'Santai Tapi Sampai'

24 October 2017

Fakta info : Jenis-jenis penyakit tiroid.

Kalau korang nak tau, sebelum cikla didiagnosis menghidap penyakit  tiroid ni, memang cikla tak amik tau pun pasal ni. 

Apa yang cikla tau, kalau leher kita bengkak, itu maknanya kelenjar tiroid kita bengkak. Lagilah cikla tak pernah terfikir pun yang wujudnya kanser tiroid. Allahu. 

Rupa-rupanya, banyak jenis penyakit tiroid ni. Korang nak tau tak? Walaupun mungkin korang tak menghidap penyakit ni, tapi apa salahnya kan just untuk tambahkan ilmu dan pengetahuan am kan.

Fakta info : Jenis-jenis penyakit tiroid.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Secara umumnya, penyakit tiroid boleh dikategorikan kepada 3 jenis yang utama dan biasa ditemui iaitu;

  1. Masalah struktur iaitu pesakit mempunyai bengkak atau goiter atau beguk, biji atau nodule.
  2. Masalah fungsi iaitu pesakit mempunyai hormon yang terlalu tinggi (hipertiroidisme) atau hormon yang terlalu rendah (hipotiroidisme).
  3. Kanser tiroid, dan sesetengah pesakit adakalanya mengalami salah satu atau lebih daripada masalah yang dinyatakan diatas.

Contohnya pesakit Hashimoto's tiroiditis mengalami masalah bengkak kelenjar tiroid dan hipotiroidisma, manakala pesakit multinodular goiter kebanyakannya tidak mempunyai sebarang masalah hormon. 

Kanser tiroid terutamanya jenis kanser tiroid papilari (papillary thyroid cancer) merupakan jenis kanser paling selalu ditemui. Alhamdulillah, kanser jenis ni adalah kanser yang mudah dirawat. 

Survival rate mencapai 99% bermakna kanser yang paling tak merbahaya dalam dunia jika nak dibandingkan kanser-kanser lain. 

Untuk pengetahuan korang, ada sesetengah penyakit tiroid adalah disebabkan oleh penyakit keturunan. 

Adalah sangat digalakkan ahli keluarga pengidap penyakit tiroid ini membuat pemeriksaan sebab risiko terkena penyakit ni memang ada.

Sumber Dr Arif Shahar Pakar Perubatan dan Endokrinologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

2 comments:

  1. lepas baca pasal tiroid ni, sekarang banyak ambil langkah mencegah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Mencegah lebih baik dr mengubati.

      Delete