*this is sticky post until 8 pm on 30 November 2016. Scroll ke bawah untuk baca entri terbaru. TQ! 

-SEGMEN TAMAT-

Sebelum ni cikla asyik join segmen dengan giveaway kawan kawan je kan. Entah kenapa, tetiba cikla tergerak pulak nak buat segmen. Cikla nak buat bloglist baru setiap bulan untuk blog cikla ni. Bermula dari bulan December yang akan datang ni. Ala, segmen ringkas je. Lagipun, first time kan. Actually, berdebar jugak kot kot takde yang nak join pulak. Tapi, tak try tak tau kan... So, kita cubalah, hihi.

Apa kata kita tengok syaratnya;

SEGMEN BLOGLIST #1 DECEMBER CIKLAPUNYABELOGDOTBLOGSPOTDOTMY.

  1. Follow blog ni pada yang belum follow di SINI. Nyatakan korang follower ke berapa pada yang baru follow. (Especially follower ke 410).
  2. Follow g+ di SINI. (optional)
  3. Like fb page di SINI. (optional)
  4. Buat entri bertajuk SEGMEN BLOGLIST #1 DECEMBER CIKLAPUNYABELOGDOTBLOGSPOTDOTMY.
  5. Masukkan banner di atas dalam entri tersebut, kemudian linkkan ke entri ini. 
  6. Lepas tu tinggalkan link entry korang di ruangan komen.
  7. Selesai.

Macam mana? Senang je kan. Segmen bermula sekarang, 25/11/2016 hingga 30/11/2016 (pukul 8 malam). Cikla akan pilih 10 blog bertuah yang akan menyerikan bloglist blog ni nanti dan akan duduk dalam bloglist  selama sebulan.... Tapi kalau penyertaan kurang dari 10, automatik semua akan masuk dalam bloglist. Pemilihan akan dibuat secara rawak menggunakan khidmat encik random.org.

Baiklah, dengan lafaz Bismillahirrahnirrahim, ikla mulakan segmen ni. Meh meh join cepat. Hope korang support ye. Sekian dulu. Selamat bersegmen korang.

Terima kasih, wassalam.