Karakter seseorang berdasarkan unsur TAAA.

Cikla nak tanya, korang anak ke berapa dalam keluarga? Macam mana pulak sikap atau karakter korang dan adik beradik? 

Jom baca ni, kalau korang nak tau apakah ciri atau karakter korang berdasarkan kedudukan korang dalam adik beradik berdasarkan unsur TAAA (Tanah, Air, Api, Angin).

Karakter seseorang berdasarkan unsur TAAA.

Unsur Tanah; anak 1, 5, 9 

Pendiam, pendengar yang baik, penyabar dan setia, tak mudah membangkang cakap orang lain *mengikut aje, mendengar kata dan boleh dibawa berbincang, berpewatakan manis, seorang yang lembut hati, suka memendam rasa dan sensitif, tak banyak kerenah dan tak cerewet, menghormati orang lain, selalu merendah diri dan tak sombong, tak suka memendam rasa marah sampai tahap boleh meletup dan lambat dalam menyelesaikan satu satu tugasan.

Unsur Air; anak ke 2, 6, 10

Seorang yang sentiasa tenang dan menyejukkan perasaan orang lain, kalau buat kerja teratur, teliti dan pantas. Seorang yang keras kepala, sukar dilentur dan dibentuk *asyik dia je nak menang. Seorang yang manja, lembut hati tapi agak sensitif dan mood yang selalu berubah ubah, *air yang tenang jangan disangka takde buaya.

Unsur Api; anak ke 3, 7, 11 

Seorang yang bersemangat tinggi, sangat aktif dan berkobar kobar. Seorang yang sangat teliti dan berwaspada, suka menyakat dan mengenakan orang lain, bersikap panas baran dan mudah melukakan hati orang lain, kuat cemburu, seorang yang nampak pendiam  dan sombong tapi baik hati. 

Unsur Angin; anak ke 4, 8, 12 

Seorang yang pandai melembutkan hati orang lain tapi agak susah untuk mengendalikan keadaan. Mereka juga seorang yang tak suka berkongsi apa apa masalah dengan orang lain, bersikap pendiam dan agak pemalu dengan orang yang tak dikenalinya, suka membuat haluan sendiri tapi seorang yang penyayang. 

So, macam mana? Ada yang sama tak? Suratan atau kebetulan tu? Hihi. Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

2 comments:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (639) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (453) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews