'santai tapi sampai'

Lamanya tak share drama best yang tengah hot ditayangkan sekarang. Rasanya macam banyak drama baru kot. Tapi tu lah, kadang tak dan nak foll...

Nusyuz Berkiblat Cinta : Drama konflik dan penderaan rumahtangga wajib tonton sebagai ikhtibar kita semua.

Lamanya tak share drama best yang tengah hot ditayangkan sekarang. Rasanya macam banyak drama baru kot. Tapi tu lah, kadang tak dan nak follow. Cuma bila tengok teaser drama Nusyuz Berkiblat Cinta ni, rasa macam kena tengok jer. Pelakon dia pun best dan berbakat semua. Menjadi lakonan dorang semua, sebab rasa geram jer tengok memasing. Haha. 

Rasanya tak pernah tengok Emma Maembong bawak watak membongak camni. Watak terjerit jerit tu sakit hati tengok weh. Selalu watak dia watak perempuan melayu terakhir, ayu-ayu gitu. Si Adam lakonan Firky Ibrahim tu pulak, masyaAllah naif sungguh. Penyabor sangat lahai. Wujud ke suami penyabor camtu. Huhu. Si Fikry ni selalu cikla tengok dalam rancangan komedi. Citer berat camni memang first time tengok dia berlakon.

Pastu, kisah kawan Hawa si Safi. Hurmm, sorang lagi si naif. Suami dia pulak, masyaAllah rasa nak dekel-dekel jer otak dia bior sedor sikit. Suami menda gitu suka pukul bini, pastu nak melayan serakah dia manjang. Ingat bini mesin ke? Tapi anak tak nak. Sikit sikit kepuasan, sikit sikit kepuasan. Apa menda tu wehh.

Nak citer lebih-lebih pun, drama ni baru jer ditayangkan 3 April lepas. Episod panjang lagi, macam-macam hal boleh jadi. Panjang wehh episod sampai 15 Mei 2022. Oklah jom la baca barisan pelakon hebat dan sinopsis sikit pasal jalan cerita drama ni. 

Nusyuz Berkiblat Cinta : Drama konflik dan penderaan rumahtangga wajib tonton sebagai ikhtibar kita semua.
Nusyuz Berkiblat Cinta : Drama konflik dan penderaan rumahtangga wajib tonton sebagai ikhtibar kita semua. Kredit gambar SINI

Pelakon utama:
  • Fikry Ibrahim sebagai Adam
  • Emma Maembong sebagai Hawa
  • Nadhir Nasar sebagai Erfhan

Pelakon pembantu:
  • Dayana Roza sebagai Khadijah
  • Sabhi Sadhi sebagai Zarul
  • Yaya Maembong sebagai Aisyah
  • Ako Mustapha sebagai Arman
  • Aznah Hamid sebagai Hajah Asmah
  • Jalaluddin Hassan sebagai Haji Aris
  • Mak Wan sebagai Puan Fatimah
  • Tengku Malia sebagai TJ
  • Ikhwan Khairudin sebagai Amir

Lagu tema (OST): Mainan (Naim Daniel)

Sinopsis :
Kisah dua pasangan suami isteri, Adam (Fikry Ibrahim) dan Hawa (Emma Maembong), dan Erfhan (Nadhir Nasar) dan Safiana (Shaza Bae). Bila Hawa dapat tahu yang Safiana menjadi mangsa keganasan rumah tangga, dia membuat keputusan untuk mengawal rumah tangganya sendiri dan bertegas untuk tak tunduk sedikitpun pada suaminya. Bermula dari seawal mereka merancang untuk berkahwin, Hawa menetapkan syarat dalam perkahwinannya bersama Adam sehingga Adam sanggup mengetepikan keluarga dan kawan-kawannya demi Hawa. Tanpa disedari, Adam dikawal sepenuhnya oleh Hawa. Malang sekali, keadaan tak berubah untuk Safiana bila dia seringkali didera dari segi emosi, fizikal dan seksual oleh Erfhan. Patutkah Adam dan Safiana terus kekal dalam perkahwinan masing-masing? Adakah Hawa dan Erfhan akan berubah menjadi pasangan yang lebih baik?

Nusyuz Berkiblat Cinta : Drama konflik dan penderaan rumahtangga wajib tonton sebagai ikhtibar kita semua.
Fikry Ibrahim sebagai Adam.

Nusyuz Berkiblat Cinta : Drama konflik dan penderaan rumahtangga wajib tonton sebagai ikhtibar kita semua.
Emma Maembong sebagai Hawa.

Suspen sungguh nak tunggu ending kisah ni kan? Macam tak sabor nak tengok apa jadi dengan dorang ni semua. Bersama ke mereka pada akhir kisah, atau mereka terpaksa berpisah demi ego masing-masing? 

Apa pun, bagi cikla drama ni memang patut ditonton sebab banyak pengajaran yang kita boleh dapat. 

Jangan lupa tengok tau! 

