Nak tau apa fadhilat zikir? Meh baca ni.

Zikir berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud ingat atau sebut. Di dalam Islam, zikir lebih merujuk kepada ingat kepada Allah atau menyebut nama-nama Allah dan ia adalah sebahagian ibadat. Orang Islam yang melakukannya akan mendapat pahala. 

Namun apakah fadhilat zikir? Jom baca perkongsian ini. 

Nak tau apa fadhilat zikir? Meh baca ni.
Nak tau apa fadhilat zikir? Meh baca ni. 

1 - Dari Abdullah bin Amr, Rasulullah SAW bersabda “Tidaklah seorang di muka bumi ini mengucapkan: Laa ilaha illallah, wallahu akbar, subhanallah, wal hamdulillah, wa laa hawla wa laa quwwata illa billah, melainkan dosa-dosanya akan dihapus walaupun sebanyak buih di lautan.” - Hadis Riwayat Ahmad -

2 - Rasulullah SAW bersabda, "Lazimkan membaca subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar, kerana semua itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun dari pohon". - Hadis Riwayat Ibnu Majah -

3 - Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bertemu dengannya. Dia sedang menanam tanaman, lalu Rasulullah bertanya, "Apa yang sedang engkau tanam?" Aku menjawab, "Satu tanaman wahai Rasulullah". Rasulullah bersabda, "Mahukah aku beritahu tanaman yang lebih baik dari ini ?" Tanaman itu ialah Subhanallah, Walhamdulillah, Walailaha illallah, Wallahu Akbar (Maha suci Allah, segala puji bagi-Nya. Tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar). Setiap satu bacaan akan ditanam untukmu sebatang pokok di Syurga." - Hadis Riwayat At Tirmidzi -

4 - Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda : "Membaca Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar lebih aku sukai daripada seisi dunia." - Hadis Riwayat Muslim -

5 - Dari Samuroh bin Jundub r.a ia berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda "Ada empat ucapan yang paling disukai oleh Allah: (1) Subhanallah, (2) Alhamdulillah, (3) Laa ilaaha illallah, dan (4) Allahu Akbar. Tidak berdosa bagimu dengan mana saja kamu memulai” - Hadis Riwayat Muslim -

Nak tau apa fadhilat zikir? Meh baca ni.
Nak tau apa fadhilat zikir? Meh baca ni. Kredit gambar Google.

6 - Dari Abu Hurairah r.a ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda "Sesungguhnya membaca “subhanallah walhamdulillah wa laa ilaha illallah wallahu akbar (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada sesembahan yang berhak disembah selain Allah, dan Allah Maha Besar)” adalah lebih aku cintai daripada segala sesuatu yang terkena sinar matahari." - Hadis Riwayat Muslim -

7 - Dari Abu Sa’id Al Khudri r.a dan Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya Allah telah memilih empat perkataan: Subhanallah (Maha suci Allah) dan Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) dan laa ilaaha illa allah (tidak ada sembahan yang berhak disembah selain Allah) dan Allahu akbar (Allah maha besar). Barang siapa mengucapkan Subhaanallah, maka Allah akan menulis dua puluh kebaikan baginya dan menggugurkan dua puluh dosa darinya, dan barangsiapa mengucapkan Allahu Akbar, maka Allah akan menulis seperti itu juga, dan barang siapa mengucapkan laa Ilaaha illallah, maka sama seperti itu juga, dan barang siapa mengucapkan Alhamdulillahi Rabbil aalamiin dari relung hatinya maka Allah akan menulis tiga puluh kebaikan untuknya dan digugurkan tiga puluh dosa darinya.” - HR Ahmad -

Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk istiqomah mengamalkan zikir. 

“Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar”

Aamiin. 

Kredit : Penulis asal. 

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews