31 December 2018

Jejari roti viral, senang sangat nak buat.

December 31, 2018 3 Comments
Jejari roti viral, senang sangat nak buat. | Assalamualaikum wbt. Bila ibu memasak makanan yang disukai oleh anak-anak, memang berbunga-bunga je hati kan bila tengok diaorang makan. Bertalu-talu makanan diambil dari pinggan, terus masuk mulut. Habis, ambil lagi. Siap berebut-berebut.

Semalam, di kampung cikla try buat satu lagi resepi viral katanya. Jejari roti viral. Memang senang sangat nak buat. Senang gila.

Jom tengok bahan dan cara nak buatnya. Jom!

Resepi jejari roti viral.

Bahan-bahannya :
Roti gardinea atau wholemeal (any brand). 
Tepung KFC (any brand).
Sedikit air dan minyak untuk menggoreng.

Cara :
  1. Roti dibuang bahagian tepi dan potong panjang-panjang. Ketepikan.
  2. Selepas itu, dam bekas atau mangkuk yang sesuai bancuh tepung KFC dengan sedikit air. Korang agak-agaklah ye. Jangan cair sangat, jangan pekat sangat. Just nice bak kata orang putih. Dalam pinggan berasingan, letak tepung KFC kering. 
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian, celupkan roti yang dipotong tadi ke dalam tepung KFC yang telah dicairkan, selepas itu golek-golekkan atas tepung KFC kering.
  4. Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan minyak. Sedia dinikmati.

Taraaa, inilah hasilnya.

Jejari roti viral, senang sangat nak buat.
Jejari roti viral, senang sangat nak buat. 

Jejari roti viral, senang sangat nak buat.
Jejari roti viral, senang sangat nak buat. 

Jejari roti viral, senang sangat nak buat.
Jejari roti viral, senang sangat nak buat. 

Memang sedap jejari roti ni. Korang cicahlah dengan sos. Lagi mabelesss. Budak-budak pun suka makan. Kalah orang menggoreng. Mana taknya, elok angkat je, licin. Haha.

Elok juga. Roti pun menu mengenyangkan kan. Nak tau sedap ke idok kenalah try sendiri ya.

Ateee, cubalah nanti!

30 December 2018

Segmen Bloglist Awal Tahun, Januari hingga Mac 2019, ciklapunyabelog.

December 30, 2018 20 Comments
Segmen Bloglist Awal Tahun, Januari hingga Mac 2019, ciklapunyabelog. |  *this is sticky post until 11.59 pm on 30 Disember 2018. Please scroll below to read a latest entry. TQ!  

~SEGMEN TAMAT~

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, sekarang kita dan berada di pertengahan minggu kedua bulan Disember. Cepat ya masa berlalu kan. Tak lama lagi dah nak habis dah tahun 2018. Macam mana dengan tahun 2018? Mesti banyak kenangan tak pernah dilupakan kan. Betul tak? 

Oh ye, bersempena dengan ini, cikla nak melancarkan satu segmen bloglist untuk mencari blog-blog yang aktif duduk dalam bloglist cikla selama 3 bulan iaitu dari Januari hingga Mac 2019. Lama kan. 

Takpelah, cikla bagi can korang duduk lama sikit. Hehe... 

Segmen Bloglist Awal Tahun, Januari hingga Mac 2019, ciklapunyabelog.

Segmen Bloglist Awal Tahun, Januari hingga Mac 2019, ciklapunyabelog.
Gambar diubahsuai dari carian Google. Segmen Bloglist Awal Tahun, Januari hingga Mac 2019, ciklapunyabelog.

Macam selalu, cikla ada letakkan beberapa syarat mudah untuk korang join segmen ni. Ala, mudah je. Jom check syaratnya satu-satu. 

Syarat penyertaan utama yang sangat senang adalah seperti berikut;

  1. Follow blog ni pada yang belum follow di SINI. Nanti cikla akan followback
  2. Follow g+ di SINI.
  3. Follow twitter di SINI
  4. Follow Instagram di SINI
  5. Like fb page di SINI
  6. Buat satu entri ringkas yang bertajuk 'Segmen Bloglist Awal Tahun, Januari hingga Mac 2019, ciklapunyabelog.' Masukkan banner di atas dalam entri tersebut, kemudian linkkan ke entri ini. 
  7. Dalam entri itu juga, korang share lah sikit apa kenangan, pengalaman, cerita dan apa-apa saja yang berlaku sepanjang tahun 2018 ni pada diri korang ataupun orang sekeliling korang. Tak payah panjang-panjang, satu dua perenggan pun dah ok dah. 
  8. Lepas tu, korang tinggalkan link entri korang di ruangan komen. 
  9. Settle! 

Segmen berlangsung dari  6 Disember hingga 30 Disember 2018 pukul 11.59 malam. Keputusan akan diumumkan pada 31 Disember 2018, InshaAllah. 

Cikla akan pilih 10 blog bertuah yang akan menyerikan bloglist blog ni nanti dan akan duduk dalam bloglist selama 3 bulan. Tapi, kalau penyertaan kurang dari 10, automatik semua peserta akan masuk dalam bloglist. 

Pemilihan pemenang akan dibuat menggunakan khidmat random.org dan korang digalakkan blogwalking sesama sendiri jugak. 

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, cikla lancarkan segmen ni sekarang. Mehlah join ramai-ramai. Support cikla ok! 

Selamat bersegmen korang! 

29 December 2018

Puding jagung kastard guna sukatan cawan. Senang je!

December 29, 2018 3 Comments
Puding jagung kastard guna sukatan cawan. Senang je! | Assalamualaikum wbt. Cikla dah lama sebenarnya beli jagung dalam tin tu. Cumanya tak tau nak buat kuih apa guna jagung ni haaa. Kalau kuih-kuih yang melibatkan jagung ni, kalau bukan bubur jagung atau cekodok jagung, haaa ada satu lagi kuih yang kita boleh buat.

Puding jagung.

Apa lagi. Terus cari resepi senang dekat Google. Mana lagi kan, kalau bukan dekat situ. Hehe. Mudah dan cepat katanya.

So, dapatlah satu resepi senang ni. Tapi cikla opah sukatannya ikut bahan yang cikla ada. Huhu. Alhamdullilah, menjadi jugaklah.

Resepi puding kastard guna sukatan cawan.

Bahan-bahannya :
1 tin jagung. 
1 cawan tepung kastard. 
2 kotak santan. 
2 cawan air. 
3/4 cawan gula (kalau tak suka manis boleh je nak kurangkan). 
1/2 cawan susu pekat manis. 
Secubit garam. 
Sedikit pewarna kuning (optional).


Cara nak masak : 
Dalam bekas yang sesuai, campurkan semua bahan di atas. Gaul sampai sekata. Selepas tu, kacau bahan-bahan itu di atas api yang sederhana besar.


Korang kena sentiasa kacau tau sebab takut  hangus dan berkerak pulak nanti di bahagian bawah. Kacau sampai puding jadi likat dan melekat pada senduk pengacau.

Tutup api. Sementara puding masih panas, masukkan ke dalam loyang atau acuan yang disukai. Biarkan sejuk sebelum dipotong. Nak lagi sedap, simpan dalam peti ais.

Inilah hasilnya.

Puding jagung kastard guna sukatan cawan. Senang je!
Puding jagung kastard guna sukatan cawan. Senang je! 

Puding jagung kastard guna sukatan cawan. Senang je!
Puding jagung kastard guna sukatan cawan. Senang je! 

Puding jagung kastard guna sukatan cawan. Senang je!
Puding jagung kastard guna sukatan cawan. Senang je! 

Oklah kan, first time cuba. Bak kata orang putih, practice make perfect kata kauuu. Hehe. Cubalah, baru tau sedap ke tidak. Haaa, gitewwww.

Resepi asal SINI.

25 December 2018

Ayam sambal tomato. Merah menyala, tapi tak pedas langsung!

December 25, 2018 7 Comments
Ayam sambal tomato. Merah menyala, tapi tak pedas langsung! | Assalamualaikum wbt. Ayam masak sambal memang menjadi kegemaran anak-anak cikla. Kalau masak menu ni, memang bertambah-tambah makan. Janji jangan pedas. Memang sampai menjilat pinggan dibuatnya. Haha. 

Sebelum ni, kalau masa sambal ayam cikla akan guna sos tomato untuk kurangkan pedas cili. Tapi, sekarang tak lagi. Cikla tukar kepada tomato yang dikisar. Cilinya dikurangkan sikitlah kalau tak nak pedas. 

Jom tengok ayam sambal tomato cara cikla. 

Resepi ayam sambal tomato yang mudah. 

Bahan-bahannya : 
1 ekor ayam. 
1 biji bawang merah (dicincang). 
4 ulas bawang putih (dicincang). 
1/2 inci halia (hiris memanjang). 
1-2 sudu besar cili giling.
6 biji tomato (kisar). 
Sedikit air asam jawa, minyak secukupnya, garam dan sedikit madu. 
Bawang besar untuk hiasan (potong bulat). 

Cara nak masak : 
Ayam dibersihkan dan diperap dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dalam kuali, dan goreng ayam tadi. Jangan garing sangat sebab nanti keras. Tak sedap pulak. 
Dah siap goreng ayam, luakkan sedikit minyak goreng ayam dan tulis 3 sekawan (bawang merah, bawang putih dan halia) sampai kekuningan. 
Selepas itu, masukkan cili giling dan tumis sampai garing dan naik bau. Dah naik bau, masukkan tomato yang dikisar bersama sedikit air. Tumis sampai air sedikit kering dan bahan garing. 
Masukkan air asam jawa dan kacau sekejap. Perasakan dengan garam dan madu. Kalau takde madu boleh ganti dengan gula. Sesuaikan rasa. 
Last, masukkan ayam yang telah digoreng bersama bawang besar dipotong bulat. Gaul rata, dan biarkan naik minyak. Siap! 

Inilah hasilnya. Taraaaaa. 

Ayam sambal tomato. Merah menyala, tapi tak pedas langsung!
Ayam sambal tomato. Merah menyala, tapi tak pedas langsung! 

Ayam sambal tomato. Merah menyala, tapi tak pedas langsung!
Ayam sambal tomato. Merah menyala, tapi tak pedas langsung! 

Ayam sambal tomato ni hari tu cikla makan dengan nasi minyak. Memang sedap. Lawan pulak dengan acar timun masak. Mabelessss. 

Cubalah!



Migrain? Meh sapu minyak urut moden MMG.

December 25, 2018 1 Comments
Migrain? Meh sapu minyak urut moden MMG. | Assalamualaikum wbt. Rasanya semua orang pernah kena sakit kepala kot. Haaa, jangan cakap tak pernah kena ye. Biasaaaa dia tu. Eheeee.

Lepas tu, kalau dah kena, adoii semua kerja tak jadi. Cikla taulah, sebab cikla pun pernah kena gak. Ada pula yang kena tu, sakit kepala plus rasa mual pulak tu.

Dengan bunyi bising lagi. Adoii, bertambah-tambah penderitaan. Ehhh.

Jangan pandang remeh tau sebab, kadang-kadang rasa sakit di kepala ni boleh bagi bad effect juga pada badan korang tu. Uuisshh, macam risau pulak.

Kalau dulu cikla ingat sakit kepala ni, just sakit kepala je. Iyelah, rasa sakit di kepala kan. Tapi rupanya ada jenis-jenisnya.

Migrain? Meh sapu minyak urut moden MMG.
Gambar diubahsuai dari carian Google. Migrain? Meh sapu minyak urut moden MMG. 

Nak share semua banyak kot. Korang gogel je eh. Tapi, cikla nak share sakit kepala yang selalu berlaku je.

Migrain.

Rupanya, migrain ni penyakit turun temurun. Biasanyalah, sakit migrain tu kan selalu korang rasa dekat sebelah kepala je. Yang pernah kena taulah.

You know what, rasa kesakitan ni biasanya lebih sakit gila kalau nak compare dengan rasa sakit kepala yang lain.

Dah la sakit tak hingat, lepas tu lama pulak nak hilang.

Ada pulak tu, siap dengan muntah, loya bagai. Lagilah bertambah kesadisannya. Emm, cian kan.

Mereka yang migrain ni boleh je nak ambil ubat nak kasi lega. Tapi, plus dengan minyak urut moden MMG ni sure bertambah-tambah rasa lega tu.

Mana taknya, meresap berdesup doploh saat weiii.

Yang bessstttnya bau dahlah wangi, lepas tu tak berlengas. Kering je bila sapu. Senang nak bawak sana sini.

Mana tau kan, time korang tengah drive tetiba sakit kepala. Maklumlah asyik sangkut dalam jem kan, boleh guna terus. Pantas membantu melegakan. Sekali zasssss.

Hoyehhhh.

Psstt, promo combo jimat ada 7 hari lagi nak habis wehhh. Meh, wasap sepantas kilat. Kachinggggg. 

Migrain? Meh sapu minyak urut moden MMG.
Migrain? Meh sapu minyak urut moden MMG. 

Migrain? Meh sapu minyak urut moden MMG.
Migrain? Meh sapu minyak urut moden MMG. 

Bertindak sekarang!

24 December 2018

Kek pandan lembut dan gebu. InshaAllah, sedap punya!

December 24, 2018 2 Comments
Kek pandan lembut dan gebu. InshaAllah, sedap punya! | Assalamualaikum wbt. Resepi kek lagi. Jom tengok bahan-bahan dulu. 

Resepi kek pandan mudah. 

Bahan A :
2 1/2 tepung gandum. 
1 sudu teh soda bikarbonat. 
1 sudu teh baking powder. 
Secubit garam. 

Bahan B : 
3 biji telur. 
1 sudu teh ovalette. 
1 cawan gula aising. 

Bahan C : 
1 cawan susu cair. 
1 cawan minyak masak. 
1/2 cawan air daun pandan. 
Sedikit pewarna hijau. 

Cara buat kek. 

  1. Bahan A diayak. Ketepikan.
  2. Blender atau mixer bahan B sampai gebu. 
  3. Kemudian, masukkan bahan C ke dalam blender atau mixer berisi bahan B. Blender bahan tu kira-kira 2 hingga 3 minit. 
  4. Dalam bekas yang sesuai, campurkan bahan A dah hasil blender tadi. Just kaup balik je bahan-bahan tu. 
  5. Masukkan dalam loyang dan kukus dengan menggunakan api sederhana besar. Pastikan kukus dipanaskan dulu sebelum dimasukkan adunan tadi. 
  6. Kukus selama 40 minit atau sampai kek masak. Kalau korang guna bekas yang kecil tu, kukus dalam 10 minit je. 
  7. Dah masak, keluarkan dari pengukus. Sejukkan dulu sebelum dipotong. 

Inilah hasilnya. 

Kek pandan lembut dan gebu. InshaAllah, sedap punya!
Kek pandan lembut dan gebu. InshaAllah, sedap punya! 

Kek pandan lembut dan gebu. InshaAllah, sedap punya!
Kek pandan lembut dan gebu. InshaAllah, sedap punya! 

Kek pandan lembut dan gebu. InshaAllah, sedap punya!
Kek pandan lembut dan gebu. InshaAllah, sedap punya! 

Kek pandan lembut dan gebu. InshaAllah, sedap punya!
Kek pandan lembut dan gebu. InshaAllah, sedap punya! 

Sebenarnya, kek ni ada topping dia. Kalau korang nak buat boleh je. Cikla tak buat sebab bahan takde. Hehe. 

Cara nak buat topping. 

