19 April 2019

Sakit kepala bila bangun tidur pada waktu pagi? Meh baca apa sebabnya.

Gaiss, cikla nak tanya. Korang selalu tak kena sakit kepala bila bangun tidur pada waktu pagi? Korang nak tau apa sebab korang boleh kena camtu? Kalo nak tau, meh baca apa yang cikla nak share ni.
 
Sakit kepala bila bangun tidur pada waktu pagi? Meh baca apa sebabnya.
Gambar diubahsuai dari carian Google. Sakit kepala bila bangun tidur pada waktu pagi? Meh baca apa sebabnya. 

Korang semua memang kena cukup tidur setiap hari, iaitu 7-8 jam sehari. So, kalau korang TAK CUKUP TIDUR, nanti badan start buat hal. 

Ada masanya korang akan rasa sakit kepala siap efek dekat mata. Mata jadi pedih dan berair. Betul? So, lepas ni pastikan korang dapat tidur yang cukup ye. 

Ehh, kenape ada orang tidur dah cukup dah tapi kadang-kadang masih lagi sakit kepala gak bila bangun pagi. Haah, mungkin korang dah 'TERLEBIH' TIDUR pulak dah. 

Ada sesetengahnya, asyik terbongkang kat atas katil walaupun matahari dah terpacak atas kepala ni. Nak nak pulak kalau time cuti, adehh memang tapau sampai petang. Nak settle kan masalah ni? Dapatkan tidur dalam waktu yang disarankan. Kurang masalah, lebih pun masalah gak. 

Korang pernah dengar tak hormon ENDORPHINS? 

Kalau korang nak tau, hormon ni orang panggil hormon kebahagiaan sebab dia ni dapat bantu korang rasa tenang jek. Tapi, bila hormon ni rendah sangat, korang akan mula nak sakit kepala. 

Nak bagi ok balik, ada yang kata makan coklat, so that rasa tenang tu up balik, pastu sakit kepala tu lama-lama hilang. 

Korang yang selalu BERDENGKUR kena jaga-jaga tau sebab mungkin korang ada simptom 'sleep apnea'. Kalau korang nak tau, berdengkur ni boleh sebabkan oksigen kurang ke otak, jadi kesan dia haa kenalah sakit kepala bila bangun pagi tu. 

Benda ni normal je, tapi kalau kerap berlaku better pergi jumpa doktor lah, dapatkan rawatan apa yang patut. 

Tak minum kopi pada masa sepatutnya. Ehh, siapa kat sini COFFEE ADDICT? Senang cakap, pepagi tak pekena kopi secawan boleh sasau Dibuatnya. Adehh, parah dah tu. 

Bukan apa, kalau korang terlambat sikit time korang biasa minum kopi, mulalah sakit kepala sebab badan korang dah terbiasa dengan rutin tu. Emm, ada ehh yang macam tu? 

Pening kepala pada waktu pagi tanda KEMURUNGAN? Ye betul. Sebab kemurungan ni selalu dikaitkan dengan sakit kepala. Lagi satu, kemurungan ni berlaku bila mana tahap hormon SEROTONIN rendah. 

Mungkin korang ada penyakit TEKANAN DARAH TINGGI kalau kerap sangat sakit kepala terutama pada waktu pagi. 

Kredit Siraplimau.com

3 comments:

  1. Ohh, baru tahu kenapa sakit kepala bangun pagi kadang-kadang. Nampaknya lepas ni kena ada coklat kat sebelah Fatina hehe Terima kasih kongsi sebab sakit kepala di waktu pagi :)

    Fatina Mudz || The Infinity Words

    ReplyDelete
  2. Nice sharing!

    Jemput blogwalking ke blog saya :)

    ReplyDelete
  3. perkongsian yang ohsem..

    ReplyDelete