6 April 2022

Menderita dengan masalah gigi berlubang? Apa kata cuba petua ni.

Sakit gigi ni bila datang memang tak boleh bawak bincang. Mood terus out, nak buat apa pun serba tak kena. Jangan buat, kita marah memang kena desumm desumm lah. Pada korang yang ada masalah gigi berlubang ke, sakit gigi ker, leh kot try petua ni mana tau serasi kan. Jom check sama-sama. 

Menderita dengan masalah gigi berlubang? Apa kata cuba petua ni.
Menderita dengan masalah gigi berlubang? Apa kata cuba petua ni. 

1) KUNYIT. 

Kandungan utama kunyit iaitu kurkumin dapat menghalang pembiakan bakteria yang jadi punca gigi berlubang. Kunyit juga bermanfaat untuk tingkatkan daya ingatan, sembuhkan selesema, hidung tersumbat dan banyak lagi. 

Cara mudah jer, hanya berkumur dengan larutan air kunyit, tak kisah la kunyit hidup ke atau kunyit serbuk pun boleh. 

Apa yang penting buat konsisten, inshaaAllah ia dapat bantu cegah dan atasi masalah pembusukan gigi (gigi berlubang).

2) LIMAU NIPIS. 

Sebelum ni kita ingat limau nipis kita boleh guna dalam minuman, masakan dan cucian jer kan? Haaa korang tau tak, limau nipis juga boleh bertindak sebagai ubat! Yess

Caranya, potong limau nipis kepada bahagian-bahagian kecil,  pastu perah jusnya kat dalam bekas. 

Pastu, guna sudu kecil untuk ambil jus limau tu, then titiskan sikit demi sikit ke atas bahagian gigi yang sakit. Berhenti kejap dan ulang lagi setelah 10 minit berlalu sehingga habis jus. 

Vitamin C yang ada dalam limau nipis mampu hilangkan sakit gigi yang dialami. Cubalah. 

3) TUAM GUNA AIS. 

Korang ambil beberapa ketul ais, pastu masukkan dalam beg plastik. Then, tuam di atas pipi bahagian gigi yang sakit. 

Langkah ini  dikatakan bertindak macam kita guna ubat kebas. Ajaibnya, ia mampu meredakan rasa sakit buat sementara waktu.

Apa yang penting, kebersihan gigi kenalah jaga jugak. Korang pastikan gigi digosok sekurang-kurangnya dua kali sehari setiap pagi dan sebelum tidur. 

Pastu, pergilah check tahap kesihatan gigi korang tu dengan melakukan pemeriksaan secara berkala setiap 6 bulan sekali.

Moga petua ini membantu korang ya!

Kredit: Aura Pengikat Kasih Sayang

2 comments:

  1. Semua orang tentu ada pengalaman mengalami sakit gigi

    ReplyDelete
  2. boleh dicuba nanti tq for sharing

    ReplyDelete