Dulu-dulu ingat lavender ni sekadar wangi-wangian bilik. Rupanya banyak sangat manfaat untuk kesihatan badan dan minda!
1. Tidur lebih lena. - Letak beberapa titis minyak lavender atas bantal. Bau dia bantu tenangkan fikiran dan bagi tidur lebih berkualiti.
2. Elak sakit kepala. - Letak kain bersih basah dengan air suam dengan 3 titis lavender kat dahi. Rehat 10-15 minit.
3. Hilangkan bau badan. - Campur daun pandan kisar dengan air rendaman bunga lavender, kemudian sapu kat bawah lengan setiap pagi.
4. Legakan stress. - Rendam kaki dalam air suam bersama dengan garam bukit dan 5 titis lavender oil. Sambil tu dengar selawat. Fuh, tenang.
5. Ubat Slsenggugut. - Letak pek panas dengan 2 titis minyak lavender kat perut bawah. Ia dikatakan dapat membantu kurangkan rasa mencucuk tu.
6. Hilangkan jerawat. - Titikkan sedikit lavender oil atas jerawat sebelum tidur. Antibakteria dia bantu redakan bengkak.
7. Rawat rambut gugur. - Campur minyak kelapa dara dan lavender oil. Urut kulit kepala 10 minit sebelum mandi.
8. Kulit gatal-gatal. - Campur gel aloe vera asli dengan setitik lavender. Sapu atas ruam gatal, ia akan bantu redakan.
9. Sapu nyamuk Tradisional. - Rebus serai wangi dengan daun lavender. Letak dalam botol spray dan sembur sebelum tidur.
10. Penawar gigitan serangga. - Campur madu sikit dengan lavender oil. Kemudian, sapu tempat gigit. Hilang gatal, kurang bengkak.
11. Ubat ulser mulut. - Campur air rebusan bunga cengkih dengan titisan lavender. Kumur pagi dan malam.
12. Pewangi semulajadi rumah. - Masukkan bunga lavender kering dalam uncang kain, letak dalam almari/bilik air.
13. Atasi mulut berbau. - Air rebusan daun sirih dan bunga lavender, jadikan kumuran.
14. Kurangkan parut. - Sapu campuran minyak zaitun dan lavender oil pada parut setiap malam sebelum tidur.
15. Minyak urut lenguh-lenguh. - Minyak kelapa panas bersama bawang putih dan titisan lavender. Urut perlahan kat bahu dan belakang.
16. Rawat demam panas. - Lap badan anak dengan air rendaman bunga lavender dab daun betik. Turunkan suhu secara tradisional.
17. Lega resdung ringan. - Wap muka dengan air panas bersama daun pandan dan lavender. Tarik nafas perlahan, keluar hingus!
18. Segarkan mata letih. - Tuala bersih basah lavender water. Letak atas mata tertutup — 10 minit.
19. Wangikan telekung. - Spray lavender homemade (air suling dan lavender oil) pada telekung, segar dan tenang masa solat.
20. Ubat perut kembung bayi. Campur minyak telon homemade dengan setitik lavender. Sapu perlahan kat perut bayi ikut arah jam.
21. Gatal kulit kepala. - Campur air asam jawa dan 2 titis lavender, bilas rambut selepas syampu.
22. Cegah kulat kuku. - Sapu kapas celup lavender oil terus pada kuku, buat pagi dan malam.
23. Sakit belakang selepas bersalin. - Urut perlahan dengan minyak herba campur lavender, ia akan bantu kurangkan tegang otot.
24. Pewangi bilik solat. - Letak mangkuk kecil air panas dan titisan lavender kat sudut bilik, so suasana aromaterapi tenang.
25. Redakan hidung tersumbat. - Wap muka air panas dan kulit limau purut + dan lavender. Tarik bau dia, lega hidung!
26. Elak rambut berbau. - Sembur air lavender pada rambut sebelum keluar rumah — harum & segar.
27. Minyak tenang anak meragam. - Campur minyak baby dan titis lavender. Sapu tapak kaki anak bila nak tidur.
28. Mandian bayi tenang. - Beberapa titis lavender dalam air mandi bayi, ia membantu dia lebih relaks waktu malam.
29. Minyak wangi DIY. - Minyak jojoba dan lavender oil dalam botol roll-on kecil, pakai kat nadi tangan.
30. Buang angin dalam badan. - Minum air halia suam dan titis lavender (kalau guna food-grade). Bantu buang angin dan tenangkan perut.
Moga bermanfaat.
.png)
No comments:
Post a Comment