Bahan-bahannya :
250g cream cheese 
1/2 cawan susu pekat. 
1/2 cawan susu cair 
1 cawan whipping cream. 

Cara :
Mixer semua bahan sampai kembang dan ringan. 

Cara nak hias : 
  1. Bahagikan kek kepada 2 bahagian. Kemudian, ratakan topping di atas kek, lepas tu letak bahagian yang satu lagi. 
  2. Then, curahkan lebihan topping. Last, sangat cheddar cheese. Siap! 

Selamat mencuba ya! 

Kredit resepi : Nur Idayu.

22 December 2018

Minyak urut moden MMG pantas membantu melegakan selsema anak.

December 22, 2018 1 Comments
Minyak urut moden MMG pantas membantu melegakan selsema anak. | Assalamualaikum wbt. Anak-anak cikla kalau dapat berendam dalam air, memang sampai kecutlah barulah diaorang nak naik. Cikla ingat lagi, masa pergi holiday dekat kampung Janda Baik baru ni, tempat yang kami menginap tu ada kolam renang.

Sampai je dekat sana, memang nampak sangat bertapa excited nya mereka bila nampak kolam yang terbentang indah tu. Haha. Tak sabar nak mandi katanya. 


Aduhai... Cikla dengan encik suami pun tak boleh nak cakap apa dah...



Budak-budak kan, bila dah berendam lama sangat air malamnya nanti mulalah selsema. Lebih-lebih lagi si kakak. Kalau dah selsema memang kesian sangat. Asyik bersin je. Lepas tu gosok hidung sampai merah. 

Minyak urut moden MMG pantas membantu melegakan selsema anak.
Minyak urut moden MMG pantas membantu melegakan selsema anak. 

Itu sebabnya cikla akan bawa minyak urut moden MMG ini walau ke mana pun cikla pergi. Sebab-sebab macam inilah kan.



Paling tidak pun, minyak urut moden MMG boleh membantu melegakan rasa tak selesa dan hidung tersumbat akibat selsema.



Oleskan minyak urut ini secara nipis pada dada dan belakang badan mereka. Bekas-bekas minyak urut yang ada pada tangan tu sapu dekat hidung dan dahi sikit.



InshaAllah, anak akan rasa lebih selesa semasa mereka tidur. Takdelah asyik-asyik terjaga je... Cikla memang apply ini dekat anak-anak cikla...



Anak-anak korang selalu tak kena selsema?


Kerabu salad kacang botor cara saya. Menu diet ni!

December 22, 2018 2 Comments
Kerabu salad kacang botor cara saya. Menu diet ni! | Assalamualaikum wbt. Bagi cikla, nak sediakan makanan ni kadang-kadang kena kreatif juga kan. Kalau asyik-asyik cara sama je, lama-lama jemu juga. Kalau kacang botor orang makan mentah je buat ulam kan, kali ni cikla nak buat kerabu pulak. Kawannya dengan salad.

Ada kawan cikla macam pelik je cikla buat salad ni jadi kerabu. Iyelah, salad kan biasa orang makan dengan mayonis atau thousand Island, tapi cikla ubah sikit jadi kerabu. Haha.

Cikla suka salad jenis coral tu. Tapi, warna hijaulah. Salad jenis ni ada yang warna merah. Kalau korang suka, boleh je guna.

Jom tengok macam mana cara cikla buat kerabu salad kacang botor ni...

Resepi kerabu salad kacang botor.

Bahan utama :
Kacang botor (hiris, tak payah halus sangat).
Salad jenis coral (hiris).
Air limau nipis. 
Kelapa parut (digoreng tanpa minyak sampai kekuningan).

Bahan tumbuk : 
1 biji bawang merah. 
3 ulas bawang putih. 
Segenggam ikan bilis (digoreng tanpa minyak). 
5 biji cili api. 
1 biji cili besar merah. 
Garam, gula secukupnya.

Cara nak buat : 
Celur kacang botor dalam air panas. Sekejap je, jangan sampai lembik sangat. Toskan.  Dalam mangkuk yang sesuai, masukkan kacang botor yang telah dicelur, salad, bahan tumbuh, kelapa parut dan air limau nipis secukupnya. Gaul rata bahan-bahan tu semua. Korang rasanya ye asam garam semua cukup, sedaplah. Sedia untuk dihidangkan.

So, inilah hasilnya.

Kerabu salad kacang botor cara saya. Menu diet ni!
Kerabu salad kacang botor cara saya. Menu diet ni! 

Kerabu salad kacang botor cara saya. Menu diet ni!
Kerabu salad kacang botor cara saya. Menu diet ni! 

Kerabu salad kacang botor cara saya. Menu diet ni!
Kerabu salad kacang botor cara saya. Menu diet ni! 

Memang sedap diratah begitu aje. Selamat mencuba!

21 December 2018

20 December 2018

Senarai peserta Segmen Bloglist Awal Tahun, Januari hingga Mac 2019, ciklapunyabelog.

December 20, 2018 2 Comments
Senarai peserta Segmen Bloglist Awal Tahun, Januari hingga Mac 2019, ciklapunyabelog. | Assalamualaikum wbt. Alhamdullilah, masih ada yang sudi join segmen cikla ni. Hehe. Terima kasih ye. Apa kata kita tengok senarai peserta yang join.

