"Luahan Rasa Tanpa Suara"

31 December 2016

Keputusan SEGMEN BLOGLIST JANUARI CIKLAPUNYABELOG DOT BLOGSPOT DOT MY.

December 31, 2016 25
Dengan ini, cikla isytiharkan tamatlah sudah segmen ni. Terima kasih pada yang join dan sentiasa beri support. Thanks korang.So, tibalah masa yang ditunggu-tunggu, keputusannya. Apa kata, jom kita tengok siapakah yang bertuah terpilih mewarnai bloglist blog ni sepanjang bulan Januari 2017.

Keputusan SEGMEN BLOGLIST JANUARI CIKLAPUNYABELOG DOT BLOGSPOT DOT MY.
http://jombercontest.blogspot.my/2016/12/segmen-bloglist-januari.html


Keputusan SEGMEN BLOGLIST JANUARI CIKLAPUNYABELOG DOT BLOGSPOT DOT MY.
http://chanchueshahida.blogspot.my/2016/12/segmen-bloglist-januari.html
Keputusan SEGMEN BLOGLIST JANUARI CIKLAPUNYABELOG DOT BLOGSPOT DOT MY.
http://dhia-manja.blogspot.my/2016/12/segmen-bloglist-januari.html
Keputusan SEGMEN BLOGLIST JANUARI CIKLAPUNYABELOG DOT BLOGSPOT DOT MY.
https://belogsjm.blogspot.my/2016/12/segmen-bloglist-januari.html
Keputusan SEGMEN BLOGLIST JANUARI CIKLAPUNYABELOG DOT BLOGSPOT DOT MY.
http://afifahaddnan.blogspot.my/2016/12/bloglist-segmen-segmen-bloglist-januari.html
https://unnianje.blogspot.my/2016/12/segmen-bloglist-januari.html
http://www.bondezaidalifah.com/2016/12/segmen-bloglist-januari.html
http://www.sayidahnapisah.com/2016/12/segmen-bloglist-januari.html
https://at-tarmizi.blogspot.my/2016/12/segmen-bloglist-januari.html

Tahniah sekali lagi kepada yang terpilih. Pada yang tak berjaya, takpe. Mungkin rezeki korang lepas ni. Apa yang penting, kesudian korang untuk join dan support segmen ni. So, korang bolehlah blogwalking dan singgah ke blog kawan kawan ye. Kita rapat-rapatkan ukhwah.

SEGMEN BLOGLIST JANUARI CIKLAPUNYABELOGDOTBLOGSPOTDOTMY.

December 31, 2016 67
*this is sticky post until 8 pm on 31 December 2016. Scroll ke bawah untuk baca entri terbaru. TQ! 

Tak lama lagi dah nak masuk tahun baru 2017 kan. So, macam biasa cikla nak cari bloglist baru untuk blog cikla ni. Kali ni cikla mulakan segmen awal sikit, mudah mudahan ramai yang boleh join.

~~~~~SEGMEN TAMAT~~~~~~  

SEGMEN BLOGLIST JANUARI CIKLAPUNYABELOGDOTBLOGSPOTDOTMY.
SEGMEN BLOGLIST JANUARI CIKLAPUNYABELOG DOT BLOGSPOT DOT MY.

Korang jangan salah sangka pulak nanti dapat hadiah anak ayam warna warni macam dalam gambar tu. Haha. Gambar tu takde kena mengena hokay, hanya gambar hiasan semata mata.  Dah, jom kita tengok syaratnya dulu.

  • Follow blog ni pada yang belum follow di SINI. Nanti cikla akan followback.
  • Follow g+ di SINI. (optional)
  • Follow twitter di SINI. (optional).
  • Follow Instagram di SINI. (optional).
  • Like fb page di SINI. (optional)
  • Selepas itu, buat satu entri ringkas yang bertajuk SEGMEN BLOGLIST JANUARI CIKLAPUNYABELOGDOTBLOGSPOTDOTMY.
  • Masukkan banner di atas dalam entri tersebut, kemudian linkkan ke entri ini.
  • Lastly, tinggalkan link entri korang di ruangan komen.
  • Siap.

Senang je kot syaratnya kan. So, segmen bermula sekarang, 11/12/2016 hingga 31/12/2016 (pukul 8 malam). Cikla akan pilih 10 blog bertuah yang akan menyerikan bloglist blog ni nanti dan akan duduk dalam bloglist selama sebulan. Penyertaan kurang dari 10, automatik semua akan masuk dalam bloglist. Pemilihan akan dibuat secara rawak menggunakan khidmat random.org. Korang digalakkan blogwalking sesama sendiri jugak.

So, apa lagi. Meh meh join cepat. I hope your support. Oklah, sekian dulu. Selamat bersegmen korang. Terima kasih. wassalam.

Kebaikan buah delima kepada baby.

December 31, 2016 3
Memang tak dinafikan buah delima merupakan salah satu buah yang memberi banyak kebaikan dan khasiat kepada kesejahteraan tubuh kita. Si kecil kita tu pun tak terkecuali tau. 

Tapi, bagi cikla kalau nak bagi anak kita pun, haruslah berpada-pada ye. Bukan apa, keadaan sistem imun badan orang dewasa dengan baby/kanak-kanak berbeza. 

So, nanti effect nya mesti berlainan. Oh ye, rasanya cikla ada cerita pasal kebaikan buah delima ni, 

Tak kiralah dalam bidang kecantikan mahupun kesihatan sebelum ni. Klik SINI dan SINI untuk baca entri tersebut.

Buah delima merupakan buah yang kaya dengan mineral (zat besi, folat, serat, kalium) dan vitamin (vitamin B kompleks, C dan E). Nutrien-nutrien ini boleh membantu mengusir radikal bebas dan molekul oksigen yang tidak stabil dari badan, sekaligus inshaAllah bayi kita akan terhindar dari jangkitan penyakit. 

