5 December 2016

Mahukan bibir yang cantik? Senang je.

Bagi cikla, bibir adalah salah satu aset yang sangat penting dalam penampilan diri seseorang tak kiralah lelaki atau perempuan. Ada orang berbibir gelap terutama perokok tegar, kering, pucat dan menggelupas. Sebenarnya banyak sebab mengapa berlaku macam tu selain dari merokok, ia juga berpunca dari kesan kurangnya minum air serta tak menggunakan pelembap yang mengandungi vitamin C.

Selain dari penggunaan produk yang melambak-lambak di jual di pasaran sana, kita boleh 'rawat' bibir kita ni secara lebih sihat dan cantik iaitu menggunakan bahan bahan semulajadi. 

Ada beberapa tips yang korang boleh praktikkan untuk mendapatkan bibir yang cantik. Penggunaan ubat gigi untuk mencantikkan bibir. Dengar macam tak percaya kan, tapi itulah kebenarannya. Ceewahh.

Korang patut cuba tau. Lagipun, ubat gigi kan amatlah mudah didapati sebab ia mesti ada dalam bilik air korang kan. Caranya pun senang, just sapukan ubat gigi pada bibir korang sebelum korang mandi. Biarkan dalam 3 minit. Korang tengoklah kesannya, memang korang tak percaya tau. Sebenarnya, ubat gigi boleh bertindak membuang kesan lipstik, sekaligus ia akan memerahkan bibir korang.

Khasiat madu memang kita tak boleh nak sangkal lagi, nak-nak pula madu merupakan salah satu makanan sunnah yang bagus untuk diamalkan. Kalau korang nakkan bibir yang cantik pun boleh guna madu, hanya dengan menyapu madu ke bibir korang dan biarkan selama 15 minit, kemudian bilas. Tapi, kalau korang nak biarkan over 15 minit pun takpe, cuma korang akan rasa tak selesa sebab madukan melekit.

Mahukan bibir yang cantik? Senang je.
Mahukan bibir yang cantik? Senang je. Sumber Google.

Selain itu, kita boleh menggunakan daun sirih untuk melembapkan bibir. Just ambil 3 helai daun sirih, kemudian tumbuk sampai lumat. Air yang keluar dari hasil 'tumbukan' daun sirih tu, korang sapukan pada bibir korang terutama pada waktu malam sebelum korang nak tidur. Kalau nak kesan yang superb, buatlah setiap hari dengan konsisten. Hasilnya nanti memang tak mengecewakan korang.

Halia, selain digunakan dalam perubatan dan masakan ia jugak boleh jugak digunakan dalam bidang kecantikan. Ambil seketul halia dan tumbuk sampai hancur. Kemudian, perah airnya dan airnya tu dicampur dengan kuning telur ayam kampung. Lepas tu, korang makan dan amalkan setiap pagi dan malam. Kesannya kalau diamalkan secara konsisten, dia akan menjadikan bibir yang pucat kembali merah. Tapi, itulah. Nak telan telur ayam kampung tu macam tak tertelan je kan. Gulp!

Kalau korang nak tau, kunyit jugak boleh digunakan untuk mencantikkan bibir korang. Caranya, ambil seketul kunyit kupas kulitnya kemudian cuci sebersihnya. Selepas itu, parut kunyit tu kemudian dicampur dengan santan kelapa pekat. Campuran tu kemudiannya disapu pada bibir korang dan biarkan seketika, sebelum dibilas. Kalau korang nakkan bibir yang merah, sihat dan sihat, buatlah selalu ye.

Pendapat cikla, kadang-kadang kita tak perlukan produk yang mahal-mahal pun untuk cantik. Cari je kat dapur korang tu, mesti ada yang boleh dimanfaatkan. Apa yang penting, bahan tu sihat dan semulajadi serta bebas dari bahan kimia yang berbahaya. Selamat mencuba. Just sharing. 

Sumber : Gen Y, Harian Metro.

12 comments:

  1. nice tip.. ubat gigi jgk bgus tul buang sel2 mati kat bibir.. ..kunyit dan halia tu bru tahu.. thks cik la

    ReplyDelete
  2. Berkunjung disni :D
    Jangan lupa kunjungan baliknya ke film 2017

    ReplyDelete
  3. Guna ubt gigi tu, msa zmn sek pnh buat. Pstu rsa pijo kjap bbir tu. Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. ubat Gigi mcm berangin kn. Haruslah pijar.. Hihi

      Delete
  4. Lagi satu, kalau nak bibir yang cantik, kena senyum sokmo

    ReplyDelete
  5. Tq cikla,

    jemput singgah http://cikmijah.blogspot.my/

    ReplyDelete
  6. Tips yang bagus..
    Thanks sharing

    ReplyDelete
  7. kan tp nk amal tu alamakkkkk liat.

    ReplyDelete