Sambal udang cik mek molek.

Apa menu arini? So jom cikla nak share satu lagi menu mudah. Sambal udang cik mek molek. Amboi nama, kemain lagi. Molek ke? Hahaha, kalah chef wan gitu. Keh keh keh. Jom tengok bahannya dulu.

Sambal udang cik mek molek.
Sambal udang cik mek molek.

Bahan bahan.

1 kilo udang sederhana besar.
1 biji bawang merah (dihiris).
1-2 ulas bawang putih (dihiris).
1/2 inci halia (dihiris).
1 biji bawang holland (potong bulat).
5-6 sudu besar cili giling.
Sedikit santan pekat.
Minyak untuk menumis.
Garam, gula, perasa dan asam keping.

Macam mana nak buat pulak?

Nak buatnya macam ni dik. Senang je. Memula, udang dibuang kulitnya, bersihkan, toskan dan ketepikan dulu. Tumis bahan hiris sampai kekuningan dan masukkan cili giling. Biarkan cili masak dan garing. Selepas itu, masukkan santan dan sedikit air, biarkan seketika kemudian barulah masukkan garam, gula dan perasa. Sesuaikan rasa. Bila cili nampak masak dan menggelegak, masukkan udang, bawang besar dan asam keping. Biar sekejap. Udang tak perlu masak lama lama sebab nanti isinya keras. Bila udang nampak masak, tutup api dan bolehlah dihidangkan. 

Senang kan? Selamat mencuba. 

12 comments:

  1. ohh mak aii sedapnyer rupe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keh keh keh... presentation mesti kena win... hehe

      Delete
  2. Replies
    1. Yum yumm.. qila try buat senang je... he he

      Delete
  3. macam sedap je huhu terliur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bg yg suka pedas pedas lemak (sbb letak santan) mmg sedap... hehe..

      Delete
  4. terliur3. sya mmg suka seafood yang masak sambal gini. favouritelahhhh

    ReplyDelete

Powered by Blogger.