Senarai peserta Segmen Bloglist Awal Tahun, Januari hingga Mac 2019, ciklapunyabelog.

Senarai peserta Segmen Bloglist Awal Tahun, Januari hingga Mac 2019, ciklapunyabelog.
Senarai peserta Segmen Bloglist Awal Tahun, Januari hingga Mac 2019, ciklapunyabelog. 


  1. https://thekaellaaaa.blogspot.com/2018/12/segmen-bloglist-awal-tahun-januari.html?m=1
  2. https://darihatimissmulan.blogspot.com/2018/12/segmen-bloglist-awal-tahun-januari.html?m=1
  3. http://zzzyy.blogspot.com/2018/12/segmen-bloglist-awal-tahun-januari.html?m=1
  4. http://www.mialiana.com/2018/12/segmen-bloglist-awal-tahun-januari.html?m=1
  5. http://www.aimisyahirah.com/2018/12/segmen-bloglist-awal-tahun-januari.html?m=1
  6. https://www.rasadantips.com/2018/12/segmen-bloglist-awal-tahun-januari.html?utm_source=dlvr.it&utm_medium=gplus&utm_campaign=aynora+nur&m=1
  7. https://stnrsyfh.blogspot.com/2018/12/segmen-bloglist-awal-tahun-januari.html?m=1
  8. https://www.shikinrazali.com/2018/12/segmen-bloglist-awal-tahun-januari.html?m=1
  9. https://itsnurulnajihah.blogspot.com/2018/12/segmen-bloglist-awal-tahun-januari.html?m=1
  10. https://mulan-sahbanu.blogspot.com/2018/12/segmen-bloglist-awal-tahun-januari.html?m=1
  11. http://ejulz.blogspot.com/2018/12/segmen-bloglist-awal-tahun-januari.html?m=1
  12. http://www.sayidahnapisah.com/2018/12/segmen-bloglist-awal-tahun-januari.html?m=1
  13. http://gadisgenits.blogspot.com/2018/12/segmen-bloglist-awal-tahun-januari.html
  14. http://mrdoctorspeaking.blogspot.com/2018/04/segmen-bloglist-awal-tahun-januari.html?m=

All the best korang. Pada yang belum join, klik SINI untuk join. Senang je pun syaratnya. Selamat bersegmen ye.

Apam gandum resepi mak. Sedapnya!

December 20, 2018 3 Comments
Apam gandum resepi mak. Sedapnya! | Assalamualaikum wbt. Hari tu tetiba teringin nak makan apam gandum. Malas nak cari resepi dekat Google, so tanya mak je. Cari bahan semua, semangat nak buat. Lagi excited sebab ini pertama kali cikla buat apam sendiri. Risau juga tak sesedap mak masak kan, tapi takpelah kita cuba aje. 

Mungkin ramai yang dah tau macam mana nak buat apam. Tapi, cikla nak share apam cara makan cikla. Senang rupanya. 

Apam gandum resepi mak. 

Apam gandum resepi mak.
Apam gandum resepi mak.

Bahan-bahannya : 
3 cawan tepung gandum. 
2 cawan air.
1 bungkus maurinpan (11 g). 
1/2 cawan gula. 
Pewarna kesukaan. 
Kelapa parut (gaul dengan sedikit garam). secukupnya. 

Cara nak buat. 
Dalam bekas yang sesuai, masukkan kesemua bahan tadi. Gaul rata. Selepas itu, perap adunan kira-kira 30 minit. Tapi, nak lama sikit pun takpe. Kukus selama 40 minit atau sehingga apam masak. 

Pastikan kukus telah dipanaskan dulu sebelum me masukkan adunan apam tadi. Tutup bahagia batas pengukus supaya wap tak menitik di atas apam. 

Dah masak, biarkan sejuk sekejap sebelum di potong. Sedap dimakan dengan kelapa parut. 

Hasilnya...

Apam gandum resepi mak.
Apam gandum resepi mak.

Apam gandum resepi mak.
Apam gandum resepi mak.

Apam gandum resepi mak.
Apam gandum resepi mak.

Apam gandum resepi mak.
Apam gandum resepi mak.

Memang sedap apam ni. Bolehlah korang buat untuk minum petang nanti... Cuba tau!

19 December 2018

Kerabu taugeh dengan salad, simple dan sedap!

December 19, 2018 2 Comments
Kerabu taugeh dengan salad, simple dan sedap! | Assalamualaikum wbt. Cikla sebenarnya berhajat nak buat dan makan kerabu ni taugeh ni semalam. Tapi, kes susah sangat cari kelapa parut. Itu yang tergendala jadinya. Taugeh dah standby, tapi kelapa parut tak jumpa. Haha. Tapi, alhamdullilah, tadi pagi pergi kedai dekat area rumah cikla, tengok ada kelapa. Syukur sangat. Hehe...

Resepi taugeh ni mak cikla yang ajar. Kira paling simple lah. Tak payah nak banyak baham sangat. Ada yang asas, dah jadi dah. Silap-silap haribulan, bertambah berpinggan-pinggan kang.

So, cikla nak ajar korang especially yang perlu pernah try sendiri buat kerabu. Macam cikla. Hehe. Ok, jom check macam mana nak buat.

