Advertisement

Karakter seorang lelaki pemalu.

KARAKTER SEORANG LELAKI PEMALU. "Ehh ehh... tengok lelaki tu, pemalu sungguhlah... buat menantu elok ni..." Hahaha... ada ke yang suka lelaki pemalu ni? Mereka ni memang kurang bercakap dan agak misteri. Betul ke? Tapi rasanya macam dah payah je nak jumpa lelaki pemalu zaman sekarang ni.

Bukan takde langsung, tapi dah kurang. Lelaki yang banyak bercakap biasanya dapat control rasa malu diaorang tu bila berhadapan dengan orang ramai lebih lebih lagi pasangan dia dan perempuan yang dia suka. Sebenarnya, ada beberapa karakter yang kita boleh tengok pada diri seorang lelaki yang pemalu ni. Apa dia tu? Meh baca ni kalau nak tau...

Karakter seorang lelaki pemalu.

  • no eye contact masa berkomunikasi dengan orang. Seboleh bolehnya dia nak elakkan dari mata bertentang mata. Hahaha.... 
  • konon konon buat buat sibuk terutama bila berhadapan dengan orang yang dia suka. Nervous kot... Lagipun, dia berkelakuan sebegini sebab nak nampak sempurna di depan orang lain sebab tu dia sebtiasa gelisah dengan pergerakan mereka.
  • kalau bercakap pulak, tergagap gagap. Nampak sangat gugup.... aisehhh....
  • lagi suka berkomunikasi di media sosial dari cakap depan depan...
  • sangat sangat sangat sensitif dengan sentuhan. Kalau ada orang cuit or pegang bahu dia pun punyalah terkejut sampai nak melompat bintang.. haahaaa... Lepas tu cepat cepat dia elakkan diri dari kita. Mungkin ada electric shock kot... hihi...

Kawan kawan or partner korang pemalu tak? Cuba tengok betul ke tidak karakter kat atas tu dengan diaorang. Kalau tak semua pun, mungkin salah satu ada yang sama... Pada cikla, nak malu pun biarlah kena pada tempatnya. Nanti kalau dah pemalu sangat macam susah je nak ejaz... hihi... Jangan marah ye lelaki lelaki pemalu semua...

Sumber : Ruangan Dunia Lelaki.

Post a Comment

1 Comments

  1. Hahaha.. memang ada pun cikla..
    Dia punya pemalu tu siap ada blusher kat pipi.. hehehe

    ReplyDelete