"Luahan Rasa Tanpa Suara"

28 September 2023

Iye ke semua makanan ini dapat mencantikkan kulit kita?

September 28, 2023 0
Korang mesti tau kan faktor pemakanan juga amat berkait rapat kalau kita nak mencantikkan kulit kita. Khasiat dan vitamin yang terkandung dalam makanan boleh  membantu menyihatkan sekaligus mencantikkan kulit dari dalam. Jadi, dikatakan  8 jenis makanan ini sesuai untuk mereka yang nak kan kulit yang cantik dan sihat.


1- Jadikan timun sebagai masker untuk merawat masalah kulit muka yang kasar. Cara, parut di bahagian hujung timun pastu gaulkan dengan tepung jagung serta sedikit air. Kemudian, sapukan campuran tersebut pada keseluruhan muka korang sebelum tidur sebelum dicuci pada keesokan harinya. Timun jugak biasanya orang makan buat ulam atau dikadikan bahan asas dalam sesetengah jenis masakan.  

2- Dalam tomoto ada tinggi lycopene. Lycopene ni lah yang buat muka korang jadi merah berseri di sekitar pipi. Kulit muka jugak jadi licin dan halus macam kulit buah tomato. Tomato jugak boleh dijadikan bahan anti penuaan iaitu kulit menjadi lebih muda gitu.

3- Kandungan nutrien sepert protein, lemak, karbohidrat, kalium, zat besi, amarantin, rutin, purin, dan vitamin (A, B, dan C) yang ada dalam bayam sangat bagus untuk mengurangkan risiko kulit jadi berkerut dan berkedut walaupun usia korang semakin bertambah. Senang je, tambahkan bayam dalam menu harikan korang. Masaklah apa-apa yang sedap, janji ada bayam kat dalamnya. Haha. 

4- Korang yang suka makan badam dikatakan mempunyai kulit yang lebih sihat berbanding mereka yang tak mengambilnya langsung. Sebab, dalam badam kaya dengan vitamin E. Fungsi vitamin E ni adalah sebagai anti oksida supaya kulit jadi lebih kuat dan sihat nak nak pulak ketika korang  duduk kat bawah sinar matahari.

5-vSelalu korang dengar lobak merah ni bagus untuk bagi mata jadi fresh, namun tahukah korang lobak merah yang kaya dengan vitamin A ini boleh bantu ransang sel kulit supaya jadi lebih baik sekaligus menghalang sel-sel kanser.

6- Semua orang suka coklat kan? Coklat bukan boleh membuatkan korang rasa happy je malah boleh bantu tekstur dan kekenyalan kulit korang jadi lebih tegang. Toinggg toinggg gitu. So, now korang bolehlah abaikan omongan coklat boleh buat korang jadi gemuk dan pencetus jerawat sebab coklat sebenarnya mempunyai pelbagai khasiat yang tinggi dan terbaik. 

7- Untuk pengetahuan korang, teh hijau adalah sejenis teh yang dibuat dari daun Camelia senensi yang mengalami oksidasi minima sepanjang proses pembuatannya. Selain bagus untuk kesihatan, ia jugak bantu kulit jadi lebih halus dan mulus. 

8- Ubi manis sememangnya kaya dengan vitamin C. So, ia boleh bantu haluskan kulit, malah menghindarkan kulit dari kerutan. Vitamin C yang ada dalam ubi adalah salah satu bahan penting yang membentuk kolagen yang amat baik untuk kelunturan dan keanjalan kulit.

Moga bermanfaat. 

27 September 2023

Putihkan kulit guna gula?

September 27, 2023 1
Macam tak caya jer gula boleh putihkan kulit. Hurmm, tapi jaga-jaga tau risau kena hurung semut pulak nanti. 

Putihkan kulit guna gula?
Putihkan kulit guna gula? Kredit Google. 

Cara-caranya:

1. Cuci muka dengan air bersih elok-elok.

2. Pastu, lap muka dengan tisu basah kalau ada. Kalau takde, guna je tuala lembut yang bersih.

3. Campur 1 sudu gula pasir/gula perang dengan pencuci muka yang biasa korang guna.

4. Sapu campuran tersebut kat muka korang softly. 

5. Sambil menyapu tu, urut kulit muka secara membulat 5 ke 10 minit gitu.

6. Kemudian, biar jap dalam 10 minit.

7. Seterusnya, bilas muka korang untuk nyahkan sisa gula tadi.

8. Last, bilas muka korang second time dengan air sejuk sebab nak tutup liang pori kulit yang terbukak.

Korang buatlah seminggu sekali camtu sampai kulit korang secerah yang korang nak. 

Selamat mencuba. 

Ni mesti nanti ada yang kata gula dah la mahal nak tepek kat muka lagi. Haha. 

Kredit Petua dan Kesihatan.

Petua mencuci hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah.

September 27, 2023 0
1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa. Ini adalah salah satu
kaedah yang sangat berkesan. Semasa berdoa turut katakan “Ya, Allaah jadikan hatiku bersih.”
 
2. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW paling minima 100 X sebelum
tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
 
3. Solat taubat. Selain dari memohon keampunan, ia dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
 
4. Membaca Al-Quran. Selain dapat mencuci hati dan menenangkan jiwa, ayat Al-Quran adalah penyembuh, penenang dan terapi. Bacalah sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
 
5. Bermaaf-maaafan sesama kawan setiap hari. Masa minta maaf perlu sebutkan.
 
6. Bisik pada diri perkara yang positif. Jangan sesekali kritik, kutuk dan  merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan, “Aku sebenarnya……"(sebut perkara yang elok-elok je.)
 
7. Program minda atau cuci minda. Paling baik lakuan pada waktu malam sebelum tidur, senyum dan pejam mata, pastu katakan di dalam hati,

“Ya, Allaah, cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif dan positif...” Kalai korang nak tau, menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sampailan keesokan harinya. Cubalah! 
 
8. Berpuasa, sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan
perkara-perkara kejahatan.
 
9. Cuba ingat tentang mati (sekiranya hendak buat sesuatu kejahatan. Tak sampai hati sebab bimbang akan mati bila-bila masa).
 
10. Kekalkan wuduk.
 
11. Bersedekah.
 
12. Belanja orang makan.
 
13. Jaga makanan. Jangan makan makanan yang subhat.
 
14. Berkawan dengan ulama.
 
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
 
16. Pesan pada orang, jadi baik.
 
17. Menjaga pacaindera seperti mata, telinga, mulut dan sebagainya. Jangan dengar orang mengumpat.

Moga bermanfaat. 

26 September 2023

Khasiat halia yang sangat berguna untuk kesihatan.

September 26, 2023 1
Halia, sejenis rempah berakar dan rasa pedas. Cikla yakin semua orang kenal halia. Iyelah, halia ni kita guna dalam menu masakan dan boleh dikatakan kita gunakan dia setiap hari sebab ia juga bermanfaat untuk kesihatan jugak. Selain dari manfaat popular dia untuk mengeluarkan angin dalam badan, ada banyak lagi manfaat halia yang lain. Apakah itu? Jom kita baca sampai habis. 



-Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu perbaiki aliran darah serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

-Halia adalah penawar terbaik dan berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Walaupun sebab yang tepat tak diketahui, tapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan bila diberi serbuk halia.

-Halia dah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum 2-3 kali sehari.

-Halia sesuai dalam membantu sistem pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Ia juga dapat mengurangkan keradangan.

-Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal atau usus.

-Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.

-Kalau korang mengalami selsema atau batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru  dan melonggarkan kahak sebab ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. 

-Halia membantu meningkatkan sistem imun. Dengab pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh bantu kurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.

-Halia boleh membantu mengurangkan dan mengatasi masalah morning sickness dan ketidakselesaan perut sebanyak 75%.

Moga bermanfaat.

25 September 2023

Bilis Cukbi, rangup pedas dan sedap. Wajib cuba!

September 25, 2023 3
Akhirnya.
Akhirnya.
Akhirnya.

Yang ditunggu mai jugak, yeaayy. 

Cun cun pulak time cikla nak lunch, bak kata pepatah bagai mengantuk disorongkan bantal. Gitu.

Bilis Cukbi, rangup pedas dan sedap. Wajib cuba!
Bilis Cukbi, rangup pedas dan sedap. Wajib cuba!

Masuk je mulut, zasss rasa pedas manis masin lemak semua menjalar. Fuhhh, ngam semua rasa dia bercampur baur. 

Tambah menghangatkan perasaan, krupp krapp kruupp kraapp bunyi bilis dengan cukbi, memang rangup weh. 

Pedas dia masih boleh bincang lagi la. Senang cakap pedas yang senang hilang. Halahhh halahhh, camne nak terangkan ehh. Nak lukis tak reti pulak. Haha. 

Bilis Cukbi, rangup pedas dan sedap. Wajib cuba!
Bilis Cukbi, rangup pedas dan sedap. Wajib cuba! Kredit gambar FB kak Norshahida Lambri.

Kome pergi la terjah FB kak Norshahida Lambri rasa sendiri. Klik link kat bawah tu. Harga takde lah mahey benor tapi berbaloi la. Sepeket RM13 for 130 gm.  Recommended! 

Hurmm, buat stok sahur bulan posa okey gak ni. Stok diet pun boleh. Apa salah. Hihi.

Klik SINI untuk oder.

24 September 2023

Drama terbaru Pemburu Rahsia, drama suspen thiller wajib tengok.

September 24, 2023 0
Lepas habis jer cite Obsesi Dia, cikla tak tengok pun cerita then next. And cerita the next pun dah habis, kuar pulak cerita ni. Drama suspen thiller. Wah, memang cerita camnilah yang cikla suka. Suspen suspen gitu. Tengok pelakon dia pun boleh tahan walaupun ada pelakon baru yang cikla tak kenal pun. Haha. Rasanya minggu ni dah minggu akhir pun, tapi cikla baru berkesempatan follow dari episod 1. 

Bagi cikla semua orang/watak dalam drama ni misteri. Haha. Pendek kata, semua boleh dikatakan suspek. Setiap episod tu ada jer part yang mendebarkan, and tak sabar nak tengok the next kisah. Haha. Okey la, jom la baca sinopsis boleh kita dapat gambar drama ni berkisahkan apa kan. Lepas tu, apa lagi. Laayannnn. Hihi.

Drama terbaru Pemburu Rahsia, drama suspen thiller wajib tengok.
Drama terbaru Pemburu Rahsia, drama suspen thiller wajib tengok. 

Pelakon :
Intan Najuwa sebagai Aliya.
Adam Lee sebagai Waiz.
Scha Elinnea sebagai Marissa Damia.
Haliza Misbun sebagai Suraya.
Muaz Zabir sebagai Ikmal.
Raff Roslee sebagai Syaqir.
Kimberly Chuah sebagai Elijah.
Silfeny Osman sebagai Detektif Fasha.
Zarul Husin sebagai Inspektor Rahmat 
Fariz Isqandar sebagai Hakimy.
Raden Zaharatul sebagai Bella 
Sinopsis:
Seorang gadis, Marissa Damia Nordin, seorang pempengaruh di media sosial telah ditemui mati di kawasan sebuah kolej. Mangsa dikatakan telah membunuh diri dan telah terjun daripada tingkat 7 bangunan kolej berkenaan. Sebelum membunuh diri, mangsa dikatakan sempat membuat 'live' di laman media sosialnya dalam keadaan menangis.

Pemergiannya secara tiba-tiba telah mengejutkan ramai pihak. Punca depresi Damia juga menjadi tanda tanya. Kakak Damia, Aliya, telah mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia demi mencari jawapan bagi persoalan ini.

Tidak lama kemudian, Aliya telah menerima mesej dari sebuah akaun misteri di Instaspace yang menjadi petunjuk kepada kes ini. Pengguna tersebut telah mendedahkan tentang lima orang pelajar kolej yang telah lama membuli Damia dalam alam siber.

Drama terbaru Pemburu Rahsia, drama suspen thiller wajib tengok.
Drama terbaru Pemburu Rahsia, drama suspen thiller wajib tengok. 

Drama terbaru Pemburu Rahsia, drama suspen thiller wajib tengok.
Drama terbaru Pemburu Rahsia, drama suspen thiller wajib tengok. 

