'Santai Tapi Sampai'

23 December 2016

#MyTravelokaEscapade Tak sabar mahu menikmati keindahan alam semulajadi di destinasi impian, SABAH.

Bagi cikla, semua orang suka melancong kan. Berjalan makan angin, lepas tu tengok tempat orang di samping cari pengalaman dan mencuri kenangan. Cikla rasa sekarang ni, orang kalau pergi melancong tak payah nak tunggu cuti sekolah. Ada masa, plan elok-elok. Jadi je. 

Lebih-lebih lagi kalau semuanya percuma. Wooohooo, memang lompat bintanglah. Hehe. Baru baru ni, satu laman web perlancongan yang popular, Traveloka (www.traveloka.com.my) telah menawarkan sesuatu yang cikla rasa sangat di tunggu-tunggu oleh 'kaki-kaki melancong' ni. 

Sebelum itu, cikla nak promote sikit website ni. Bagi cikla, boleh dikatakan website Traveloka ni, macam one stop center sebab kita boleh booking tiket kapal terbang dengan hotel sekaligus. So, memang berbaloi-baloi. Apa yang penting, senang dan cepat.

So, baru baru ni Traveloka telah melancarkan contest #MyTravelokaEscapade yang sangat best untuk blogger dan facebook menyertainya. Hadiahnya *wow lagi, memang menarik sangat. Pemenang akan berpeluang melancong ke destinasi pilihan secara PERCUMA! Cikla ulang lagi, PERCUMA! Wow wow wow. Macam tak percaya kan? Tapi, itulah hakikatnya. Pendapat cikla, memang rugi kalau tak mencuba kan. Mana tau ada rezeki menang. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. *harap menanglah.

Kalaulah cikla terpilih menjadi pemenang contest ni, destinasi pilihan cikla adalah SABAH. Bukan tak nak pilih destinasi luar negara tu, tapi bagi cikla, dekat Malaysia ni pun masih banyak tempat menarik yang boleh kita lawati. Tapi, sebab apa cikla pilih SABAH? Sabah memang terkenal dengan keindahan alam semulajadinya lebih-lebih lagi di kawasan perhubungan Kinabalu. Cantiknya alahai. 

Apa pulak tempat menarik dekat SABAH yang cikla tak sabar nak pergi ni? Dan apa pulak sebabnya? Sebenarnya, di SABAH cikla teringin sangat nak pergi ke KUNDASANG (Sumber SINI) iaitu;

Desa Cattle Dairy Farm.

#MyTravelokaEscapade Tak sabar mahu menikmati keindahan alam semulajadi di destinasi impian, SABAH.
Sumber Google.

Kalau dah namanya Dairy Farm, dah tentu ladang lembu susu kan? Orang cakap tempat ni sangat menarik, sebab ala-ala macam dekat New Zealand tu. Cuba tengok dalam gambar kat atas tu. Tempatnya sejuk, kawasan perbukitan yang cantik dengan berlatarbelakangkan pemandangan Gunung Kinabalu, memang menakjubkan. Ia ditambah pulak dengan lembu lembu yang sihat dengan susu yang segar. Dah rasa macam dekat luar negaralah pulak aihhh. Apa yang menarik hati cikla adalah 'aktiviti' yang kita boleh buat bila berada di sana, iaitu;

  1. Dapat tengok secara live penternakan lembu dan boleh bagi makan binatang tu semua sendiri.
  2. Dapat bagi anak lembu minum susu botol, dan dapat bagi kambing makan rumput.
  3. Dapat melihat sendiri macam mana proses menghasilkan susu lembu fresh, termasuklah proses dan cara memerah susu lembu sampailah ke peringkat membungkus.

Kalau dah tempatnya cantik, memang rugilah kalau tak 'berposing' sakan kan. Hehe.Lepas tu, boleh beli cenderahati untuk dibawa balik.

Taman Kinabalu atau Kinabalu Park.

#MyTravelokaEscapade Tak sabar mahu menikmati keindahan alam semulajadi di destinasi impian, SABAH.
Sumber Google. 

Tempat ni pun best jugak, dan orang cakap ia merupakan salah satu tempat yang mesti dilawati. Bagi cikla, Kundasang dan Kinabalu Park bagaikan irama dan lagu, saling lengkap melengkapi. Sesiapa yang datang ke Kundasang, mesti tak akan melepaskan peluang berkunjung ke sini. Sudahlah pemandangannya cantik, suhunya yang sejuk mendamaikan, dan kadang kadang kalau tengahari pun, ia masih berkabus tebal. Cantiknya.

Ladang Teh Sabah.

#MyTravelokaEscapade Tak sabar mahu menikmati keindahan alam semulajadi di destinasi impian, SABAH.
Sumber Google. 

Selain dari Cameron Highland yang memang sinonim sangat dengan ladang teh, dekat Sabah pun ada jugak ladang tehnya yang tersendiri. Kita boleh tengok sendiri macam mana kawasan ladang teh, di samping kita boleh jungle tracking jugak, sekitar Taman Rekreasi Sapaon dan climbing ke Kamunsu Hill. Kemudahan pun banyak around sini, so tak perlu bimbang.

Spa Ikan di Sungai Moroli atau Tagal Luanti Sungai Moroli.

#MyTravelokaEscapade Tak sabar mahu menikmati keindahan alam semulajadi di destinasi impian, SABAH.
Sumber Google.

Cikla rasa cikla pernah tengok 'spa ikan' ni di tv, tapi tak ingat di negeri mana. Kalau korang nak tau, tagal yang membawa maksud tak boleh memancing dalam bahasa Kadazan Dusun, di mana ia bertujuan untuk mengekalkan ekosistem ikan ikan yang hidup di dalam Sungai Moroli. Ikan Kelah atau Pelian dilatih khas oleh orang kampung untuk dijadikan spa ikan. Mesti rasa geli geli kan masa ikan gigit kaki kita. Tapi, hasilnya memang tak menghampakan. Lagipun, pengalaman macam ni memang tak boleh dilupakan kan, lebih lebih lagi kalau pengalaman pertama kali.

Gerai buah buahan dan sayur sayuran segar di Pekan Kundasang dan Pekan Nabalu. 

Gerai buahan dan sayura segar di Kundasang Sabah
Sumber Google.

Cikla memang pencinta buahan dan sayuran segar ni. Buah yang paling cikla suka buah epal yang besar rangup tu. Hmmm. Sedapnya. Di Kundasang ni orang cakap memang 'syurga' buahan dan sayuran segar. Rasanya boleh jugak kot cikla gelar Kundasang sebagai 'Cameron Highland Borneo'. Hihi. Pepandai je kan. Buah yang paling popular di sini sudah tentulah buah strawberri. Pekan Nabalu pulak popular dan meriah sebagai destinasi persinggahan yang wajib kita kunjungi sebab ia mudah untuk kita mencari cenderahati kenangan untuk dibawa pulang.

So, inilah tempat tempat yang cikla teringin sangat nak pergi kalau berpeluang memenangi contest #MyTravelokaEscapade ni. Harap adalah rezeki. Aamiin.

Itu je nak cerita.

5 comments:

  1. Selamat pagi CikLa..Semoga impian CikLa untuk ke Sabah akan tercapai, Insha Allah.. Best of luck.. =)

    ReplyDelete
  2. yesss sabah pilihan aina jugak! All the best cikla =)

    ReplyDelete
  3. Tak pernah jugak g sabah. Teringin nak pegi.. Hehe.. Gud luck cik la..

    ReplyDelete
  4. semoga impian akak tertunai travel kat negeri Unni :) macam2 lagi yng menarik kat sini... all the best

    ReplyDelete