"Luahan Rasa Tanpa Suara"

19 April 2019

Sakit kepala bila bangun tidur pada waktu pagi? Meh baca apa sebabnya.

April 19, 2019 3
Gaiss, cikla nak tanya. Korang selalu tak kena sakit kepala bila bangun tidur pada waktu pagi? Korang nak tau apa sebab korang boleh kena camtu? Kalo nak tau, meh baca apa yang cikla nak share ni.
 
Sakit kepala bila bangun tidur pada waktu pagi? Meh baca apa sebabnya.
Gambar diubahsuai dari carian Google. Sakit kepala bila bangun tidur pada waktu pagi? Meh baca apa sebabnya. 

Korang semua memang kena cukup tidur setiap hari, iaitu 7-8 jam sehari. So, kalau korang TAK CUKUP TIDUR, nanti badan start buat hal. 

Ada masanya korang akan rasa sakit kepala siap efek dekat mata. Mata jadi pedih dan berair. Betul? So, lepas ni pastikan korang dapat tidur yang cukup ye. 

Ehh, kenape ada orang tidur dah cukup dah tapi kadang-kadang masih lagi sakit kepala gak bila bangun pagi. Haah, mungkin korang dah 'TERLEBIH' TIDUR pulak dah. 

Ada sesetengahnya, asyik terbongkang kat atas katil walaupun matahari dah terpacak atas kepala ni. Nak nak pulak kalau time cuti, adehh memang tapau sampai petang. Nak settle kan masalah ni? Dapatkan tidur dalam waktu yang disarankan. Kurang masalah, lebih pun masalah gak. 

Korang pernah dengar tak hormon ENDORPHINS? 

Kalau korang nak tau, hormon ni orang panggil hormon kebahagiaan sebab dia ni dapat bantu korang rasa tenang jek. Tapi, bila hormon ni rendah sangat, korang akan mula nak sakit kepala. 

Nak bagi ok balik, ada yang kata makan coklat, so that rasa tenang tu up balik, pastu sakit kepala tu lama-lama hilang. 

Korang yang selalu BERDENGKUR kena jaga-jaga tau sebab mungkin korang ada simptom 'sleep apnea'. Kalau korang nak tau, berdengkur ni boleh sebabkan oksigen kurang ke otak, jadi kesan dia haa kenalah sakit kepala bila bangun pagi tu. 

Benda ni normal je, tapi kalau kerap berlaku better pergi jumpa doktor lah, dapatkan rawatan apa yang patut. 

Tak minum kopi pada masa sepatutnya. Ehh, siapa kat sini COFFEE ADDICT? Senang cakap, pepagi tak pekena kopi secawan boleh sasau Dibuatnya. Adehh, parah dah tu. 

Bukan apa, kalau korang terlambat sikit time korang biasa minum kopi, mulalah sakit kepala sebab badan korang dah terbiasa dengan rutin tu. Emm, ada ehh yang macam tu? 

Pening kepala pada waktu pagi tanda KEMURUNGAN? Ye betul. Sebab kemurungan ni selalu dikaitkan dengan sakit kepala. Lagi satu, kemurungan ni berlaku bila mana tahap hormon SEROTONIN rendah. 

Mungkin korang ada penyakit TEKANAN DARAH TINGGI kalau kerap sangat sakit kepala terutama pada waktu pagi. 

Kredit Siraplimau.com

18 April 2019

Macam mana nak pilih dan guna perfume dengan cara yang betul? Meh baca ni.

April 18, 2019 2
Cikla yakin setiap orang mesti ada pewangi atau perfume kan. Tak kiralah apa pun brand atau jenis dia. Bagi cikla, perfume tu penting sebab, ia boleh menambahkan keyakinan kita lebih-lebih lagi bila kita berhadapan dengan orang ramai. Senang cakap, perfume ni boleh bantu kita 'cover' bau badan  kita yang kurang elak itu. Hehe. Tapi, kan percaya tak cikla cakap ada orang masih tak tau nak pilih perfume yang sesuai dan banyak lagi tips lain pasal perfume ni tau. Nak tau ke? Jom baca perkongsian ni sampai habis.

Macam mana nak pilih dan guna perfume dengan cara yang betul? Meh baca ni.
Gambar telah diubah suai dari carian Google. Macam mana nak pilih dan guna perfume dengan cara yang betul? Meh baca ni. 

Tak tahu beza antara EDP dan EDT.