Kebaikan buah delima kepada baby.
Kebaikan buah delima kepada baby. Kredit Google. 

Ada kajian mengatakan, delima  boleh mengurangkan kesan keradangan dan memusnahkan jangkitan bakteria sebab sifat biokimia dan enzim yang ada dalam jus delima mempunyai ciri-ciri anti radang. 

Sesetengah baby selalu mengalami masalah pencernaan sebab sistem pencernaan  mereka masih belum dalam tahap terbaik lagi. So, jus buah delima dikatakan berkesan dalam merawat muntah, sebab ia boleh menyingkirkan bakteria penyebab muntah dan cirit-birit pada baby. 

Di samping itu, ia juga boleh dijadikan pelega sembelit semulajadi. Ada baby/kanak-kanak ada yang mengalami masalah cacing. 

Cacing yang tinggal dalam usus sama ada usus kecil atau usus besar akan membiak dengan memakan nutrien. So, jus delima dikatakan boleh membunuh cacing ini.

Jus delima juga dikatakan berkesan merawat demam baby, sebab ia bukan sahaja boleh 'mengawal' demam, tapi boleh memberikan badan nutrien untuk menyembuhkan baby kita. 

Jus delima dikatakan boleh meningkatkan fungsi hati, sebab antioksidan yang terkandung dalam buah delima akan mempertahankan tubuh daripada tekanan oksidatif, sekaligus dapat melindungi hati.

Kebaikan buah delima kepada baby.
Kebaikan buah delima kepada baby. Kredit Google.

    Apa yang perlu dilakukan sebelum bagi baby kita makan buah delima?

    1. Jangan beri baby makan bijinya secara terus sebab dikhuatiri akan tercekik.
    2. Elakkan blend kulit putih buah delima masa buat jus, sebab nanti jus kita akan rasa masam masam kelat.
    3. Jangan beri baby makan buah delima sebelum waktu tidur, sebab ini boleh menyebabkan berlakunya masalah 'kerosakan' gigi.
    4. 4 oz jus delima sehari sudah lebih daripada cukup untuk baby 8 bulan. Kalau baby diberi berlebihan akan menyebabkan cirit-birit. 
    5. Jangan campurkan buah delima dengan buah-buahan atau sayur-sayuran lain. 

    Sumber SINI.

    29 December 2016

    Majlis Akikah dan Cukur Jambul Baby Zara.

    December 29, 2016 13
    Ahad lepas kami sekeluarga mengadakan majlis akikah dan cukur jambul baby Zara. Baby Zara dah empat bulan pun. Alhamdullillah, majlis berjalan seperti yang dirancang. Cuma kali ni kami tak menjemput ramai. Sekadar saudara mara terdekat dan teman-teman rapat je. Orang cakap, ala kadar dan sederhana je. Meriah jugaklah. Apa kata, jom kita cuci mata sat.

    Majlis Akikah dan Cukur Jambul Baby Zara.
    Majlis Akikah dan Cukur Jambul Baby Zara. Selamat datang kepada semua tetamu.....
    Majlis Akikah dan Cukur Jambul Baby Zara.
    Majlis Akikah dan Cukur Jambul Baby Zara. Terima kasih kerana sudi memeriahkan majlis kami....

    Kedua-dua banner ni suami cikla punya plan lah. Biasanya kita nampak orang pakai banner yang daripada kain kan, tapi yang ni lain sikit. Ala-ala di Medan gitu. Cantik kan? 

    Memang tetamu yang datang semuanya macam 'hairan' dan terkesima tengok banner ni. Ada jugak yang mengambil gambar, haha. Minat ler tu. *amboi baby Zara, dah macam majlis walimatuurus dah ni. Hihi.

    Majlis Akikah dan Cukur Jambul Baby Zara.
    Majlis Akikah dan Cukur Jambul Baby Zara. Geng marhaban beraksi.

    Majlis Akikah dan Cukur Jambul Baby Zara.
    Majlis Akikah dan Cukur Jambul Baby Zara. Sesi pusing tiga kali dulu sebelum baby Zara di gunting rambutnya....
    Majlis Akikah dan Cukur Jambul Baby Zara. Tengok tu, opah gunting rambut dia nangis pulak. Kepanasan kot....
    Majlis Akikah dan Cukur Jambul Baby Zara.
    Majlis Akikah dan Cukur Jambul Baby Zara.

    So, majlis kami berakhir kira-kira pukul 5 petang. Biasalah, kalau dah lepas kenduri agenda seterusnya adalah 'mengemas'. 

    Mujurlah ada anak-anak saudara ku yang rajin-rajin belaka menolong mengemas. Hihi. Dah bercukur macam biasa, kena 'botaklah' ye baby Zara.

    Itu je nak cerita.

    Giveaway Untuk Bloggers #2".

    December 29, 2016 20
    Join giveaway lagi. Hihi. Korang nak join jugak tak? Klik kat banner kalau naik join.

    Giveaway Untuk Bloggers #2".

    Segmen tamat pada 3 Januari 2016 pukul 12 tengah hari, dan pemenang akan diumumkan keesokan harinya. Bercakap pasal hadiah pulak, memang best ooooo. Nak tau? Tu diaaaaa.

    Pertama; RM100.
    Kedua; RM50.
    Saguhati; pemenang x 4 (banner imej animated gif bersaiz 728 x 90 px). 

    Best kan hadiah dia? Apa lagi, jomlah join kot kot ada rezeki menang. Good luck semua. 

    Segmen 12 Jam Bloglist #24 Mialiana.com.

    December 29, 2016 8
     Jom join segmen ni.


    Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 28 Disember 2016, iaitu tepat jam 2.30 petang sehingga hari esok, 11.30 malam 29 Disember 2016. Semua dijemput join.

    Syarat-syaratnya :
    1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
    2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #24 Mialiana.com
    3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
    4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
    Senang dan mudah bukan?

    10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2016.

    tunggu apa lagi. Jom support Mia Liana ya.


    Selamat bersegmen semua. 

    -TAMAT SUDAH-

    27 December 2016

    PENCARIAN BLOGLIST JANUARY 2017 by huhahuhajerr.com.

    December 27, 2016 6
    Jom join segmen ni. Untung-untung boleh masuk bloglist blogger superb ni. Mudah mudahan boleh menaikkan trafik blog. Nak join sama tak? Klik je banner tu.

    PENCARIAN BLOGLIST JANUARY 2017 by huhahuhajerr.com.

    Segmen berakhir pada 30 December 2016. Pemilihan pemenang adalah secara rambang dan dinilai berdasarkan pada keaktifan berblog. 10 blog ada stay dalam bloglist selama sebulan. Siap ada hadiah misteri lagi. Best kan. Selamat bersegmen ye korang. Happy blogwalking.

    -TAMAT SUDAH-

    25 December 2016

    Kekal bertenaga dengan Ostania Mangosteen Amrita!

    December 25, 2016 10
    Zaman sekarang ni tak dinafikan memang banyak lambakan produk produk kesihatan di pasaran. Cuma nak cari yang mana satu serasi dengan diri kita je lah kan. Mungkin sesuatu produk tu sesuai dengan orang lain, tapi tidak pada diri kita. Betul? So, cikla nak share satu minuman kesihatan yang mungkin ada yang dah tahu. Honestly, ini pertama kali cikla tau pasal Ostania Mangosteen Amrita (OMA) ni.

    Ia merupakan salah satu produk terbaik dan terlaris keluaran Furley BIOEXTRACTS, sebuah syarikat yang turut mengeluarkan produk FemMist SPRAY (Klik SINI untuk baca review mengenainya) dan SPRAY8 (Klik SINI untuk baca review mengenainya). Cerita pasal syarikat ni pun cikla ada cerita dalam 2 entri tersebut. Oklah, apa kata jom kita baca apa yang menarik pasal OMA ni.

    Kekal bertenaga dengan Ostania Mangosteen Amrita!
    Kekal bertenaga dengan Ostania Mangosteen Amrita!

    Kalau dah namanya Ostania Mangosteen Amrita atau OMA, dah tentu ia dihasilkan dari buah manggis. Kalau korang nak tau, ia diformulasikan dari keseluruhan buah manggis termasuk puri dan kulitnya sekali tau. Ia menjadikan OMA kaya dengan Xanthones. OMA jugak bertindak sebagai antioksidan dan ia menjadi lebih baik dengan adanya campuran dari ekstrak epal, roselle, acai beri, anggur dan buah delima. Memang bagus OMA ni. Ohsem!

    Sebenarnya, banyak kelebihan OMA ni yang korang tak tau. Nak tau tak apa kelebihannya? Ini diaaaa;

    • Mampu mengembalikan tenaga dan menghilangkan dahaga walaupun hanya dengan satu cawan kecil, sekaligus ia bertindak dalam pemuliharaan kesihatan kita.
    • Dapat membantu pergerakan dan kelancaran sistem penghadaman korang sekaligus mampu kurangkan berat badan. *Wah, ni dapat bagi idea nak kuruskan badan ni.
    • Kaya dengan anti-oksidan dan membantu dalam meneutralkan radikal radikal bebas dalam badan, sebab ia bertindak sebagai anti-kanser dan anti-inflamasi.
    • Membantu sistem pencernaan korang sebab dengan adanya vitamin C, di samping ia dapat meningkatkan sistem imun badan korang.
    • Mempunyai kelebihan dari segi bertindak sebagai anti-bakteria dan anti-fungi supaya dapat melawan penyakit yang disebabkan jangkitan kuman, fungi dan yis.
    • Ada kajian mengatakan, Xanthones (sejenis anti-oksidan yang lebih berkesan dan bagus daripada vitamin C dan E) yang mana ia mempunyai kesan yang tersangatlah baik terutama untuk organ dalaman korang yang disebabkan oleh keupayaannya sebagai anti-oksidan yang tinggi (ramai doktor menggelarkan Xanthones sebagai SUPER ANTIOXCIDANTS). Kalau korang nak tau, buah manggis merupakan buah yang mengandungi kadar Xanthones yang tinggi lebih lebih lagi pada kulitnya. Wow!

    Vaavaavaa, banyaknya kebaikan OMA ni untuk kita kan? So, tak rugi pun kalau korang jadikan OMA ni sebagai sebahagian dari diet seharian korang.

    Kekal bertenaga dengan Ostania Mangosteen Amrita!
    Kekal bertenaga dengan Ostania Mangosteen Amrita!

    Selain tu, OMA juga mengandungi nilai ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capasity) anti-oksidan iaitu sebanyak 14186.98 di dalamnya. Kalau korang nak tau, semakin tinggi nilai ORAC, semakin tinggi kandungan anti-oksidannya dan kebolehan ia meneutralkan radikal bebas jugak tinggi. *Dah masuk ilmu sains pulak, hihi? 

    Ia juga tidak mempunyai gula tambahan (manis semulajadi), sebab rasa manis tu datangnya dari buah yang terkandung di dalamnya, di samping ia jugak tidak mengandungi pewarna tambahan. Pengguna yang beragama Islam pulak tak perlu risau, sebab ia sememangnya selamat dan halal. So, don't worry. 