Kerabu taugeh dengan salad, simple dan sedap! 

Kerabu taugeh dengan salad, simple dan sedap!
Kerabu taugeh dengan salad, simple dan sedap! 

Bahan utama : 
Taugeh (Cikla beli RM1. Tapi, terpulang pada korang nak banyak mana taugehnya. Nanti bahan lain korang agak-agaklah ye).
1 mangkuk salad (jenis coral, yang kerinting-kerinting tu dihiris halus). 
Sedikit timun jepun (hiris memanjang). 
1 mangkuk kelapa parut (digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan). 
Air perahan limau nipis, garam dan gula secukupnya (kalau korang nak guna cuka pun boleh ganti air limau nipis).

Bahan tumbuk : 
1 biji bawang merah. 
3 ulas bawang putih. 
1 biji cili merah. 
2-3 biji cili api. 
Segenggam ikan bilis (digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan). 
Sedikit belacan (dibakar. Tapi, kalau tak nak letak pun takpe. Cikla tak letak, sebab dah lama tak beli belacan. Hehe).

Cara : 
  1. Taugeh dicuci bersih, kemudian celur sekejap dalam air panas. Jangan sampai lembik. Angkat dan toskan. 
  2. Dalam mangkuk yang sesuai, masukkan taugeh yang telah ditoskan bersama semua bahan iaitu kelapa parut yang telah digoreng, salad, timun jepun, bahan tumbuk, garam, gula dan air perahan limau nipis. 
  3. Gaul rata bahan-bahan tu semua. Kalau asam garam gula masih tau ok, pandai-pandailah korang ejas ye. Oh ye, kalau korang suka pedas, boleh tambah cili. 
  4. Dah gaul rata, siap!

Inilah rupanya. Close-up sikit...

Kerabu taugeh dengan salad, simple dan sedap!
Kerabu taugeh dengan salad, simple dan sedap! 

Kerabu taugeh dengan salad, simple dan sedap!
Kerabu taugeh dengan salad, simple dan sedap! 

Kerabu taugeh dengan salad, simple dan sedap!
Kerabu taugeh dengan salad, simple dan sedap! 

Sebenarnya, cara nak buat kerabu ni ada banyak versi. Ada yang suka letak hirisan serai, bunga kantan dan lain-lain. Korang boleh je nak tambah sayur lain dalam ni, asalkan sesuailah. Contohnya, kacang botol, kacang panjang, daun selom, pegaga dan lain-lain. Tapi, resepi cikla ni kiranya yang paling simple dan senanglah.

Cikla memang suka ratah gitu je. Memang tak sedar habis semangkuk. Haha. Nak tau sedap ke tak, kenalah cuba ya.

18 December 2018

Resepi puding roti berkuah kastad yang mudah dibuat, enak rasanya! Jom buat...

December 18, 2018 5 Comments
Resepi puding roti berkuah kastad yang mudah dibuat, enak rasanya! Jom buat... | Assalamualaikum wbt. Niat nak buat puding roti ni dah lama sebenarnya. Cuma tak sempat nak mencari bahan dia. Kebetulan, adik cikla tanya pasal resepi puding roti, itu yang tetiba tergerak nak cuba. Tengok bahan pun senang nak dapat. Apa lagi kita kasi jadilah. Haha... Jom tengok bahan-bahan dia dulu... 

Resepi puding roti berkuah kastad yang mudah dibuat, enak rasanya! Jom buat...

Resepi puding roti berkuah kastad yang mudah dibuat, enak rasanya! Jom buat...
Resepi puding roti berkuah kastad yang mudah dibuat, enak rasanya! Jom buat...

Bahan utama untuk puding roti. 
10 keping roti gardenia (potong empat segi. Nak guna roti brand lain pun boleh). 
Planta atau marjerin. 

Bahan blender : 
1 tin susu cair. 
3 biji telur. 
1 penutup esen vanilla. 
4 sudu besar gula aising/gula. (cikla kurangkan sikit, kalau suka manis lebihkan). 

Hiasan : 
Kismis atau buah campur kering (rendam dalam air panas sekejap). Tapi kalau tak nak letak pun takpe. 

Bahan untuk kuah kastad : 
1 tin susu cair. 
1/2 cawan air. 
2 sudu besar tepung kastad. 
4 sudu besar gula aising/gula. 

Cara nak buat. 

Panaskan kukus dulu. Pastikan air kukus dan mendidih semasa masukkan puding roti nanti. 
Sapukan permukaan roti loyang dengan planta. Kemudian, susun roti dalam loyang. Tuangkan bahan yang telah diblend. Tekan-tekan roti bagi roti tenggelam dalam bahan yang diblend tadi. Last, taburkan kismis atau buah kering. Sedia untuk dikukus. 

Kukus selama 20 atau sampai masak. Cucuk puding dengan lidi yang bersih untuk tahu dah masak ke belum. Kalau lidi bersih, dah masaklah tu. 

Resepi puding roti berkuah kastad yang mudah dibuat, enak rasanya! Jom buat...
Resepi puding roti berkuah kastad yang mudah dibuat, enak rasanya! Jom buat...

Cara nak masak kuah kastad : 

Dalam periuk yang sesuai, campurkan air dan tepung kastad. Kacau biar tepung melarut. Kemudian, campurkan bahan lain dan kacau di atas api yang sederhana sehingga kuah menjadi pekat sedikit. Tutup api dan sedia untuk dihidang. 

