Hari Ahad lepas cikla satu famili pergi ke farm in the city di Seri Kembangan. Sebenarnya, dah lama dah kami plan nak pergi sini bawak budak-budak. Tapi, masanya je takde.
Kebetulan, kami nak hantar anak buah balik rumahnya di Semenyih, kami singgah sini. Bagi cikla, farm in the city ni macam mini zoo lah. Agak-agak malas nak pergi zoo, bolehlah datang sini. Best jugak.
Kadar bayaran masuknya pun ok jugaklah *sekali sekala je pun kan kita belanja lebih, hehe. Untuk dewasa (dengan myKad) kadar bayaran adalah RM32, manakala untuk kanak-kanak dan warga emas pulak RM27.
Untuk kadar biasa, dewasa dikenakan RM48, manakala untuk kanak-kanak dan warga emas pulak dikenakan bayaran RM38. Semua bayaran dah termasuk GST.
Kadar bayaran untuk kanak-kanak adalah berumur 11 tahun ke bawah, dengan ketinggian melebihi 90 cm. Kalau yang stock rendah rendah kurang dari 90 cm free.
Kalau yang 12 tahun tu dah dikenakan bayaran macam orang dewasa. Tapi, kitaorang amik pakej. 2 dewasa dan 2 kanak-kanak kena bayar RM116. Kakak mia dah tinggi oiii.
So, just add fee untuk sorang dewasa, anak buah total kena bayar RM148. Dah settle bayar, kami diberi gelang untuk dipakai semasa berada dalam kawasan farm tu nanti. *cikla tak snap gambar gelang tu pulak.
Tempat ni sesuai jugak untuk cikgu-cikgu yang nak buat rombongan, sebab masa kami datang ramai budak-budak tadika yang ada. Elok jugak kan, dapat kenalkan haiwan haiwan pada mereka. Lagipun, boleh bagi pengalaman baru pada mereka jugak.
So, just add fee untuk sorang dewasa, anak buah total kena bayar RM148. Dah settle bayar, kami diberi gelang untuk dipakai semasa berada dalam kawasan farm tu nanti. *cikla tak snap gambar gelang tu pulak.
Tempat ni sesuai jugak untuk cikgu-cikgu yang nak buat rombongan, sebab masa kami datang ramai budak-budak tadika yang ada. Elok jugak kan, dapat kenalkan haiwan haiwan pada mereka. Lagipun, boleh bagi pengalaman baru pada mereka jugak.
Jalan-jalan di Farm in the City. Kadar bayaran masuk. |
Kat dalam farm, takdelah sakan sangat nak snap gambar. Mana taknya, pegang Si kenit Zara lagi. Dengan abang Ammar yang "super" aktif lagi. Diaorang je lah yang berposing.
Jalan-jalan di Farm in the City. Posing dengan baby Zara. |
Jalan-jalan di Farm in the City. Kanak-kanak riang.... |
Biasanya kalau hujung minggu akan diadakan pertunjukan haiwan. *mungkin strategi mereka untuk tarik pengunjung.
Masa kami datang, ada pertunjukan burung kakak tua. Tu yang ada orang tu terlebih excited bergambar dengan burung kakak tua tu.
Kat sini kita diberi peluang bergambar dengan haiwan. Siap boleh selfie sebelah sebelah lagi dengan mereka. Hihi.
Tapi, sesetengah haiwan jelah. Yang agak bahaya takdelah nak bergambarnya. Ni anak buah cikla berani bergambar dengan ular.
Tapi, sesetengah haiwan jelah. Yang agak bahaya takdelah nak bergambarnya. Ni anak buah cikla berani bergambar dengan ular.
Dicabarnya cikla pegang ular tu. Memang idak ler temannnn, uiii. Walaupun ada orang yang jaga, taknaklah. *geli nak pegang sebenarnya, hehe. Ke tatottttt. kihkihkih.
Kita jugak diberi peluang bagi haiwan tu makan, tapi makanan yang mereka dah sediakan.
Jalan-jalan di Farm in the City. Kakak Ira dengan kakak Ika. |
Jalan-jalan di Farm in the City. Tengok tu... berani budak tu pegang ular... Huhu... |
Jalan-jalan di Farm in the City. Excited bagi rabbit makan. |
Jalan-jalan di Farm in the City. Abam Ammar dengan giant rabbit. |
Jalan-jalan di Farm in the City. Tengok big tortise berenang renang.... |
Masa kita tengok haiwan haiwan ni, ada jugak kita di offer untuk bergambar dengan photographer mereka. Kena cas sikitlah. Tapi, takde paksaan. Kalau tak nak pun takpe.
Banyak jugak kemudahan yang disediakan kat dalam ni seperti tandas, cafe untuk lepak lepak dan kedai cenderahati kot kot korang nak beli buat kenang kenangan.
Dah settle round satu farm, siap dapat "certificate of attendace" lagi. Bolehlah di frame nanti, gantung kat rumah. Hihi.
Maka, tamatlah kisah pengembaraan kami di alam haiwan, hihi. Siapa yang ada anak bolehlah bawak pergi sini, bagi diaorang kenal kenal ular, kura kura, burung dan macam macam lagilah. Gajah, rimau takdelah, hihi.
Psssttt, baru cikla tau landak rupanya tak boleh tembak duri dia. Cerita landak boleh tembak tu dalam kartun je, huhu. Dia just kembangkan duri je rupanya dia untuk takutkan musuh.
Ooooooo..
wkmsalam.
ReplyDeleteKalau melawat tempat2 cengini, budak2lah yang seronok.
Boleh tahan mahal juga tiketnye.
itulah... mmg excited nmpknya mereka. lebih lebih lg Abam Ammar...
Deletesekali sekala boleh kot kan... selalu selalu bengkok jugak nk membayonya.. he he..
bestnya!!! kura2 tu comel!! nk bawa blik tawau blh x :(
ReplyDeleteboleh boleh... he he...
DeleteBestnya pergi :D
ReplyDeletejom pergi....
DeletePergh harga tiket.. boleh tahan ye. Tapi rasanya berbaloi pergi sini daripada zoo negara. Zoo negara masa pergi aritu banyak haiwan tak de. Tak tau la sekarang macam mana
ReplyDeletecikla pun pernah pergi zoo negara. rasa mcm tak berbaloi, sbb tiket mmg mahal tp binatang byk yg xde. sesetengah tmptnya under renovation.... huhu...
Deletebest kan, ms zie pergi burung kakak tua tu sambar spec mata hitam en.somi..kecoh jap kitrang..burung tu agresif tak reti dok diam..berpusing2 takut jugak dia patuk..hahaha
ReplyDeletecikla mmg duk jauh masa hubby pegang burung tu... hihi
DeleteAlhamdulillah...mesti berbunga-bunga hati anak-anak tu ya...
ReplyDeleteitulah... sgt excited... lebih lebih lagi Si Ammar... hihi...
DeleteNak pergi jugak lah nanti...
ReplyDeletehttp://jombercontest.blogspot.my/2016/11/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari.html
Jom jom... bwk bdk2.. confirm mereka enjoy..
DeleteSronoknya :) tmpt cmni tgk ank suka, kt pn suka kan :)
ReplyDeleteitulah.. kdg2 mak ayh pulak terlebih excitednya.. hihi
Deleteteringin nk pergi tapi x best lak kalau x bwk budak2 ni
ReplyDeleteitulah.. dewasa pun boleh enjoy jugak. leh posing dgn animal kt situ... tp kalau bdk2 lg excited kot.. hihi
Delete