Puding jagung kastard guna sukatan cawan. Senang je!

Cikla dah lama sebenarnya beli jagung dalam tin tu. Cumanya, tak tau nak buat kuih apa guna jagung ni haaa. Kalau kuih-kuih yang melibatkan jagung ni, kalau bukan bubur jagung atau cekodok jagung, haaa ada satu lagi kuih yang kita boleh buat. Puding jagung! Apa lagi. Terus cari resepi senang dekat Google. Mana lagi kan, kalau bukan dekat situ. Hehe. Mudah dan cepat katanya. So, dapatlah satu resepi senang ni. Tapi, cikla ubah sukatannya ikut bahan yang cikla ada. Huhu. Alhamdullilah, menjadi jugaklah.

Bahan-bahannya :

1 tin jagung. 
1 cawan tepung kastard. 
2 kotak santan. 
2 cawan air. 
3/4 cawan gula (kalau tak suka manis boleh je nak kurangkan). 
1/2 cawan susu pekat manis. 
Secubit garam. 
Sedikit pewarna kuning (optional).

Cara nak masak :

Dalam bekas yang sesuai, campurkan semua bahan di atas. Gaul sampai sekata. Selepas tu, kacau bahan-bahan itu di atas api yang sederhana besar. Korang kena sentiasa kacau tau sebab takut  hangus dan berkerak pulak nanti di bahagian bawah. Kacau sampai puding jadi likat dan melekat pada senduk pengacau. Tutup api. Sementara puding masih panas, masukkan ke dalam loyang atau acuan yang disukai. Biarkan sejuk sebelum dipotong. Nak lagi sedap, simpan dalam peti ais.

Inilah hasilnya.

Puding jagung kastard guna sukatan cawan. Senang je!
Puding jagung kastard guna sukatan cawan. Senang je! 

Puding jagung kastard guna sukatan cawan. Senang je!
Puding jagung kastard guna sukatan cawan. Senang je! 

Puding jagung kastard guna sukatan cawan. Senang je!
Puding jagung kastard guna sukatan cawan. Senang je! 

Oklah kan, first time cuba. Bak kata orang putih, practice make perfect kata kauuu. Hehe. Cubalah, baru tau sedap ke tidak. Haaa, gitewwww.

Resepi asal SINI.

3 comments:

  1. Ni kalau lagi banyak jagung tu lagi sedap dok gigit2 haha

    ReplyDelete
  2. dap nyer...
    aida suka makan puding bila sejuk.
    lagipun puding jagung ni senang jer nak buat. nice di makan :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.