Kredit SINI

0 comments:

Melipat gandakan amal di sepuluh akhir Ramadan. قَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَل...

Melipat gandakan amal di sepuluh akhir Ramadan.


Melipat gandakan amal di sepuluh akhir Ramadan.
Melipat gandakan amal di sepuluh akhir Ramadan.

قَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ

Aisyah Radhiyallahu anha, berkata:  “Rasulullah SAW lebih giat (dalam beribadah) pada sepuluh hari terakhir (Ramadan) yang tidak baginda lakukan pada hari-hari lainnya.” (Sahih Muslim No: 2009) Dar Ihya Kutub Arabiyyah.  Status: Hadis Sahih.

Pengajaran:

1.  Rasulullah mempergiatkan amal ibadah pada 10 terakhir daripada bulan Ramadan melebihi daripada waktu lain.

2.  Antara ibadat yang boleh dilakukan pada 10 terakhir Ramadan ialah amalan iktikaf, perbanyakkan ibadat khusus seperti membaca al-Quran, sedekah, berzikir solat sunat seperti solat tahajud, solat tasbih dan lain-lain.

a.  Dikatakan Saidina Umar sibuk menunaikan solat sepanjang malam hingga fajar. 

b.  Qatadah pernah mengkhatam seluruh al-Quran setiap malam pada 10 malam terakhir Ramadan.

3.  Ada orang yang sanggup mengambil cuti semata-mata untuk menumpukan ibadat sepanjang 10 hari terkahir Ramadan.  Anda bagaimana?

4.  Imām Ibn Rajab Al-Hanbali berkata : Ketahuilah bahawa seorang mukmin itu terhimpun baginya dua jihad untuk dirinya. (Iaitu) jihad pada waktu siang dalam berpuasa serta jihad pada waktu malam dalam melakukan qiamullail. Sesiapa yang menghimpunkan antara dua jihad ini dan melunaskan hak keduanya serta bersabar dalam melakukannya, dia telah memperoleh ganjaran pahala yang tidak terhitung. Rujuk Lathā’if Al-Ma’ārif, Ibn Rajab (1/171).

5.  Mari kita lipat gandakan amalan di sepuluh hari terakhir daripada Ramadan ini antaranya:

a.  Menjaga solat Fardu berjemaah, solat sunat mengiringi waktu, solat sunat Terawih dan tidak beredar sehinggalah imam meninggalkan tempatnya.

b.  Banyakkan Iktikaf pada sepuluh terakhir bulan Ramadhan dengan mengajak ahli keluarga bersama. 

c.  Perbanyakkan doa. "Sesungguhnya doa di waktu sahur adalah anak panah qadar".  Doa untuk diri dan keluarga, doa untuk dakwah ini,  doa agar diangkat segala wabak dan musibah. Doa untuk kesejahteraan umat Islam di Malaysia juga umat Islam di Palestin, Syria, Iraq, Rohinga dan di seluruh dunia. Semoga Allah mengembalikan hak mereka dan melegakan musibah mereka.

Aamiin. 

Kredit Perkongsian 1 Hari 1 Hadis.

0 comments:

Siapa ada masalah lingkaran hitam kat bawah mata atau panda eyes ? Adakalanya, benda ni boleh pengaruhi penampilan kita kan.  Ada orang ter...

Nak tau cara alami untuk mengurangkan lingkaran hitam bawah mata? Mudah rupanya.

Siapa ada masalah lingkaran hitam kat bawah mata atau panda eyes? Adakalanya, benda ni boleh pengaruhi penampilan kita kan. Ada orang terpaksa mekap tebal sikit untuk tutup masalah ni. 

Sebenarnya, panda eyes ni jadi disebabkan beberapa punca, iaitu tak cukup tidur, kurang minum air putih, kesan kotoran bahan mekap yang tak dibersih sebaiknya dan rupanya disebabkan keturunan jugak. Ohhh, cikla pun baru tau yang ni. 

Beberapa cara menangani ni biasanya minum air putih secukupnya, dapatkan tidur yang cukup. Pastu, elak menghadap cahaya telefon atau laptop 30 minit sebelum tidur dan kurangkan pengambilan makanan manis. 

Nak tau cara alami untuk mengurangkan lingkaran hitam bawah mata? Mudah rupanya.
Nak tau cara alami untuk mengurangkan lingkaran hitam bawah mata? Mudah rupanya. 

Namun, ada cara alami yang juga boleh bantu kurangkan panda eyes ni, iaitu:

1) Uncang teh yang telah digunakan. - Ambil dan tekap  uncang teh tu selamat 15 minit kat area mata. Biar seketika pastu bilas dengan air bersih. Buat setiap hari sampai lingkaran gelap tu berkurang. 

2) Timun. - Potong timun bulat-bulat dan cuci bersih,  then tekap selama 15 hingga 30 minit setiap hari. Pastu, bilas. 

3) Sudu besi. - Letak sudu besi semalaman dalam peti sejuk, then keesokkan paginya, ambil dan tekap pada kawasan mata yang gelap. Lakukan beberapa minit.

