Tempat korang hujan tak? Tempat cikla hujan lebat, ni baru berhenti. Sejuk kemain rasanya. Macam dah dekat Cameron dah gayanya. Kalau dah sejuk sejuk camni, korang pepaham ajelah. Perut berdendang sokmo. Lapar semedang. Kalau perut cikla, haruslah. Sebab dari pagi memang tak sempat nak makan. Bizi bebenor ler katakan. Hahaha.
Kebetulan hari ni hubby cuti, so ajak dia shopping barang basah simpan buat stock. Senang. Kadang-kadang tak sempat nak ke market. Beli sekali banyak, cuci bersih bersih simpan dalam fridge. Nak masak nanti senang. Amik, siapkan bahan, masak. Settle!
Time shopping tadi, tetiba teringat aritu cikla ada beli kuah carbonara readymade PREGO. Actually, ni first time beli dan rasa. So, dah kebetulan beli barang, belilah sekali bahan nak buat spaghetti carbonara. Ate, nak rasa jugak sedap ke tak. Jomlah cikla share. Rasanya resepi paling senang di dunia kot, sebab bahan dah siap sedia. Tinggal panaskan gaul-gaul. Siap dah.
Bahan bahan;
1 bungkus Spaghetti (direbus sampai lembut).
1 tin kuah carbonara cendawan brand PREGO.
1 tin cendawan butang brand AYAM BRAND. (dihiris)
5 batang sosej (botong bulat).
1 biji bawang besar (dihiris).
1 ulas bawang putih (dihiris).
Sedikit minyak untuk menumis.
Caranya nak buat kuah carbonara;
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan sosej dan cendawan, goreng sekejap. Kemudian, masukkan bawang besar dan bawang putih dan goreng sampai kekuningan. Selepas itu, masukkan kuah carbonara dan sedikit air. Terpulanglah pada korang nak pekat ke cair kuahnya. Kalau cikla, sedap lagi pekat. Rasa kuahnya, kalau tawar tambah garam. Biarkan sekejap, bolehlah dihidangkan bersama spaghetti. Siap!
Resepi mudah Spaghetti Carbonara. |
Macam mana? Senang kacang kan. Selamat mencuba.
lapa terus perut saya tengok..heee
ReplyDeleteHi buat cepat... senang je.. Hihi..
DeleteKita pun peminat spageti..slalu buat spageti goreng hhege
ReplyDeleteWah... spegeti goreng cikla tak pernah try. Boleh share resepi ni...
DeleteSuka makan cabonara ni
ReplyDeleteCikla biasa mkn bolognese.... carbonara pun sedap jugak..
DeleteNak menyebutnya pun payah.
ReplyDeleteX pernah cuba try lagi.
Suruh org rumah cuba.. Hihi
Deletesedapnya..
ReplyDeleteYummmy..
Deletesedapnyaaa.. tngok entri ni pulak tngah malam. terus terasa lapar. hehe
ReplyDelete