    Nak serve OMA ni pun senang, just pilih sama ada nak minum terus (30mL) atau campur dengan air (kadar 1:1). Kalau dah bukak botolnya, kena simpan dalam peti sejuk. Dan yang paling best, OMA sangat sedap bila diminum sejuk. Freshhhh gitu. Hihi. Jangka hayat OMA pulak adalah selama 24 bulan dari tarikh ia dihasilkan dan satu botol OMA mengandungi 500 mL.

    Kekal bertenaga dengan Ostania Mangosteen Amrita!
    Kekal bertenaga dengan Ostania Mangosteen Amrita!

    Cikla dah rasa OMA ni, rasanya masam-masam manis. Kalau korang tak nak pekat sangat, better tambah air, sebab teksturnya agak likat. Tapi, memang sedap! Kalau korang nak rasa, apa lagi jom terjah;

    Laman web; www.furleybio.com
    Online atau App Store; https://store.furleybio.com/

    Dan, kalau korang nak tau more about this product dan product lain, terjah je sini;

    Facebook : SINI.
    Instagram : SINI.
    Twitter : SINI.

    Jangan lupa grab satu ye, demi kesihatan kita. Kalau korang nak beli, nah cikla belanja kopun RM10 untuk pembelian yang pertama. Just masukkan kod FBIO-DVQok. Klik je kat SINI. Happy shopping.

    24 December 2016

    Segmen Pray 4 Aleppo by Husein Rider.

    December 24, 2016 9
    Bila melihat apa yang berlaku di Aleppo, Syria jauh di sudut hati kecil cikla ni memanjatkan syukur kepada Allah sebab Malaysia yang tercinta ni masih aman dan bebas dari peperangan. Tapi, itulah. Siapa aje yang nakkan tanah tempat tumpah darahnya sentiasa bergolak saban hari.

    Pendek kata, makan minum entah di mana, tempat tinggal dibom, kebebasan untuk melakukan rutin harian diganggu. Yang menjadi mangsa, siapa? Sudah tentu orang awam yang terdiri dari kanak-kanak, kaum wanita dan orang tua. Sungguh kasihan dan sadis sungguh.

    Rententan dengan ini, blogger Hussein Rider telah menganjurkan satu segmen yang cikla rasa semua blogger patut take part untuk menyatakan kebersamaan dan keprihatinan kita terhadap apa yang berlaku di Aleppo sekarang ni.  Kalau korang nak join sama, klik je pada banner di bawah. Segmen berlangsung dari 17/12/2016 hingga 31/12/2016. 

    Segmen Pray 4 Aleppo by Husein Rider.

    Siapa yang tak tersentuh hati melihat kanak-kanak *terutamanya hilang tempat bergantung dan masa kanak-kanak mereka berlalu begitu aje dan sentiasa diselubungi dengan ketakutan.

    Kemusnahan harta benda dan tempat tinggal.

    Pergolakan di Aleppo Syria
    Sumber Google.

    Pergolakan di Aleppo Syria
    Sumber Google.

    Bak kata pepatah, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Ternyata begitu berat dugaan yang terpaksa di hadapi oleh rakyat Syria. Semoga Allah sentiasa melindungi semua saudara kita di sana dan marilah kita sama sama berdoa supaya semuanya ini berakhir dan keamanan akan menjadi milik mereka semula. InshaAllah.

    Marilah kita ramai-ramai join segmen ni. 

    #pray4Aleppo.

    Anniversary GiveAway.

    December 24, 2016 3
    Jom join giveaway ni. Klik pada banner untuk join.

    Anniversary GiveAway.

    Giveaway berlangsung dari 23/11/2016 hingga 30/12/2016. So, tak lama lagi nak habis tu. Jom join cepat-cepat. Good luck!

    23 December 2016

    Segmen Bloglist 2017 SheilaInspire Dot Com.

    December 23, 2016 4
    Jom join segmen ni. Manalah tau ada rezeki tersenarai dalam bloglist blog SheilaInspire Dot Com. Nak join klik je kat banner tu.

    Segmen Bloglist 2017 SheilaInspire Dot Com.

    Segmen berakhir pada 27/12/2017. So, Jom cepat-cepat join. Selamat bersegmen semua. 

    Bloglist Januari Tahun 2017.

    December 23, 2016 3
    Jom join segmen ni. Untung-untung boleh masuk bloglist blog hebat ni. Nak join, klik banner.


    Bloglist Januari Tahun 2017.

    Segmen tamat pada 27 Disember 2016. Selamat bersegmen semua.

    #MyTravelokaEscapade Tak sabar mahu menikmati keindahan alam semulajadi di destinasi impian, SABAH.

    December 23, 2016 5
    Bagi cikla, semua orang suka melancong kan. Berjalan makan angin, lepas tu tengok tempat orang di samping cari pengalaman dan mencuri kenangan. Cikla rasa sekarang ni, orang kalau pergi melancong tak payah nak tunggu cuti sekolah. Ada masa, plan elok-elok. Jadi je. 

    Lebih-lebih lagi kalau semuanya percuma. Wooohooo, memang lompat bintanglah. Hehe. Baru baru ni, satu laman web perlancongan yang popular, Traveloka (www.traveloka.com.my) telah menawarkan sesuatu yang cikla rasa sangat di tunggu-tunggu oleh 'kaki-kaki melancong' ni. 

    Sebelum itu, cikla nak promote sikit website ni. Bagi cikla, boleh dikatakan website Traveloka ni, macam one stop center sebab kita boleh booking tiket kapal terbang dengan hotel sekaligus. So, memang berbaloi-baloi. Apa yang penting, senang dan cepat.

    So, baru baru ni Traveloka telah melancarkan contest #MyTravelokaEscapade yang sangat best untuk blogger dan facebook menyertainya. Hadiahnya *wow lagi, memang menarik sangat. Pemenang akan berpeluang melancong ke destinasi pilihan secara PERCUMA! Cikla ulang lagi, PERCUMA! Wow wow wow. Macam tak percaya kan? Tapi, itulah hakikatnya. Pendapat cikla, memang rugi kalau tak mencuba kan. Mana tau ada rezeki menang. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. *harap menanglah.

    Kalaulah cikla terpilih menjadi pemenang contest ni, destinasi pilihan cikla adalah SABAH. Bukan tak nak pilih destinasi luar negara tu, tapi bagi cikla, dekat Malaysia ni pun masih banyak tempat menarik yang boleh kita lawati. Tapi, sebab apa cikla pilih SABAH? Sabah memang terkenal dengan keindahan alam semulajadinya lebih-lebih lagi di kawasan perhubungan Kinabalu. Cantiknya alahai. 

    Apa pulak tempat menarik dekat SABAH yang cikla tak sabar nak pergi ni? Dan apa pulak sebabnya? Sebenarnya, di SABAH cikla teringin sangat nak pergi ke KUNDASANG (Sumber SINI) iaitu;

    Desa Cattle Dairy Farm.

    #MyTravelokaEscapade Tak sabar mahu menikmati keindahan alam semulajadi di destinasi impian, SABAH.
    Sumber Google.

    Kalau dah namanya Dairy Farm, dah tentu ladang lembu susu kan? Orang cakap tempat ni sangat menarik, sebab ala-ala macam dekat New Zealand tu. Cuba tengok dalam gambar kat atas tu. Tempatnya sejuk, kawasan perbukitan yang cantik dengan berlatarbelakangkan pemandangan Gunung Kinabalu, memang menakjubkan. Ia ditambah pulak dengan lembu lembu yang sihat dengan susu yang segar. Dah rasa macam dekat luar negaralah pulak aihhh. Apa yang menarik hati cikla adalah 'aktiviti' yang kita boleh buat bila berada di sana, iaitu;

    1. Dapat tengok secara live penternakan lembu dan boleh bagi makan binatang tu semua sendiri.
    2. Dapat bagi anak lembu minum susu botol, dan dapat bagi kambing makan rumput.
    3. Dapat melihat sendiri macam mana proses menghasilkan susu lembu fresh, termasuklah proses dan cara memerah susu lembu sampailah ke peringkat membungkus.

    Kalau dah tempatnya cantik, memang rugilah kalau tak 'berposing' sakan kan. Hehe.Lepas tu, boleh beli cenderahati untuk dibawa balik.

    Taman Kinabalu atau Kinabalu Park.

    #MyTravelokaEscapade Tak sabar mahu menikmati keindahan alam semulajadi di destinasi impian, SABAH.
    Sumber Google. 

    Tempat ni pun best jugak, dan orang cakap ia merupakan salah satu tempat yang mesti dilawati. Bagi cikla, Kundasang dan Kinabalu Park bagaikan irama dan lagu, saling lengkap melengkapi. Sesiapa yang datang ke Kundasang, mesti tak akan melepaskan peluang berkunjung ke sini. Sudahlah pemandangannya cantik, suhunya yang sejuk mendamaikan, dan kadang kadang kalau tengahari pun, ia masih berkabus tebal. Cantiknya.

    Ladang Teh Sabah.

    #MyTravelokaEscapade Tak sabar mahu menikmati keindahan alam semulajadi di destinasi impian, SABAH.
    Sumber Google. 

    Selain dari Cameron Highland yang memang sinonim sangat dengan ladang teh, dekat Sabah pun ada jugak ladang tehnya yang tersendiri. Kita boleh tengok sendiri macam mana kawasan ladang teh, di samping kita boleh jungle tracking jugak, sekitar Taman Rekreasi Sapaon dan climbing ke Kamunsu Hill. Kemudahan pun banyak around sini, so tak perlu bimbang.

    Spa Ikan di Sungai Moroli atau Tagal Luanti Sungai Moroli.

    #MyTravelokaEscapade Tak sabar mahu menikmati keindahan alam semulajadi di destinasi impian, SABAH.
    Sumber Google.

    Cikla rasa cikla pernah tengok 'spa ikan' ni di tv, tapi tak ingat di negeri mana. Kalau korang nak tau, tagal yang membawa maksud tak boleh memancing dalam bahasa Kadazan Dusun, di mana ia bertujuan untuk mengekalkan ekosistem ikan ikan yang hidup di dalam Sungai Moroli. Ikan Kelah atau Pelian dilatih khas oleh orang kampung untuk dijadikan spa ikan. Mesti rasa geli geli kan masa ikan gigit kaki kita. Tapi, hasilnya memang tak menghampakan. Lagipun, pengalaman macam ni memang tak boleh dilupakan kan, lebih lebih lagi kalau pengalaman pertama kali.

    Gerai buah buahan dan sayur sayuran segar di Pekan Kundasang dan Pekan Nabalu. 

    Gerai buahan dan sayura segar di Kundasang Sabah
    Sumber Google.

    Cikla memang pencinta buahan dan sayuran segar ni. Buah yang paling cikla suka buah epal yang besar rangup tu. Hmmm. Sedapnya. Di Kundasang ni orang cakap memang 'syurga' buahan dan sayuran segar. Rasanya boleh jugak kot cikla gelar Kundasang sebagai 'Cameron Highland Borneo'. Hihi. Pepandai je kan. Buah yang paling popular di sini sudah tentulah buah strawberri. Pekan Nabalu pulak popular dan meriah sebagai destinasi persinggahan yang wajib kita kunjungi sebab ia mudah untuk kita mencari cenderahati kenangan untuk dibawa pulang.

