'Santai Tapi Sampai'

20 October 2017

Tips mengatasi masalah perut buncit yang mungkin korang tak tahu.

Cikla rasa masalah perut buncit ni boleh menjadi ingauan ngeri terutamanya untuk orang perempuan ni. Mana taknya, kalau perut buncit macam susah sikit nak bergaya. Nak pakai kebaya pun macam segan ke kan. 

Macam cikla, since bersalin dari pertama sampailah keempat ni takdelah mengalami masalah perut buncit sangat. Buncit sikit je. Hehe. Ada orang cakap, kesan kita pakai bengkung masa dalam pantang. Tapi, tak taulah betul ke tak kan.

Selain dari produk kurus dan kempiskan perut buncit yang terlalu banyak kat pasaran sekarang ni, kita boleh guna cuba cara non-suppelement untuk mengatasi masalah ni. 

Cara ni pada cikla lebih selamat. Kalau dilakukan secara konsisten dan istiqamah, Insha Allah hasilnya pasti membuatkan korang tersenyum bila duduk di depan cermin. Nak tau tak apa caranya? Jom baca apa yang cikla nak share ni.

Mungkin selama ni korang pening nak cari cara atasi masalah perut buncit, apa kata korang try pulak tips ni. Manalah tau, salah satu dari tips ni berkesan kat korang kan. Apa yang penting  istiqamah dan konsisten bila buat tu. Jangan kejap buat, kejap tak. Memang tak jadilah kan.

Tips mengatasi masalah perut buncit yang mungkin korang tak tahu.

Tips itu adalah seperti berikut;

Mengunyah makanan sehingga 40 kali kunyahan. 

Kalau korang nak tau, tips ni merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW. Tapi, memang tak dinafikan ramai di antara kita yang  terlupa untuk mengamalkannya. 

Sebaiknya, sebelum menelan makanan, kita kena mengunyah makanan sampai lumat. Kaedah ini dikatakan mampu membantu enzim-enzim mencerna makanan dengan lebih mudah.

Bersenam.

Walaupun dalam apa jugak diet yang dilakukan, perlu ada senaman jugak. Tak payah buat senaman yang berat-berat, buat yg ringan pun dah ok dah. Paling tak pun jogging. 

Sebaiknya, bersenam pada awal pagi sebab udara lebih segar dan peluh pun keluar dengan lancar. Selain itu, dengan bersenam jugak kita boleh memantapkan stamina kita.

Membuat latih tubi.

Latih tubi sangat penting iaitu dengan  membuat gerakan seat-up secara baring dan memegang  bahagian kepala dengan kedua-dua belah tangan. 

Kemudian, angkat kepala beserta badan serentak dengan kaki (dalam keadaan yang bengkok). Lakukan 8 kali sehari secara berdisiplin. Gunakan pelapik belakang yang lembut untuk melindungi bahagian belakang korang.

Meminum air lemon kosong (no sugar).

Kalau yang ni memang cikla sedang amalkan, iaitu meminum air lemon kosong (no sugar) setiap pagi sebelum sarapan pagi. Cara ni adalah untuk membuang sisa-sisa makanan dan asid yang tertinggal di dalam perut korang. 

Cikla rasa, ramai orang turut menggunakan lemon dalam minuman detox mereka sebab lemon boleh membantu menyahtoksin badan kita jugak. Ini sekaligus dapat mengatasi masalah perut buncit korang tu.

Minum air masak secukupnya.

Pengambilan air masak yang cukup dalam sehari dikatakan dapat membantu mencairkan garam yang ada dalam badan sehingga boleh menaikkan kadar air dalam badan yang keluar. 

Pendek kata, air yang mencukupi boleh membantu melancarkan pembuangan toksik dari badan.

Minum teh hijau kosong (no sugar). 

Ada kajian yang mengatakan, teh hijau dapat membantu meningkatkan tahap metabolisme dalam badan. Selain itu, teh hijau juga sangat baik untuk membakar lemak dan kalori dalam badan, di samping menstabilkan suhu badan dan gula di dalam darah. 

Minumlah secawan teh hijau setiap kali sebelum makan kerana ia sangat berkesan mengatasi masalah perut buncit.

Kurangkan garam dalam diet harian.

Kalau korang nak tau, pengambilan garam yang berlebihan akan menyebabkan perut buncit sebab garam dikatakan akan melambatkan proses air keluar dari badan. 

Air  yang banyak di dalam perut akan menghasilkan gas-gas yang boleh 'membesarkan' perut korang. Maka, kurangkanlah mengambil garam kalau mahukan perut kempiskan menawan.

Jaga pola tidur korang setiap hari.

Untuk pengetahuan korang, kalau kita kurang tidur ini akan menjadikan kadar metabolisme badan kita berkurangan. Keadaan ini akan menyebabkan lemak susah dibakar. Tapi, kalau kita terlebih tidur pulak, ini akan menyebabkan badan jadi pasif dan jadi biasa pulak untuk kurang bergerak. Jadi malas gitu. 

So, kena pastikan yang korang mendapat tidur yang cukup setiap hari. Tak lebih, tak kurang. Ok!

Elakkan minum minuman bergas dan soda.

Korang jangan tak tak tau pulak yang air bergas/soda akan menyebabkan kita jadi cepat gemuk. Ini disebabkan adanya 'pemanis' tiruan di dalamnya yang mana ia menyebabkan berat naik dengan cepat.

Puasa sunat.

Ini merupakan tips terbaik. Menahan makan dan minum dari Subuh sampailah tenggelamnya matahari adalah cara diet yang paling bagus sebab ia dapat merehatkan perut dan sistem percernaan. Mana taknya, perut kita asyik 'bekerja' je kan. Kasi can lah dia berehat.

Bagi cikla, niat mengapa kita nak kurus jugak tak boleh nak diabaikan. Sebab kadang-kadang, niat itulah yang menjadi pemangkin kita untuk terus kuat melakukannya. Pasang niat betul-betul ye. Niat untuk sihat dulu, cantik no. 2. Hihi.

Konsisten, istiqamah dan never give up. Semoga bermanfaat.

Sumber Utusan Online. 

3 comments:

  1. wah menarik ada banyak cara, Tq cik lah miza nak try

    ReplyDelete
  2. oooooo banyak cara ye, akak cuba macam2 dan mudah putus asa tu yg masalah perut buncit x selesai2... uwaaa

    ReplyDelete
  3. terimakasih atas informasinya dan jangan lupa kunjungi kami di http://kapsulgamatemaswalatra.com/obat-herbal-sakit-kepala/

    ReplyDelete