Bila diuji dengan musibah, ada orang mudah mengalah, mudah menyalahkan dan mudah putus asa. Kesusahan, kesedihan dan ujian itu sebenarnya satu rahmat, dan yang pastinya ia nak test betapa kuatnya atau tidak ketaatan kita pada Allah.
"Memanglah, kau cakap senang. Bukan kau yang melaluinya. Bukan kau yang pikul beban ni, aku... aku tau tak." *wah, berdrama pulak, hihi.
Memang, memanglah cikla tak rasa, tapi sebagai hambaNya, siapalah kita nak menyoal itu ini, begitu begini. Mahu tak mahu, kita perlu redha, usaha dan berdoa supaya DIA meringankan "beban" yang kita tanggung. Apa yang penting, lihatlah ujian, kesusahan dan kesedihan itu dengan hati.
Lagipun, Allah tak akan memberikan ujian itu melebihi kemampuan hambanya.
Sumber Google, |
SIAPA TAHU?
Setelah kita banyak menangis di depan Allah di waktu malam hari, Allah akan hadiahkan kita kebaikan dan rahmat yang mencurah-curah keesokan hari.
SIAPA TAHU?
SIAPA TAHU?
Anak yang paling nakal itulah rupanya Allah nakkan dia mendapat didikan dan doa serta tangisan dari ibu bapanya sehingga dia dididik dengan sebaiknya. Bila besar nanti, dialah yang paling kuat menjaga ibu dan bapanya dan dialah yang paling banyak membuat kebaikan. Dialah jugak yang paling banyak mendoakan dan menghadiahkan pahala buat kedua dua ibubapanya.
SIAPA TAHU?
SIAPA TAHU?
Orang yang lambat kahwin dan lambat sampai jodohnya, rupanya Allah menghadiahkan perkahwinan yang sebenarnya.
SIAPA TAHU?
Orang yang lambat dapat anak rupanya anaknya bakal jadi daie besar.
SIAPA SEDAR?
SIAPA SEDAR?
Ada orang ditakdirkan tiada anak tapi seperti ada ribuan anak dalam dunia ini, dan mereka suami isteri menjadi sibuk membangunkan manusia seluruh dunia.
SIAPA SANGKA?
SIAPA SANGKA?
Orang yang banyak kali gagal dalam peperiksaan rupanya bakal jadi seseorang yang hebat.
SIAPA SANGKA?
SIAPA SANGKA?
Orang yang detiap hari kena maki dan dihina dalam pekerjaan atau perniagaan rupa-rupanya, Allah nak dia jadi kuat dan bersyukur serta lebih menyayangi orang susah ketika dia senang nanti.
SIAPA SEDAR?
Dalam kemiskinan dan kesusahan, mereka menikmati nikmat tidur yang lena dan menikmati nikmat rezeki walaupun hanya makan nasi dengan kuah sahaja.
SIAPA PERASAN?
SIAPA PERASAN?
Orang yang tidak dipandang dan dihina, tak berkawan dengan raja atau orang besar, tak pandai hidup berkabel dan meminta tapi hdupnya lebih mudah untuk ikhlas dan berjaya di kemudian hari. Ini kerana hidupnya hanya untuk Allah, dan dia benar-benar berjaya kerana hatinya hanya bergantung pada Allah dan kuat berusaha.
SIAPA SANGKA?
SIAPA SANGKA?
Kehilangan orang yang tersayang membuat kita belajar erti rindu kehidupan syurga serta menghargai keluarga yang berada disisi. Ini kerana manusia akan lebih menghargai saat dia kehilangan.
APA YANG PALING MULIA?
Dia tak dikenali di dunia, tak dipandang di dunia, dan dia hanya orang orang biasa saja tapi dia dikenali di sisi penghuni langit. Dia amat disayangi Allah, dan tanah pun merinduinya. Dia orang yang baik, jujur dan amanah dalam hidup. Syurga Firdaus menantinya. Dia juga telah siapkan syurga buat ibu bapanya dan keluarganya, malah dia turut membawa ramai manusia untuk masuk syurga bersamanya.
Bagi cikla, belajarlah bersangka baik, tak kiralah dengan Allah SWT atau sesama manusia, takde ruginya.
Sumber Group Whatsapp.
betui..setiap perkara yg terjadi ad hikmah disebaliknya
ReplyDeletedoa penting. rintih time doa. insyaAllah akan ade kekuatan untuk menempuh dugaan.
ReplyDelete