So, inilah hasilnya. Puding roti bermandikan kuah kastad yang enak. Hehe... 

Resepi puding roti berkuah kastad yang mudah dibuat, enak rasanya! Jom buat...
Resepi puding roti berkuah kastad yang mudah dibuat, enak rasanya! Jom buat...

Resepi puding roti berkuah kastad yang mudah dibuat, enak rasanya! Jom buat...
Resepi puding roti berkuah kastad yang mudah dibuat, enak rasanya! Jom buat...

Resepi puding roti berkuah kastad yang mudah dibuat, enak rasanya! Jom buat...
Resepi puding roti berkuah kastad yang mudah dibuat, enak rasanya! Jom buat...

Sudahlah sedap, senang pula nak buat. Cuba tau! 

Kredit: Nurul Shafirma.

16 December 2018

Resepi kastad coklat sejuk. Sedap dan senang je nak buat!

December 16, 2018 9 Comments
Resepi kastad coklat sejuk. Sedap dan senang je nak buat! | Assalamualaikum wbt. Sebenarnya, resepi asal guna biskut marie perisa kopi. Tapi, disebabkan cikla tak jumpa pun biskut tu dekat kedai, yang ada pun biskut marie perisa coklat. So, cikla onzz ajelah since bahan-bahan lain semua dah ada. Tukar nama dia ajelah, dari kastad tiramisu ke kastad coklat. Settle! Haha. 

Walauapapun, thanks pada tuan punya resepi share resepi senang dan sedap ini. 

Resepi kastad coklat sejuk. 

Jom tengok bahan-bahannya dulu. Check it out! 
Resepi kastad coklat sejuk. Sedap dan senang je nak buat!
Resepi kastad coklat sejuk. Sedap dan senang je nak buat! 

Bahan-bahan :
1 tin susu pekat. 
1 tin susu cair. 
3 sudu makan gula aising. (Kalau korang suka manis, tambah je sukatan gula tu. Tapi, cikla rasa 3 sudu dah ok dah manisnya.)
11 sudu makan tepung kastad.
Air (Ikut sukutan 5 tin susu yang digunakan.)
Biskut marie perisa coklat (Kalau korang nak guna perisa kopi pun boleh). 
Milo dan garam secukupnya.

Cara nak buat pula :

  1. Dalam periuk yang sesuai, masukkan susu pekat, susu cair, tepung kastad, gula dan garam. Kacau sebati. 
  2. Selepas itu, letakkan periuk tersebut di atas api sederhana besar dan kacau bahan tadi sehingga menjadi pekat dan berkilat. 
  3. Tutup api dan sejuk kan sekejap. 
  4. Dalam bekas yang sesuai (cikla guna loyang je, korang boleh juga guna bekas kecil sikit senang nak makan kan), korang masukkan adunan kastad sebagai lapisan pertama. Diikuti dengan milo yang di tabur dan lapisan biskut marie. Ulang langkah tersebut sampai habis. 
  5. Bila dah siap, simpan dalam ice box semalaman. Memang sedap gila weh... Oh ye, kalau adunan kastad korang terlalu pekat, boleh cairkan sikit.

Inilah kejadiannya...

Resepi kastad coklat sejuk. Sedap dan senang je nak buat!
Resepi kastad coklat sejuk. Sedap dan senang je nak buat! 

Resepi kastad coklat sejuk. Sedap dan senang je nak buat!
Resepi kastad coklat sejuk. Sedap dan senang je nak buat! 

Resepi kastad coklat sejuk. Sedap dan senang je nak buat!
Resepi kastad coklat sejuk. Sedap dan senang je nak buat! 

Resepi kastad coklat sejuk. Sedap dan senang je nak buat!
Resepi kastad coklat sejuk. Sedap dan senang je nak buat! 

Tapi, memang sedap dimakan sejuk. Serius! Kalau nak tau sedap ke tak, kenalah cuba ye. Jangan lupa cuba tau!

Kredit : Solehah Yusoff

15 December 2018

8 tabiat buruk dan kesalahan yang selalu dilakukan oleh pemandu Malaysia.

December 15, 2018 3 Comments
8 tabiat buruk dan kesalahan yang selalu dilakukan oleh pemandu Malaysia. | Assalamualaikum wbt. Setuju tak kalau cikla cakap, kebanyakan orang akan bertukar karektor bila berada di atas jalan raya. Contoh terdekat adalah encik suami. Emmm, kalau tiba time hangin satu badan dia habis semua orang yang lambat bawa kereta dekat depan dia kena marah. Cikla dekat sebelah urut dada je. Bawa bersabar banyak-banyak ye. Asyik marah je, nanti cepat tua. Hehe.

Bagi cikla, bila memandu kita sebenarnya kena lebih banyak bersabar dalam pemanduan. Bukan apa, akibat dari ketaksabaran kita tu nanti menjadikan orang lain yang tak bersalah menjadi mangsa. Mangsa apa? Mangsa kecuaian kitalah!

Walaupun cikla ni tak tau memandu kereta, tapi tahu jugalah sikit-sikit mengenai peraturan jalan raya. Huhu!

So, cikla nak share dengan korang 8 tabiat buruk dan kesalahan yang selalu dilakukan oleh pemandu Malaysia. Jom check, manalah tau tetiba kita termasuk dalam 8 tabiat itu... Haha. Haaa, kantoi sudah!

8 tabiat buruk dan kesalahan yang selalu dilakukan oleh pemandu Malaysia. 

8 tabiat buruk dan kesalahan yang selalu dilakukan oleh pemandu Malaysia.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 8 tabiat buruk dan kesalahan yang selalu dilakukan oleh pemandu Malaysia. 

Pertama : Tak mematuhi lampu isyarat. 
Haa, kalau yang ni memang cikla selalu jumpa. Bila nampak lampu kuning, sepatutnya ready untuk stop kan. Bukannya makin tekan minyak. Bukan apa, malang tak berbau kan. Mungkin tabiat kita ni boleh menjadi punca kepada kemalangan. Cikla ingat lagi, dulu cikla pernah nampak kemalangan berlaku disebabkan oleh tabiat macam inilah. Lori kontena melanggar seorang penunggang motosikal yang nak jalan bila lampu hijau dilaluannya. Tetiba, lori tu boleh tekan minyak sebab nak kejar lampu isyarat. Padahal dah merah dah masa tu. Cikla tak tau pula apa nasib penunggang tu...

Kedua : Memotong di garisan berkembar. 
Kalau korang nak tau dan mungkin ada yang dah tau, garisan berkembar itu menandakan selekoh yang berbahaya ataupun lintasan kenderaan. Tapi, ada sesetengah pemandu main 'langgar' je. Kalau nasib tak naik, dah excident!

Ketiga : Berhenti di lorong kecemasan. 
Dah namanya lorong kecemasan, dah tentu ia digunakan semasa kecemasan saja kan. Betul tak? Lorong ini akan digunakan oleh ambulans atau bomba supaya mereka dapat sampai ke tempat kejadian secepatvyanv mungkin. Tapi itulah. Ada sesetengah orang yang suka sangat menyalahgunakan lorong ini sesuka hati. Sudahlah melambatkan perjalanan pihak berwajib untuk membantu mereka yang kesusahan, malah risiko kemalangan lagi terpaksa di hadapi. Huhu.

8 tabiat buruk dan kesalahan yang selalu dilakukan oleh pemandu Malaysia.
8 tabiat buruk dan kesalahan yang selalu dilakukan oleh pemandu Malaysia. Kredit Google. 

Keempat : Tak mematuhi had laju. 
Cikla perasan, kalau dekat highway kan selalu ada tanda had laju yang mesti dipatuhi oleh pemandu. Sebenarnya, had laju ini bagus supaya ia menambah baik ke selamatkan pengguna jalan raya sekaligus mengurangkan kadar kemalangan dan kematian yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya. Akan tetapi, masih ada yang suka melanggar had laju. Dah macam litar lumba dah gayanya.

Kelima : Mengekori terlalu dekat. 
Haa, ini satu masalah lagi. Suka sangat follow dekat sangat dengan kereta depan. Cuba kalau kereta tu tiba-tiba brek mengejut. Tak ke berdentum. Huhu. So, amalkan peraturan 3 saat untuk mendapatkan jarak yang selamat.

Keenam : Tukar lorong secara tiba-tiba tanpa menggunakan signal. 
Uisshh, bahayanya kan. Bagi cikla, penggunaan signal memang penting supaya orang yang berada dibelakang kereta kita tahu yang kita mahu menukar lorong. Kadang-kadang kan, kita tak perasan pun adanya penunggang motosikal di kawasan titik buta pemandu. Iyelah, kita tak nampak kan. Kalau terus nak tukar lorong, mungkin boleh excident ooo...

8 tabiat buruk dan kesalahan yang selalu dilakukan oleh pemandu Malaysia.
8 tabiat buruk dan kesalahan yang selalu dilakukan oleh pemandu Malaysia. Kredit Google. 

Ketujuh : Makan dan minum dalam kereta. Walaupun takde undang-undang khas yang melarang aktiviti makan dan minum semasa memandu, ia sebenarnya lebih elok dielakkan sebab perbuatan sebegini boleh mengganggu konsentrasi pemanduan korang. Manalah tau, time korang nak buka bungkusan makanan itu, mata asyik ralit tengok makanan tak pasal-pasal tumpuan hilang dan tangan teralih stereng. Allahu, bahaya kan!

Kelapan : Guna telefon bimbit semasa memandu. 
Kalau yang ni cikla rasa ramai je yang buat kan. Betul tak? Baik mengaku. Haha. Memanglah kadang-kadang kita memerlukan bantuan Google Maps atau Waze untuk membantu kita mencari lokasi tempat yang kita nak pergi, tapi elakkan dari berbalas mesej ataupun menjawab panggilan semasa memandu. Itu semua boleh dilakukan kemudian kan. Betul tak?

8 tabiat buruk dan kesalahan yang selalu dilakukan oleh pemandu Malaysia.
8 tabiat buruk dan kesalahan yang selalu dilakukan oleh pemandu Malaysia. Kredit Google. 

Jom kita latih diri kita menjadi seorang pemandu yang berhemah demi keselamatan diri sendiri dan  orang lain...

Kredit Akhbar Sinar Harian.






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.