Selepas melahirkan, seseorang wanita itu perlulah berpantang demi mendapatkan kembali kesihatan dan 'kewanitaan'.
Kalau orang dulu-dulu, memang amat menitikberatkan amalan berpantang ni. Cikla ingat lagi mak cikla cakap, kalau taknak suami lari, rajin-rajinkanlah diri tu berpantang. Bukan apa, badan nak pakai lama kan. Sendiri mau ingatlah. Huhu.
Rasanya, setiap bangsa pasti ada cara mereka tersendiri dalam menjalani amalan berpantang ni.
Ada orang berpantang sampai 100 hari. Ada pulak yang berpantang 44 hari je, dan tak kurang jugak ada yang berpantang selama 30 hari je. Itupun bergantung kepada fizikal dan keperluan wanita itu.
Cikla rasa zaman sekarang ni ada 'option' time nak berpantang. Maksud cikla, kita boleh pilih sama ada nak berpantang secara tradisional atau moden. Rasanya, kedua-duanya sudah tentu ada bezanya. Betul tak?
Kalau berpantang secara tradisional, terlalu banyak pantang larang yang kita tak boleh buat seperti wanita berpantang tak dibenarkan minum air terlalu banyak dan tak digalakkan bergerak terlalu banyak.
Kalau berpantang secara tradisional, terlalu banyak pantang larang yang kita tak boleh buat seperti wanita berpantang tak dibenarkan minum air terlalu banyak dan tak digalakkan bergerak terlalu banyak.
Sebab dikhuatiri bimbang luka bersalin akan tertetas kedudukan rahim yang tak mengecut dengan sempurna. Itu belum lagi dengan segala jenis herba dan ubatan yang digunakan lagi.
Tapi, berpantang secara moden pulak menyebabkan mereka rasa lebih mudah dan relevan dengan zaman kini.
Pada masa kini terdapat banyak buku-buku yang mengajar ibu moden cara berpantang dan ada banyak buku-buku masakan yang mengajar kaedah penyediaan makanan untuk ibu dalam pantang.
Itu belum lagi, macam-macam jenis set herba, mandian dan ubatan untuk penjagaan dalaman ibu-ibu yang berpantang. Cuma nak cari mana yang sesuai je dengan diri. Betul tak?
Sebenarnya, cikla nak share mengenai amalan berpantang secara tradisional yang memang disarankan oleh orang tua tua dahulu kala. Amalan itu adalah;
Bertungku;
Wah, part ni yang cikla paling suka kalau berpantang. Kalau korang nak tau, amalan inilah yang paling ditekankan oleh orang lama.
Kalau cikla, masa berpantang dulu mak cikla guna batu sungai sebagai alat untuk bertungku. Tapi, sekarang ada jugak orang guna besi padu. Batu itu akan dipanaskan di atas api dalam tempoh masa 1/2-1 jam.
Kemudian, batu itu akan dibungkus sama ada dengan daun mengkudu, daun sireh atau daun lengkuas sebab nak bagi aromaterapi yang menenangkan untuk ibu tadi.
Tapi, kalau mak cikla, dia bungkus dengan kain yang tahan panas. Lapislah ikut kesesuaian dan kepanasan yang kita nak.
Kalau korang nak tau, bertungku ni dapat menghangatkan badan dan rahim si ibu, di samping membuang angin dalam badan, mengecutkan urat yang kembang semasa bersalin dan semestinya melancarkan peredaran darah.
Cikla selalu bertungku lepas subuh dan malam sebelum tidur malam. Tapi, tengok jugaklah, kalau baby tidur, curi masa bertungku. Manja-manjakan badan. Hehe.
Berurut;
Yang ni pun best. Sedap je badan diurut kan. Lepas urut rasa ringan je badan. Urutan dilakukan selalunya pada setiap pagi sebelum mandi atau selepas bertungku.
Tapi, kalau cikla pulak, cikla berurut selepas mandi pagi. Biasanya, aktiviti berurut dilakukan selepas seminggu bersalin selama 3 hari berturut turut (min).
Ada orang yang berurut 5-7 hari berturut-turut, dan menyambung urutan pada penghujung waktu berpantang.
Berurut ni banyak kebaikannya, sebab ia akan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membersihkan kulit mati dan memperkemaskan bahagian perut, di samping mempercepatkan pengeluaran darah nifas dan kekotoran.
Mandian herba semasa berpantang;
Dedaun herba (seperti daun pandan, daun kunyit, daun lengkuas, daun serai wangi dan daun limau purut) akan direbus dan air rebusan daun daun ini akan dibuat mandi.
Kalau yang ni memang cikla buat masa berpantang. Segar je badan lepas mandi, dengan bau bau yang harum dapat menenangkan kita.
Selain itu, ia bertujuan mengeluarkan angin, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan tentunya awet muda. Hoyeeeee, hehe.
Pakai bengkung;
Bengkung bengkung bengkung. Penting ke? Jawapannya, ye. Memang penting kepada sesiapa yang nak mengembalikan 'kerampingan' badan. Sapa yang tak nak kurus ramping cantik menawan kan?
Biasanya, sebelum pakai bengkung, perut akan disapu dengan campuran minyak kayu putih, kapur sireh dan perahan limau nipis.
Pemakaian bengkung memang penting, kalau boleh pakailah sampai habis pantang sebab mak cikla cakap untuk mengelakkan rahim kita dari 'bergoyang' dan yang paling penting dapat mengempiskan perut. Tak percaya? Cubalah.
Pemakanan;
Macam kita tau, awal-awal bersalin mak mak kita suruh kita makan makanan kering je sebab nak cepatkan rahim kecut.
Makanan pedas, gatal, berlemak dan berminyak memang tak boleh amik langsung. Ada sesetengah ikan yang ibu tak boleh makan masa berpantang.
Dulu, masa cikla berpantang mak cikla cuma bagi cikla makan nasi putih dengan ikan panggang cicah air asam jawa dengan lada hitam. Minum pulak air rempah periuk. Nak minum air bebanyak memang taklah, kalau boleh kurangkan minum air.
Mungkin ada sebabnya kan mak-mak kita menyarankan cara berpantang begitu. Cuma, zaman yang moden kini ia lebih dilihat dari segi perubatan.
Kalau tak silap cikla, masa berpantang doktor menyarankan ibu makan makanan berprotein, makan lebih sayur dan buah utnuk elakkan sembelit dan minum banyak air. Ia agak bertentangan dengan amalan tradisional dulu kan.
Wah, panjang pulak entri cikla kali ni. Harap korang tak mengantuk membacanya, sebab cikla rasa macam penting je cikla nak share benda ni semua. Kalau ada yang dah tau pun, takpe. Boleh refresh balik kan.
Sumber dari ruangan ISU MINGGU INI, harian metro.
Terbaikk :D
ReplyDelete- Medical Equipment Suppliers in Malaysia
- Medical Equipment Supplier in Malaysia
- Medical Supply in Malaysia
- Drug Test Kit Urine
- Urine Drug Testing Kit
- Urine Drugs Test Kit
- Drug Urine Test Kit
- Kebaikan Bersukan dan Bersenam
- Kelebihan Bersenam
- Kebaikan Bersenam
- Visi Misi Dan Objektif Perniagaan
- Daftar Trademark Malaysia
- Objektif perniagaan
- House Cleaning Services
- Cleaning Service Office
- Professional Cleaning Services
- Thalia Baiduri
- Datin Thalia Baiduri
- Petanda bisnes kena bertukar dari enterprise ke sdn bhd
- Pendaftaran syarikat sdn bhd
- Sdn bhd vs Enterprise