Drama terbaru Pemburu Rahsia, drama suspen thiller wajib tengok.
Drama terbaru Pemburu Rahsia, drama suspen thiller wajib tengok. 

Aliya berpendapat bahawa mereka ini perlu bertanggungjawab. Dipacu rasa kasih seorang kakak, Aliya nekad untuk membuktikan bahawa kelima-lima pelajar tersebut bersalah atas kematian adiknya. Dia telah dibantu oleh Sir Waiz yang merupakan kaunselor.

Namun, dalam perjuangannya untuk Damia, dia tidak sedar bahawa terdapat seseorang yang sentiasa memerhati dan mengancam nyawanya. Berjayakah Aliya menuntut keadilan buat adiknya?

So, macam biasa nak tau apa kesudahannya, siapa dalang disebalik semua yang berlaku kenalah tengok sampai episod final kan? Okey la, happy watching. 

Kredit info SINI 

20 September 2023

First time naik Bukit Bendera, so excited memasing.

September 20, 2023 2
Dua kali datang ke Penang, baru kali ni berkesempatan naik Bukit Bendera. Teruja  semestinya, lagi-lagi anak-anak cikla. Lepas je balik kenduri, terus gerak ke sana siap dengan berbaju kebaya lagi. Aduhai, kes malas nak balik semula ke homestay la ni. Lagipun homestay agak jauh so malas nak patah balik. Takpelah, kita hantam sajalah. Hahaha. 

Pestaim naik bukit bendera, ujan. Apa nak buat memasing dah excited kan sebab sebelum ni datang Penang tak berkesempatan. So, peluang dah ada kita nikmatinya aje. 

Puncak bukit ni agak dingin pada ketinggian lebih 800m dari aras laut (tinggi gak kan). Posing pun tak banyak sangat sebab ujan kan. So, kita layan je laa apa yang ada. Haha. 

First time naik Bukit Bendera, so excited memasing.
My bujang sorang. 

First time naik Bukit Bendera, so excited memasing.
Kakak kawasan. Garang budak ni.

First time naik Bukit Bendera, so excited memasing.
Balik kenduri kawin terus ke sini. Memang tak de la nak tukar baju. Hantam sajalah.

First time naik Bukit Bendera, so excited memasing.
Masa amik gambar ni ujan renyai renyai. Tapi takpelah, bukan selalu main ujan kan. 

First time naik Bukit Bendera, so excited memasing.
Kuyup memasing. Janji enjoyy. Haha. 

First time naik Bukit Bendera, so excited memasing.

Pakai baju opah buat. Comeyyy


First time naik Bukit Bendera, so excited memasing.
Tiga beradik.

First time naik Bukit Bendera, so excited memasing.
Kak ngah. Payah nak suruh anak dara sorang ni bergambar. Dapat gambar senyum camni syukur.

First time naik Bukit Bendera, so excited memasing.
Time ngam memang kamcing sangat.

First time naik Bukit Bendera, so excited memasing.
Walau sejuk kat luar tu, kita layan jugak ni. Luar dalam sejuk ahaha. 

First time naik Bukit Bendera, so excited memasing.
Perghhhh, menggoda sungguh aiihhh. Semangkuk ni kongsi 2 orang. Kenyang. 

First time naik Bukit Bendera, so excited memasing.
Time ni tengah tunggu turn nak naik buggy. Posing dulu.

First time naik Bukit Bendera, so excited memasing.
Cak...

First time naik Bukit Bendera, so excited memasing.
Naik buggy pusing pusing keliling puncak. Tak turun pun. Duduk atas ni. Apa susah, ada driver bawak. Bayo jer RM30 sekali naik. 

First time naik Bukit Bendera, so excited memasing.
Sempat posing lagi dengan kakak long. Hihi.

First time naik Bukit Bendera, so excited memasing.
Peace no war, gituuu.

First time naik Bukit Bendera, so excited memasing.
Dalam tren. Cuak, seram campur excited. Haha. 

First time naik Bukit Bendera, so excited memasing.

Amboi yang belakang tu lain macam senyum.


Simpan sini buat kenangan. 

19 September 2023

Makanan yang sesuai diambil ketika seseorang itu demam.

