Ada yang bertanya, kalau untuk kanser, RAI dos rendah, adakah bermakna kanser sudah berkurangan?
Menurut Prof. Rohaizak Muhammad, dos rendah diberikan adalah untuk mengesan kalau masa ada lagi saki baki sel kanser yang tertinggal semasa rawatan Radioiodine, RAI pertama. Untuk kanser dos pertama yang diberi adalah dos tinggi sebab ia bertujuan untuk membakar dan mematikan sel kanser yang mungkin tertinggal selepas pembedahan total thyroidectomy atau membuang kesemua kelenjar tiroid.
Kalau result dos rendah (untuk wbs atau whole body scan), menunjukkan masih ada lagi sel kanser, maka untuk RAI berikutnya, pesakit akan diberi dos tinggi. Then, selepas itu untuk RAI berikutnya pesakit akan diberi dos rendah untuk check lagi kalau ada lagi saki baki sel yang tinggal. Kalau ada lagi, ulang balik dengan dos tinggi. Begitulah berselang seli.
Kalau dos rendah menunjukkan tiada lagi sel kanser, dos rendah akan diberi sekali lagi untuk confirmkan yang memang sudah takde sel kanser, lepas tu barulah doktor mengisytiharkan kita BEBAS KANSER. Tapi ia tidaklah semudah dan secepatnya ye. Doktor akan betul-betul confirm.
Selain itu, satu lagi cara nak tengok sama ada kanser berkurangan atau sebaliknya adalah melalui bacaan Thyroglobulin (TG). Kalau bacaan TG semakin rendah, maka ia menunjukkan kanser semakin berkurangan.
Moga bermanfaat dan memberi sedikit ilmu pada kalian yang membaca.
Kredit : Grup FB Tiroid Dan Anda Ori.
0 comments: