'Santai Tapi Sampai'

1 December 2018

Aiskrim milo sedap. Sama macam yang dibeli. Jom cuba sendiri!

Anak cikla, kalau pergi kedai mesti minta belikan aiskrim. Diaorang ni memang suka sangat makan aiskrim, lebih-lebih lagi si kakak Farisya. Kalau ke kedai, mesti aiskrim yang menjadi permintaannya.

Disebabkan kesukaan anak-anak cikla tu, cikla try cari resepi aiskrim yang senang nak buat, cepat dan semestinya murah bahannya. Semalam cikla dah try buat aiskrim oreo viral. Alhamdullilah, menjadi. Anak-anak pun suka. Kali ni cikla nak try buat aiskrim milo pula. Tengok bahan-bahannya pun mudah je.

Jom check bahan-bahannya dulu.

Bahan-bahannya :

1 tin susu cair.*
2 sudu besar susu pekat.*
1 penutup esen vanila.*
1 sudu besar ovalette.* 
1 sachet milo. (Cikla guna 5 sudu besar milo, sebab tak yang sachet tu).

Cara-cara:

Masukkan semua bahan dlm blender atau mixer. Cikla guna blender je. Kemudian, blend atau mix bahan-bahan tersebut selama 5 minit. Selepas itu, tuangkan adunan yang dah siap ke dalam tupperware plastik atau bekas aiskrim yang sesuai. 

Aiskrim milo sedap. Sama macam yang dibeli. Jom cuba sendiri!
Aiskrim milo sedap. Sama macam yang dibeli. Jom cuba sendiri! Rupa paras aiskrim milo sebelum dibekukan. 

Bekukan dalam ice box semalaman. Dah keras, boleh dinikmati dengan gembira. Hihi. Inilah hasilnya.

Aiskrim milo sedap. Sama macam yang dibeli. Jom cuba sendiri!
Aiskrim milo sedap. Sama macam yang dibeli. Jom cuba sendiri! Rupa paras aiskrim milo selepas dibekukan. Sedap! 

Kalau anak cikla, memang tak sempat tunggu semalaman. Pagi buat, petang dah ngapp dah. Mujur cepat juga aiskrim mengeras. Itupun, asyik di skodeng je dekat dalam ice box tu. Tapi, memang sedap. Rasa aiskrim lembut dan halus je. Seriously, macam kita beli tu. Thanks tuan punya resepi sebab share aiskrim sedap dan senang nak buat ni! Best!

Oh ye, menurut tuan punya resepi bahan bertanda * adalah base untuk buat ais krim vanilla. Korang boleh juga kalau nak bubuh perasa lain yang menjadi kesukaan korang seperti serbuk koko, buah strawberry, oreo dan sirap coklat. Lepas tu, topping aiskrim bolehlah korang tabur serbuk kacang ke, choco rice ke, atau anything yang korang sukai.

Aiskrim milo sedap. Sama macam yang dibeli. Jom cuba sendiri!
Aiskrim milo sedap. Sama macam yang dibeli. Jom cuba sendiri! 

Memang kenalah kalau ibu-ibu nak buat sekarang kan. Lagi-lagi time cuti sekolah. Inilah masa nak 'jamu' anak-anak dengan makanan kesukaan mereka. Mereka happy, ibu pun happy juga! Nak tau sedap ke tak, kenalah buat sendiri!

Kredit: Azarimah Ismail.

4 comments:

  1. saya tag akk

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/12/mystery-boxes-giveaway-by-liyana-jasmi.html

    ReplyDelete
  2. Best ni, boleh try nanti! 😋😄

    ReplyDelete
  3. sdapnya..blh cuba ni..:)

    ReplyDelete
  4. Wah.. menarik nie.. pakai base tu boleh buat perisa lain juga ye..

    ReplyDelete