    So, inilah tempat tempat yang cikla teringin sangat nak pergi kalau berpeluang memenangi contest #MyTravelokaEscapade ni. Harap adalah rezeki. Aamiin.

    Itu je nak cerita.

    22 December 2016

    DECEMBER GIVEAWAY by AINUL AQMA.

    December 22, 2016 2
    Jom join giveaway ni. Syarat pun mudah je. Nak join? Klik je kat banner tu.

    DECEMBER GIVEAWAY by AINUL AQMA.


    Good luck pada yang join. 

    21 December 2016

    Bagus ke susu kambing kepada baby?

    December 21, 2016 5
    Pendapat cikla, bila baby kita dah mula menginjak ke usia 6 bulan dan ke atas keperluan nutrient untuk pertumbuhan badannya semakin bertambah. Tak cukup dengan hanya susu ibu, baby perlu diberi 'makanan tambahan' untuk menampung semua itu. Cikla nak cerita pasal susu kambing. 

    Nasihat cikla, apa yang penting sebelum memilih dan memberi susu kepada baby, pastikan ia telah dipasteur dulu untuk menjamin kebersihan dan menghindari dari jangkitan bakteria selain ia juga akan lebih mudah dihadam oleh baby kita. 

    Apa kelebihan susu kambing ni agaknya ye? Ada beberapa kebaikan susu kambing kepada baby kita, iaitu; 

    1. Mengandungi protein yang kurang kealergikannya. Kalau korang nak tau, setiap kali baby kita minum susu, protein dalam susu akan cenderung terkumpul di dalam perut. Protein protein akan bertukar menjadi curd, yang mana ia akan menjadi lebih mudah bagi dicerna sebab lebih lembut dan kecil. So, protein yang terkumpul di dalam perut selepas minum susu kambing akan menjadi dadih (curd) lembut dan kecil dan lebih mudah dihadam. 
    2. Mengandungi lemak yang lebih mudah untuk dihadam. Rantai asid lemak dalam susu kambing adalah pendek/sederhana, so ia  lebih mudah untuk dihadam. Berbanding dengan susu lembu yang mmempunyai rantaian panjang. So, ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk melalui sistem pencernaan dan susah untuk dihadam. 
    3. Mengandungi kurang laktosa. Susu kambing mengandungi laktosa yang agak kurang berbanding susu lembu. Walau apapun, sebaiknya rujuk kepada pakar untuk mendapatkan nasihat tentang ini. 

    Oklah, semoga perkongsian boleh dijadikan guideline untuk ibu ibu yang ingin memberi bayi mereka minum susu kambing. Semoga bermanfaat.

    Sumber SINI.

    Cucur jagung.

    December 21, 2016 15
    Dah sarapan ke? Pagi ni cikla buat cucur jagung. First time bikin ini cucur. Hihi.

    cucur jagung
    Cucur jagung.

    Sedap jugak. Nak resepi? Kena ada request baru cikla bagi. Amboi, haha. Ala, senang je kot resepinya. Tapi, jangan tak percaya masih ada orang yang tak pandai buat cucur tau. Haha. Resepi sama macam buat cucur bilis tu. Tapi, cucur jagung yang cikla buat ni cikla letak gula, bukan garam. So, rasanya manis. Kalau letak garam, boleh cicah dengan sambal tumis atau sos.

    Bahan-bahan;

    Tepung gandum, jagung dalam tin, gula/garam (terpulang pada korang), sedikit air panas (nak kasi cucur tu lembut), sedikit air biasa, dan minyak untuk menggoreng.

    Cara nak buat pulak;

    Campurkan tepung gandum, jagung, gula/garam dan air dalam satu bekas. Masukkan air biasa sedikit demi sedikit. Agak-agak airnya, jangan lebih sangat nanti lembik. Kalau kurang sangat, keras pulak bila cucur jagung ni dah masak nanti. So, pepandailah korang adjust. Bila dah rata, panaskan minyak dan masukkan cucur jagung ni guna sudu ke dalam minyak yang dah panas itu. Goreng cucur  jagung sehingga kekuningan. Kemudian, angkat dan toskan minyak. Selepas itu, bolehlah dinikmati seisi keluarga.

    Senang kacang je kan? Makan cucur jagung lawan dengan kopi-O panas memang marvelous. Selamat mencuba ye.

    20 December 2016

    7 makanan pertama terbaik untuk bayi anda.

    December 20, 2016 7
    Baby Zara pun 4 bulan. Ada lagi 2 bulan lagi dah masuk 6 bulan dah. Biasalah kan, kebanyakan ibu ibu mesti dah mula fikir nak bagi baby makan apa kan. Kalau nak senang, bagi makan nestum je kot. Ready made kot. Easy

    Untuk anak anak cikla lah *anak orang lain cikla tak taulah, dulu masa kakak dengan abang dia untuk permulaannya pun cikla bagi nestum je. Itu pun untuk beberapa ketika je. Lepas tu, cikla bagi makan bubur nasi letak isi ayam dan sayur. Lepas tu, cikla blender sebab nak kasi halus sikit. Kecik lagi kan. 

    Lagipun, baby kan bukan pandai nak kunyah. Masuk mulut, telan terus. Cikla ingat untuk baby Zara ni, cikla nak try kasi dia lain sikit dari kakak dengan abang dia. 

    7 makanan pertama terbaik untuk bayi anda.
    7 makanan pertama terbaik untuk bayi anda. Kredit Google. 

    Sebenarnya, ada beberapa jenis makanan terbaik yang boleh menjadi makanan pertama untuk baby kita, iaitu;
    1. Bijirin; sebenarnya bijirin sangat disyorkan oleh doktor sebab ia mengandungi zat besi. Ia baik untuk baby sebab ia akan membantu proses penyahtinjaan baby kita menjadi lancar. So, nanti baby kita takdelah sembelit kan. Sedangkan kita yang 'tua' ni kalau kena sembelit 'ya ampun' seksa je rasanya. Ini kan pulak baby yang masih kecil. Caranya mudah je, just campurkan bijirin (yang dah dikisar halus) dengan beberapa sudu kecil susu ibu, air atau susu formula sebelum diberikan kepada baby kita. 
    2. Buah buahan; cikla rasa ni yang paling popular kot. Buah buahan yang dijadikan puri. Banyak buah yang sesuai yang boleh kita bagi pada baby kita, contohnya pear, prun, pic dan pisang. Apa yang penting, pastikan buah buahan itu cukup masak dan dicuci sebersihnya sebelum diberikan kepada baby kita. 
    3. Sayur sayuran; ia dikatakan pilihan terbaik untuk baby kita. Jangan lupa cuci, kupas dan masak sayuran sampai lembut. Tapi, ibu kena ingat jangan bagi baby kita makanan dalam tin sebab ia sememangnya tak bagus dan mengandungi garam tambahan. Bagi cikla yang paling bagus adalah kentang yang direbus dan dijadikan puri. 
    4. Jus; beri baby kita hanya sedikit jus tanpa gula. Tapi, hanya sekali sekala aje tau. 
    5. Daging; tak kiralah daging ayam, atau ikan. Ia juga sesuai untuk baby kita. Tapi, ingat kalau nak bagi ikan tu kena pastikan tulangnya diasingkan terlebih dahulu. Nanti kalau dah tercekik susah pulak. 
    6. Bijirin penuh; bijirin penuh juga bagus untuk 'membiasakan' mulut baby dengan tekstur makanan. Kepelbagaian tekstur yang berlainan membantu baby kita belajar menggunakan mulut dan lidahnya. 
    7. Makanan baby readymade; cikla rasa ni pun popular jugak. Terutama untuk ibu ibu yang sibuk berkerja kan. Beli, bancuh, then bagi baby makan. Easy! Tapi, ada beberapa perkara yang kita kena pastikan betul betul sebelum bagi kata baby, iaitu pastikan tarikh makanan itu tak tamat tempoh. Nanti kalau 'terbagi' makanan yang dah expired takut baby keracunan makanan pulak. Selain itu, kalau boleh elakkan dari memberi baby makanan yang mengandungi perisa dan pewarna makanan, di samping elakkan dari membeli makanan baby yang peknya dah koyak dan terbuka atau bocor.

    Semoga perkongsian ni boleh menjadi panduan untuk ibu ibu yang tak tau macam mana nak introduce makanan pada si kecil kita. 

    Sumber SINI.

    19 December 2016

    Lelaki teragung by Dayang Nurfaizah.

    December 19, 2016 7
    Drama 7 hari mencintaiku yang best tu dah nak habis dah minggu ni. Cikla ada cerita kat SINI pasal drama ni. 

    Pendapat Cikla, memang best cerita ni. Banyak pengajaran yang kita boleh ambil. Lagu ost drama ni pun sedap jugak. Kelunakan suara Dayang memang tak boleh disangkal lagi.

    Lirik Lagu Lelaki Teragung by Dayang Nurfaizah.

    Ku sesali
    Kerna pernah cuba
    Sakiti hatimu
    Sedang diri ini
    Tidak mampu
    Untuk hidup tanpa
    Cintamu di sisi

    Cinta lelaki teragung
    Membuat aku berbahagia
    Kaulah kekasih di dunia
    Dan di syurga
    Oh kekasih

    Kembalikan
    Cinta yang pernah ada
    Dalam hatiku
    Walau dirimu pernah terluka
    Ku akui segalanya salahku

    Cinta lelaki teragung
    Membuat aku berbahagia
    Kaulah kekasih di dunia

    Dan di syurga

    Meskipun kesetiaan
    Yang selalu dipersia
    Namun engkau tidak pernah lelah
    Untuk bertahan
    Ku mengerti kini semua
    Demi cintamu kepadaku
    Padaku

    Kasih
    Pabila bersama
    Dunia terasa sempurna
    Jangan tinggalkan diriku
    Oh sayangku

    Cinta lelaki teragung
    Membuat diriku berbahagia
    Engkaulah kekasih di dunia
    Dan di syurga

    Sumber SINI.

    Memang bermakna sungguh lirik lagu ni kan? Lagu mengenai erti kesetiaan seorang lelaki mempertahankan cintanya walaupun balasan cinta tak seperti yang diharapkan. 



    Sumber video YouTube.

    Slot akasia TV3, 7 hari mencintaiku, minggu akhir.

    December 19, 2016 4
    Wah wah, dah nak habis dah drama meletops ni. Kisah Mia Adriana dan Khusairi dah nak habis. Apalah sudahnya ye. Bersamakah mereka nanti? Jeng jeng, macam suspen lah pulaklah ye. 

    Lepas ni takdelah tengok Mak Leha dengan Pak Samad memetir lagi sampai bergegau kamera. Punyalah kuat dentuman tu, haha! 

    Walaupun kita dah dapat agak kesudahannya *happy ending cikla agak, tapi apa kata kita baca sikit sinopsis akhir cerita ni. Dah 'viral' kot ni. Hihi! 

    Start dari si trending 'Buntat' meninggalkan dunia. Buntat meninggal dunia sebab dia kena ketuk dengan Khalil. Dia nak selamatkan Mia dari Khalil. Semua orang salahkan Mia (lakonan Siti Saleha) sebab si Buntat meninggal. 

    Lepas tu, ekoran dari kejadian tu Mia menyesal sangat sebab selama ni dia 'jahat' pada Buntat dan suaminya. 

    Si Khusairi (lakonan Syukri Yahaya) pulak, Mak Leha (lakonan Liza Abdullah) suruh kahwin jugak dengan Shakila (lakonan Faye Khusairi) dan setuju pulak si Khusairi tu. *sebab jauh hati dengan Mia kot

    Then, Mia balik kampung dan kekonon nak pujuk Khusairi maafkan dia dan terima dia balik. Sebenarnya, si Khusairi tu masih sayangkan Mia tapi dia masih tak boleh 'terima' Mia lagi.

    So, Mia mintak 7 hari je sebelum Khusairi bernikah dengan Shakila untuk Khusairi sayang dia balik macam dulu dan untuk bersama anak dia, Alisa Ariana. Mak Leha macam biasalah tak setuju Mia duduk kat rumahnya walaupun hanya seminggu. 

    Nasib baik ada Pak Samad (lakonan Aman Graseka) yang backup Mia, dan anggap Mia macam anak sendiri. Disebabkan Khusairi dengan Mia belum bercerai lagi, masa hari nikah diaorang, si Shakila letak ubat tidur dalam air Mia sebab terdesak nak kahwin dengan Khusairi.

    Rupanya dia sudah mengandung. Masa akad nikah tu, Helmi (lakonan Syazwan Zulkifli) datang sebab nak bagitau perkara sebenarnya. 

    Lagipun, dia nak tolong Mia sebab Mia dah tolong dia masa dia susah dibuang keluarga sebelum ni. Helmi paksa Shakila mengaku, then dia pun mengakulah. 

    Dengan pengakuan tu, dah tentu tentu dia tak jadi kahwin, Mia dengan Khusairi berbaik semula dan hidup bahagia.

    The End!

    Kalau korang nak tau betul ke tak, kenalah tengok cerita ni sampai habis.

    18 December 2016

    Menang bloglist blog SuriaAmanda.

    December 18, 2016 7
    Yeaayyy, rezeki cikla menang bloglist di blog sis SA. Tak sangka boleh terpilih. Alhamdullillah. Walaupun tak terpilih untuk hadiah utama, syukurlah sebab terpilih jadi bloglist. Jadilah kan, asalkan masuk list. Blogger hebat ni.

    menang bloglist blog suriaamanda.com
    Menang bloglist blog SuriaAmanda. Sumber SINI.

    Cikla no.2. So, cikla harap dengan tersenarainya blog cikla dalam list 'ahli mesyuarat tingkap' ni akan menaikkan trafik blog yang suam-suam kuku je ni. Tahniah pada yang lain jugak.

    Oklah, itu je nak cerita.


    17 December 2016

    Rugi tak baca perkongsian ini.

    December 17, 2016 6
    Orang cakap, berkongsilah apa saja ilmu asalkan ia membawa kepada kebaikan. Apa kata jom baca perkongsian menarik di bawah ini. Rugi kalau tak baca.

    Dari sebatang pokok, ia dapat menghasilkan jutaan batang mancis. Tapi, hanya dengan satu batang mancis akan dapat membakar jutaan pokok. Jadi, sama jugaklah seperti ini, iaitu satu fikiran yang negatif dapat membakar semua fikiran yang positif.

    Sebatang mancis kelihatannya mempunyai kepala, tapi tak mempunyai otak. Jadi, kalau ada gesekan walaupun kecil, mancis akan terus terbakar. Sama juga perumpamaan ini untuk kita. Sedangkan kita mempunyai kepala, dan jugak otak, tapi kadang kala kita 'terbakar' marah hanya sebab 'gesekan' (sebab) yang kecil.

    Masa si burung hidup, ia akan memakan ulat. Tapi, bila si burung mati, ulat pulak yang akan makan si burung. Begitu jugak dengan waktu yang mana ia terus berputar sepanjang zaman. Kitaran kehidupan jugak akan terus berlaku. Jangan merendahkan siapa pun dalam hidup, bukan sebab siapa mereka, tapi sebab siapa diri kita.

    Kita mungkin berkuasa tapi waktu lebih berkuasa dari kita.

    Masa kita sedang berjaya, kita merasa banyak kawan di samping kita. Tapi, cuba tengok masa kita sakit pulak. Kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta. Masa kita tua, kita baru tahu kalau masih banyak yang belum lakukan.

    Dan, setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang macam tu je. Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat hidup lebih berharga. Kita perlu saling menghargai, saling membantu dan memberi serta saling menyokong.

    Believe in "Cause and Effect". Apa yang ditabur, itulah yang akan kita tuai kelak.

    Sumber WhatsApp Group.

    New Year Giveaway by MF.

    December 17, 2016 10
    Tidak lama lagi sudah hendak masuk tahun 2017. Mya nak launch New Year Giveaway yang akan bermula hari ini, 14 Disember 2016 - 11 Januari 2017.


    New Year Giveaway by MF.

    KLIK BANNER UNTUK JOIN

    Hadiah:

    Grand Top Referral : RM100

    Weekly Top Referral : RM20
    (21hb, 28hb, 4hb)

    Planner x 2 winners
    Topup RM10 x 2 winners
    Pouch x 2 winners

    *hadiah akan diupdate dari masa ke semasa*

    So, apa lagi. Jom join. Hadiahnya pun best tu. Good luck pada yang join.

    15 December 2016

    BLOGLIST TAHUN BARU 2017.

    December 15, 2016 11
    Tahun baru 2017 hampir menjelang. Bloglist pun mesti nak baru jugak. Hihi. Jom join segmen ni. Klik banner untuk join.

    Bloglist tahun baru 2017.

    Segmen berlangsung selama sebulan, dari 1/12/2016 hingga 31/12/2016. Syarat pun senang. Follow je apa yang diminta. Selamat bersegmen semua.