4) Ais. - Oleskan ais di kawasan yang hitam, buatlah sekerapnya. Korang tau tak, agen penyejuk yang dibawa oleh ais dapat mengurangkan lingkaran gelap bawah mata. 

Selamat mencuba. 

2 comments:

I khlas itu ketika menyembunyikan amal soleh, sebagaimana menutup rapat keburukan. Ikhlas itu ketika meniatkan seluruh ibadah hanya untuk Al...

Apa itu ikhlas?

Ikhlas itu ketika menyembunyikan amal soleh, sebagaimana menutup rapat keburukan.

Ikhlas itu ketika meniatkan seluruh ibadah hanya untuk Allah, sehingga tak bangga akan pujian dan tak peduli pada kecaman.

Ikhlas itu ketika dapat menolong sesama, insan, namun tak mengharap balasan.

Ikhlas itu ketika mampu berkongsi rezeki, walaupun dalam keadaan sempit.

Ikhlas itu ketika rela mengalah dan merendahkan ego sendiri, supaya tak terjadi pertelingkahan.

Ikhlas itu ketika tersenyum melihat orang lain bahagia, walaupun kita sedang bersedih.

Ikhlas itu ketika harus melepaskan sesuatu demi kebaikan semua, walaupun kita yang terluka.

Apa itu ikhlas?
Apa itu ikhlas? Kredit Google.

Ikhlas itu ketika dihujani kata-kata yang menyakitkan, tapi sebaliknya membanjiri cacian itu dengan doa dan kebaikan.

Ikhlas itu ketika mampu memaafkan, tanpa perlu mengingatnya lagi dengan kebencian.

Ikhlas itu ketika membalas setitis kejahatan melalui selautan kebaikan.

Ikhlas itu ketika menerima kenyataan bahawa takdir itu adalah kehendak Allah, walau terkadang yang terjadi itu tak seperti yang diinginkan.

Ye, ikhlas memang seperti surah Al-Ikhlas. Tak ada kata 'ikhlas' pada ayatnya, tak terlihat, tak tergambarkan, tak terdengar dan tak terdefinisi. Kerana ikhlas hanya akan terasa di lubuk hati seseorang yang berjaya memahaminya.

Alhamdulillah. 

Kredit : Penulis asal. 

0 comments:

Kisah yang patut korang baca : Kisah penjahit tua dan penjual.  Seorang penjahit tua tinggal di sebuah desa kecil dan selalu menjahit pakaia...

Kisah yang patut korang baca : Kisah penjahit tua dan penjual.


Kisah yang patut korang baca : Kisah penjahit tua dan penjual.
Kisah yang patut korang baca : Kisah penjahit tua dan penjual. 

Seorang penjahit tua tinggal di sebuah desa kecil dan selalu menjahit pakaian yang sangat rapi dan indah lalu menjualnya dengan harga yang bagus dan cukup mahal. 

Suatu hari, seorang lelaki miskin dari desa datang kepadanya dan berkata kepada penjahit, "Tuan menghasilkan banyak wang dari pekerjaan tuan, tapi mengapa tuan tidak membantu orang miskin di desa? Lihatlah penjual daging di desa yang tidak pun banyak wang tapi setiap hari membahagikan daging percuma kepada orang miskin."

Penjahit itu tidak menghiraukannya dan hanya tersenyum tenang.

Orang miskin itu keluar dari kedai penjahit dan mengabarkan kepada penduduk di desa bahawa tukang jahit tua itu kaya tapi kedekut, sehingga orang-orang desa membencinya.

Lalu setelah beberapa waktu, penjahit tua itu jatuh sakit, dan tak ada pun penduduk desa yang peduli kepadanya, lalu dia meninggal sendirian.

Hari-hari berlalu dan orang-orang desa menyedari bahawa si penjual daging tak lagi membahagikan daging percuma kepada orang miskin.

Ketika mereka bertanya kepada penjual daging, lalu dia memberi tahu mereka bahawa si tukang jahit tua itulah yang selama ini memberi saya sejumlah wang setiap bulan untuk sedekah daging percuma kepada orang miskin, setelah dia meninggal, maka berhenti juga sedekahnya.

Moral of the story :

Orang lain mungkin akan beranggapan atau berfikir buruk tentang kita, jangan risaukan itu tak penting sebab itu tak akan menguntungkan kita, juga tak akan merugikan kita. Apa yang penting adalah apa yang Allah ketahui tentang kita.

Jangan menilai seseorang dari apa yang kita lihat darinya, kerana dia mungkin memiliki hal-hal baik dalam hidupnya, yang kita tak mengetahuinya. Selalulah berprasangka baik kepada orang lain. 

Dapat sesuatu?

Kredit : penulis asal (Grup Petua dan Kesihatan) 

0 comments:

Paling baik, berani dan dermawan.  عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحْسَنَ النَّ...

Paling baik, berani dan dermawan.


Paling baik, berani dan dermawan.
Paling baik, berani dan dermawan. 


عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحْسَنَ النَّاسِ وَأَشْجَعَ النَّاسِ وَأَجْوَدَ النَّاسِ 

Daripada Anas RA berkata; Nabi SAW adalah orang yang paling baik, paling berani dan paling dermawan. (Sahih Bukhari No: 2813) Dar Ibn Kathir Status: Hadis Sahih

Pengajaran :

1.  Rasulullah SAW adalah manusia yang paling baik, paling berani dan paling dermawan.

2.  Mencontohi sifat Rasulullah SAW sebagai orang yang paling dermawan khususnya di bulan Ramadan.

عَنْ أَنَسٍ قَالَ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الصَّوْمِ أَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ فَقَالَ شَعْبَانُ لِتَعْظِيمِ رَمَضَانَ قِيلَ فَأَيُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ قَالَ صَدَقَةٌ فِي رَمَضَانَ

Daripada Anas RA, Nabi SAW ditanya tentang puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan. Baginda menjawab: "puasa di bulan Syaban untuk memuliakan Ramadan, " Baginda ditanya lagi, lalu sedekah apakah yang paling utama? Baginda menjawab: "Sedekah di bulan Ramadan." Sunan Tirmizi No 663 Dar Kutub Ilmiyyah. Status Hadis: Daif

3.  Amalan bersedekah sebagai satu daripada cara untuk menjauhkan daripada api neraka. Rasulullah SAW bersabda : 

عَنْ عَدِيِّ بْنِ حَاتِمٍ قَالَ ذَكَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ النَّارَ فَتَعَوَّذَ مِنْهَا وَأَشَاحَ بِوَجْهِهِ … قَالَ اتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ فَإِنْ لَمْ تَجِدْ فَبِكَلِمَةٍ طَيِّبَ

Daripada Adi bin Hatim dia berkata; "Nabi SAW menyebutkan tentang neraka, lalu baginda meminta berlindungan darinya sambil mengusap wajahnya, baginda bersabda …. "Takutlah kalian kepada neraka walau dengan setengah biji kurma, jika tiada, hendaknya dengan perkataan yang baik." (Sahih Bukhari No: 5677) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

4.  Sifat suka bersedekah adalah pengikat dan penghubung kasih sayang kita dengan orang lain. 

5.  Allah akan menggantikan apa yang disedekahkan dengan keberkahan harta di dunia dan pahala yang besar di akhirat. Firman Allah : 

وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

“Dan apa saja yang kamu sedekahkan, maka Allah akan menggantinya, dan Dia-lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya” (QS Sabaa’:39).

6.  Sedekah akan menjadi penghindar daripada api neraka walaupun sebiji buah kurma. 

Renunglah kisah ini :

Daripada Aisyah RA  bahawa keluarga Rasulullah SAW  pernah menyembelih seekor kambing, kemudian disedekahkan kepada orang-orang miskin, lalu Rasulullah  bertanya : “Apa yang tertinggal daripada (daging) kambing tersebut?”. ‘Aisyah  menjawab: “Tidak ada yang tertinggal darinya kecuali (bahagian) bahu (dari) kambing tersebut”. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Itu bererti semua daging kambing tersebut tertinggal tetap dan kekal pahalanya kecuali bahagian bahunya”

Tingkatkan sedekah, derma dan wakaf kerana itulah yang kekal dan menetap pahala kebaikannya untuk kita, meskipun secara mata kasarnya harta tersebut berkurang.

Kredit : Perkongsian 1 Hari 1 Hadis. 

0 comments:

Zaman sekarang tak dinafikan ramai orang libatkan diri dalam bisnes, tak kiralah bisnes offline atau online .  Tapi rasanya, kalau cikla ta...

Nak tau kategori prospek atau pelanggan dalam bisnes korang? Meh baca perkongsian menarik ni.

Zaman sekarang tak dinafikan ramai orang libatkan diri dalam bisnes, tak kiralah bisnes offline atau online

Tapi rasanya, kalau cikla tanya sahabat cikla yang baca ni, mesti majoriti join bisnes online kan? 

Bagi cikla bisnes online lebih mudah, tak payah nak sewa kedai fizikal,  cuma kita perlu ada ilmu untuk menguruskan bisnes ini supaya berjalan seperti yang diharapkan. 

Apa pun, tahniah ye sahabat sebab masih bersemangat dan tak kenal erti putus asa dalam memajukan bisnes memasing. Semua ini demi BIG WHY kan? Betul tak? 

Sepanjang bergelumang dalam dunia bisnes ni, mesti korang dah jumpa macam-macam kerenah dan ragam kastemer kan?  

Tipulah nak kata kalau kita asyik dapat kastemer yang ok dan tak banyak keranah, namun dalam ramai-ramai tu mesti ada terselit seorang dua kastemer yang sebegini. Setuju? 

Bila bercerita mengenai ragam kastemer ni, cikla ada terbaca pengalaman dari Ikram Al-Banjari pasal benda ni. 

Kata beliau, ini bukan masalah tapi sebahagian proses jual beli. Just face it and handle with care. Gitu. 

Nak tau kategori prospek atau pelanggan dalam bisnes korang? Meh baca perkongsian menarik ni.
Nak tau kategori prospek atau pelanggan dalam bisnes korang? Meh baca perkongsian menarik ni. 

Sepanjang pengalaman beliau dalam bisnes, ada beberapa kategori prospek.

Pertama, prospek yang mudah dan senang berurusan. Haaa, kalau dapat yang ni memang syok. 

Sebab, biasanya prospek macam ni jenis yang dari awal berhubungan dan communicate lagi dah senang. Dorang dah tau apa yang dorang nak dan memang dah bersedia nak membeli.

So, katanya lagi, hargailah prospek sebegini. Asingkan dorang dalam satu database special dan berikan dorang inisiatif serta kejutan ekstra. 

Tambahnya lagi, dalam teori pareto, prospek ini adalah kelompok 20% pelanggan yang memberi 80% pulangan. Kena jaga betul-betul.

Kedua, prospek yang payah dan susah berurusan. 

Ehh, janganlah gabra dan menggelabah bila berdepan dengan prospek yang "banyak cekadak cekadu ni". 

Kejap nak murah, kejap nak cepat, kejap nak cash, kejap kang mintak consignment pulak. Ishh ishh ishh. 

Mengikut pengalaman beliau, katanya prospek macam ini masih boleh dilayan dan kita cuma perlu pandai ikut ego dorang. 

Prinsipnya mudah je, just layan asalkan dorang membeli. Kita pulak kena cepat buat profailing, make sure apa yang dorang suka dan apa yang dorang tak suka. 

Prospek dalan kategori ini dahagakan perhatian. Kita kena rajin follow up dan bina engagement dulu sebelum buat urus niaga.

Ketiga, prospek yang terlalu cerewet dan susah berurusan. 

Golongan camni paling ekstrim katanya. Kalau penjual jenis cepat melatah dan panas baran, sadaqallahualdzim la jawabnya! 

Biasanya prospek peel gini memang banyak sangat soalan, komplenlah dan sebagainya.

Golongan cerewet ini sebenarnya nak dorang diberi layanan paling istimewa, walaupun belian dorang tak seberapa.  Dorang ni nak kita layan dorang macam raja. Kita mesti mengalah dan ikut cakap dorang. 

Golongan ini jugak berpotensi memburukkan dan menjatuhkan kita dalam pelbagai rupa dan cara tau. Namun, tak dinafikan ada jugak mampu menaikkan jenama dan membangunkan bisnes kita.

Cara beliau mudah je, belajar menurut ego prospek. .

Kalau puas diturut pun tak jalan, sudahlah toksah layan lagi. Fokus kepada 20% golongan prospek yang betul-betul membahagiakan dan beri pulangan. 

Nasihat beliau,  sebagai penjual, kita jangan patah semangat hanya kerana seorang propek yang terlalu cerewet dan tak bagi pulangan. Jawabnya, buang karen bak kata budak-budak sekarang. Dapat penat jer. 

Kita sendiri sebagai peniaga kena decide, berapakah nilai seorang prospek atau pelanggan tu? 

Cerewet dan susah macam mana pun, kalau dia bernilai dan bagi pulangan, silalah layan. Bagaimana nak hadap dengan prospek sebegini? 

Perlu hadap lebih ramai pelanggan dan belajar atasi dorang sendiri, sebab memang tak boleh guna orang tengah. 

Selamat maju jaya. 

0 comments:

Dulu masa kecik kecik kalau tercekik tulang ikan, arwah wan suruh minum air dalam senduk. Tak pun, amik nasi putih pastu kepal kepal telan. ...

Petua menghilangkan tercekik tulang menggunakan bahan makanan. No. 6 paling sedap. Haha.

Dulu masa kecik kecik kalau tercekik tulang ikan, arwah wan suruh minum air dalam senduk. Tak pun, amik nasi putih pastu kepal kepal telan. Tak payah kunyah. Kadang menjadi gak petua tu, kadang payah gak nak kasi lengkang tulang kat tekak tu. Last last hilang sendiri. Hihi. 

Namun, ada banyak petua lain rupanya yang boleh bantu hilangkan tercekik tulang ni. Jom baca kalau nak tau. 

Petua menghilangkan tercekik tulang menggunakan bahan makanan. No. 6 paling sedap. Haha.
Petua menghilangkan tercekik tulang menggunakan bahan makanan. No. 6 paling sedap. Haha. 

1. GARAM
Masukkan sedikit garam ke dalam secawan air suam pastu minum sekerap mungkin sampai tulang tak lagi melekat kat tekak.

2. NASI
Ni petua buasa kan. Macam macam cikla mention kat atas tadi. Kepalkan nasi hingga membentuk bola yang besar. Telan perlahan-lahan supaya tulang yang tersekat tu dibawa bersama nasi ke dalam perut.

