Cikla bukanlah peminat tegar filem or cerita seram ni, tapi kira layan jugaklah kan. Tapi, cikla rasa sesiapa yang memang meminati cerita seram ni mesti tak akan melepaskan peluang menonton filem seram terbaru yang ditayangkan di pawagam. Orang cakap, bila tengok kat wayang baru rasa feel nya kan. Betul tak?

Filem seram sampai meremang bulu roma tak ingat punya.

So, cikla nak share dengan korang filem seram sampai meremang bulu roma tak ingat punya dari seluruh dunia. Cerita-cerita ni masih diminati sampailah sekarang. Jom semak apakah filem-filem itu.

Rasanya kalau kat Malaysia ni, 2 filem seram yang pernah menjadi fenomena dan bualan hangat masyarakat adalah filem;

Munafik
Cikla ada jugak tengok filem beberapa kali. Memang seram cerita ni. Anak cikla kalau tengok siap standby bantal nak tutup muka kalau tiba bab 'hantu menyeringai'. Haha. 

Rasanya korang tau kot siapa pengarah filem ni. Tak lain tak bukan Syamsul Yusof. Dia jugak turut berlakon dalam filem ni sebagai teraju utama. 

Antara pelakon lain adalah Nabila Huda dan Sabrina Ali. Memang menjiwai watak sungguh mereka masa melakonkan setiap babak dan bijak memainkan watak masing-masing. 

Filem ini berjaya mengaut kutipan perah panggung iaitu bernilai lebih dari RM17 juta. Wow, banyaknya.

Pontianak Harum Sundal Malam. 
Filem ni pun cikla pernah tengok jugak. Teraju utama filem ini adalah Maya Karin di samping pelakon popular yang lain seperti Rusdi Ramli dan Datuk Rosyam Nor. 

Filem arahan sutradara terkenal Datin Paduka Shuhaimi Baba telah memberi kejayaan kepada pelakon utamanya iaitu Maya Karin kerana dia telah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Seram dan Fantasi Antarabangsa Estepona di Malaga, Sepanyol dan aktres terbaik di festival filem Asia Pasifik di Fukuoka, Jepun.

Selain itu, filem seram  sampai meremang bulu roma tak ingat punya dari  luar negara yang  tak kurang seramnya adalah seperti berikut;

The Exorcism of Emily Rose. 
Secara jujurnya, cikla tak pernah tengok pun filem ni. Filem ini pernah tersenarai dalam 100 filem paling seram pernah dihasilkan di dunia oleh Pengkritik Filem Chicago. 

Pada yang pernah menontonnya, mesti korang tau yang filem ini adalah berdasarkan kisah benar iaitu kejadian sebenar yang berlaku kepada gadis bernama Anneliese Michel. 

Apa yang membanggakan, The Exorcism of Emily Rose ni masih dianggap filem seram paling baik yang pernah dihasilkan walaupun ia telah ditayangkan selepas 12 tahun. Nah, begitu dashyat kan penangan dan fenomena filem seram ni.

Suster Ngesot
Filem lakonan Mia Ramadhani ni masih ada impaknya. Babak hantu jururawat bernama Lastri yang mengesot di lantai untuk mengejar mangsanya. Cikla pernah tengok filem ni sekali kot.

Ju-On. 
Wah, kalau filem memang seramlah. Filem ni menampilkan hantu kanak-kanak yang sangat menyeramkan. Muka putih, mata  bukan. Kau korang nak tau, filem ini hadir dalam bentuk francais bila ia telah diterbitkan sebanyak 12 filem. 

Apa yang cikla ingat, sound sistem filem ni memang bagus. Setiap babak diterapkan elemen kejutan. Kadang-kadang boleh kecut perut, usus, hati... semualah. Silap-silap boleh kena heart attack sebab terkejut. Hehe.

The Ring. 
Filem adaptasi daripada sebuah filem asal yang mana karyanya berasal dari Jepun, iaitu Ringu. Mostly, pengkritik filem memberikan respon positif terhadap filem ni, terutama dari segi visual walaupun ada sesetengahnya merasakan visual itu seperti 'mengganggu' sebab terlalu seram.

Tapi, cikla rasa kalau filem dari luar negara, Annabelle, Wrong Turn dan Chucky pun seram jugak kan walaupun filem ni budak-budak tak boleh tengok sebab ada adegan 18sx di dalamnya.

Just sharing.

Sumber Ruangan RAP, Harian Metro.