Batuk dan bersin boleh sebar penyakit?

Orang cakap kalau nak batuk atau bersin, tutuplah mulut tu. Bukan apa, kalau korang nak tau, batuk dengan bersin ni boleh menjadi agen penyebar penyakit tau, contohnya influenza, batuk kokol, SARS dan lain lain. 

Itu pun ramai yang tak peka dengan hal ni, padahal ini memang sangat penting untuk kita amik tau. 

Sebenarnya, ada etikanya masa kita nak batuk atau bersin lebih-lebih lagi ketika kita berada di khalayak ramai. Jom baca apakah ia;

Batuk dan bersin boleh sebar penyakit?
Batuk dan bersin boleh sebar penyakit? Sumber Google.

Guna mask bila hidung korang berada dalam keadaan tak selesa terutama kalau korang mengalami selsema atau batuk. Ini dapat membantu mengelakkan ia menjangkiti orang lain. Langkah berjaga-jaga kata orang. 

Masa batuk atau bersin, seeloknya palingkan muka daripada orang lain atau ketika menghadap makanan. Ini membantu mengelakkan bakteria dari tersebar.

Kalau tak nak guna mask, pakai tisu atau sapu tangan masa batuk atau bersin. Buang tisu tu lepas gunakan ia, kalau sapu tangan boleh dicuci lepas guna. 

Tapi kalau dah no choice sangat, guna lengan baju korang tapi elakkan dari bersentuhan dengan orang lain sehingga korang tukar baju tu.

Kalau boleh, elakkan dari berada di tempat yang crowded sebab keadaan sebegini lagi senang bakteria nak tersebar kalau korang betul atau bersin. 

Nak selamat duduk je kat umah kalau takde urusan penting yang memerlukan korang keluar rumah.

Jangan berkongsi sapu tangan korang dengan orang lain sebab ia turut memudahkan bakteria tersebar. Kalau boleh elak dari menyentuh muka, hidung dan mulut sebelum korang mencuci tangan sebersihnya.

So, lepas ni kena peka sikitlah ye. Memanglah kita nampak perkara ni macam remeh je, tapi penting sebenarnya. 

Kadang-kadang, puncanya dari batuk dan bersin je tapi penyakitnya boleh jadi serius. Marilah kita saling mengingati. Cegah sebelum kena.

Sumber : Ruangan Info Sihat.

8 comments:

  1. WP pun baru seminggu kena batuk, selsema dan sakit tekak.
    Menjangkit2 satu rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya selsema yg paling senang menjangkit...

      *get well soon WP...

      Delete
  2. sebab semua semburan tu ade virus. klau kita tk sehat, jgn tido dgn ank. brnyawa tu pn bleh jangkit kat dia dh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. baby paling senang berjangkit..

      Delete
  3. airborne disease..hihi..jaga2.

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (447) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (61) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews