12 October 2017

Group support thyroid : Group Facebook TIROID DAN ANDA (ORI).

Masa awal-awal cikla didiagnosis penyakit tiroid ni, memang sejujurnya cikla bagitau ilmu pasal tiroid dan hal yang berkaitan dengannya zero. Memang tak tau apa-apa pun pasal ni. 

Kalau tiroid tu pernahlah dengar, semua orang cakap bengkak leher. That's all. Sebaik saja lepas operate total thyroidectomy, memang tercari-cari ilmu dan info pasal apa yang kena buat lepas operation tiroid ni. 

Cari punya cari, cikla terjumpalah satu group kat Facebook yang khas untuk penyakit tiroid ni tak kiralah hipertiroidisme, hipotiroidisme, kanser, goiter, graves diseases, thyroiditis dan sebagainya.

Group support thyroid : Group Facebook TIROID DAN ANDA (ORI).
Group support thyroid : Group Facebook TIROID DAN ANDA (ORI).

Founder atau pengasas group ni adalah Kpah K-poh SharifahNor. Beliau jugak merupakan salah seorang dari pesakit tiroid. 

Sebenarnya, cikla rasa cikla sangat bertuah sebab jumpa dengan group yang awesome ni. Melalui group ni, memang sangat banyak info mengenai tiroid dan perkara yang berkaitan dengannya. 

Apa yang menjadi persoalan dulu, kini sudah terjawab. Cikla percaya mungkin kebanyakan orang macam tak amik pot pasal tiroid ni kan sebab penyakit ni macam sangat jarang dibahaskan. 

Kalau dulu, apa yang cikla tau kalau sakit tiroid tu, ada bengkak kat leher. Tapi, rupanya ia lebih dari itu.

Selain dari info mengenai penyakit ini, kita juga boleh berkongsi pengalaman kita sendiri serta membaca pengalaman orang lain untuk dijadikan pengajaran dan ikhtibar. 

Di samping itu, kita boleh bertukar pendapat dan ilmu mengenai penyakit tiroid ni kerana kebanyakan ahli group ini adalah terdiri dari pesakit tiroid. 

Admin group ni pun sangat friendly dan sedaya upaya untuk menjawab semua persoalan yang diutarakan. Akan tetapi, kebanyakan jawapan dan info yang dikongsikan adalah berdasarkan kepada pengalaman admin dan ahli group. 

Untuk persoalan yang berkaitan dengan bacaan darah, dan sebagainya better tanya pada doktor yang berkenaan.  

Lagipun, cikla rasa group ni jugak boleh dijadikan medan 'meluahkan' perasaan mengenai penyakit ni, sebab bagi cikla penyakit tiroid ni umpama 'sihat, tapi hakikatnya sakit...' dan hampir semua ahli dalam group ni adalah senasib. 

Hanya yang mengalaminya saja tahu macam mana keadaan kami. Orang yang tak alaminya kadang-kadang pandai cakap je. 

Apa yang paling sadis, bila ada yang cakap, 'Aik... Nampak sihat je. Boleh ke sana sini... Tak nampak macam orang sakit pun'. Begitulah diri kami sebagai seorang thyroid survivor. 

Setiap hari kami berusaha untuk sihat dan nampak sihat walaupun kadang-kadang 'keadaan' dalam diri kami sendiri tu dah huru hara jadinya.

Kini ahli Group Facebook TIROID DAN ANDA (ORI) semakin meningkat dan mencecah 14k. Nampaknya, saban tahun semakin ramai yang didiagnosis penyakit tiroid. Bertabahlah ye. 

Pada yang nak join group yang berinfomatif ni, tak kiralah anda pesakit tiroid atau just nak join untuk dapatkan info pada perkara ni, just klik pada link di bawah.


Kami survivor, kami fighter. We keep fighting never end. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada kita semua. Amin.

#tiroiddananda #kisahsipesakitthyroid #thyroidsurvivor #thyroidfigther

1 comment:

  1. Ana doakan semoga cikla kembali sembuh. Kuatkan semangat dan keep positive. Allah sentiasa bersama kita.

    ReplyDelete