Siapa peminat kimchi kat sini? Angkat kening. Rasanya kimchi dah jadi makanan kesukaan rakyat Malaysia dah kot. Kalau korang nak tau, menurut Health Magazine, kimchi turut tersenarai antara makanan tersihat di dunia tau. Cikla ada share resepi nak buat kimchi ni di SINI.
Sebelum tu, cikla nak bagitau pada yang tak tau dan belum tau kimchi ni sebenarnya adalah jeruk kubis. *ooooo, jeruk kubis rupanyaaa. Ia merupakan salah satu makanan tradisional masyarakat Korea yang mana ia terhasil dari pemerapan bahan seperti garam, gula, udang kering, sos ikan, bawang putih, halia dan serbuk cili merah.
Manakala, kubis, sawi putih dan lobak adalah sayuran yang sering digunakan untuk dibuat kimchi. Kimchi ni boleh dimakan mentah, dicampur dalam nasi goreng atau dijadikan stew. Ada yang mengatakan kalau makan kimchi boleh melambatkan penuaan. Ye ke? Sebelum tu, jom kita baca apakah kebaikan kimchi ni.
Ye ke kalau makan kimchi lambat tua? Sumber Google. |
Ada kajian mengatakan kimchi boleh menyebabkan sel sistem imun kita menjadi lebih aktif. Antibodi akan lebih banyak terhasil. Sayuran yang dah lama memang bagus untuk kesihatan, lebih lebih lagi kalau ada bakteria hidup padanya, malah ia dikatakan lebih baik dari yogurt. Selain itu, kimchi mempunyai bakteria probiotik yang baik untuk sistem pencernaan kita, di samping ia bertindak sebagai agen yang membantu melawan penyakit.
Kimchi yang dijeruk selama 2 minggu mengandungi antioksidan yang mana ia mampu melambatkan proses penuaan pada kulit kita. Selain ia membantu menyihatkan kulit dan rambut, ia juga mampu mengurangkan kedutan pada wajah. Itu sebabnya kita tengok orang Korea ni kebanyakannya mempunyai kulit yang cantik dan awet muda.
Kalau kimchi yang dihasilkan itu menggunakan sayur kobis cina dan lobak putih, ia dipercayai mengandung sulfida yang berfungsi menyingkirkan logam dalam hati, usus kecil dan ginjal. Sifatnya ini menjadikan ia sebagai 'penjaga' usus kita seterusnya menjauhi dari penyakit kanser perut.
Pada yang suka makan kimchi tu, teruskanlah kesukaan anda itu. Takde salahnya kot kalau kita menjadikan kimchi sebagai salah satu hidangan diet kita. Ni kita dah tau kimchi ni elok, lagilah digalakkan kita makan kimchi ni kan.
Sumber : Harian Metro!
kimchi sedap
ReplyDeletenak resipi ada dalam blog
Sila sila ...selamat mencuba..
DeleteSuka makan Kimchi..
ReplyDeleteBuat nasi goreng best..
Macam malam resepi boleh letak kimchi ni...
Delete**Macam macam
DeleteAnnyeong-haseyo! maaf spam. Kalau mencari kimchi halal boleh whatsapp http://wasap.my/60196695062
DeleteVisit http://bit.ly/2mGJB38 for more details
Kamsahamida
unni suka..sedap
ReplyDeletemenu ni lame dh nk buat. tp tk buat jugak --' bnyk jugak manfaat jugak ye
ReplyDelete