"Luahan Rasa Tanpa Suara"

28 February 2019

Nak tau petua hilangkan serak dan batuk? Meh baca ini.

February 28, 2019 1
Ada orang suka mengamalkan petua sebab bagi mereka yang menggunakan bahan semulajadi itu lebih selamat. Betul? Yup, betullah tu kan. Keadaan cuaca sekarang memang tak menentukan. Kejap panas lit lit, kejap hujan. 

Walau apapun, bersyukurlah dengan nikmat yang Allah bagi kan. Panas itu nikmat, hujan pun nikmat gak.

Tapi, kalau orang jenis yang tak tahan dengan perubahan cuaca macam ni mesti mudah kena sakit kan. Paling tak pun, demam selsema dan batuk. Kalau batuk tu, siap pakej sakit tekak dengan ulser penuh satu mulut. Adehhh. 

So, korang yang suka dengan petua lama meh baca ni, cikla share petua atau tips nak hilangkan serak dan batuk selain dari korang makan ubat tu.

Nak tau petua hilangkan serak dan batuk? Meh baca ini.
Nak tau petua hilangkan serak dan batuk? Meh baca ini.  Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Senang je petua dia. 

Korang amik sebuku asam jawa, pas tu rendam dan ramaskan kat dalam air. Dah siap tu, korang campurkan 'hasil ramasan' tu dengan segelas air sejuk, then embunkan nak senang lagi korang  masukkan je dalam ice box. 

Korang minum air tu dua kali sehari, amalkan sampai serak korang tu hilang. InshaAllah, bila serak hilang batuk pun akan beransur sembuh. Tapi, korang kena banyakkan minum air putih gaklah kann. Sebab tak nak bagi tekak tu perit.

Sesambil korang amalkan petua tu, korang boleh gak topup dengan mengamalkan minyak urut moden MMG yang bersifat waterbased ni.

Nak tau petua hilangkan serak dan batuk? Meh baca ini.
Nak tau petua hilangkan serak dan batuk? Meh baca ini. 

Korang just sapu je MMG ni pada bahagian dada dan belakang badan serta leher secara kerap. InshaAllah, ia boleh membantu melegakan batuk korang tu.

Nak tau petua hilangkan serak dan batuk? Meh baca ini.
Nak tau petua hilangkan serak dan batuk? Meh baca ini. 

Nak tau petua hilangkan serak dan batuk? Meh baca ini.
Nak tau petua hilangkan serak dan batuk? Meh baca ini. 

Cubalah ya. 

<<Berminat untuk order klik link wasap berikut : www.wasap.my/60173815843/nakMMG>>

27 February 2019

Blog dah bersawanggg wehhh.

February 27, 2019 3
Ya Allah, rindu betul nak menulis, celoteh celoteh, sharing dekat blog ni. Sejujurnya, sebulan kebelakangan cikla macam agak bizi dengan hal lain. Kalau dulu, boleh jugaklah curik sikit masa nak update dekat sini, tapi sekarang ni macam tak sempat aje.

Blog dah bersawanggg wehhh.
Blog dah bersawanggg wehhh. Kredit Google. 

Memang dah set dah bila malam, nak buat draft blog, tapi pepahamlah kan bila dah malam badan otak semua letih. Dapat bantal, bummm terus lena di ulit intan. Tetau je dah subuh dah. Adehh. Mujurlah pageview harian masih oklah. Around 1k ke 2k sehari. Bagi cikla itu pun dah cukup bagus. InshaAllah start  bulan depan lusa ni, cikla nak mantain balik tulis blog. At least satu entri pun dah fuhhh, alhamdullilah. Lagipun banyak yang cikla nak sharing nih. 

Jumpa lagi nanti ya.

08 February 2019

Makan ulam kalau nak awet muda? Wow, bestnya.

February 08, 2019 10
Cikla ni boleh dikatakan 'hantu' ulam gak laa. Kalau makan tu, sebolehnya mesti ada ulam. Baru selera bertambah. Hihi. Sesilap haribulan bertambah nasi berpinggan-pinggan. Keh. 

Korang tau tak, ada orang cakap nak awet muda senang je. Makan ulam bebanyak. Betul ke tidak tu? Tapi macam betul gak la. Sebab, tengok mak mak tok nek kita. 

Kebanyakan dari mereka menten muda, sihat lagi. Masih boleh buat kerja yang orang muda buat. Ada yang masih gagah perkasa lagi. Kalah orang muda. Hihi.

Cuba korang tanya rahsia diaorang yang dah berusia ni tapi nampak awet muda. Mesti salah satu jawapan diaorang adalah amalan mereka adalah suka makan ulam atau sayur. Betul tak? 

Amalan mereka itu pulak bukan mereka buat sehari dua tau, tapi selalunya sejak zaman muda lagi. Zaman berzaman kata orang. Dah sebati dalam diri. Jadi kebiasaan dah. 

Ulam ni sebenarnya bukan sekadar melancarkan proses penghadaman dan pencernaan kita je tau, tapi ia sangat berkat rapat dengan kesihatan serta kecantikan kulit wajah gak tau.

Kalau korang nak tau, kebanyakan sayur dan ulaman ni mengandungi vitamin C yang penting untuk penghasilan kolegan. Kolegan pulak penting untuk menjadikan kulit lebih elastik dan mengurangkan kedutan di wajah. 

Selain itu, kebanyakan sayuran termasuk ulama jugak mengandungi karotenoid seperti beta karotin yang mana ia berfungsi melindungi kulit dari kesan sinar matahari dan radikal bebas. Kesan inilah yang menjadi punca berlakunya penuaan kulit.
 
Makan ulam kalau nak awet muda? Wow, bestnya.
Makan ulam kalau nak awet muda? Wow, bestnya. Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Pegaga. 

Ulam yang paling mudah didapati dan diamalkan. Ia biasa dijadikan jus atau kerabu. Ada juga yang mengamalkan meminum rebusan pegaga yang dikatakan boleh menaikkan seri wajah. Makan me tah gitu pun boleh.

Ulam raja. 

Selalunya boleh terus dimakan mentah selepas dicuci bersih. Ada yang mengatakan ia sangat elok diamalkan oleh ibu berpantang. Antara khasiat ulam raja adalah ia dikatakan boleh membantu meremajakan kulit. Bestnya!

Jantung pisang.

Perlu dicelur atau direbus dulu sebelum dimakan. Tak boleh di makan mentah tau. Haha. Jangan korang bedal pulak mementah kang. Habis bergetah mulut. Keh. Jantung pisang dikatakan mengandungi serat yang tinggi dan boleh mengelakkan sembelit.

Daun selom.

Rupa dia macam pegaga. Kalau dekat kedai makan banyak lah. Senang jumpa. Daun selom dikatakan kaya dengan pelbagai nutrien seperti kalsium dan vitamin C.

Kacang botor atau kelisa. 

Boleh dimakan mentah atau dimasak. Kalau cikla, lagi suka buat kerabu. Tapi, kena pilih yang muda lah sebab lebih fresh dan sedap. Ia jugak kaya dengan dengan protein dan mineral.

Timun.

Kalau cikla sila lagi timun Jepun. Lagi sedap. Rangup. Kruupp krappp bila kunyah. Makan gitu pun sedap. Yang bestnya ia boleh dimakan dengan apa jugak menu. Timun dikatakan dapat mengatasi masalah sembelit dan gastrik.

Petai.

Wah, ini antara ulam yang menjadi kegemaran ramai. Tak kisahlah bau petai tu agak kurang menyenangkan, tapi khasiatnya memang banyak. 

Antaranya, ia kaya dengan sumber antioksidan dan serat. Yang bestnya, ia boleh dimakan sama ada mentah, direbus atau dibakar tapi kalau nak sedap lagi, dimasak sambal. Wallaaaa.

Cekur.

Ulam yang selalu digunakan oleh mak dalam pantang sebab ia dikatakan boleh mengecutkan rahim dan membuang angin.

Bendi rebus.

Dikatakan boleh menguatkan ingatan dan kecergasan memori selain dari awet muda. Ia juga adalah sumber makanan yang baik untuk mereka yang mengalami masalah sembelit, merawat ulser, mengurangkan darah haid berlebihan, meningkatkan kesuburan, melegakan bengkak dan radang.

Banyak lagi sebenarnya ulaman yang lain yang boleh diamalkan. Tapi, apa yang penting sebaiknya dapatkan nasihat doktor dululah dan amalkan secara sederhana. Itu yang terbaik.

Kredit Group Telegram PetuaDanKesihatan.

06 February 2019

Jagung rebus susu viral yang senang dan sedap. Budak-budak mesti suka!

February 06, 2019 7
Baru-baru ni, masa cikla pergi beli barang dekat kedai runcit berdekatan rumah, terjumpa pulak orang jual jagung tongkol tu murah. So, rembatlah 3 bungkus sebab memula ingat nak buat bubur jagung je. Feberet aiii tu. Hehe.Tapi, bila dah sampai rumah, time cit chat cit chat dengan encik suami, tetiba keluar cerita pasal jagung rebus. Dah tu pulak, tetiba (aisehhh, tetiba lagi. Haha) teringat pernah tengok orang masak jagung rebus guna susu.

Usha punya usha dekat Google, jumpalah resepi mudah jagung rebus susu viral yang popular. Thanks sis Pieja Arshad share resepi owsem. Jom tengok macam mana nak buat jagung rebus senang gila ni. Sedap pulak tu. Ajommm.

Bahan-bahannya :

5-6 ketul jagung. 
1 tin susu cair. 
3-4 sudu besar susu pekat. 
2 sudu besar butter. 
1 sudu garam. 
1 cawan air masak.

Caranya :

Jagung direbus dahulu sampai empuk. Masukkan sedikit garam dalam air rebusan tu. Dah empuk, angkat toskan dan ketepikan. Dalam kuali atau periuk yang sesuai, panaskan butter dan masukkan semua bahan lain. Biar kita-kira 10 minit dan sampai mendidih. Selepas itu, masukkan jagung yang dah direbus tadi. Tutup api, dan bolehlah dihidangkan. So, inilah hasil yang cikla buat ritu. Hehe.

Jagung rebus susu viral yang senang dan sedap. Budak-budak mesti suka!
Jagung rebus susu viral yang senang dan sedap. Budak-budak mesti suka! 

Jagung rebus susu viral yang senang dan sedap. Budak-budak mesti suka!
Jagung rebus susu viral yang senang dan sedap. Budak-budak mesti suka! 

Jagung rebus susu viral yang senang dan sedap. Budak-budak mesti suka!
Jagung rebus susu viral yang senang dan sedap. Budak-budak mesti suka! 

Memang sedap. Anak-anak cikla semua suka. Maknya dapat makan sikit je. Haha. Bestkan kalau anak-anak suka makan apa yang ibu masak. Lagi semangat nak masak. Kihkihkih. Cubalah kalau nak tau sedap ke tak. Selamat mencuba!

04 February 2019

Resepi spaghetti goreng simple.

February 04, 2019 5
Sebenarnya, ini pertama kali cikla masak resepi ni. Sebelum ni pernahlah tengok orang up dekat FB. Biasalah, kalau dah selalu tengok tu, maka teringinlah pulak nak mencuba kan. Lumrah manusia biasa. Haha. Nak tau gak, sedap ke tidak. Haaa, gitu. Kebetulan, balik umah mak so kalau masak apa-apa oklah kan sebab ramai tukang makannya kalau dekat sini. Semangat nak masak pun mai. Haha. Jom baca, cikla nak share cara nak masak spaghetti goreng cara cikla yang paling simple. Ajommm.

Bahan-bahannya :

1 peket spaghetti.
1 biji bawang besar (hiris). 
3 ulas bawang putih (hiris).
1 sudu besar cili giling. 
Sedikit ikan bilis (ditumbuk halus).
1 sudu besar sos cili. 
1 sudu besar kicap. 
2 pelepah sayur sawi. 
3 biji telur. 
Minyak untuk menumis, garam dan perasa (jika perlu).

Cara nak buat. 

Rebus spaghetti sampai empuk. Masukkan sedikit minyak untuk elakkan spaghetti melekat. Dah empuk, tos dan ketepikan. Dalam kuali yang sesuai, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan dihiris dan ikan bilis sampai garing dan kekuningan. Selepas itu, masukkan cili giling dan tumis lagi sampai naik bau dan garing. Bila dah garing, masukkan sos cili dan kicap. Kalau rata. Sesudah itu, pecahkan telur dan kacau sekejap sebelum dimasukkan spaghetti. Gaul rata. Taburkan garam dan perasa. Sesuaikan rasa. Last, masukkan sayur dan gaul rata sampai sayur layu. Tutup api, dan bolehlah dihidangkan.

Inilah hasilnya.

Resepi spaghetti goreng simple.
Resepi spaghetti goreng simple. 

Resepi spaghetti goreng simple.
Resepi spaghetti goreng simple. 

Sekali pandang nampak macam mee goreng kan. Haha. Tapi, bagi cikla ni sedap lagi dari mee goreng sebab tak lembik sangat. Dia kenyal je. Kalau mee kan kalau lebih masak kan dia jadi lembik. Tak sedap. Cubalah kalau nak tau sedap ke tak. Buat sarapan, sesuai sangat ni. 

01 February 2019

Top commentator pilihan cikla untuk bulan Januari 2019.

February 01, 2019 11
Alhamdullilah, bulan Januari dah pun melabuhkan tirainya kan. Allahu, cepatnya masa berlalu. Bagi mereka yang selalu terleka, memang tak akan sedar. Ya Allah, hindarkanlah aku dari menjadi orang yang lalai. Aamin. So, macam biasalah. Setiap kali habisnya bulan, cikla akan pilih seorang top commentator yang akan menerima cenderahati berupa topup rm10 ikut line memasing.

Cikla pilih guna random.org sebab untuk lebih adil. Mana taknya, kalau nak pilih mereka yang berada di tempat pertama, asyik orang yang sama je kan. Macam tak adil pulak pada yang lain. Dah la selalu singgah dan tinggalkan komen, tapi asyik miss dapat hadiah je. Hehe. So, jom kita tengok dulu senarai top 10 mereka yang selalu rajin singgah blog picisan ni.

Top commentator pilihan cikla untuk bulan Januari 2019.
Top commentator pilihan cikla untuk bulan Januari 2019. 


Wah, nampaknya blogger Shahida berasa di tangga pertama. Tapi, untuk memenangi cenderahati, cikla akan buat undian guna random.org yang macam cikla cakapkan sebelum ini.

Jom kita tengok siapa yang kena.

Top commentator pilihan cikla untuk bulan Januari 2019.
Top commentator pilihan cikla untuk bulan Januari 2019. 

Yeayyy, tahniah pada SHAFYQAH AZAHAR sebab terpilih. So, nanti awak wasap cikla di 017 3815843 tulis top commentator Jan 2019, dan bagitau line telefon awakkk untuk diberi no topup nanti. Pada yang tak terpilih, jangan aaa serik singgah dan tinggalkan komen kat blog cikla ye. Mungkin kali ni takde rezeki korang. Mana tau bulan depan korang pulak. Dan, rasanya bulan depan cikla macam nak pilih 2 orang la. Sorang dapat topup, sorang cikla nak bagi barang.

So, mai singgah selalu sini naaa kalau nak menang hadiah. Thanks semua sebab selalu  support cikla. Love you all.