September 19, 2023 1
Tak dinafikan, bila demam selera makan pun ke laut. Makanan kegemaran pun rasa tawar hambar, tak sedap langsung. So, mungkin senarai makanan di bawah ini boleh diambil ketika kita demam. Bukan apa, pengambilan makanan yang sesuai akan mempercepatkan proses penyembuhan seterusnya menambahkan tenaga.  


1. Sup ayam yang diletak bersama bawang putih.

Hidangan ni boleh dijadikan sebagai antibiotik semulajadi. Kehadiran bawang putih di dalam menu ini membantu dalam melawan demam. Selain itu, ia mempunyai beberapa ciri-ciri antivirus dan juga menghasilkan antioksidan. Daging ayam juga adalah sumber protein untuk memberikan kita tenaga yang penting. Lagipun, menu ni mudah disediakan dan sedap dimakan panas ketika demam. 

2. Makan madu asli.

Madu mentah mempunyai kandungan polifenol antibakteria dan antivirus yang boleh membantu dalam melawan jangkitan bakteria. Malah, madu bagus kalau korang mengalami sakit tekak.

3. Sup ikan.

Ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung amat kaya dengan Omega-3 asid lemak yang mana ia adalah sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan dalam badan. Kalau korang kurang rajin nak buat sup, ikan juga boleh dimasak dengan pelbagai jenis masakan. Apa yang penting, ia mempunyai khasiat  yang baik untuk orang yang kurang sihat. 

4. Sup sayur.

Sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan sebab mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Ia akan membantu melawan sejuk dan selesema. Resepi sup sayur ini sangat mudah disediakan dan tak rumit. Letak je sayur-sayur kegemaran korang. 

5. Buah beri biru.

Ada kajian memgatakan, beri biru mempunyai antioksidan yang paling aktif dalam mana-mana buah-buahan segar. Ia mengandungi tahap antosianin yang merupakan salah satu antioksidan yang paling kuat. Beri biru membantu dalam meningkatkan imuniti seseorang dalam menentang sejuk dan selesema. 

6. Masakan yang mengandungi kunyit. 

Semua tau kot, kunyit boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Tambahkan kunyit ke dalam makanan atau menu korang ketika korang diserang selesema. Selain itu, korang juga boleh menambah kunyit ke dalam susu panas bagi melegakan selesema dan demam. Cubalah.

Moga bermanfaat. 

18 September 2023

Jangan bandingkan.

September 18, 2023 1
Membandingkan diri kita dengan orang lain, kita yang akan rasa sakitnya. Jadi, bandingkan diri kita dengan diri kita yang sebelumnya. Itu lebih baik kerana kita akan sentiasa ingin terus berusaha menjadi lebih baik walaupun bukan yang terbaik. 

Jangan bandingkan.
Jangan bandingkan.

Moga dipermudahkan segalanya. 

16 September 2023

Ulser mulut sembuh guna lemon?

September 16, 2023 3
Lemon dikatakan boleh menyembuhkan ulser mulut atau mata ikan. Sifat antibakteria dan antiviral lemon dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut ni. 

Caranya:

Ulser mulut sembuh guna lemon?
Ulser mulut sembuh guna lemon? Kredit Google. 

Campurkan lemon yang telah diperah dengan air suam dan kumur dengan solution ni at least 3 kali sehari. 

Mula-mula memang rasa pedih tapi lama-lama nanti dah tak rasa apa.

Moga membantu.

15 September 2023

Book Review : Fiksyen 302, para peminat buku thriller wajib baca ni.

September 15, 2023 0
Lama dah rasanya tak membaca novel. Inilah novel pertama cikla baca setelah sekian lama. Cikla memang minat penulis novel ni, sapa lagi kalau bukan novelis thriller no.1 Malaysia, saudara Ramlee Awang Murshid. Banyak karya beliau sebenarnya, semua best best. Cikla nak buat review sikit pasal buku ni tapi takdelah cerita semua kan? Tak best la nanti sapa yang belum baca, tak suspen pulak kang. Hihi. 

Book Review : Fiksyen 302, para peminat buku thriller wajib baca ni.
Book Review : Fiksyen 302, para peminat buku thriller wajib baca ni. 

