Jom buat sendiri acar timun masak sedap. Semudah 123!

Sejujurnya, ini kali pertama cikla masak acar timun ni. Kebetulan, mak, abah dan adik-adik cikla datang, tak tau nak jamu diaorang apa. Tangan laju juga skrol resepi mudah dan sedap dekat Google. Tetiba, terpandang pulak resepi nasi minyak yang senang. Terus teringin nak cuba. 

Resepi nasi minyak tu nanti cikla share dekat entri lain ye. I tell you, rupanya senang je nak masak acar timun ni. Takdelah sesusah mana. Pada yang dah tahu buat, ok. Tapi, pada yang tak tahu dan tak pernah buat, jom cikla share resepi senang ni. Apa yang penting, sedap oooo.

Jom check bahan-bahan yang diperlukan dulu. 

Jom buat sendiri acar timun masak sedap. Semudah 123!
Jom buat sendiri acar timun masak sedap. Semudah 123!

Bahan-bahannya :

1 batang timun jepun (potong panjang).  
1 batang lobak merah (potong panjang). 
3 ulas bawang putih (belah 4).
1/2 biji bawang besar (dimayang).
3 sudu besar cuka.
1 cawan air.
1/2 sudu kecil serbuk kunyit.
1 sudu besar cili giling.
1/2 sudu kecil biji sawi. 
Minyak untuk menumis serta garam dan gula secukupnya. 

Cara-cara :

Rendam timun dan lobal merah yang telah dipotong panjang di dalam air garam. Kemudian, dalam kuali yang sesuai, panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau, kemudian masukkan serbuk kunyit dan cili. Kacau dan biarkan sampai wangi.

Selepas itu, masukkan air dan biarkan sampai mendidih. Bila dah mendidih, masukkan timun, lobak, cuka, garam dan gula secukupnya. Taburkan biji sawi. Masak sebentar, tapi jangan terlalu lama. Masaklah dalam 2-3 minit gitu. Kemudian, padamkan api dan bolehlah dihidangkan. 

Jom buat sendiri acar timun masak sedap. Semudah 123!
Jom buat sendiri acar timun masak sedap. Semudah 123!

Jom buat sendiri acar timun masak sedap. Semudah 123!
Jom buat sendiri acar timun masak sedap. Semudah 123!

Memang sedap acar timun ni, lebih-lebih lagi kalau di ratan macam tu je. Krup krap krup krap time gigit timun dengan lobak. Uiii, sedap weh! 

Kredit resepi my resepi.com 

4 comments:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews