedalam dalamnya dan hembuskan. Tarikkk, hembussss. Fuhhh.

4. Jangan lupa breakfast makanan kegemaran korang, sebab ni semua berkait rapat dengan emosi jugak. Ye la, sapa aje tak suka dapat makan makanan feveret kan. Rasa teruja tu lain macam. Lagi lagi kalau orang belanja. Ehh. 

5. Tengok pada warna yang terang-terang, sebab dalam psikologi dikatakan warna macam ni boleh merangsang neuron minda iaitu hormon kegembiraan. So, ia akan mendatangkan mood semangat pada pagi kita.

Semoga pagi kita tak lemau lagi. Dan kegembiraan akan mendampingi kita sepanjang hari. Yeayyy.

Happy wikenn gaiss.

#sharingiscaring
#positivevibes
Cikla percaya semua orang bila bangun pagi je mesti nak rasa fresh dan happy tanpa memikirkan hal atau masalah yang berlaku sebelumnya. Tak naklah nanti bangun bangun dah fikir masalah. So, meh cikla nak share 5 cara to enjoy your day. Haa gitu. Hihi.

5 cara nak menggembirakan hari-hari korang.
5 cara nak menggembirakan hari-hari korang. Gambar kredit Google.


  • Bila bangun pagi tu mulai dengan syukur kerana Allah masih memberi kita kesempatan dan peluang untuk menikmati nikmatNya. Alhamdullilah.
  • Mulai hari dengan minda yang positif dan optimis. Jangan lupa senyum!
  • Suka dan seronok dengan setiap perkerjaan yang korang buat pada hari itu. Jangan buat sebab terpaksa.
  • Terus berusaha mengembangkan potensi diri.
  • Berusaha mencapai kejayaan. 

Let's enjoyyyy!

Musim virus menyerang ni, kerja mak jadi bertambah kan. Lagi-lagi dalam hal kebersihan rumah dan kawasan sekeliling. Mop lantai kalau dulu 2 kali sehari, sekarang mungkin dah jadi banyak kali. 

Apa yang penting, kesihatan anak dan keluarga kan. Bagi cikla, kerja mengilat dan mengemop lantai adalah kerja yang agak remeh, untuk sesetengah oranglah kan. 

Tu sebab, mak-mak mesti tercari-cari cara yang mudah nak settlekan hal mengemop ni. Sekali zass je dah bersih berseri. Hehe. Apa kata mak-mak try petua kat bawah ni. 

Tip nak buat lantai rumah bersih berseri. Senang je rupanya.
Tip nak buat lantai rumah bersih berseri. Senang je rupanya. Gambar kredit Google.

Guna cuka makan dan sabun pencuci.

Sebelum ni, mak-mak biasa guna cuka makan dalam masakan kan, apa kata try guna cuka untuk bersihkan lantai pulak. Caranya, campur je sedikit cuka dengan sabun cucian lantai yang mak mak selalu guna tu, then tambah air secukupnya. Pastu, mop je macam biasa. 

Guna pelembut pakaian (softener). 

Campurkan softener dengan air suam, lepas tu moplah lantai tu macam biasa. Ia akan membuatkan rumah jadi harum mewangi jugak tau. 

Guna cuka dan air. 

Tadi guna cuka dengan sabun pencuci, ni try guna cuka dengan air biasa pulak. Just campurkan 1/4 cawan cuka dan seliter air sebagai pencuci lantai. Kalau rumah korang jenis kayu lagi cun guna campuran camni. 

Guna serbuk penaik dan air. 

Caranya, serbuk penaik dengan air, kemudian tuangkan campuran tu di tempat kotoran dan biar seketika sebelum dibilas dengan air dan dilap sehingga kering. Kalau korang nak tau, campuran ni berkesan membersihkan karat di jubin seramik dekat bilik mandi korang tu. Cubalah!

Serbuk penaik atau lemon. 

Caranya ni dikatakan berkesan membersihkan karat pada pintu bilik mandi dan dinding jubin. Just celup berus gigi terpakai yang korang dah tak guna dah dalam serbuk penaik, dan gosok pada kotoran. Lepas tu, baru barus dinding tu macam biasa engan air. Oh ye, seminggu sekali pulak elok korang cuci permukaan jubin atau pintu bilik air tu dengan menggunakan separuh lemon dan biarkan sekejap sebelum dicuci dengan air.

Lemon dan garam. 

Campurkan setengah cawan jus lemon dalam setengah cawan air. Tambahkan 1/4 cawan dengan garam, sebelum disiram ada dinding dan jubin yang kotor. Biarkan selama 10 minit atau sampai semua kerak-kerak degil tu keluar sebelum dibilas ulang sampai bersih. 
Selamat mencuba!

Kredit : Ruangan Dekotaman, Harian Metro.
Older posts

Search Here

Disclamiers

SELAMAT DATANG KE BLOG NOTA CIKLA. Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Sebarang pertanyaan dan kolaborasi sila email ke ciklashahril82@gmail.com

Pageviews

Followers

Archive

Labels

beauty (141) bisnes (118) blog story (634) breastfeeding (6) cerita hiburan (124) cerpen (1) cinta dan rumahtangga (107) diy (3) gajet dan IT (20) health (347) idea kreatif (39) kata hikmah (9) parenthood (48) poem (12) pregnancy (8) wordless (17)
Facebook Twitter Instagram Pinterest Tumblr RSS

Created By SoraTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates