Advertisement

Kerabu salad kacang botor cara saya. Menu diet ni!

KERABU SALAD KACANG BOTOR CARA SAYA. MENU DIET NI! Bagi cikla, nak sediakan makanan ni kadang-kadang kena kreatif juga kan. Kalau asyik-asyik cara sama je, lama-lama jemu juga. Kalau kacang botor orang makan mentah je buat ulam kan, kali ni cikla nak buat kerabu pulak. Kawannya dengan salad.

Ada kawan cikla macam pelik je cikla buat salad ni jadi kerabu. Iyelah, salad kan biasa orang makan dengan mayonis atau thousand Island, tapi cikla ubah sikit jadi kerabu. Haha. Cikla suka salad jenis coral tu. Tapi, warna hijaulah. Salad jenis ni ada yang warna merah. Kalau korang suka, boleh je guna. Jom tengok macam mana cara cikla buat kerabu salad kacang botor ni.

Resepi kerabu salad kacang botor.

Bahan utama :
Kacang botor (hiris, tak payah halus sangat).
Salad jenis coral (hiris).
Air limau nipis. 
Kelapa parut (digoreng tanpa minyak sampai kekuningan).

Bahan tumbuk : 
1 biji bawang merah. 
3 ulas bawang putih. 
Segenggam ikan bilis (digoreng tanpa minyak). 
5 biji cili api. 
1 biji cili besar merah. 
Garam, gula secukupnya.

Cara nak buat : 
Celur kacang botor dalam air panas. Sekejap je, jangan sampai lembik sangat. Toskan.  Dalam mangkuk yang sesuai, masukkan kacang botor yang telah dicelur, salad, bahan tumbuh, kelapa parut dan air limau nipis secukupnya. Gaul rata bahan-bahan tu semua. Korang rasanya ye asam garam semua cukup, sedaplah. Sedia untuk dihidangkan.

So, inilah hasilnya.

Kerabu salad kacang botor cara saya. Menu diet ni!
Kerabu salad kacang botor cara saya. Menu diet ni! 

Kerabu salad kacang botor cara saya. Menu diet ni!
Kerabu salad kacang botor cara saya. Menu diet ni! 

Kerabu salad kacang botor cara saya. Menu diet ni!
Kerabu salad kacang botor cara saya. Menu diet ni! 

Memang sedap diratah begitu aje. Selamat mencuba!

Post a Comment

2 Comments

  1. Wow.. ohsem berul kerabu tu.. selalu makan kerabu kacang botor je.. tak pernah campur ngn salad.. boleh cuba nie..

    ReplyDelete
  2. Allahu... sedap nyer cikla.
    sure rangup ngup ngup tu bila kunyah.
    ada skit sambal belacan. nasi panas-panas. terbaik!

    ReplyDelete