3. MINYAK ZAITUN
Minum satu sudu minyak zaitun untuk melincirkan tisu-tisu sekeliling kerongkong. Dengan ini tulang yang tersekat akan mudah keluar.

4. BUAH PISANG
Masukkan sedikit buah pisang ke dalam mulut. Pastu kulum dan biarkan sampai cairan terhasil dalam mulut kemudian telan perlahan-lahan. Minum jugak sedikit air untuk mudahkan tulang yang tersekat keluar bersama buah pisang yang ditelan tadi.

5. CUKA MAKAN
Minum satu sudu cuka makan untuk mengeluarkan tulang yang tersekat. 

Petua menghilangkan tercekik tulang menggunakan bahan makanan. No. 6 paling sedap. Haha.
Petua menghilangkan tercekik tulang menggunakan bahan makanan. No. 6 paling sedap. Haha. Gambar kredit Google. 

6. ROTI DAN LEPA KACANG
Haa, yang ni best. Sapu lepa kacang pada roti dan biarkan dalam mulut beberapa minit sampai air liur berkumpul disekelilingnya. Pastu, telan perlahan-lahan supaya tulang yang tersekat akan tertanggal bersama roti. Hurmm, yang ini kalau tak tercekik pun memang sedap dimakan! Kan? Haha. 

7. KACANG
Makan segenggam kacang. Tak kisahlah apa-apa jenis kacang pun sebab korang akan makan dalam kuantiti yang kecil je. Tekstur kacang yang keras boleh bantu tanggalkan tulang yang tersekat.

So, tepuk dada tanya selera.  Korang pilihlah cara yang mana yang boleh bantu korang masa alami lekat tulang. 

Semoga membantu. 

0 comments:

Daripada Ibnu Abbas RA dia berkata; "Rasulullah SAW adalah orang yang paling pemurah melakukan pelbagai kebaikan. Kemurahan Baginda SAW...

Rasullullah SAW amat pemurah melakukan kebajikan.

Daripada Ibnu Abbas RA dia berkata; "Rasulullah SAW adalah orang yang paling pemurah melakukan pelbagai kebaikan. Kemurahan Baginda SAW akan bertambah menjelangnya bulan Ramadhan. Kerana setiap tahun Jibril selalu menemui baginda tiap-tiap malam, hingga habis bulan Ramadhan. 

Rasulullah SAW memperdengarkan bacaan Quran kepadanya (dan Jibril menyemak). Apabila Jibril mendatanginya, baginda lebih banyak lagi berbuat kebajikan melebihi angin yang berhembus." (Sahih Muslim No: 2308) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih.

Rasullullah SAW amat pemurah melakukan kebajikan.
Rasullullah SAW amat pemurah melakukan kebajikan. 

Pengajaran :

1.  Ramadhan adalah kesempatan yang amat berharga untuk menggandakan amalan kebaikan kerana salah satu hakikat ibadah puasa ialah sifatnya yang peribadi dan merupakan rahsia antara seorang hamba dengan PenciptaNya. 

Segala kelebihan yang ada pada bulan Ramadhan bukanlah bermakna bahawa seseorang itu hanya perlu menumpukan ibadahnya pada bulan Ramadhan sahaja dengan tidak beramal pada bulan yang lain, tetapi hendaklah dijadikan sebagai satu perangsang dan momentum memulakan satu titik perubahan ke arah yang lebih baik.

2.  Antara amalan kebaikan yang selalu dilakukan oleh Nabi SAW pada bulan Ramadhan adalah bersedekah dan bertadarus al-Quran. Setiap Muslim dituntut membaca al-Quran pada setiap hari, terutamanya pada bulan Ramadhan yang mulia ini kerana dengan bertadabbur makna dan kandungan al-Quran akan meningkatkan keimanan dan kekayaan hati ke arah kebaikan. 

3.  Marilah kita bersama-sama mengisi kedatangan Ramadhan ini dengan penuh keinsafan dan memperbanyakkan bersedekah, membaca, dan mentadabur al-Quran kerana pada bulan ini adalah bulan yang dipenuhi keberkatan serta dihidangkan di dalamnya dengan pelbagai amal ibadah yang pahalanya digandakan.

4.  Konsep "memberi"  (bersedekah)  harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja sepanjang Ramadan bahkan di bulan lain kerana bersedekah memberikan pengaruh yang baik pada peribadi - menghakis sifat kedekut dan mempereratkan ikatan kemesraan anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.

5.  Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk. Harta yang kita infak tetap akan kekal pahalanya, namun harta yang tinggal pada kita belum tentu mendatangkan manfaat dan pahala. 

مَا عِنْدَكُمْ يَنْفَدُ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ بَاقٍ

“Apa saja yang ada di sisimu (wahai manusia) akan habis, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal” (QS an-Nahl: 96)

6.  Tadarus al-Quran juga antara amalan yang digalakkan agar dapat menyemak bacaan yang betul.

Kredit : Perkongsian 1 Hari 1 Hadis. 

0 comments:

Jom baca satu kisah menarik mengenai akhlak Nabi SAW terhadap pemberian orang kepada baginda.  Nak tau kisah Nabi SAW dengan buah limau? Bac...

Nak tau kisah Nabi SAW dengan buah limau? Baca ni.

Jom baca satu kisah menarik mengenai akhlak Nabi SAW terhadap pemberian orang kepada baginda. 

Nak tau kisah Nabi SAW dengan buah limau? Baca ni.
Nak tau kisah Nabi SAW dengan buah limau? Baca ni. 


"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur.

Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.

Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya mengapa tidak mengajak mereka ikut makan. 

Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. 

Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. 

Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya." 

Nak tau kisah Nabi SAW dengan buah limau? Baca ni.
Nak tau kisah Nabi SAW dengan buah limau? Baca ni. Gambar kredit Google. 

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tak baik, dan dari orang bukan Islam pula. 

Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Moga bermanfaat. 

0 comments:

Al-Quran dan Sunnah panduan hidup.  عَنْ مَالِك أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَ...

Al-Quran dan Sunnah panduan hidup.


Al-Quran dan Sunnah panduan hidup.
Al-Quran dan Sunnah panduan hidup. 

عَنْ مَالِك أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

Daripada Malik, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi " (Muwatta’ Malik No: 1661 Dar Ihya Ulum Arabiyyah) Status: Hadis Sahih.

Pengajaran :

1.  Rasulullah SAW meninggalkan pusaka yang amat berharga untuk diwarisi oleh orang beriman agar sentiasa berada di dalam petunjuk dan hidayah Allah.

2.  Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW merupakan dua pusaka yang wajib di amalkan dan dijadikan panduan dalam kehidupan ini.

3.  Al-Quran adalah kitab hidayah dan panduan untuk kehidupan. Berusahalah mempelajari, membaca, memahami dan melaksanakan tuntutan al-Quran.

4.  Jadikanlah al-Quran sebagai panduan dan rujukan di dalam hidup kita. Semoga al-Quran memandu kita untuk ke syurga. Hadis Nabi SAW:

عن جابر عن النبي صلى الله عليه وسلم قال اَلقُرْءَانُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ وَمَاحِلٌ مُصَدَّقٌ مَن جَعَلَهُ أَمَامَهُ قَادَهُ إِلَى الْجَنَّةِ وَمَن جَعَلَهُ خَلْفَ ظَهْرِهِ سَاقَطَهُ إِلَى النَّارِ

Daripada Jabir RA dari Nabi SAW bersabda: Al-Quran adalah pemberi syafaat (yang mana) syafaatnya akan diterima dan sebagai penghujah (yang mana) hujahnya disokong. Barangsiapa meletakkan al-Quran di hadapannya maka al-Quran akan memandunya ke syurga dan barangsiapa yang meletakkan al-Quran di belakangnya maka al-Quran akan mencampakkannya ke neraka”   (HR Ibn Hibban No: 124) Status: Hadis Sahih. 

5.  Al-Quran akan menjadi pemberi syafaat kepada mereka yang sentiasa mendampinginya, mempelajari, membaca, menghafal dan menjadikannya panduan.

6.  Sunnah Rasulullah SAW adalah penjelas dan penerang kepada al-Quran. Sunnah adalah jalan, tingkah laku, amalan, pembawaan atau cara hidup Rasulullah SAW sama ada percakapan, perbuatan mahupun perakuan yang boleh diperolehi melalui hadis Nabi SAW.

7.  Menerusi sunnah, orang beriman dapat memahami aqidah,  ibadah yang diterangkan dalam al-Quran serta dalam bidang-bidang lain yang diperlihatkan oleh Rasulullah seperti muamalah, jinayat, akhlak, pentadbiran dan lain-lain.

Sempena Ramadan bulan al-Quran, marilah kita memastikan al-Quran sentiasa kita baca, fahami dan amalkan. Moga al-Quran menjadi hidayah serta panduan dan sunnah menjadi ikutan kita.

Kredit : Perkongsian 1 Hari 1 Hadis. 

1 comments:

Puasa dan Al-Quran pemberi syafaat  عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الصِّيَام...

Puasa dan Al-Quran pemberi syafaat



Puasa dan Al-Quran pemberi syafaat
Puasa dan Al-Quran pemberi syafaat 

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَقُولُ الصِّيَامُ أَيْ رَبِّ مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ وَيَقُولُ الْقُرْآنُ مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ قَالَ فَيُشَفَّعَانِ

Daripada Abdullah bin Amru RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: 

"Puasa dan al-Quran itu akan memberikan syafaat kepada seorang hamba pada hari kiamat nanti. Puasa akan berkata : "Wahai Rabb ku, saya telah menahannya daripada makan dan nafsu syahwatnya, kerananya perkenanankan aku untuk memberi syafaat kepada nya (kepada orang yang berpuasa)." 

