Lama dah rasanya tak membaca novel. Inilah novel pertama cikla baca setelah sekian lama. Cikla memang minat penulis novel ni, sapa lagi kalau bukan novelis thriller no.1 Malaysia, saudara Ramlee Awang Murshid.
Banyak karya beliau sebenarnya, semua best best. Cikla nak buat review sikit pasal buku ni tapi takdelah cerita semua kan? Tak best la nanti sapa yang belum baca, tak suspen pulak kang. Hihi.
Tajuk novel : Fiksyen 302.
Penulis : Ramlee Awang Murshid.
Genre : Psikologi Thriller.
Bilangan halaman : 501 muka surat.
Terbitan : Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.
My review:
Basically, kisah 4 figura yang berlainan latar belakang yang menjadi kambing hitam kepada kerakusan dan dendam 'Zonan', roh jahat yang tak berjasad, mukanya tak berwajah. Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash Kumar dan Farid Ja'ah, mereka membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam dan dengan cara yang hampir serupa iaitu melakar angka 302 di dahi mangsa.
Selepas itu, mereka sendiri yang akan menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Semasa diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan tanpa pakaian.
Watak-watak penting yang lain seperti Rita Yuzalina, Noorhafiza Izura, Alias, Hizamnuddin, Dr. Rozlina, Datuk Mahali, Datin Ummu Hani, Irwansyah, Zarina, Sabri menguatkan lagi penceritaan dan menjadikan cerita lebih suspen dan mendebarkan.
Pada awal pembacaan cikla, cikla rasa penceritaan novel ni macam kita boleh agak apa yang akan berlaku next. Tapi, bila sampai part Farid Ja'ah dan Dina Din itu ada orang yang 'sama', baru cikla rasa macam wahhh jalan cerita lebih mendebarkan dan kita tak sabar untuk habiskan setiap bab sebab nak tau kisah seterusnya.
And part yang paling best, pendedahan siapakah sebenarnya Zonan tu dan rahsia yang disimpan oleh ibu Rita, iaitu Datin Ummu Hani berkaitan dengan kematian Zarina 20 tahun dulu yang mana inilah punca kepada semua pembunuhan itu berlaku. Memang tak sangka sungguh.
So, kalau korang nak tau full kisah pasal novel Fiksyen 302 ni kenalah baca sendiri. Baru korang rasa real dan teruja, hihi.
Apa yang penting, ada pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah novel ni iaitu jauhi sifat dendam sebab ia akan memberi kesan buruk sepanjang hayat. Hati jadi tak tenang, hidup pun jadi huru-hara sebab perasaan marah sentiasa menguasi diri.
Bila diri sentiasa dalam keadaan sebegitu, apa lagi syaitan pun senanglah nak buat kerja dia. Nauzubillah.
My ratings ; 4.9/5
Pada korang yaang suka baca kisah bergenre sebegini mesti masukkan this novel dalam list buku korang. Best!
0 comments: