Dengan kecanggihan teknologi pada masa kini, cikla rasa peningkatan dan evolusi telefon pintar jugak turut merasai tempiasnya. Memang tak dinafikan, di pasaran kini terlalu banyak brand dan model telefon pintar. 

Pendek kata, memang saingan dalam pasaran telefon ini terlalu sengit. Para pengeluar berlumba-lumba untuk mencipta model telefon pintar mereka yang pastinya berbeza dengan pengeluar yang lain demi untuk menarik minat pengguna memilikinya.

Marketing strategy ni.

Huawei, cikla percaya korang mesti pernah dengar jenama telefon pintar yang terkenal ni kan? Memang banyak model jenama Huawei ni. 

Terbaru, pengeluar telefon pintar ni akan memperkenalkan 3 model terbaru mereka, iaitu Huawei Mate 10, Mate 10 Pro dan Porche Design Mate 10. Mesti korang cakap kan,

"Ala, telefon pintar. Mana-mana brand sama je. Boleh WhatsApp, selfie, amik gambar, surf Internet oklah tu."

Haaa, walaupun secara dasarnya, mana-mana telefon pintar nampak sama, tapi bagi telefon pintar Huawei Mate 10 ni, ada rahsia tersembunyi yang mungkin korang tak tau. 

So, inilah yang cikla nak share dengan korang ni. Nak tau tak? Jom baca sampai habis, sebab entri kali ni agak panjang jugak. Jangan jemu tau. Hehe. 

Menurut sumber IT@Metro, ada 10 ciri unik yang dimiliki oleh telefon pintar Huawei Mate 10 yang takde pada telefon pintar lain, iaitu;

1 - Memiliki 2 slot simcard yang mana kedua-duanya menyokong rangkaian 4G. 

Bila kedua-dua slot menyokong rangkaian 2G, 3G dan 4G, ini bermakna kalau satu line tak aktif, korang boleh terus guna slot kedua untuk simcard prabayar korang. Kalau korang nak tau, ia didatangkan dengan ciri di 4G dwi VoLTE. 

2 - Cikla percaya, semua orang yang memiliki telefon mesti nakkan bateri telefon yang tahan lama. 

So, Huawei Mate 10 adalah pilihan terbaik. Telefon pintar ni dikatakan mempunyai penambahbaikan bateri sebanyak 30% berbanding dengan Mate 9. 

Kalau korang memang sangat aktif menggunakan telefon, sepatutnya tersenyum lebar kalau dapat memiliki telefon ini. Ia akan tahan selama sehari suntuk untuk penggunaan aktif, manakala untuk penggunaan biasa pulak adalah selama 2 hari. 

3 - Bagi yang suka selfie dan welfie, korang kena miliki Huawei Mate 10 ni. Ini kerana,  telefon pintar ini mempunyai dwilensa yang memang tak boleh dipertikaikan lagi. 

Bukaan apertur jenis f1.6 yang pertama di dunia pada resolusi 12MP untuk RGB dan 20MP untuk monokrom. 

So, gambar yang korang perolehi adalah gambar depth of field yang cantik dengan gambar yang terperinci, fotografi pada pencahayaan yang serta, termasuklah imej yang terhasil jugak tak blur

4 - Sensor navigasi yang pelbagai iaitu berdasarkan kepada GPS, WiFi, G-sensor dan Gyro yang ada dalam semua model (Huawei Geo) membolehkan posisi aplikasi dikekalkan. (GPS, contohnya Google Maps dan Waze) walaupun tanpa isyarat. 

5 - Aspek produktiviti yang mengagumkan, iaitu dengan skrin selepas 18:9 dah terlebih cukup untuk korang membaca teks supaya lebih jelas. 

Korang jugak boleh melintangkan telefon untuk memaparkan email yang di sebelah kiri yang mana ia menunjukkan list email korang, serta di sebelah kanan yang show email korang dalam bentuk penuh. 

Selain itu, korang boleh melakukan 'pemecahan' skrin kepada dua, contohnya satu pasaran untuk membalasdan satu paparan lagi untuk korang surf Internet. Menarik kan? 

6 - Memiliki ciri kecerdasan pintar iaitu A1 yang mana umpama sebuah robot yang sedang mengikut korang. Ia jugak bukan saja tertumpu kepada pemprosesan, bahan ia turut melibatkan software yang membantu korang sehari-hari. 

Selain itu, sebanyak 50 bahasa disokong termasuklah bahasa Malaysia, melalui kerjasama antara Huawei dengan Microsoft. 

7 - Ciri 4x4 MIMO, 256 QAM dan 3CC CA iaitu aspen teknikal yang ada pada rangkaian, korang akan memiliki telefon pintar 4.5G 1.2Gbps Cat.18 yang pertama di dunia. 

Ini bermakna, ia akan memberikan data speed dengan kelajuan sehingga 1.2Gbps yang mana ia menyokong kelajuan Internet yang lajunya tak ingat punya. 

Kaki Internet memang tersenyum lebar kalau dapat telefon ni. Hehe. Bak kata pepatah, "pucuk dicita, ulam pun tiba. "

8 - Ciri mod CPU dengan hanya satu kabel je dah cukup dah untuk menyambungkannya ke monitor seterusnya menukarnya menjadi set PC korang yang baru. 

So, semua kerja korang  boleh dilakukan dengan cepat bersama kelengkapan kerja, Contohnya pembentangan digital dan file sharing. 

Telefon pulak boleh ditransform menjadi touching pad, iaitu macam korang menggunakan pada tengah laptop sendiri. Ia jugak sangat lancar tanpa memerlukan korang download yang lain. So, memang senang. 

9 - Paparan skrin 6 inci 2160 x 1080 piksel OLED HDR yang mana nisbah skrinnya 18:9 yang memang lebar. Selain itu, Huawei Mate 10 jugak memiliki rekaan panjang 154.2 mm dan lebar 74.5 mm. 

Memang puaslah kalau tengok movie atau main games. Untuk pengetahuan korang, siri Mate 10 menggunakan pemprosesan Kirin 970 dan EM UI 8.0 dengan RAM 4GB dan storan 64 GB. 

10 - Huawei Mate 10 turut memiliki sistem mengesan suara (Huawei Easytalk) iaitu ia membolehkan suara korang kedengaran dengan jelas semasa korang call walaupun korang berbisik.

Dengan ciri-ciri best yang memang banyak ni tak hairanlah telefon pintar Huawei Mate 10 ini dijual pada harga RM2,699 seketul. 

Wow, harganya. Terbeliak mata dengar harganya kan. Boleh pitam. Haha. Ia akan mula dijual pada 28 Oktober 2017 yang didatangkan dalam 2 warna iaitu coklat (brown) dan hitam (black).

Apa yang cikla share ni kiranya macam basic je. Kalau korang nak tau more detail, korang Google aje ataupun tanya pada yang pakar. Ok. So, apa lagi. 

Peminat-peminat telefon pintar Huawei khasnya boleh usha usha, kot-kot ada bajet lebih nak beli kan. Hehe.

Just sharing.

*Gambar hp sila Google ye. Hihi*