Advertisement

Macam mana nak menghilangkan kesan hangus pada peralatan memasak?

MACAM MANA NAK MENGHILANGKAN KESAN HANGUS PADA PERALATAN MEMASAK? Kadang-kadang, ada masanya, bila cikla memasak di dapur tu guna api besar sikit memang confirm kuali hangus punyalah. Lepas tu, mulalah terkial-kial menyental. Itu pun macam susah nak hilang jugak. Tapi lepas ni dah tak perlu risau lagi. Cikla nak share beberapa tips yang mudah untuk menghilangkan kesan hangus pada periuk belanga dan kuali korang.

Macam mana nak menghilangkan kesan hangus pada peralatan memasak?

Nak tau? Jom baca perkongsian ni samalah habis, ok.

Macam mana nak menghilangkan kesan hangus pada peralatan memasak?

Tips 1 : Ambil beberapa biji tomato dan lenyekkan dalam periuk atau kali korang yang hangus tu. Lepas tu, biarkan je semalaman sebelum disental pads keesokkan harinya.

Tips 2 : Rendamkan periuk dan kuali yang hangus tu beberapa jam di dalam minuman berkarbonat. Kemudian, ambil sudu besi dan cungkil kerak tu dan tengok sama ada ia sudah tertanggal atau tidak. Kalau belum tanggal lagi, biarkan lagi selama semalaman sebelum dicuci keesokkan harinya.

Tips 3 : Ambil beberapa biji limau nipis dan satu sudu besar garam.  Perahkan limau tersebut bersama garam dalam kuali yang berkerak dan biarkan selama sejam. Lepas tu, sental dan cuci macam biasa.

Tips 4 : Ambil sabun mandi dan potong sabun tersebut menjadi 4 bahagian. Kemudian, ambil satu bahagian sabun mandi itu dan rendamkan ke dalam periuk ataupun kuali korang yang hangus tu sampai kembung. Lepas tu, baru korang sental periuk tadi dengan sabun. Teruskan sentalan korang dengan menggunakan berus dawai. 

Sumber Ruangan Rasa Wow, Sinar Harian.

Post a Comment

4 Comments

  1. Tq tips.ni pon periuk hangus masak api besar. X perasan..nasib xteruk sgt..

    ReplyDelete
  2. Petua yang patut dicuba.
    Biasanya buat tips no 3 tu

    ReplyDelete
  3. tip yg bagus.. tapi kalau guna PPC philips atau noxxa, x hangus n hangit...

    ReplyDelete
  4. alamak adasatu periuk kat dapur mcm ni jugak , hasil leka ketika masak CCL guna tips no 3 . harap-harap besok periuk dah kembali bersih

    ReplyDelete