Advertisement

Kek pandan lembut dan gebu. InshaAllah, sedap punya!

KEK PANDAN LEMBUT DAN GEBU. INSHAALLAH, SEDAP PUNYA! Resepi kek lagi. Jom tengok bahan-bahan dulu. 

Resepi kek pandan mudah. 

Bahan A :
2 1/2 tepung gandum. 
1 sudu teh soda bikarbonat. 
1 sudu teh baking powder. 
Secubit garam. 

Bahan B : 
3 biji telur. 
1 sudu teh ovalette. 
1 cawan gula aising. 

Bahan C : 
1 cawan susu cair. 
1 cawan minyak masak. 
1/2 cawan air daun pandan. 
Sedikit pewarna hijau. 

Cara buat kek. 
  1. Bahan A diayak. Ketepikan.
  2. Blender atau mixer bahan B sampai gebu. 
  3. Kemudian, masukkan bahan C ke dalam blender atau mixer berisi bahan B. Blender bahan tu kira-kira 2 hingga 3 minit. 
  4. Dalam bekas yang sesuai, campurkan bahan A dah hasil blender tadi. Just kaup balik je bahan-bahan tu. 
  5. Masukkan dalam loyang dan kukus dengan menggunakan api sederhana besar. Pastikan kukus dipanaskan dulu sebelum dimasukkan adunan tadi. 
  6. Kukus selama 40 minit atau sampai kek masak. Kalau korang guna bekas yang kecil tu, kukus dalam 10 minit je. 
  7. Dah masak, keluarkan dari pengukus. Sejukkan dulu sebelum dipotong. 

Inilah hasilnya. 

Kek pandan lembut dan gebu. InshaAllah, sedap punya!
Kek pandan lembut dan gebu. InshaAllah, sedap punya! 

Kek pandan lembut dan gebu. InshaAllah, sedap punya!
Kek pandan lembut dan gebu. InshaAllah, sedap punya! 

Kek pandan lembut dan gebu. InshaAllah, sedap punya!
Kek pandan lembut dan gebu. InshaAllah, sedap punya! 

Kek pandan lembut dan gebu. InshaAllah, sedap punya!
Kek pandan lembut dan gebu. InshaAllah, sedap punya! 

Sebenarnya, kek ni ada topping dia. Kalau korang nak buat boleh je. Cikla tak buat sebab bahan takde. Hehe. 

Cara nak buat topping. 

Bahan-bahannya :
250g cream cheese 
1/2 cawan susu pekat. 
1/2 cawan susu cair 
1 cawan whipping cream. 

Cara :
Mixer semua bahan sampai kembang dan ringan. 

Cara nak hias : 
  1. Bahagikan kek kepada 2 bahagian. Kemudian, ratakan topping di atas kek, lepas tu letak bahagian yang satu lagi. 
  2. Then, curahkan lebihan topping. Last, sangat cheddar cheese. Siap! 

Kredit resepi : Nur Idayu.

Post a Comment

2 Comments