Tajuk novel : Fiksyen 302. 
Penulis : Ramlee Awang Murshid.
Genre : Psikologi Thriller.
Bilangan halaman : 501 muka surat. 
Terbitan : Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd. 

Review :

Basically, kisah 4 figura yang berlainan latar belakang yang menjadi kambing hitam kepada kerakusan dan dendam 'Zonan', roh jahat yang tak berjasad, mukanya tak berwajah. Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash Kumar dan Farid Ja'ah, mereka membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam dan dengan cara yang hampir serupa iaitu melakar angka 302 di dahi mangsa. Selepas itu, mereka sendiri yang akan menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Semasa diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan tanpa pakaian. 

Watak-watak penting yang lain seperti Rita Yuzalina, Noorhafiza Izura, Alias, Hizamnuddin, Dr. Rozlina, Datuk Mahali, Datin Ummu Hani, Irwansyah, Zarina, Sabri menguatkan lagi penceritaan dan menjadikan cerita lebih suspen dan mendebarkan. 

Pada awal pembacaan cikla, cikla rasa penceritaan novel ni macam kita boleh agak apa yang akan berlaku next. Tapi, bila sampai part Farid Ja'ah dan Dina Din itu ada orang yang 'sama', baru cikla rasa macam wahhh jalan cerita lebih mendebarkan dan kita tak sabar untuk habiskan setiap bab sebab nak tau kisah seterusnya. 

And part yang paling best, pendedahan siapakah sebenarnya Zonan tu dan rahsia yang disimpan oleh ibu Rita, iaitu Datin Ummu Hani berkaitan dengan kematian Zarina 20 tahun dulu yang mana inilah punca kepada semua pembunuhan itu berlaku. Memang tak sangka sungguh. 

Book Review : Fiksyen 302, para peminat buku thiller wajib baca ni.
Book Review : Fiksyen 302, para peminat buku thiller wajib baca ni. 

So, kalau korang nak tau full kisah pasal novel Fiksyen 302 ni kenalah baca sendiri. Baru korang rasa real dan teruja, hihi. Apa yang penting, ada pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah novel ni iaitu jauhi sifat dendam sebab ia akan memberi kesan buruk sepanjang hayat. Hati jadi tak tenang, hidup pun jadi huru-hara sebab perasaan marah sentiasa menguasi diri. Bila diri sentiasa dalam keadaan sebegitu, apa lagi syaitan pun senanglah nak buat kerja dia. Nauzubillah. 

My ratings ; 4.9/5 

Pada korang yaang suka baca kisah bergenre sebegini mesti masukkan this novel dalam list buku korang. Best!

Selalu kena kejang otot? Mungkin makanan ini boleh bantu kurangkan masalah anda.

September 15, 2023 1
Rasanya semua orang pernah kena masalah kejang otot kan? Tapi kalau ahli sukan atau atlet benda ni biasa je. Sebenarnya, kejang ataj krem ni berpunca daripada kontraksi yang menyakitkan dan menjadikan otot rasa ketat dalam tempoh beberapa saat atau berlanjutan sehingga 15 minit. Benda ni boleh jadi secara tiba-tiba pada bahagian anggota badan dan sukar diramal. Ia boleh boleh jadi kat peha, betis, kaki, tangan, lengan ternasuklah perut ketika seseirang itu sedang berjalan, duduk, bersenam atau tidur.

Kekejangan ni boleh berlaku pada semua orang ye, tak kiralah orang tu seorang yang cergas aktif atau sebaliknya. Apa yang merisaukan, dikatakan mereka yang kerap kejang ni berisiko mengalami masalah kegagalan buah pinggang kronik, urat bersimpul (varicoe vein), diabetes mellitus, parkinson termasuklah kecederaan saraf (peripheral neuropathy). 

Selalu kena kejang otot? Mungkin makanan ini boleh bantu kurangkan masalah anda.
Selalu kena kejang otot? Mungkin makanan ini boleh bantu kurangkan masalah anda. Kredit Google.

Jadinya, kondisi ini tak boleh dipandang ringan dan perlu mendapatakn rawatan pakar selain dari mengamalkan diet yang baik untuk mengelak masalah ni kerap terjadi. 

Di samping mendapat rawatan yang sewajarnya, mungkin senarai makanan ini boleh membantu kita mengurangkan masalah ini. Antaranya ; 

1. Avocado - kaya dengan kalium dan magnesium yang mana ia bertindak sebagai elektrolit dalam badan. 

2. Tembikai - buah yang kita tau tinggi kandungan air di dalamnya. 

3. Air kelapa - mengandungi kalsium, kalium, magnesium dan fosforus. 

4. Keledek - sayur yang mengandungi vitamin yang tinggi dan mineral yang bagus untuk fungsi otot. 

5. Yogurt Greek - produk tenusu yang tinggi nutrien dan bagus untuk tubuh kita. 

6. Air rebusan tulang - dapat membantu kita untuk kekal hidrat dan boleh bantu kurangkan masalah kejang otot.

7. Makanan yang ditapai - jeruk dan kimchi sebenarnya adalah makanan tinggi sodium yang bagus untuk mengurangkan masalah kejang. 

8. Salmon - kaya dengan zat besi dan mineral yang penting untuk penghasilan sel darah yang sihat. 

9. Minuman smoothies - kombinasi pelbagai buah dan sayur yang di blend boleh bantu badan mendapat fungsi yang optimum. 

10. Sardin - ikan kecil yang kaya dengan selenium. 

Moga bermanfaat. 

Kredit : Ruangan Sinar Aktif, SinarPlus. 

Alhamdullilah syukur selalu.

September 15, 2023 2
Selamat pagi semua. 

Alhamdullilah syukur selalu.
Alhamdullilah syukur selalu. Kredit Google. 

Kita bangun di pagi hari itu tandanya Allaah masih memberikan nikmat dan peluang untuk kita perbaiki diri, bertaubat menyesali dosa-dosa.

Alhamdullilah. 

Masih berpeluang melakukan amal, beribadah dan memperbaiki silaturrahim yang selama ini dingin. Tebus dan perbaikilah salah silap kita, dan jangan ego meminta maaf dan memaafkan.

13 September 2023

Peminat dessert patut singgah ke Starzy Corner bila ke Tanah Rata, Cameron.

September 13, 2023 0
Tak dinafikan di kawasan Tanah Rata, Cameron Highland ni memang banyak sangat pilihan untuk menjami selera tak kiralah masakan berat, stimbot dan pencuci mulut atau dessert. Salah satu kedai atau tempat menarik untuk para pencinta dessert adalah di Starzy Corner, terletak di perkampungan melayu Taman Sedia. 

Bila melangkah masuk ke dalam kedai ni memang mata terus tertumpu pada senarai menu yang ada kat sini. Dekorasi kedai pun menarik, dengan buah buah strawberry bergantung. Comel sangat. 

Tengok je list menu yang ada rasa macam nak try semua kan? Haha. Nafsu sungguh. So, kita pilihan yang paling ramai orang order kan. Kalau ramai yang suka, tentunya sedap. Betul tak? 

Peminat dessert patut singgah ke Starzy Corner bila ke Tanah Rata, Cameron.
Deretan menu yang nampaknya lazat dan menggetar kalbu. Haaa, pilih pilih. Hihi.

Pilih punya pilih, inilah yang kitaorang order. Lagipun baru je lepas pekena nasi lemak abang strawberry, memang rasa masih kenyang. So, kita order yang light light gitu. 

Peminat dessert patut singgah ke Starzy Corner bila ke Tanah Rata, Cameron.
Inilah yang kitaorang order. Look yummy yehh!

Peminat dessert patut singgah ke Starzy Corner bila ke Tanah Rata, Cameron.
Nampak macam ice blended kan? Tapi, bukan. Lapisan bawah ice cream strawberry, atas pulak cream pastu dititis syrup strawberry dan coklat. Tak sabar nak rasa. Hurmm.

Peminat dessert patut singgah ke Starzy Corner bila ke Tanah Rata, Cameron.
Menu pilihan ramai jugak ni. Waffle, atasnya diletak cream, ice cream strawberry dan buah strawberry semestinya kan. Pastu ditaburi syrup coklat. 

Peminat dessert patut singgah ke Starzy Corner bila ke Tanah Rata, Cameron.
Jelly strawberry. Lapisan ice cream strawberry pastu cream. Yang bahagian bawah tu jelly tapi rasanya tawar, so memang kena makan bersama dengan ice cream dan cream tu. Lebih enak. Yumm!

Peminat dessert patut singgah ke Starzy Corner bila ke Tanah Rata, Cameron.
Durian crepe pun ada. Amboi dua beradik ni, memang favorite dorang pun. Satu bekas ada 4 ketul. 

Peminat dessert patut singgah ke Starzy Corner bila ke Tanah Rata, Cameron.
Menikmati dengan bersungguh-sungguh. Sedap katanya. 

Peminat dessert patut singgah ke Starzy Corner bila ke Tanah Rata, Cameron.
Dekorasi meja kerusi bermotifkan strawberry. Comel.  

Peminat dessert patut singgah ke Starzy Corner bila ke Tanah Rata, Cameron.
Budak keteng buat gendanglah pulak. Layankan aje.

Peminat dessert patut singgah ke Starzy Corner bila ke Tanah Rata, Cameron.
Dummm dumm dumm.. haha. 

Peminat dessert patut singgah ke Starzy Corner bila ke Tanah Rata, Cameron.
Sebelum balik, haruslah posing satu kali kat depan kedai. 

Kalau korang belum try lagi, bolehlah berkunjung di sini. Budak-budak confirm suka. Cikla bagi 5/5 bintang untuk Starzy Corner. Memang terbaik and very recommended!

12 September 2023

Restoran Abang Strawberry.

September 12, 2023 1
Banyak kali naik Cameron Highland baru pestime singgah sini. Viral kot tempat ni, cuma cikla je lambat sikit. Haha. Lokasinya adalah di Taman Sedia, Tanah Rata Cameron Highland. 

Restoran yang menarik, siap ada tempat ootd untuk korang yang gemar berselfie. Makanan minuman pun sedap. Siap boleh petik buah strawberry sendiri lagi. Ada jugak dijual produk berasaskan strawberry seperti kordial, jem dan sambal popular dorang, sambal strawberry. 

Tempat nak berselfie. Bolehlah selfie ramai-ramai satu famili. Enviroment restoran ni memang cantik. Rugilah kalau tak berposing kan. 

Antara tempat nak Ootd

Lima beradik bergambar. Bukan senang nak dapat semua behave camni. Lagi-lagi yang kecik tu. 

Selfie dengan budak keteng. 

The anak dara's. Sorang je mak dara. Haha. 

Cantik kan? Serba merah gitu. 

Budak dorang ni kalau baik memang ngam. Kalau tak, asyik nak perang je. 

Muahh sikit. Haha. 

Antara pilihan air kat sini. Teh ais strawberry. Haa, yang ni rasa strawberry dia kuat. Dan manis sikit.

Nasi lemak ayam strawberry. Sedap, sambal dia pun tak pedas. Cuma nasinya takdelah rasa strawberry. Rasa nasi lemak. Hihi. Warna je pink. Ayam dia puas hati. Besar, puas makan. 

Yang ni tempat jualan produk dorang, boleh lah korang nak grab sebagai cenderhati. Tapi cikla tak beli pun, cuci mata je. 

Strawberry House, tempat kot kalau korang nak beli cenderahati. 

Banyak jugaklah pilihan produk dia. 

Restoran Abang Strawberry ni memang luas dan bagi cikla esklusif. 

Lawanya. 

Ladang strawberry dorang. Boleh petik sendiri tapi time cikla datang takde pun cikla tengok yang petik. Buahnya dah habis kot tu.

Ladang strawberry. Time kitaorang datang buahnya dah habis dipetik. Tengok je la. 

Korang yang belum pernah datang sini boleh la mampir menjamu tekak kat sini kalau ke Cameron. Kat sini cabarannya nak cari parkinglah sebab tempatnya agak terhad dan kawasan tumpuan orang ramai lagi-lagi hari cuti. So bertabahlah ye. Harga? Faham-faham ajelah kalau tempat-tempat camni. Tapi sekali sekala belanja famili kan apa salahnya. Murah rezeki korang. Hihi.

Cikla bagi 5/5 bintang. Simpan sini buat kenangan.