6 February 2019

Jagung rebus susu viral yang senang dan sedap. Budak-budak mesti suka!

Baru-baru ni, masa cikla pergi beli barang dekat kedai runcit berdekatan rumah, terjumpa pulak orang jual jagung tongkol tu murah. So, rembatlah 3 bungkus sebab memula ingat nak buat bubur jagung je. Feberet aiii tu. Hehe.Tapi, bila dah sampai rumah, time cit chat cit chat dengan encik suami, tetiba keluar cerita pasal jagung rebus. Dah tu pulak, tetiba (aisehhh, tetiba lagi. Haha) teringat pernah tengok orang masak jagung rebus guna susu.

Usha punya usha dekat Google, jumpalah resepi mudah jagung rebus susu viral yang popular. Thanks sis Pieja Arshad share resepi owsem. Jom tengok macam mana nak buat jagung rebus senang gila ni. Sedap pulak tu. Ajommm.

Bahan-bahannya :

5-6 ketul jagung. 
1 tin susu cair. 
3-4 sudu besar susu pekat. 
2 sudu besar butter. 
1 sudu garam. 
1 cawan air masak.

Caranya :

Jagung direbus dahulu sampai empuk. Masukkan sedikit garam dalam air rebusan tu. Dah empuk, angkat toskan dan ketepikan. Dalam kuali atau periuk yang sesuai, panaskan butter dan masukkan semua bahan lain. Biar kita-kira 10 minit dan sampai mendidih. Selepas itu, masukkan jagung yang dah direbus tadi. Tutup api, dan bolehlah dihidangkan. So, inilah hasil yang cikla buat ritu. Hehe.

Jagung rebus susu viral yang senang dan sedap. Budak-budak mesti suka!
Jagung rebus susu viral yang senang dan sedap. Budak-budak mesti suka! 

Jagung rebus susu viral yang senang dan sedap. Budak-budak mesti suka!
Jagung rebus susu viral yang senang dan sedap. Budak-budak mesti suka! 

Jagung rebus susu viral yang senang dan sedap. Budak-budak mesti suka!
Jagung rebus susu viral yang senang dan sedap. Budak-budak mesti suka! 

Memang sedap. Anak-anak cikla semua suka. Maknya dapat makan sikit je. Haha. Bestkan kalau anak-anak suka makan apa yang ibu masak. Lagi semangat nak masak. Kihkihkih. Cubalah kalau nak tau sedap ke tak. Selamat mencuba!

7 comments:

  1. hehe yang ni orang dewasa pun suka..!! pastu nak hirup kuah tu ngeh2..

    ReplyDelete
  2. good post 😊 would you like to follow each other? if the answer is yes, please follow me on my blog & i'll follow you back. https://camdandusler.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Tak pernah buat lagi
    pasti sedap

    ReplyDelete
  4. Bukan setakat budak, mak budak & orang besar pun suka 😁

    ReplyDelete
  5. aida ada buat few times.
    sesekali letak cheese, cikla. sedap. lemak.

    ReplyDelete
  6. Hadoi.. Sedapnya.. Menarik pula tu..

    ReplyDelete