Kebanyakan orang rasanya masih keliru dan tak tahu perbezaan antara EDP dan EDT. Kalau korang nak tau, EDP adalah Eau De Parfume manakala EDT pulak adalah Eau De Toillete. Ehh, apa pulak ciri yang membezakan kedua-dua benda ni ye?

EDP adalah kandungan perfume di dalamnya 8-15% cairan original perfume dan baunya boleh bertahan sehingga 5-8 jam. Tapi, EDT pulak kandungan perfumenya lebih ringan sebab hanya mengandungi around 4-8% cairan original perfume saja. Sebab tu, daya tahan lama bau dia tak lama. 2-5 jam lepas guna, bau pun hilang. So, korang memang sangat digalakkan pilih EDP.

Tengok kejernihan perfume.

Ehh, yang ni cikla baru tau. Kalau nak kenal pasti pure tak pure perfume tu tengok pada kejernihan dia. Macam ni. Bila korang masukkan hos halus, kalau ia jadi samar-samar dan tak kelihatan/nampak, ini bermaksud perfume itu original sebab kadar minyak yang digunakan tinggi. Tapi, kalau sebaliknya, dah sah-sah ada campuran lain dalam perfume tersebut. 

Elak dari mencium perfume lebih dari 3 kali semasa mencubanya.

Biasa kalau kita nak try bau perfume kan kita biasa spray dekat belakang tangan kan. Samalah macam cikla pun buat macam tu gak. Tapi. korang jangan cuba cium lebih dari 3 kali dalam satu satu masa. Kalau korang dah cium lebih dari 3 kali, korang mintaklah bau kopi pulak pada si penjual tu untuk neutralkan balik deria bau korang. Kalau tak, otak korang tak kan dapat menilai bau yang betul yang datang dari perfume tersebut.

Pilih perfume yang sesuai dengan bau badan.

Sesuatu perfume itu akan bertindak balas lebih kurang 15 minit dengan bau dan badan korang. So, korang kena pilih perfume yang sesuai dengan bau dan badan korang sebab ada sesetengah perfume akan mneyebabkan ketakselesaan bau biar dah bercampur dengan perfume

Sembur perfume di bahagian nadi dan elak dari spray di tempat sensitif.

Korang sangat digalakkan spray perfume di bahagian nadi, contohnya pergelangan tangan, ataupun bahagian di bahagian leher. Ini adalah supaya bau perfume itu mudah menyerap dan bergaul dengan bau badan kita. Ehh, korang jangan plak sesaja spray perfume dekat tempat sensitif kat badan korang tu macam dekat ketiak, mata atau muka.  Ini kerana, sifat perfume sangat kuat, so takut plak nanti kena skin irritation. Tak memasal masalah lain timbul.

Jangan sembur perfume pada pakaian nak-nak pulak kain jenis sutera.

Korang yang pakai pakaian jenis sutera jangan sesekali sembur perfume di atasnya. Ini kerana, perubatan tersebut boleh merosakkan fabrik sekaligus menghakis warna dia. Lagi satu, korang jangan spray perfume atas pakaian pastu gosok pulak. perbuatan ini akan menyebabkan partikel dalam perfume pecah dan turut merubah baunya. Kalau nak spray gak, tunggu dalam 10-15 minit lepas orang spray tu. Nanti bau dia jadi tahan lebih lama!

Ohh ye, tip lain adalah jangan letak perfume kat bawah cahaya matahari, tempat berhaba tinggi termasuklah kat dalam kereta yang panas sebab keadaan camni boleh buat bau dan partikel perfume tersebut berubah. Lagipun, kuantiti perfume pun turut terjejas sebab mengalami pengewapan (evaporation). 

Orang lelaki boleh jek nak pakai perfume orang perempuan sebab bau perfume orang perempuan ni lebih lembut. Kiranya ngamlah dengan bau badan dorang, tapi orang perempuan pulak TAK BOLEH pakai perfume lelaki sebab tak sesuai dengan bau badan kita ni kann orang perempuan. Lagipun, bau perfume lelaki kan lagi kuat. 

Cikla kalau encik suami spray lelebih perfume dia memang boleh jadi pening terus kalau hidu lelama.

Kredit info Grup Telegram PetuaDanKesihatan.

17 April 2019

Dah lama tak tengok Nabila Huda berlakon drama TV kan? Jom tengok drama terbaru slot Akasia, KAMAR KAMARIAH di TV3.

April 17, 2019 1
Lamanya cikla tak bersiaran di blog kesayangan cikla ni. Adehh, lately bizi dengan beberapa hal, Sudahnya blog sedikit terabai. Hurmmm.

Siapa peminat pelakon versatile, si Nabila Huda anak penyanyi Rock terkenal Amy Search tu? Rasanya macam dah lama cikla tak nampak si Abil ni berlakon dekat TV kan. 

Maksud cikla, yang latest drama la. Ke cikla yang tak perasan. Ehemm. So, yang paling latest si Abil ni bakal muncul dalam drama terbaru slot Akasia TV3, KAMAR KAMARIAH. Tengok tajuk lain machiam jek, tu yang kena tengok tu nak tau apa yang lain dari yang lain tu.

Cikla tengok gak pelakon lain pun mantap mantap gak macam Fizz Fairus, Tasha Shilla, Syafie Naswip dengan Engku Faridah. Rasanya semua pelakon lama berpegalaman ni. 

Dan mereka pun sebelum ni agak jarang cikla nampak di TV. Kecuali, si Syafie tu rasanya baru tengok drama dia. Tapi, ulangan kot tu, dekat TV2.

Dah lama tak tengok Nabila Huda berlakon drama TV kan? Jom tengok drama terbaru slot Akasia, KAMAR KAMARIAH di TV3.
Pelakon Nabila Huda. Kredit Google.

Ehh, alang alang cite pasal drama ni, meh la cikla nak share sikit sinopsis drama KAMAR KAMARIAH ni. 

Boleh gak kita tau takn camne jalan cite asal dia. So that, takde lah ber ehh ehh plak nanti. Haha.

Sinopsis drama KAMAR KAMARIAH, drama slot Akasia TV3.

Drama mengisahkan seorang bekas GRO yang beri insaf bernama Kamariah (lakonan Nabila Huda). Dia pulang ke pangkuan keluarganya, padahal keluarganya langsung tak tau pekerjaannya sebelum ni. 

Di awal kepulangannya, keluarganya agak terkejut, tapi sebagai anak yang banyak membantu ringankan beban keluarga, keputusan Kamariah diterima dengan baik oleh mereka. 

Ibunya, Kalsom mahu mengahwinkan Kamariah dengan Murad (lakonan Fizz Fairuz), anak kenalan mereka tapi ditentang oleh ayahnya sebab Murad dikenali sebagai pemuda yang liar. 

Walaupun begitu, Kalsom tetap berkeras mengatakan si Murad dah insaf. Rupanya si Murad pura-pura insaf jek. Di awal perkahwinan dorang, dia mengakulah dekat bini dia perangai di camni camtu, dan si Kamariah ni pun terimalah suami tu dengan ikhlas sebab dia pun dulu bukan 'baik' sangat pun kan. 

Dia kawin dengan Kamariah pun sebab nak mengaburi mata kedua orang tuanya, sebab dia nak nampak sebagai anak yang baik di depaan mereka. Tapi, jahat-jahat si Murad tu dia melayan Kamariah dengan baik sebab dia merasakan sejak berkawin hidupnya lebih teratur sampai dia terfikir dan cuci tangan dari kegiatan jahatnya.

Nak dijadikan cerita, satu hari si Murad balik ke rumah dan terdengar tangisan bayi dari dalam rumah mereka. 

Rupanya, si Kamariah telah merahsiakan kehamilan dia selama ni. Memang sebelum ni  ibu dan Murad sendiri pernah menegur tentang badan Kamariah yang sedikit berisi, tapi Kamariah melahirkan anak seorang diri di rumah.

Macam mana si Kamariah boleh bersalin sedangkan mereka baru 6 bulan berkawin? Wah wah wah, suspen ni. Ada kisah yang dia tak tahu ke? 

So, kalau korang nak tau apa kisahnya kenalah tengok kan, start malam ni jam 7 malam. 

Kredit akhbar Harian Metro.

05 April 2019

Yeay, terpilih dalam segmen bloglist anjuran blog Mialiana.com.

April 05, 2019 6
Dalam kebizian cikla melakukan tugas hakiki dan menguruskan bisnes minyak urut yang baru nak up kata orang, sempat gak cikla join segmen bloglist 24 jam anjuran blogger fofular, Mialiana. Alhamdullilah, rezeki cikla terpilih menjadi salah seorang yang bertuah duduk dalam bloglist blog owsem tu. Wahh, macam tak percaya kan.

Yeay, terpilih dalam segmen bloglist anjuran blog Mialiana.com.
Yeay, terpilih dalam segmen bloglist anjuran blog Mialiana.com. 

Sebenarnya, cikla join pun dah last minit. Tapi, itulah. Kalau dah rezeki tak ke mana kan. InshaAllah, lepas ni cikla akan cuba up entri setiap hari, walaupun kadang-kadang terkejar-kerja gak laa.

Yeay, terpilih dalam segmen bloglist anjuran blog Mialiana.com.
Yeay, terpilih dalam segmen bloglist anjuran blog Mialiana.com. 

Pada mereka yang terpilih macam cikla, tahniah korang.

02 April 2019

Macam mana nak simpan buah strawberry supaya tahan segar lebih lama?

April 02, 2019 4
Kadang-kadang, buah-buahan yang kita beli mesti cepat rosak atau busuk kan bila kita bawak balik ke rumah. Masa dekat kedai, memang cantik ranum berkilat je rupa dia. Tapi bila kat rumah, adeh memburuk rupanya. Rugi je kan.

Tak kira buah apa pun, ada caranya macam mana nak bagi buah tu tahan lama dan kekal fresh. Kalau makan pun, krupp krappp krupp krappp bunyi dia. Tu yang best tu.  

Cikla nak share petua macam mana nak simpan buah strawberry supaya tahan lebih lama dan masih sedap dimakan walaupun 'berkurun' lamannya duk dalam esbok tu. Nak tau? Jom baca sampai habis.

Macam mana nak simpan buah strawberry supaya tahan segar lebih lama.
Gambar diubahsuai dari carian Google. Macam mana nak simpan buah strawberry supaya tahan segar lebih lama. 

Memula, keluarkan strawberry dari bekasnya. Then, basuh buah tersebut bersih-bersih dengan air paip. Selepas tu, dalam bekas yang berasingan, masukkan 1 liter air bersama 2 sudu teh garam kasar. Kacau campuran tersebut sehingga garam melarut kesemuanya. 

Dah siap kacau, masukkan strawberry yang telah dibersihkan tadi ke dalam air bergaram tersebut dan biarkan beberapa minit. Sesudah itu, toskan buah dan simpan semula dalam bekas dia. 

Simpan buah strawberry yang telah siap ditos dalam peti sejuk bahagian chiller. Amazing, buah strawberry ini boleh tajam selama 1-2 minggu dalam keadaan fresh.

Kredit : TiniTeamIkaBakery

Top commentator pilihan cikla untuk bulan Mac 2019.

April 02, 2019 6
Alhamdullilah, kita dah masuk bulan April pun kan. Rasa macam cepat pulak masa berlalu, Allahu adakah aku serang yang leka ya Allah? Ampunkan aku!  So, macam biasa setiap kali habis bulan cikla akan pulih seorang top commentator yang akan menerima hadiah cenderahati dari cikla tanda cikla appreciate kesudian korang berkunjung dan meninggalkan jejak di blog picisan ini.

Top commentator pilihan cikla untuk bulan Mac 2019.
Gambar diubahsuai dari carian Google. Top commentator pilihan cikla untuk bulan Mac 2019.

Kali ni cikla nak bagi hadiah topup RM10 ye dan cikla akan pilih guna khidmat random.org.

Sebelum tu, jom kita tengok senarai top ten mereka yang selalu datang jalan-jalan ke blog cikla ni.

Inilah diaaa.

Top commentator pilihan cikla untuk bulan Mac 2019.
Top commentator pilihan cikla untuk bulan Mac 2019.

Kebanyakan dari mereka memang familiar laa. Thanks ye korang semua sebab sudi datang sini.

So, inilah masa yang ditunggu-tunggu. Hehe. Dengan kuasa boboi 13, jom kita klik random. org untuk pilih siapa yang bertuah tu. Here we goooo.

Top commentator pilihan cikla untuk bulan Mac 2019.
Top commentator pilihan cikla untuk bulan Mac 2019.

Wah, no 9 yang kena. Hehe. Tahniah Aiman sebab terpilih. So, sila wasap ke no 0173815843 dan taip PEMENANG HADIAH TOP COMMENTATOR MAC dan tulis sekali line telefon awak untuk diberi no topup ye. Pada yang tak terpilih janganlah jauh hati plak. Mungkin rezeki korang lepas ni ye. Ehh, janganlah serik nak singgah sini lagi ye.

Walau apa pun, terbaik korang!