Dan al-Quran berkata : "Saya telah melarangnya daripada tidur pada malam hari, kerananya perkenankan aku untuk memberi syafaat kepadanya." Baginda bersabda : "Maka syafaat keduanya diperkenankan." (Musnad Ahmad No: 6589) Dar Ihya Turath Arab. Status: Hadis Sahih. 

Pengajaran : 

1.  Puasa dan al-Quran akan menjadi penolong dan pemberi syafaat kepada pencinta dan pengamalnya pada hari Kiamat.

2.  Orang yang berpuasa semasa di dunia, puasa akan  menolongnya dan memberi syafaat kerana semasa di dunia dahulu, orang yang berpuasa telah menahan diri dari makan dan minum di siang hari serta mengekang nafsunya.

3.  Orang yang menyibukkan diri dengan al-Quran  (membaca hingga terpaksa menyengkang mata di malam hari), al-Quran akan menjadi syafaat serta penolong di hari kiamat.

4.  Di hari kiamat nanti semua manusia akan membawa diri masing-masing kerana tiada siapa lagi pada hari tersebut yang dapat memberikan pertolongan. Namun selain daripada syafaat Nabi SAW ke atas umat baginda, solat, puasa, al-Quran dan amalan-amalan kebaikan lain akan menjadi syafaat yang diterima oleh Allah SWT untuk mereka yang telah menunaikan ibadat tersebut dengan sebaik-baiknya. 

5.  Alangkah indah dan beruntungnya kehidupan seorang Muslim yang pada waktu siangnya berpuasa disamping tilawah dan tadabur al-Quran pada siang dan malam harinya  disamping melakukan amalan ibadah yang lain dalam kerangka mendekatkan diri kepada Allah.

Dalam hadis yang diriwayatkan Abu Umamah AlBahili,  Rasulullah SAW bersabda :

حَدَّثَنِي أَبُو أُمَامَةَ الْبَاهِلِيُّ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِقْرَءُوالْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ

“Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang kepada kamu pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada ahlinya” (HR Muslim No: 1337) Status: Hadis Sahih

6.  Sempena mengingati peristiwa Nuzul al-Quran pada bulan Ramadan, marilah kita berusaha menyemarakkan budaya al-Quran dengan membaca dan berusaha mentadabur, memahami dan mengamalkannya.

7.  Rebut peluang bertadarus al-Quran bersama ahli keluarga atau ahli kariah sepanjang Ramadan ini. Sama-sama dapat menyemak dan memperbetulkan bacaan ahli yang lain.  

Berusahalah menjadikan al-Quran sebagai hidayah dan panduan hidup.

Kredit : Perkongsian 1 Hari 1 Hadis. 

0 comments:

Korang tau tak, daun Bidara dalam Islam disebut-sebut sebagai pohon penghuni surga. Hal tersebut tertulis dalam Al Quran Surah Al-Waqia, aya...

Kelebihan bidara dalam rangkaian produk MMG?

Korang tau tak, daun Bidara dalam Islam disebut-sebut sebagai pohon penghuni surga. Hal tersebut tertulis dalam Al Quran Surah Al-Waqia, ayat 28 : 

“Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.”

Bidara ni memang banyak manfaatnya tak kira dari segi buah, daun, biji, bunga, kulit hatta akar pun ada manfaatnya tersendiri. 

Kelebihan bidara dalam rangkaian produk MMG?
Kelebihan bidara dalam rangkaian produk MMG? 

Tapi, biasa kita dengar orang banyak guna daun dia kan terutama untuk rawatan rukyah yang mana ia melibatkan gangguan makhluk halus. Benda-benda camni memang tak suka bidara, sebab ia dikatakan mampu mencederakan jin dan mencegah sihir peringkat awal.

Cara nak guna dia korang Google aje tak pun tanyalah pada yang pakar ye. Takmau citer lebih-lebih takut ada yang tersalah faham pulak. 

Tapi kalau cikla, cikla suggest guna minyak urut moden MMG timun bidara dan lavendar bidara untuk sapuan. Showergel bidara lemon dan bidara lavender pulak untuk mandian. Kesemua mereka ni ada kandungan bidara. Lagi mudah nak guna kan. Terus sapu atau mandi je. 

Kelebihan bidara dalam rangkaian produk MMG?
Kelebihan bidara dalam rangkaian produk MMG? 

Kelebihan bidara dalam rangkaian produk MMG?
Kelebihan bidara dalam rangkaian produk MMG? 

Kelebihan bidara dalam rangkaian produk MMG?
Kelebihan bidara dalam rangkaian produk MMG? 

Kelebihan bidara dalam rangkaian produk MMG?
Kelebihan bidara dalam rangkaian produk MMG? 

Kelebihan bidara dalam rangkaian produk MMG?
Kelebihan bidara dalam rangkaian produk MMG? 

Kelebihan bidara dalam rangkaian produk MMG?
Kelebihan bidara dalam rangkaian produk MMG? 

Tak salah kita berikhtiar di peringkat awal. Mudah-mudahan serasi. Aamiin. 

Klik SINI untuk pertanyaan produk dan order. 

0 comments: