Lama tak layan drama kat tv. Bukan apa, cikla rasa jalan cerita drama sekarang macam lebih kurang sama je. Rebut harta, rebut suami orang, orang miskin kena tindas dengan orang kaya. Gitu lah pusing pusing tang tu jugak. Tapi, drama yang ni mesti macam best pulak untuk ditontoni. 
Asalnya cikla nampak orang share kat tiktok, ada satu scene tu macam, ehh macam nak tau apa sambungnya. Cari dekat MSTV bahagian series drama tv, tengok ehh adalah. Tu yang semalam marathon layan dari episod 1 sampai 16 tu. Haha. Dia macam, tengok satu episod nak tau lagi apa yang berlaku next. So, cikla nak share sikit sinopsis drama ni. Jom baca. 
Mutiara Dalam Debuan Kabus: Bila ingatan hilang, hati pun mula ragu...
Kadang-kadang, hidup ni pelik. Hari ni kita kenal diri sendiri, esok tiba-tiba bangun dan... semua hilang. Nama pun lupa, suami pun rasa macam orang asing. Macam tu lah kisah Aslin dalam drama terbaru Mutiara Dalam Debuan Kabus ni.
Aslin (lakonan Emma Maembong) terlibat dalam satu kemalangan misteri, langgar lari. Parah. Bila dia tersedar, dunia dah berubah. Orang panggil dia “Aslin”, tapi dalam hati dia rasa nama tu macam tak kena. Tambah pelik, dia dikatakan isteri kepada Uzzam Zulkarnain (lakonan Zahiril Adzim), tapi hubungan mereka dingin macam ais batu sejuk beku tu.
Mula-mula memang nampak macam kisah cinta yang dah tawar, tapi makin lama macam makin penuh misteri tanda tanya pulak sebab rupa-rupanya, hidup Aslin penuh rahsia. Ada benda yang disorok, ada nama yang dipadam, dan ada hati yang disakiti. Dalam kabus tu, dia mula cari siapa diri dia sebenarnya, Aslin ke, Airina ke atau orang lain terus?
Uzzam pulak jenis keras kepala. Ego melangit. Sombong. Dia je betul. Haha. Dia tak percaya Aslin hilang ingatan betul-betul. Dalam hati dia, mungkin ni semua lakonan. Tapi lama-lama, bila dia tengok perubahan isteri dia yang nampak lebih lembut, lebih jujur, dia pun mula goyah. Tapi nak percayakan perempuan yang mungkin bukan siapa yang dia sangka, ehh bukan benda senang tau.
Dalam masa yang sama, keluarga pun bukan semua malaikat. Ada yang bermuka manis tapi sebenarnya tengah rancang benda jahat. Ada yang sanggup gadai maruah demi harta. Dalam kabus yang makin tebal, rahsia makin banyak terbongkar.
Yang menariknya, drama ni bukan sekadar pasal cinta hilang ingatan tapi tentang diri yang terperangkap dalam hidup orang lain. Tentang kekuatan seorang wanita bila dunia keliling dia penuh tipu daya. Ohh trajis sungguh aiihhh.
Oh ya, drama ni rupanya adaptasi daripada novel karya Manaf Hamzah. So, kalau korang jenis suka jalan cerita yang berlapis, penuh plot twist dan “ehhh aku tak sangka weh!”, ni memang korang kena tengok drama ni.
Drama Mutiara Dalam Debuan Kabus disiarkan di Astro Ria, hari Isnin sampai Khamis, pukul 10 malam. Drama ni dah ditayangkan sejak 6 Oktober 2025 rupanya.  
Pelakon dia pun bukan calang-calang, ada Emma Maembong, Zahiril Adzim, Jasmin Hamid, Watie Elite dan ramai lagi yang mantap-mantap lakonannya. Dorang ni memang barisan pelakon yang memang tahu dan power main dengan emosi.
Kenapa korang wajib layan drama ni?
Sebab dia ada semua benda yang buat korang rasa macam tak boleh miss setiap episod. Misteri, cinta, keluarga, dendam dan persoalan “siapa aku sebenarnya?”.
Kadang, mutiara paling berharga memang tersembunyi... dalam debu, dalam kabus. 

				
No comments:
Post a Comment