Bomboloni, si donut montel yang jadi kesukaan ramai.

Pernah tak korang rasa satu makanan yang bila gigit je terus buat hati senang? Ha, macam tulah rasa bila makan bomboloni. Haha. Donut gebu dari Itali ni memang tengah jadi kegilaan ramai sekarang. Bukan sebab rupa dia je comel, tapi sebab bila kita gigit, isi dia meleleh keluar macam tak sabar nak keluar dari perut donut tu. Fuh, puas hati betul! 

Kalau donut biasa ada lubang tengah, bomboloni ni pula lain. Dia bulat gebu, padat isi dan selalu datang dengan pelbagai filling. Nutella, custard, strawberry, biscoff, macam-macam ada. Kadang sampai rambang mata nak pilih. Nak yang manis ke, yang lemak keju ke, semua nampak sedap. Bila tengok video orang picit bomboloni sampai krim keluar tu, memang automatik craving datang. Yumms. 

Bomboloni, si donut montel yang jadi kesukaan ramai.
Bomboloni, si donut montel yang jadi kesukaan ramai.

Itulah magiknya bomboloni. Nampak simple, tapi mampu buat hari korang rasa manis. Tak perlu tunggu majlis besar pun nak nikmati dia. Kadang bila stress, sebiji bomboloni pun dah cukup jadi penenang hati. Sebab dalam hidup ni, bukan benda besar je yang penting. Kadang benda kecil, macam sebiji donut montel yang gebu ni, pun dah cukup buat kita senyum sepanjang hari. 

Yang bestnya, bomboloni ni sebenarnya bukan benda baru pun. Kat Itali, dorang makan time sarapan pagi. Tapi bila sampai Malaysia, ha terus jadi makanan glamour. Orang kita kan kreatif. Ada yang buat versi serikaya, durian, coklat, sampai bandung cheese pun ada! Setiap gigitan ada rasa lain, tapi semuanya bagi efek sama, puas dan happy

Bomboloni, si donut montel yang jadi kesukaan ramai.
Bomboloni, si donut montel yang jadi kesukaan ramai.

Kalau korang tanya bila masa paling best nak makan bomboloni, jawapan cikla bila-bila pun boleh! Paling syok bila time hujan-hujan, lepas kerja ataupun masa lepak dengan kawan. Time lepas depan tv layan movie pun ngam. Hihi. 

Hurmm, tak sedar dah telan 3 ketul. Padahal baru lepas makan nasik tu. Kang gemuk bising, salahkan penimbang. Hishhh. Okeylah. Nanti share lagi. 

1 comment:

  1. Manis leting bomboloni ni. Lagi2 kalau yang berperisa tu.

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (447) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews